Karangan Respons Terbuka by MOHAMAD JALIL BIN MOHAMAD YUNUS -

Pendahuluan Justin Low
Pada zaman pascakemerdekaan ini, negara semakin maju. Pembangunannya semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Walau bagaimanapun, manusia pada masa ini, terutamanya golongan remaja semakin mengabaikan amalan menabung dan menganggapnya sebagai aktiviti yang hanya membazirkan masa mereka. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja sudah lupa akan hakikat bahawa kita mesti ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Amalan menabung merupakan amalan menyimpan wang untuk digunakan ketika waktu kecemasan. Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat, termasuklah para wartawan yang selalu menginginkan topik hangat. Isu ini juga terpapar di corong-corong televisyen. Persoalannya, apakah faedah menabung kepada seseorang?

Hana Beck
Pendahuluan :
Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

Apakah menabung? Menabung ialah amalan menyimpan duit yang diperoleh. Duit yang diperoleh disimpan di dalam tabung atau bank. Terdapat banyak faedah yang kita akan peroleh jika kita melakukan amalan menabung.
Ryan

Isi 1 Justin Low
Faedah amalan menabung yang utama ialah wang yang kita simpan boleh digunakan ketika waktu kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan mempunyai wang yang berlebihan dan wang ini boleh digunakan pada bila-bila masa. Tamsilnya, malang tidak berbau. Jika kita mengalami bencana rumah terbakar, kita masih boleh membeli keperluan harian walaupun banyak harta benda sudah rosak. Kita tidak perlu meminjam wang daripada bank atau orang lain. Hal ini bertetapan dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Tidak hairanlah saya ingin menegaskan bahawa amalan menabung merupakan amalan yang mulia kerana amalan ini dapat mengelakkan kita daripada kekurangan wang.

Chong Yan Lin
Faedah-faedah menabung kepada seseorang ialah wang yang ditabung boleh digunakan untuk masa hadapan kita.Contohnya untuk melanjutkan pelajaran di university ataupun kelas tambahan lain.Hal ini demikian kita tidak perlu menggunakan wang ibu bapa dan dapat meringankan beban mereka.

Soalan:
Amalan menabung dapat menjamin masa depan seseorang.

Huraikan pendapat anda tentang faedah faedah menabung kepada seseorang.

Isi 2 Justin Low
Melihat daripada perspektif yang berbeza, amalan menabung dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam diri kita. Kita tidak akan boros berbelanja dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Misalnya, jika kawan kita memiliki sebuah telefon pintar yang canggih, kita tidak akan berasa cemburu untuk memilikinya. Hal ini berlaku demikian kerana kita mengamalkan amalan menabung. Dengan itu, tabung simpanan kita akan mempunyai wang lebihan yang banyak. Perkara ini persis peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Izharlah di sini bahawa, amalan menabung dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam diri seseorang.

Hana Beck - Isi 1
Faedah utama untuk menyimpan wang adalah wang simpanan tersebut akan membantu untuk masa akan datang . Contohnya,kita bolehlah menggunakan wang simpanan tersebut untuk membayar pendidikan, membeli kereta dan sebagainya.Dengan berbuat begitu, kita dapat mengelakkan menjadi seorang penghutang.

Isi 3 Justin Low
Jika kita telusuri dari sudut yang berbeza, amalan menabung dapat menjadi contoh tauladan kepada anak. Hal ini berlaku demikian kerana anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa mereka. Sebagai contohnya, semasa anak-anak menerima duit raya, mereka akan meminta pertolongan ibu bapa mereka untuk menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank mereka. Hal ini seperti peribahasa bapa borek anak rintik. Implikasinya, anak akan berusaha untuk mengamalkan amalan menabung dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan menabung dapat menjadi contoh tauladan kepada anak yang merupakan pemimpin negara pada masa hadapan.

Isi kedua Chong Yan Lin
Faedah amalan menabung yang kedua ialah kita boleh membekalkan wang untuk kegunaan kecermasan.Hal ini demikian kerana kita tidak dapat menjangka apabila perkara kecermasan akan berlaku.Contohnya berlakunya kemalangan kenderaan ataupun ahli keluarga perlukan wang untuk rawatan mereka.Kita tidak perlu meminjam dan untung wang daripada orang lain dan bank.Jadi,membekalkan wang untuk kegunaan kecermasan juga amat penting.

Penutup Justin Low
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai dakwat dengan kertas, bersatu hati dan sebulat suara bagai empedu lekat di hati untuk menjadikan generasi kini mengamalkan amalan menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak ada bukit yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang tidak dapat dituruni. Kita haruslah bersikap seperti peribahasa, seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu agar rakyat Malaysia mengamalkan amalan menabung. Jika masyarakat Malaysia mengamalkan amalan menabung, kita tidak akan berasa panik sekiranya kita kekurangan wang. Secara tidak langsung, kita dapat mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan jayanya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan gemar mengamalkan amalan menabung.