ULASAN EKONOMI 2 by Syahirah nizam (285689)

Ramalan pakar ekonomi untuk tahun 2019
Berdasarkan apa yang saya baca ini, pertumbuhan ekonomi dunia akan menyusut dengan 2019 akan disasar sebanyak 3.1 peratus berbanding 3.8 peratus pada tahun 2018.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi, IHS Markit Nariman Behravesh ekonomi  global memulakan secara kukuh pada tahun 2018 namun menjelang akhir tahun momentum tersebut pudar. Malahan risiko besar untuk tahun akan datang terhadap ekonomi global adalah kejatuhan pertumbuhan dagang dunia yang merundum kepada hampir kosong peratus pada akhir 2018 berbanding 5 peratus pada awal tahun. Jangkaan konflik dagangan semakin memuncak dengan melibatkan negara kuasa besar dunia akan menjejaskan kemerosotan dagangan dunia tambahan beliau.

Pada tahun 2018, negara Brazil, India dan Rusia mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana sementara negara membangun yang lain seperti Argentina, Afrika Selatan dan Turki berdepan tekanan kewangan besar dan mengalami kemelesetan. Pasaran membangun terus berdepan ketidaktentuan termasuk pertumbuhan yang perlahan di negara maju, pertumbuhan dagangan dunia perlahan, pengukuhan nilai dolar, kedudukan kewangan lebih ketatdan ketidaktentuan politik. Namun negara Asia mampu melawan trend ini kerana ekonomi dinamik dan hutang yang rendah.

Ekonomi Amerika Syarikat akan tumbuhan 2 peratus dan kekal di atas trend  pada 2019 berdasarkan unjuran pertumbuhan sektor pekerjaan dan produktiviti. Pertumbuhan AS sebanyak 2.9 peratus pada tahun 2018 meskipun ia disebabkan peningkatan perbelanjaan dan potongan cukai.

Selain itu, ekonomi China akan terus perlahan daripada 6.9 peratus pada 2017 kepada 6.6 peratus pada 2018 dan dijangka menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 2019. Kesan tarif yang dikenakan oleh AS yang sedikit memaksa pihak berkuasa menyuntik ransangan dalam ekonomi.

Permintaan komoditi kelihatan kukuh sekali gus memberikan sokongan kepada pasaran. Bagaimanapun, ketidaktentuan komodiliti pada tahun 2019 akan kekal terutama pasaran minyak.

Risiko perubahan besar akan meningkat namun tidak cukup untuk mewujudkan kemelesetan ekonomi. Konflik dagangan dunia yang amat bahaya akan menjadi kesalahan dasar kekal cabaran utama kerana ia cenderung untuk menjadi semakin buruk dan di luar kawalan. Malahan, peningkatan defisit bajet, hutang yang tinggal di AS, Jepun dan Eropah serta langkah yang salah oleh kebanyakan bank pusat mewujudkan ancaman besar kepada ekonomi global.