E-portfolio Amalan Fatwa by Puteri Nursyakirah

Refleksi "Hubung kait antara fatwa, fiqh dan qadha’". (M4)
Secara istilah, kata fatwa didefinisikan oleh banyak ulama iaitu penjelasan hukum syar’i atas dalilnya bagi orang yang bertanya.Kerana fatwa adalah sebuah jawapan, maka pada dasarnya fatwa itu tidak berdiri sendiri, melainkan didahului oleh pertanyaan dari suatu pihak, baik perseorangan atau pun kolektif.

Qadha adalah keputusan yang dilakukan oleh seorang hakim atau qadhi atas suatu perkara atau perseteruan dua belah pihak atau lebih.Orang-orang yang telah ditetapkan hukumnya oleh Qadhi, wajib menjalankannya.Berbeza dengan fatwa yang sifatnya tidak mengikat. Seseorang yang meminta fatwa kepada mufti, boleh menjalankan hasil fatwa itu kalau dia mahu, tetapi tidak ada kesalahan bila dia menolak isi fatwa itu. Persamaan antara fatwa dengan qadha, antara lain sama-sama bersumber kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta sumber-sumber hukum Islam penunjang lainnya.Sesungguhnya fatwa daripada jawatan Islam yang mulia, amalan agama yang tinggi, tanggungjawab syarak yang besar yang dipikul oleh seseorang untuk menyampaikan daripada Rabb al-Alamin.Persamaan yang paling mendasar antara fatwa dan qadha adalah: sama-sama hasil ijtihad yang berlandaskan Al-quran dan al-hadis, sama-sama dalam bentuk ketetapan hukum, keputusanm yang ditetapkan berdasarkan badan rasmi, dan sama-sama menghasilkan suatu produk hukum.Justeru hendaklah ia mempunyai keamanahan yang tinggi oleh syarak dan agamanya, memelihara amanah dan benar dalam penyampaian.

Garis Masa Sejarah Perkembangan fatwa zaman awal Islam sehingga kini (M7)

Fatwa: Konsep, Teori dan Realitinya di Malaysia kini (M14)
Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya .   -  Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus. Sebagaimana yang dimaklumkan, hukum fatwa dan mufti adalaha fardu kifayah dan kadang-kadang membawa kepada fardu ain jika seorang sahaja yang layak berfatwa di satu-sau tempat. Oleh kerana jawatan mufti adalah jawatan utama dan mulia di sisi agama, sudah tentu mufti mempunyai etika dan adab yang tinggi untuk dijunjung sebagai teladan di samping bersedia untuk memantapkn ilmu-ilmu agama dan memahami realiti kehidupan semasa.

Fatwa mebentuk gambaran bahawa Islam itu sesuai di sepanjang zaman dan masa begitu juga tempat dan geografi. Ini kerana, zuruf dan biah masyarakat itu berubah dari semasa ke semasa, begitu juga budaya yang boleh jadi berubah mengikut peredaran zaman dan tempat.  Sebaliknya, jika dibiarkan dalam kejumudan akan pasti membawa kepada kesukaran dan kemunduran.
Fatwa yang diputuskan adalah cerminan kepada realiti sebenar masyarakat pada sesuatu zaman. Semakin maju dan membangun sesebuah masyarakat, maka semakin aktif dan rancaknya aktiviti fatwa lantaran kedudukannya sebagai medium atau alat penting untuk menyelesaikan isu-isu baru yang timbul dalam kalangan masyarakat sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan jawapan hukum kepada akviti harian mereka .

Realiti semasa yang berlaku dipengaruhi oleh pelbagai elemen yang berlaku dalam kehidupan manusia terutama adat setempat, uruf yang menjadi amalan warisan sejak turun temurun dan keperluan masakini yang mendesak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ditambah dengan kewujudan teknologi moden dalam pelbagai bidang harian masyarakat, pembaharuan semasa dalam bidang ekonomi, perubatan dan perubahan sosial, maka sudah semestinya ia melahirkan pelbagai isu semasa yang memungkinkan perubahan hukum berlaku.

Kedudukan fatwa sebagai instrumen hukum semasa (M3)
Fatwa merupakan satu pandangan sesuatu hukum agama Islam yang dikeluarkan oleh seorang mufti yang bertauliah. Bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berkenaan agama yang dikemukakan oleh mana-mana individu. Fatwa yang dikeluarkan mufti kebiasaannya digunakan oleh masyarakat setempat,namun kadangkala diterima pakai oleh masyarakat-masyarakat lain,dan dapat berubah dari masa ke semasa.
Fatwa pada zaman kini semakin maju melepasi perkara-perkara syariah kepada perkara-perkara untuk menangani ibadat dan perkembangan dalam hal-hal keagaamaan seperti penafsiran al-Quran ,rukun dan kesufian. Fatwa moden juga menangani pelbagai lagi perkara termasuklah insuran,pembedahan tukar jantina,minum arak,kes gugurkan bayi dan sebagainya.Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai mufti di setiap negeri berjumlah seramai 14 mufti. Begitu juga hal berkait pewartaan fatwa yang menjadikannya sebagai antara peruntukan dilindungi undang-undang yang tidak terdapat di negara lain.

Undang-undang berkaitan fatwa juga terdapat dalam perundangan di negeri, iaitu membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan doktrin palsu, menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, mencela dan menghina agama Islam, pendapat bertentangan fatwa, kesalahan berkaitan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak serta kesalahan mengeluarkan fatwa.Peruntukan undang-undang menjelaskan kedudukan fatwa masa kini dilindungi undang-undang.Keunikan ini menjadikan institusi agama terutama berkait kefatwaan tetap dihormati dan dianggap badan berautoriti tertinggi dalam menjelaskan hukum kepada masyarakat.

Pandangan hukum itu sama ada dikeluarkan Jawatankuasa Muzakarah MKI atau peringkat negeri, ia tetap menjadi rujukan kerajaan, institusi kehakiman serta perundangan, selain seluruh orang Islam.

PUTERI NURSYAKIRAH ZAMRY NUR
17070737/2
JABATAN FIQH DAN USUL