BATU BERSURAT TERENGGANU by Nurin Sahira

SEJARAH BATU BERSURAT TERENGGANU
Pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sesampainya di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar batu bersurat ini dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ditulis dalambahasa melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

3Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam

1. Hubungan batu BERSURAT dengan undang- undang syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.
Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605M), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M). Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut dikitiraf dalam kes Ramah v Laton

2. Sejarah perkembagan ISLAM di Nusantara.
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir  samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan  bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Kandungan Batu Bersurat
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Teks Jawi Asal[8][9][10]Transkripsi Muzium Terengganu[11][12]
Penampang depan
رسول الله دعں ىع اورح سىاىى مرٮک
اسا فدا دىوٮ ملىا راى ٮرى همٮا مںكهكں اكاما اسلام
دعں ٮٮر ٮحارا درما مرٮک مرٯسا ٮكى سكلںں همىا دىوٮ ملىا راى
دٮٮواكو اٮى ٯٮٮٮو أكاما رسول الله صلى الله علىه وسلم راحا
مٮدلٮكا ٮع ٮٮر ٮحارا سٮله دٮوٮ ملٮا راى ددالم
ٮهومى. ٯٮٮٮوں اٮٮو ٯرض فدا سكلںں راحا مںدا
لںكا اسلام مںورٮ سٮٮٮه دٮوٮ ملٮا راى دعں ںںر
ںحارا ںرںاحںكى ںںوا ٯٮٮٮوں اٮٮو مک ٮٮٮه سرى ٯادوكا
ںهں مدودوٯكى ںامرا اٮى دٮٮوا ٮرعكاٮو اد ٯرٮاما ادا
حمعه دںولں رحٮ دٮاهں سرطاں دسسںكلا
ںكںدا رسول الله ںله لالو ںوحه راںس دوا
| RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam.
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Manda
. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Penampang belakang
كلورک دںںوا حاوه..كں
داںع ںرںكں كامڡ…اورع ںرٯهوںع
حاعں معامںل..ک..هںلعكں امس
كلںما درما ںارع اورع...دںكا
حاعں معامںل ںوكل ںوٮ ٮماس
حكا امںل هںلعكں امس. كاںم درم ںارع
اورع ںرںوٮ ٮلاحارا لاكى لاكى ڡرمڡوں سںںںه
دںوٮ ملںا راى حک مردںكا ںوحن ڡالو
سراٮس راوىں. حک مردٮكا براسٮرى
اٮوا ڡرمڡواں ىرسوامى دٮاٮم هعک
ڡعكع دهمىالع دعں ىاٮو ماٮكں
حک اعكر...همٮالع حک اٮڡ مٮدلٮكا | Keluarga di Benua jauhkan
(Datang berikan. Keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil … (a)mbil hilangkan emas.
Kelima derma barang orang … (mar)dika.
Jangan mengambil (tugas buat) temasnya
Jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak Mandalika …
Penampang kanan
ںوحں داںداڽ سڡوله ںعه ںںكا جک اى
مںںرى ںوحں داںداڽ ںوحه ںاهل سڡاها
ںعه ںںكا حك ںںوا ںوحں داںداڽ لںما ںاهل
ںوحه ںاهل سڡاها ماسٯ ںںدارا حک اورع
مردںكا كںوحه درما ںارع ٯرمٯوں هںدٯ
ںںدا داٯٮ ںرسوامى حک ںرںواٮ ىالاحارا ںرںكں | Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika ia …
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se(paha …
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil …
Tujuh tahil sepaha masuk bendara. Jika O(rang) …
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak …
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara …
Penampang Kiri
ںںدا ںںر داںداڽ سںاهل سٯاها كسمںںلں درما
سرى ٯادوكا ںهں سںاٯا ںںدا هرںا داںداڽ
كسٯوله درما حک اںٯكو اںوا ٯماںںكو اںوا حوحوكو اںوا كلوركاكو اںوا اںٯ
ںمرا اںى سكال اںسى ںمرا اںى ںارع سںاٯا ںںدا مںورٮ ںمرا اںى لعںٮ دںوٮ ملںا راى
دحادںكں دںوٮ ملںا راى ںاكى ںع لعكر احارا ںمرا | … tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
. … Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya
… Ke sepuluh derma jika anakku atawa pemainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
… tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya.
… di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Tarikh Tepat
Tarikh tepat bagi batu bersurat ini penuh perselisihan kerana terdapat dakwaan bahawa sisi kiri yang rendah, di mana tahun batu bersurat itu disebut pada baris ke-11, telah mengalami kerosakan. C. O. Blagden, orang pertama yang mentafsirkan batu bersurat ini, mempertikaikan ketepatan tarikh bulan Rejab 702 H atau 1303 M. Dalam sebuah rencana, beliau menyampaikan banyak kemungkinan tarikh antara bulan Februari – Mac 1303 M hingga Februari 1387 M dan menyimpulkan, berdasarkan alasan umum, beliau cenderung untuk bersandar kepada kemungkinan tarikh terkini.[5]

Penarikhan orientalis lazim ini akhirnya ditolak oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui pelbagai kepintaran hujah logik, matematik, linguistik, budaya, falsafah dan mistik dan dengan membina semula bahagian batu yang hilang itu. Dalam ucapannya yang disiarkan oleh Muzium Negara Malaysia, Naquib menyatakan bahawa tarikh betul bagi batu bersurat itu ialah hari Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan hari Jumaat, 22 Februari 1303 M. Kenyataanya berdasarkan penjelasan berikut.[6]

Tahun 702 H bermula pada 26 Ogos 1303 M. Hari itu ketika mana kalendar Gregory bermula iaitu kalendar Islam ialah hari Isnin (iaitu 1 Januari 1303 M ialah hari Isnin, dan 237 hari telah berlalu dalam tahun Gregory apabila tahun Islam bermula pada 1 Muharam (iaitu 26 Ogos 1302 M). Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Islam dan lantaran tahun 702 H bermula pada bulan Ogos 1302 M, oleh itu ia berlaku pada bulan Februari 1303 M, yang mana tahun Gregory bermula pada hari Selasa. Mengingati bahawa tahun Gregory bermula pada hari Selasa, didapati bahawa hanya 4 Rejab, iaitu hari ke-181 dalam tahun Islam 702, mempersetujui pengiraan tarikh. Tambahan pula, tarikh 4 Rejab mengesahkan pengiraan kerana ia merupakan sebuah hari Jumaat Rejab, seperti mana yang disebut dalam batu bersurat itu.