REFLEKSI PKUK3373 by NURUL AFIQAH BINTI HASBOLLAH IPG-Pelajar

PK1 (NURUL AFIQAH HASBOLLAH)

Sepanjang pembelajaran kursus dijalankan, saya telah banyak belajar berkenaan kepentingan seorang guru dalam memahami kekurangan murid bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka untuk merasai aktiviti fizikal sebagaimana murid tipikal lain. Dalam konteks yang sama, saya juga berpeluang mengembangkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang pembelajaran kursus bagi menghasilkan modul khas untuk aktiviti sukan, permainan dan rekriasi. Pengalaman yang diperoleh membolehkan saya mengaplikasikannya bukan sahaja kepada murid MBP, bahkan turut boleh diaplikasikan kepada murid Aliran Perdana.

PK1 NURSYAZNI AFIKA BINTI MUHAMMAD ZULHAZRI

Sepanjang mengikuti kursus Sukan, Permainan dan Rekreasi Murid Berkeperluan Khas, saya memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermakna. Saya semakin memahami keperluan murid berkeperluan khas dalam aktiviti fizikal, serta kepentingan menyediakan peluang penyertaan yang adil dan inklusif. Kursus ini juga membuka minda saya tentang kepelbagaian kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan dalam merancang aktiviti sukan yang menyeronokkan dan selamat bagi mereka. Selain itu, saya turut belajar menjadi lebih peka, sabar dan empati dalam menangani cabaran yang dihadapi murid. Secara keseluruhan, kursus ini meningkatkan kesedaran dan kemahiran saya sebagai bakal pendidik yang prihatin dan inklusif.

Aktiviti pada hari ini mengajarkan saya bahawa tidak semestinya sukan yang dimodifikasi untuk anak keperluan khas adalah lebih mudah berbanding sukan biasa, letaklah satu penghargaan dan penghormatan kepada murid ii ini kerana mampu berjuang walaupun berada di apa jua posisi. Jangan memandang rendah tentang sesuatu perkara selagi kamu tidak melaluinya sendiri 🤟🏼

PK1 NUR ALIA MAISARA BINTI ISMAIL

Sepanjang mengikuti kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna dalam memahami keperluan serta potensi murid berkeperluan khas dalam bidang sukan, permainan dan rekreasi. Kursus ini membuka minda saya terhadap peranan penting guru dalam menyediakan peluang yang adil dan inklusif kepada semua murid, tanpa mengira kekurangan atau cabaran yang mereka hadapi. Saya juga belajar bahawa murid berkeperluan khas bukan sahaja mampu menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, malah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran motor, sosial dan emosi.

NISA

Melalui kursus ini, saya telah mempelajari bahawa sukan, permainan dan rekreasi untuk murid MBPK perlulah disesuaikan mengikut kepada tahap keupayaan mereka. Hal ini penting bagi memastikan semua murid MBPK terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan agar dapat mewujudkan persekitaran yang inklusif.

Kursus ini dapat memberi pemahaman baharu kepada sukan MBPK kepada guru aliran perdana. Perkara ini menajdi nilai tambah bagi seseorang guru untuk mengadaptasi pelbagai situasi yang tidak dapat dijangka di sekolah pada masa akan datang. Tidak mustahil guru aliran perdana ini tidak akan mengajar murid MBPK. Oleh hal yang demikian, kursus ini sangat membantu kami untuk memahami MBPK secara meluas berkaitan dengan sukan yang dimainkan oleh MBPK

Kursus ini telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya aktiviti fizikal bukan sahaja untuk kesihatan jasmani, tetapi juga sebagai medium terapi emosi, sosial, dan kognitif bagi murid berkeperluan khas. Saya belajar bahawa setiap murid memiliki keunikan tersendiri yang memerlukan pengubahsuaian aktiviti berdasarkan keupayaan mereka, selaras dengan prinsip pembelajaran inklusif. Walaupun terdapat cabaran seperti kekangan peralatan dan tahap kebolehan yang berbeza, saya kini lebih memahami peranan saya sebagai guru yang bukan hanya mengajar, tetapi mencipta ruang agar setiap murid tanpa mengira kekurangan dapat merasa seronok, dihargai, dan berkembang melalui sukan.

Sepanjang mengikuti kursus Sukan, Permainan dan Rekreasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam pembangunan menyeluruh MBPK. Saya mempelajari konsep asas sukan, permainan dan rekreasi yang sesuai dengan keperluan serta kebolehan individu MBPK. Pendekatan inklusif dan model Inclusion Spectrum seperti STEP telah membuka perspektif baharu dalam merancang aktiviti yang adil dan menyeronokkan. Saya juga didedahkan kepada pelbagai jenis sukan khas dan cara pelaksanaannya yang selamat serta efektif. Kursus ini telah meningkatkan kesedaran dan keupayaan saya untuk menyokong penglibatan aktif MBPK dalam aktiviti fizikal.

PK2 NUR ALIS AIREEN BINTI LOKMAN

Sepanjang mengikuti kursus ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam Pendidikan Khas Sukan dan Rekreasi, khususnya melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Saya semakin memahami bahawa aspek inklusif dalam aktiviti fizikal dan sukan sangat penting bagi memastikan setiap murid, tanpa mengira kekurangan atau keupayaan fizikal, dapat mengambil bahagian secara aktif dan bermakna.

Melalui kursus ini juga, saya didedahkan kepada penggunaan model STEP dan TREE sebagai panduan dalam membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti sukan. Model-model ini amat berguna dalam membantu saya merancang dan menyesuaikan aktiviti fizikal mengikut keperluan individu MBPK, agar mereka mampu mengambil bahagian dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat.

Antara contoh aktiviti yang sangat sesuai untuk murid MBPK ialah permainan bocce, yang bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat membina kemahiran motor halus, keyakinan diri mereka. Saya juga belajar tentang perbezaan antara Special Olympic dan Paralimpik, di mana Special Olympic adalah untuk atlet dengan kelainan upaya intelek, manakala Paralimpik lebih menjurus kepada atlet kelainan upaya fizikal.

Nur Syahirah binti Amlan

Sepanjang mempelajari kursus ini, mata saya lebih terbuka tentang keperluan murid-murid bekeperluan khas yang sepatutnya diberi peluang sama rata untuk memperoleh pendidikan sukan. Mereka juga mempunyai potensi yang perlu diasah, terutama sekali dalam bidang kesukanan.

PK 2 HAZIQAH ZALIFAH BINTI MOHAMAD HISHAM

Melalui kursus ini, saya telah mempelajari bahawa sukan, permainan dan rekreasi bagi murid MBPK perlu disesuaikan mengikut keupayaan masing-masing. Penyesuaian ini penting untuk memastikan penglibatan aktif semua murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif. Saya juga menyedari bahawa perancangan aktiviti yang sesuai dapat meningkatkan keyakinan diri serta perkembangan sosial dan motor murid MBPK.