Remake of KRITIKAN TERHADAP FILEM TAARE ZAMEEN PAR by Norleha Jusrin

KRITIKAN FILEM.
Assalamualaikum dan salam sayang untuk Dr. Mazni dan rakan-rakan Lentera sekalian, nama saya Norleha Binti Mohamad Jusrin (193875) berdasarkan filem " Taare Zameen Par", saya dapat melihat golongan pendidik dan ibu bapa yang hanya mementingkan kejayaan dan " A" bagi kehidupan atau matlamat yang perlu dikejar oleh seseorang pelajar. Sebagai contoh, ayah kepada Ishaan memarahinya kerana tidak mampu menjadikan sebijak abangnya, tetapi ayah tidak melihat kelebihan yang ada pada diri Ishaan iaitu kelebihannya dalam bidang lukisan. Para pendidik dan orang tua juga perlu peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar, bukannya hanya menyalahkan diri pelajar tersebut. Sebagai contoh, mereka perlu mencari punca seorang pelajar itu tidak ingin belajar seperti yang dilakukan oleh Amir Khan dengan mengesan masalah yang dihadapi oleh Ishaan iaitu disleksia.  Amir Khan mengenal pasti masalah Ishaan yang tidak mampu menulis dan membaca dengan betul. Dia berusaha untuk mengajar Ishaan agar dapat membaca dan menulis dengan betul kerana ianya merupakan asas penting untuk seseorang pelajar. Amir Khan menggunakan kelebihan yang ada pada diri Ishaan iaitu melukis dengan menekankan didik hibur di samping mengajar Ishaan membaca dan menulis. Sebagai contoh, Amir Khan mengarahkan Ishaan untuk melukis di samping itu, mengarahkannya untuk menulis huruf-huruf.  Secara tidak langsung, literasi bahasa itu sudah diterapkan dalam diri Ishaan kerana ianya berlaku secara tidak formal.  Sehubungan itu, para pendidik perlu mencontohi sikap Amir Khan, yang mengajar muridnya menggunakan kelebihan yang sedia ada agar mereka lebih meminati sesuatu yang baru. Kasih sayang juga merupakan elemen yang paling penting untuk memberikan sokongan kepada seseorang. Kita juga perlu tahu, ilmu itu bukan hanya semata-mata berada di dalam bilik darjah namun ilmu itu apabila kita mempelajari sesuatu yang baru dan belum pernah kita pelajari. Kejayaan juga tidak terletak kepada "A" tetapi kejayaan terletak apabila kita memahami apa yang kita pelajari. Filem ini juga banyak mengajar saya dan memberi ilmu baru untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.