Nor Ikma Abdullah by Ikma Abdullah

Nor Ikma Abdullah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Nama saya Nor Ikma Bt Abdullah, ramai kenalan memanggil saya dengan panggilan Ikma.

Saya merupakan anak jati Terengganu. Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang bernama Bukit Besi di daerah Dungun. Sejak kecil saya bertapak di Terengganu dan hal ini menyebabkan saya amat kerap menggunakan Dialek Pantai Timur dalam komunikasi seharian saya bersama rakan-rakan termasuk lah rakan-rakan di USM.

Saya mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Besi (Darjah 1- Darjah 6), Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi (Tingkatan 1- Tingkatan 3). Pada usia saya 16 tahun saya berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut (Tingkatan 4- Tingkatan 5) yang merupakan sebuah sekolah berasrama. Saya melanjutkan pelajaran ke STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas, dan seterusnya menyambung ijazah di Universiti Sains Malaysia.

Bapa saya bernama Abdullah bin Amah, dan beliau merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau pernah bertugas sebagai pemandu lori sampah di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan beliau berasal dari Kelantan. Ibu saya pula bernama Rahmah bt Abdullah. Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Namun begitu, dua tahun lepas beliau mula mengambil tempahan makanan daripada orang kampung. Ibu saya mengambil tempahan Nasi Dagang khasnya dan makanan-makanan lain juga beliau buat. Tempahan banyak diambil pada musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Ibu saya juga berniaga di pasar malam di kampung kami pada hari sabtu malam ahad setiap minggu. Ibu berasal dari Bukit Besi, Terengganu.

Saya merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik. Saya mempunyai lima orang abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan. Kakak dan empat orang abang saya sudah berkahwin.

Selain itu, bagi menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada diri saya apabila saya tamat pengajian kelak adalah saya ingin menguasai seberapa banyak kemahiran yang ada supaya membantu saya melayakkan diri dalam menceburi bidang pekerjaan kelak. Sekarang saya sangat aktif dalam beberapa badan persatuan yang terdapat di USM ini. Saya aktif dalam persatuan Ilmu Kemanusiaan dan persatuan anak negeri Terengganu atau lebih dikenali sebagai PERMATA. Bagi saya, melalui penglibatan dalam persatuan ini diri saya lebih terbuka kepada masyarakat dan persekitaran. Saya juga banyak belajar cara menguruskan sebuah program dan memperoleh teknik dan ilmu ketika menjadi seorang ketua dan peserta dalam setiap program yang dilaksanakan.

Sekian terima kasih.

Ikma Abdullah

Kemahiran Penyoalan
1. Sedikit huraian berkaitan soalan.
2. Soalan umum
3. Soalan lebih tertumpu
4. Mengetahui latar belakang individu yang disoal
5. Setiap soalan berkaitan dengan jawapan yang diberikan