Penulisan Apresiasi & Kritikan Seni by SITI NURUL AQILAH BINTI MOHD MUSLI

BIODATA PELUKIS HASHIM HASSAN ( HAZWANI)
Prof. Madya Hj. Hashim Hassan dilahirkan di Johor, Darul Takzim pada 1937.  Beliau telah menamatkan latihannya di England iaitu di salah sebuah institusi  Brinsford Lodge Teacher Training College dan di sini beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru. Beliau terlibat dalam persatuan pergerakan berpusatkan Melayu dalam Lapan Puluhan. Beliau juga mempelajari Reka Bentuk Grafik dengan Tipografi, Tanda dan Simbol di Canterbury College of Art pada tahun 1965 hingga 1969. Semasa menjadi seorang pensyarah di Jabatan Grafik  di Universiti Teknologi MARA. Beliau  melanjutkan pengajiannya di Sekolah Seni di Ohio University pada tahun 1974. Penglibatannya dalam bidang seni telah lama dan mempunyai pengalaman yang luas dalam menggabungkan unsur-unsur grafik dalam lukisan. Beliau dilantik sebagai salah seorang bapa “Logo Hari Kebangsaan” dan pernah mengadakan satu pameran solo iaitu “Titian Nusantara (Titik-titik Nostalgia)” yang bertempat di TJ Gallery Kuala Lumpur pada tahun 2009. Pada tahun 1993,
beliau dianugerahkan sebagai Ahli Mangku Negara (AMN).

KARYA
Hashim Hassan

Laluan Masa/ Passage of Time

2006

Media Campuran atas kanvas

122 cm x 123cm
Koleksi peribadi

APRESIASI SENI DAN KRITIKAN SENI - DAIJ
DESKRIPSI

Karya “Laluan Masa” merupakan karya catan yang dilukis manual dengan menggunakan tangan oleh hisham hassan pada tahun 2006 yang menggambarkan  unsur – unsur simbolik dan motif warisan  identiti orang melayu  dalam bentuk gaya surealisme atau dunia mimpi yang dipenuhi warna yang harmoni. Kelihatan empat buah wau bulan yang  sedang terbang di angkasa, sekelompak burung yang berterbangan sesama mereka, sebuah roket yang  memecut ke angkasa, enam buah planet dalam sebuah orbit di galaksi bima sakti, ukiran bermotifkan bangau dengan ukiran bermotifkan flora,tiga kelompak percikan bunga api,dua bekas celak mekkah, Pucuk Rebung yang berbentuk segi tiga yang disusun berturutan. Unsur – unsur berkenaan sebagai  motif  identiti kaum melayu di malaysia. Kebanyyakan hasil karya Hashim Hassan menggunakan unsur simbol sebagai  identiti sesebuah bangsa. Warna yang terdapat pada karya ialah warna biru dan warna coklat.

ANALISIS

Karya “Laluan Masa” menggunakan gaya penampilan separa abstrak yang dapat dilihat pada ukiran  corak bangau, bekas celak dan wau. Menggunakan teknik pointilisme untuk menghasilkan bintang – bintang yang di latar belakang  angkasa lepas. Menggunakan media campuran di atas kanvas. Karya menggambarkan identiti adat tradisi kaum melayu. Mempunyai bentuk dua dimensi yang mempunyai rupa geometri dan organik pada planet, ukiran bangau, wau,bekas celak dan burung.  Warna yang digunakkan dalam karya ini ialah warna sejuk iaitu warna biru pada permukaan tanah dan warna coklat pada permukaan ukiran bangau dan beks celak serta warna yang melambangkan motif melayu. Terdapat juga warna yang hangat yang Karya mempunyai estetik yang tinggi dengan menggunakan warna yang hangat iaitu warna kuning dan warna merah. Komposisi yang digunakan memperlihatkan keseimbangan asimetri iaitu terdapat bangau disebelah kiri dan dua bekas celak disebelah kanan serta  susuanan berturutan bentuk pucuk rebung yang bersegi tiga di hadapan. Karya mempunyai harmoni yang pelbagai  warna dan bentuk pada karya. Mempunyai kadar banding yang berbeza saiz diantara bangau dan bekas celak. Penegasan pada roket yang terletak di hujung karya.

Lukisan karya Hashim Hassan menunjukkan barangan atau motif yang simbolik dengan adat tradisi masyarakat melayu yang menjadi warisan yang perlu dibanggakan dan perlu diperluaskan setinggi angkasa. Supaya tidak ditengelami dalam aliran  laluan masa yang semakin berubah untuk  generasi baru.

INTERPRETASI

Karya Hisham Hassan  menggunakan teknik sapuan tebal dan nipis pada bahagian permukaan karya.  Karya ini memaparkan menggambarkan  keadaan suasana di angkasa yang gelap dan sepi yang  mempunyai ruang yang luas. Berdasarkan pada karya ini, makna tersurat dan tersirat Berlantar belakangkan sistem suria yang mempunyai enam buah planet yang berwarna iaitu warna biru, dan merah., dalam luas permandangan. Karya melambangkan budaya dan identiti melayu yang dapat berkembang luas sehingga ke angkasa . Empat buah wau bulan yang berterbangan  dengan bercorakkan  ukiran flora   yang estetik. Sekumpulan burung yang berterbangan  bersama – sama . Tiga kelompak percikan bungan api. Sebuah roket yang  dalam keadaan memecut.Pokok yang bebentuk segi tiga yang tersusun  secara berturutan yang bewarna coklat dan biru yang  berjarak di depan dan di belakang. Permukaan tanah yang bewarna biru   dipenuhi dengan  sekelompak  yang menyerupai bunga – bungaan  yang terdapat di sekitar kawasan. Sebentuk ukiran bangau yang bermotifkan flora . Dua bekas celak yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang berbeza.

Karya yang bermotifkan identiti  adat tradisi kaum melayu. Dilambangkan sebagai semangat malaysia. Karya ini mementingkan penggunaan unsur – unsur yang representasi tradisi pada zaman dahulu. Imej  - imej orbit yang separuh gelap dengan jarak yang dekat antara satu sama lain mengaitkan komunikasi yang mengambarkan dunia nyata dan perubahan masa. Wau bulan mewakili angakasawan malaysia yang terbang jauh ke angkasa untuk mencapai sesuatu kerjayaan. Motif pucuk rebung yang sering didengar dan ditemui pada kain tenunan songket. Sebagai simbol kesuburan yang mempunyai kekuatan yang dilakarkan dalam bentuk bersegi tiga dalam keadaan berturutan. Motif ukiran flora pada bekas celak yang berbentuk segitiga  seperti gunung dikenali sebagai “pokok beringin” yang merujuk kepada seni islam yang estetik. Ukiran motif bangau mewakili jiwa dan identiti orang melayu . Bangau berfungsi sebagai hiasan dan tempat letak kain layar  perahu.

JUGMENT (PENILAIAN / PERTIMBANGAN)

Pengkarya yang telah membawa audiens melihat pada mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah perbezaan motif melayu  yang representasikan pada motif  yang digunakan oleh kaum melayu pada zaman dahulu untuk dipertunjukkan pada generasi baru. Pengkarya menjadikan karya ini sebagai kehormatan identiti   tradisi budaya melayu  pada zaman dahulu yang menjadi rujukan dan panduan pada masyarakat luar.

Sebagai seorang pengkaji, saya melihat karya ini berjaya untuk menyampaikan mesej kepada audies dimana ia mempunyai nilai estetik yang tinggi apabila ia mengangkat nilai masyarakat melayu di malaysia tidak mengira bangsa serta dapat menimbulkan kesan  emosi kepada audiens. Karya ini memberikan kesan yang kesedaran kepada  audiens untuk menjaga  warisan tradisi dan adat orang melayu yang semakin ketinggalan zaman dalam arus pemodenan negara.

RUJUKAN
Rujukan

I Love Museums FB. (2018, 15 November). Painting of the Week: Three Horizons. Diambil 14 Nov. 2020, daripada https://www.facebook.com/ILoveMuseums/posts/painting-of-the-week-three-horizonsismail-mustam-was-born-in-sabak-bernam-selang/10156651657278418/

The Edge Galerie. Ismail Mustam. Diambil 14 Nov, 2020, daripada http://www.theedgegalerie.com/artist/ismail-mustam

Artist Calvin. (2013, 25 Disember). Pertarungan Terakhir Ismail Mustam. Diambil 15 Nov. 2020, daripada http://artist-calvin.blogspot.com/2013/12/pertarungan-terakhir-ismail-mustam_24.html

Bersatulah, Ketepikan Perbezaan Politik – Bapa Logo Hari Kebangsaan.AUGUST 19, 2016. Diambil pada 11 Nov 2020. Diperolehi dari,https://peraktoday.com.my/2016/08/bersatulah-ketepikan-perbezaan-politik-bapa-logo-hari-kebangsaan/.
Kisah Disebalik Logo. Diambil pada 14 Nov 2020. Diperolehi dari https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20160817/283519385283676
We Have Art As Part Of Our Lives And That Makes Our Lives Great Where Ever You Are". Diambil pada 12 Nov 2020. Diperolehi dari .https://www.facebook.com/watch/?v=987674957936909

APRESIASI SENI DAN KRITIKAN SENI - DAIJ
DESKRIPSI

Karya ‘Pertarungan Terakhir’ merupakan karya cat minyak yang menunjukkan gambaran pertarungan Pahlawan Melayu berdasarkan sejarah pada zaman dahulu. Kelihatan dua figura manusia sebagai subjek utama karya sedang bersilat menggunakan senjata keris. Kedua-duanya memakai tanjak dan samping serta berkaki ayam.. Terdapat tumbuh-tumbuhan di persekitaran tempat mereka bertarung di mana kita ketahui bahawa pertarungan tersebut berlaku di kawasan terbuka yang mungkin disaksikan oleh ramai orang ketika itu. Pengkarya berjaya mewujudkan suasana tegang ketika pertarungan tersebut berlaku. Kedua-dua kelihatan terus menyerang antara satu sama lain tanpa menghiraukan persekitaran mereka seperti duri yang boleh mencederakan atau anak pokok tercabut akibat terkena keris.

ANALISIS

‘Pertarungan Terakhir’ menggunakan gaya penampilan separa abstrak iaitu imej figura manusia masih dapat dikenali walaupun wajah dan persekitaran mereka adalah abstrak. Calitan warna putih secara membulat menunjukkan kesan pergerakan tangkas ketika figura sedang beraksi. Warna hitam pula menimbulkan suasana suram, garang. Teknik impresionisme dilakukan bagi merakam secara tepat subjek dan keadaan sebenar ketika bertarung. Ilusi cahaya dan bayang kelihatan apabila bahagian terkena cahaya diletakkan warna terang manakala bahagian yang terlindung daripada cahaya diletakkan warna gelap. Pahlawan berbaju merah menjadi penegasan dan kita boleh katakan bahawa dalam pertarungan tersebut, figura ini merupakan pahlawan sebenar seperti Hang Tuah yang menentang Hang Jebat. Figura berbaju hitam kita boleh andaikan bahawa dia ialah Hang Jebat si penderhaka. Kontra ini membantu audiens membezakan dan mengetahui pahlawan sebenar dalam cerita ini.

Tambahan pula, wajahnya sengaja ditunjukkan berhadapan audiens sebagai cara pengkarya menghargai perjuangan pahlawan tersebut menentang penderhaka dan memelihara kesejahteraan negeri. Susun atur pokok-pokok di persekitaran mereka menjelaskan bahawa pertarungan diadakan di tengah kawasan lapang namun terdapat tumbuh-tumbuhan yang mungkin akan mencederakan mereka ketika bertarung. Pengkarya menggunakan banyak warna panas seperti warna merah pada pakaian pahlawan seperti tanjak dan samping, warna kuning pada sebahagian pokok-pokong kering serta warna perang pada kulit figura, tanah dan latar belakang karya. Selain itu, garisan pada badan figura menampakkan keadaan sempurna bagi tubuh seorang pahlawan yang tinggi, tegap dan berotot. Wujud ruang masa apabila kita melihat cara berpakaian mereka yang klasik dan biasa dilihat pada masyarakat Melayu pada zaman dahulu khususnya ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum penjajahan Portugis.

INTERPRETASI

Berdasarkan karya ‘Pertarungan Terakhir’, terdapat mesej tersurat dan mesej tersirat. Karya ini telah menceritakan keberanian antara kedua-dua figura dan salah satunya merupakan tokoh pahlawan Melayu dikenali sebagai Hang Tuah yang berani, gagah perkasa dan tangkas bersilat menggunakan keris. Warna merah pada pakaian pahlawan juga memberi maksud keberanian, kekuatan dan sebagai tanda supaya audiens memperingati jasa pahlawan tersebut. Warna hitam pada figura dan latar belakang karya memberi gambaran keadaan suram, ketakutan dan mengundang bala seperti suasana pertarungan antara mereka serta pada pakaian watak Hang Jebat. Ramai yang tidak berani mendekati Hang Jebat termasuklah sultan kerana mereka tahu Hang Jebat akan mencederakan sesiapa sahaja yang mendekatinya. Dari segi spiritual, penggunaan keris adalah wajar ketika bertarung dan dikatakan memberi kehebatan luar biasa kepada pemiliknya. Namun, sebagai orang Islam, kita mengambil pendekatan bahawa setiap kejadian ialah aturan daripada Allah SWT. Selain itu, kelihatan pahlawan memakai pakaian tradisional Melayu serta tanjak dan samping walaupun ketika bertarung. Ini menunjukkan bahawa tradisi dan warisan masyarakat Melayu harus dijaga walau apa jua yang berlaku. Pengkarya berjaya mewujudkan emosi cemas dan tegang melalui situasi pertarungan antara kedua-duanya kerana mereka berlawan menggunakan senjata yang mungkin akan mencederakan salah satu watak atau sehingga menyebabkan kematian antara satu sama lain.

JUDGEMENT (PERTIMBANGAN)

Karya ‘Pertarungan Akhir’ oleh Ismail Mustam pada tahun 1961 berjaya kerana merangkumi aspek keindahan dan fungsi tersendiri kepada audiens. Karya ini mempunyai nilai keindahan tersendiri iaitu kepelbagaian warna dan garisan telah digunakan namun berjaya mewujudkan kesatuan sehingga kelihatan harmoni. Rupa dan imej sebenar masih dapat dikenali walaupun digayakan secara separa abstrak. Seterusnya, pengkarya berjaya menunjukkan emosi cemas dan situasi menegangkan. Warisan dan budaya masyarakat Melayu juga ditampilkan dengan baik. Selain itu, keberkesanan karya sebagai alat untuk mendidik masyarakat mengenai sejarah dan identiti sebenar Melayu. Oleh itu, sejarah bangsa dan negara dapat dipelihara dan dipertahankan dengan adanya karya berharga ini.

BIODATA ARTIS ISMAIL MUSTAM
Ismail Mustam dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1944. Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Sungai Air Tawar (1950-1953), Sekolah Kerajaan Inggeris di Sabak Bernam (1954-1956) dan melanjutkan pengajian di Victoria Institution di Kuala Lumpur (1957-1961). Ismail juga merupakan ahli Wednesday Art Group dan telah menerima tunjuk ajar daripada Patrick Ng Kah Onn. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru seni sementara di SMK Sabak Bernam (1962), ilustrator buku Dewan Bahasa dan Pustaka (1963-1965) dan menjadi seorang pereka di Pusat Pembangunan Kraftangan Institut Teknologi MARA (UiTM) (1966-1969). Karya ‘Evolution’ pada tahun (1968) telah berjaya meraih hadiah pertama.

KARYA
Ismail Mustam
Pertarungan Terakhir
1961
Media cat minyak
Koleksi Balai Seni Visual Negara