Tazkirah Ringkas by Aziyan Omar

2.Jauhi Syirik
Hasya Arifah bt Mohd Fathurrahman
6 Delima

Assalamualaikum wbt,hari ini saya ingin menyampaikan satu tazkirah tentang 'Jauhi Syirik'.Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.Syirik boleh berlaku sama ada dengan perkataan,perbuatan dan iktiqad.Hukumnya adalah haram dan merupakan salah satu dosa paling besar.Syirik juga terbahagi kepada 2 iaitu syirik Jalli dan syirik Khaffi.
Syirik Jalli ialah mempercayai atau mengaku bahawa adanya tuhan selain Allah atau menyambah selain Allah.Syirik ini juga merupakan syirik terbesar.Contohnya menyembah berhala,matahari atau meminta doa selain Allah.Akibatnya kita akan berdosa besar dan akan kekal dalam api neraka.
Seterusnya,Syirik Khaffi ialah tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat ketika beribadah.Syirik ini dikenali juga dengan syirik kecil.Seseorang melakukan ibadah kerana mahu pujian atau tempat dalam satu masyarakat merupakan satu keadaan membawa seseorang kepada Syirik Khaffi.Akibatnya kita sukar menerima pandangan orang lain dan mudah berputus asa.
Kawan kawan marilah kita jauhi syirik Jalli dan Khaffi...kita akan berdosa besar dan ia dapat menghapuskan semua pahala dan amalan yang kita buat setiap hari.

Sekian dari saya,terima kasih.

3. Solat Tiang Agama
Muhammad Isyraf Bin Ismail
6 Delima

Assalamualaikum wbt, saya ingin menyampaikan satu tazkirah tentang Solat Tiang Agama.
Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat solat, iaitu memahami kesan solat terhadap pembentukan peribadi. Solat juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
Seterusnya solat dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, solat diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Ingatlah kawan-kawan seksa orang yang tidak solat adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat.
Kesimpulannya solat merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sekian. Terima Kasih.

2.JAUHI SYIRIK
Faradania Amani binti Mat Zukhairi
6 Delima

Assalamualaikum wbt, saya ingin menyampaikan sebuah tazkirah tentang "JAUHI SYIRIK".Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain seperti makhluk bernyawa sekutu bagi Allah.Firman Allah yang bermaksud  “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka".Ini membuatkan syirik adalah perbuatan yang haram.
Seterusnya,SYIRIK JALLI(syirik besar&nyata) yang tampak lahiriahnya seperti menyekutukan Allah, menyembah berhala, dan lain-lain seumpanya.Kemudian,SYIRIK KHAFFI(syirik kecil&tersembunyi). Semua amalan di hati yang berkaitan dengan amalan-amalan lahiriah yang diliputi perkataan ataupun perbuatan,sehingga mempengaruhi i'tiqad dan haqikat yang ada didalam hati, bukan lagi karena ALLAH.
Kawan-kawan marilah kita sama-sama jauhi syirik JALLI dan syirik KHAFFI.Jika tidak ia bukan sahaja boleh merosakkan aqidah malah boleh menghapus segala amalan pahala.

Sekian daripada saya,terima kasih.

Allah Maha Mendengar
Disediakan oleh M Ikram Faizie
Darjah Enam Delima

Yang Maha Mendengar (As Sami') adalah salah satu sifat Allah iaitu mendengar segala gala dengan sempurna. Yang Zahir mahupun yang Batin, yang jelas mahupun yang kabur.
Allah mendengar dan mengkabulkan doa hamba-hambaNya, menerima amal soleh dan membalas dengan pahala.
Sebagai umat Islam, apabila kita ditimpa kesusahan dan kesedihan, Allah adalah tempat mengadu yang sempurna atas sifatNya yang Maha Mendengar.
Malangnya pada hari ini, ada umat Islam yang terpedaya dengan agenda Yahudi. Mereka memilih untuk meluahkan rasa sedih, terkilan, kesal dan sebagainya di Facebook atau Twitter. Ini memang ajaran Yahudi yang sering menganjurkan 'Write on Wall'.
Tembok Western Wall di Jerusalem juga dipanggil Tembok Meratap kerana kaum Yahudi percaya di situlah destinasi suci untuk berdoa dan meratapi dosa dosa silam.
Apabila Mark Zuckerberg (yang mempunyai datuk moyang berketurunan Yahudi) membangunkan Facebook, dia menggunakan perkataan 'wall' dan menggalakkan pengguna FB mengemaskini status di 'wall'. Akhirnya pengguna FB menggunakan 'wall' bagi meluahkan sedih dan resah, termasuklah umat Islam.
Marilah kita kembali kepada ajaran Quran. Marilah mencontohi apa yang dilakukan oleh para Rasul ketika ditimpa kesedihan. Mendekatkan diri kepada Allah, merendahkan diri dan luahkan segala gala kepada Allah. Berdoa dengan setulus hati kerana kita yakin Allah Maha Mendengar. Lambat atau cepat doa kita dimakbulkan, itu adalah hak Allah untuk menentukan. Sudah pasti ada kebaikan dan hikmah di sebaliknya.
Ingatan tulus ikhlas ini dibawakan oleh Muhammad Ikram Faizie bin Marzukai. Semoga kita semua terus berada di dalam kalungan rahmah Illahi.

tajuk2 = jauhi syirik
NAMA - Muhammad Amirul Adli bin Rashidan
KELAS - 6 Delima
Asalamualaikum WBT,saya Muhammad Amirul Adli ingin menyampai satu tazkirah ringkas yang bertajuk (JAUHI SYIRIK).Syirik ialah perbuatan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu benda yang lain seperti menyembah berhala riak dalam beribadah dan lain2.Syirik boleh berlaku sama ada dengan perkataan,perbuatan dan iktiqad.Hukum mensyirikan allah adalah haram.Perbuatan ini dikategeri dalam dosa besar serta dijanji kan dengan azab yang pedih.Syirik mempunyai dua bahagian,iaitu syirik jalil dan syirik qofi

Syirik pertama ialah syirik Jalil.Syirik jalil ialah orang yang mempercai atau mengaku bahawa adanya tuhan selain Allah atau menyembah selain Allah yang isa.Syirik jalil juga dikenali sebagai syirik yang besar.Contoh keadaan yang membawa seseorang itu kepada syirik jalil ialah dengan menyembah berhala,matahari,bulan,batu,pokok dan lain2.Akibat orang yang selalu mengamalkan syirik jalil ialah rosaknya akidah,hilangnya pergantungan dengan Allah,berdosa besar dan dimurkai Allah,kekal dalam Neraka.

Syirik yang kedua ialah siyirik Qofi.Syirik Qofi ialah orang yang tidak meletakan Allah sebagai yang mutalaq dalam niat ketika beribadah.Syirik ini juga dikenali syirik kecil.Keadaan yang membawa seseorang kepada syrik Qofi ialah riak dalam beribadah iaitu melakukan sesuatu ibadah bukan kerana allah semata2 tapi kerana pujian dari orang lain.Seperti seseorang melakukan ibadah kerana mahu pujian dari orang lain dan tempat dalam masyarakat.Inilah akibat orang yang mengamalkan syirik Qofi menghapuskan dosa amalan,sukar menerima pandangan orang lain,menimbulkan permusuhan,dibenci masyarakat,mudah putus asa.

Kawan2 marilah kita semua menjauhi  syirik ini.Ia dapat memudaratkan akidah kita,menghilangkan keberkatan dalam kehidupan,menjauhkan kita dari Allah.Oleh itu kita selalula beristifar,berzikir,memonon ampun dan menyucikan hati.

SEKIAN DARI SAYA,TERIMAKASIH.

3. Solat Tiang Agama

Mohd Harith Rafeeq bin Mohd Syahrulnizam

6 Delima

Aslamulaikum wbt, saya Mohd Harith Rafeeq ingin menyampaikan satu tazkirah ringkas tentang "Solat Tiang Agama". Sekiranya solat seseorang itu tidak diterima disebabkan kelalaiannya semasa hidup di dunia dengan sahaja mengabaikan solat fardu maka dia merupakan manusia paling rugi dan celaka kerana semua amalan yang lain tidak akan diterima. Betapa pentingnya solat fardu yang hanya diwajibkan lima kali dalam sehari. Tapi alangkah mengecewakan kerana kita generasi pada hari ini memandangkan remeh dan begitu mudah mengabaikan kewajipan ini tanpa rasa takut dan gerun dengan azab Allah yang sedang menunggu di akhirat. Pelbagai alasan yang diberikan bila mereka tidak menunaikan solat fardu. Amat - amat tidak bermoral dan sungguh tidak bersyukur dengan jutaan nikmat dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan percuma.

Begitu juga dengan solat-solat sunat yang tidak kurang pentingnya kerana ia mampu menampung kekurangan yang terdapat dalam solat fardu. Oleh itu kita tahajju, taubat, dhuha, tasbih, hajat dan sebagainya. Semoga Allah sentiasa membimbing dan menjadikan kita serta anak keturunan termasuk dalam golongan yang menegakkan solat dengan sempurna.

Solat itu tiang agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya, jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika musafir, boleh dijama (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Sesungguhnya perbuatan meninggalkan solat ini merupakan kes jenayah yang paling berat, kerana ia tonggak segala urusan agama ini. Kerana ia hubunngan dari seorang hamba dengam Tuan pencipta. Baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat, kefahaman dan lalu penuh khusuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji. Hal ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam tiap individu. Firman Allah SWT : Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar ; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya).

Sekian dari saya, terima kasih.

2.JAUHI SYIRIK
ADRIANA NAFISAH BINTI AZUNAIDI

2.JAUHI SYIRIK

ANIS SAFIA BATRISYIA BINTI ABDUL JALIL.

SYIRIK IALAH SATU PERBUATAN YANG KEJI DAN MENYUKUTUKAN  ALLAH DENGAN SESUATU YANG LAIN. PERBUATAN INI JUGA AKAN MEROSAKKAN AQIDAH. SYIRIK BOLEH BERLAKU SAMAADA DENGAN PERKATAAN, PERBUATAN. HUKUMNYA IALAH HARAM BAGI MENSYIRIKKAN ALLAH. PERBUATAN INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI DOSA PALING BESAR DAN PELAKU DIJANJIKAN DENGAN AZAB YANG PEDIH.

SYIRIK TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:
SYIRIK JALI DAN SYIRIK QAFI.

SYIRIK JALI IALAH MEREKA YANG MEMPERCAYAI ATAU MENGAKU ADANYA TUHAN LAIN SELAIN ALLAH. MEREKA JUGA MENYEMBAH SELAIN DRI ALLAH. SYIRIK INI DIKENALI SEBAGAI SYIRIK BESAR. KITA DAPAT MENGETAHUI SAMAADA SESEORANG ITU SEDANG MENGAMALKAN SYIRIK JALI SEKIRANYA ORANG ITU MENYEMBAH BERHALA, MATAHARI ATAU MEMINTA PERTOLONGAN DAN DOA' SELAIN DARIPADA ALLAH. SYIRIK INI DAPAT MEROSAKKAN AQIDAH, HILANG TEMPAT BERGANTUNG DENGAN ALLAH, BERDOSA BESAR DAN DIMURKAI ALLAH DAN KEKAL DALAM API NERAKA.
SYIRIK QAFI PULA IALAH TIDAK MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI YANG MUTLAK DALAM NIAT KETIKA BERIBADAH. SYIRIK INI DIKENALI JUGA SEBAGAI SYIRIK KECIL. RIAK DLM IBADAH YAITU MELAKUKAN SESUATU IBADAH BUKAN KERANA ALLAH SEMATA-MATA, SEPERTI SESEORANG MELAKUKAN IBADAH KERANA MAHU PUJIAN ATAU TEMPAT DALAM MASYARAKAT IALAH KEADAAN YG MEMBAWA SESEORANG ITU MENGAMALKAN SYIRIK JALI. MENGHAPUSKAN PAHALA AMALAN, SUKAR MENERIMA PANDANGAN ORG LAIN, MENIMBULKAN PERMUSUHAN, DIBENCI MASYARAKAT DAN MUDAH BERPUTUS ASA ADALAH AKIBAT BAGI SESEORANG YG MENGAMALKAN SYIRI JALI.

SESUNGGUHNYA MENGAMALKAN SYIRIK DPT MEROSAKKAN DIRI KITA. SETIAP ORG PERLU MENJAUHKAN DIRI DARIPADA MENGAMALKAN SYIRIK.

SEKIAN, TERIMA KASIH

NUR DAMIA HANINI - SOLAT TIANG AGAMA
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا
محمد وعلى ءآل سيدنا محمد

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ📖

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanNya, saya Nur Damia Hanini Binti Mohd Radzi diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit tazkirah ringkas yang bertajuk "SOLAT TIANG AGAMA".

Solat merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan. Solat amat penting sehinggakan jika ketika sedang berperang sekalipun kita tidak boleh  meninggalkan solat.

"RO'SUL AMRI AL ISLAAMU WA A'MUUDUHU ASSOLAATU"
Maksudnya : Perkara pokok ialah islam, dan tiangnya adalah solat.

Pengajaran dari hadith di atas ialah islam ada nyawa dan roh kehidupan manusia manakala solat adalah tiang utama keperibadian muslim. Tanpa islam, manusia tidak bernyawa dan tanpa solat ibarat bangunan islam yang runtuh.

Justeru itu, untuk menjadi umat islam yang berjaya, kita tidak boleh mengabaikan solat terutamanya solat-solat fardhu.

"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".

Sekian, wslm..

3.SOLAT TIANG AGAMA
NAMA : NURDINI NAJIHAH BINTI MOHD FAUZI
KELAS : 6 DELIMA

Assalamualaikum wbt, saya Nurdini Najihah binti Mohd Fauzi. Pada hari ini saya akan menyampaikan satu tazkirah ringkas yang bertajuk "SOLAT TIANG AGAMA".

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim. Solat bermaksud doa yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan seluruh anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga akhir solat didirikan.
Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan agamanya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya.

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18 bulan sebelum Nabi s.a.w behijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra telah termaktub kewajipan solat fardhu lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim dan wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Rumusannya, kita tidak boleh mengabaikan solat kerana solat itu amat penting bagi kita.