Tugasan 3 by Dre Lilkid

1. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran?
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media pengajaran berdasarkan pendapat  Sadiman (2002) ialah memilih berdasarkan tujuan instruksional yang ingin dicapai. Yang kedua, memilih media mestilah bersesuaian dengan karakter siswa atau kumpulan sasaran.  Yang ketiga ialah harus disesuaikan dengan jenis rangsangan belajar yang diinginkan seperti audio, visual, gerak, dan lain-lain.  Yang keempat ialah keadaan latar  atau lingkungan.  Yang terakhir sekali ialah mesti memahami kedudukan setempat, dan luasnya jangkauan yang ingin dilayani.

2. Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?
Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media

untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,

a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang

telah dialaminya.

b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media

tersebut.

c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.

d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

f. Alat kawalan media yang akan digunakan.

g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).

ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita

audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan

boleh digunakan.

iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan

sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga

kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa

pengajaran.

iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini

perlu diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan

menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran

yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir

dalam pengajarannya.

v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi

sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.

vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai

dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.

3. Adakah media pengajaran yang digunakan berkesan?
Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal pembelajaran mereka sendiri.

4. Adakah media pengajaran itu boleh dibaiki?
Ya, media pengajaran bermaksud perantaraan pengajaran antara murid dan guru, sebagai contohnya guru menggunakan ABM sebagai media pengajaran dalam kelas bagi membantu proses pdp. Media pengajaran boleh dibaiki bagi Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.

(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll.

(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan

5. Adakah terdapat kos-efektif dari segi pencapaian pelajar?
Ya untuk meningkatkan semangat pelajar agar terus belajar.  Pelajar lain pun turut menerima supaya tiada timbul perasaan iri hati.

6. Adakah persembahan media menggunakan lebih masa daripada sepatutnya?
Tidak. Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut. Hal ini menunjukkan penggunaan media pengajaran dapat menjimatkan masa pengajaran.