Aisah by NURUL AISAH BINTI ABDUL RASHID

Topic : Struktur Atom
Objektif Pembelajaran :

1) Membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam menulis dan melukis susunan elektron dalam sesuatu atom.

Aktiviti : Permainan Chemuno

1)  Enam set kad CHEMUNO digunakan untuk aktiviti dalam kelas.

2) Setiap satu set kad CHEMUNO akan dibekalkan dengan 10 soalan.

3) Setiap satu set kad CHEMUNO mempunyai soalan yang berbeza (nama unsur yang berbeza).

4)  Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan.

5) Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.

6)  Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing  dalam bentuk bulatan.

7) Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan enam borang CHEMUNO oleh guru bagi kegunaan pelajar untuk tujuan merekod cara mereka melukis susunan elektron dalam sesuatu atom.

8) Pelajar dikehendaki bekerjasama dalam satu kumpulan untuk melukis susunan elektron bagi sesuatu atom berdasarkan senarai nama unsur yang diberikan dalam kad CHENUMO.

9) Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit bagi menyelesaikan soalan tersebut.

10) Arahan diberikan oleh guru untuk memulakan permainan tersebut.

11) Setelah 5 minit, pelajar diwajibkan untuk menukar set kad CHEMUNO kumpulan mereka dengan kumpulan lain.

12) Masa yang diberikan untuk satu kumpulan menyelesaikan soalan tersebut juga selama 5 minit.

13) Permainan ini diteruskan sehingga setiap kumpulan dapat menjawab soalan daripada kesemua 6 set kad CHEMUNO.

14) Pada akhir aktiviti, setiap kumpulan akan mempunyai enam set kertas jawapan.

15) Setiap kumpulan hendaklah menukarkan keenam set jawapan mereka dengan kumpulan lain untuk disemak.

16) Proses penyemakan ini akan dilakukan bersama-sama dengan guru.

17) Guru akan berbincang bersama-sama pelajar di hadapan kelas.

18) Semua pelajar dibenarkan untuk bertanya kepada guru mereka sekiranya terdapat soalan yang mereka kurang faham semasa proses penyemakan jawapan ini.

19) Setelah selesai semakan jawapan, setiap kumpulan mesti menyerahkan semula kertas jawapan yang mereka semak kepada kumpulan yang sepatutnya.

20) Mana-mana kumpulan yang masih tidak faham berkaitan dengan jawapan yang dibincangkan boleh bertanyakan kepada guru.

21) Sekiranya tiada masalah, keenam kertas jawapan yang telah disemak setiap kumpulan perlu diserahkan kepada guru bagi tujuan  guru mengenal pasti kumpulan yang mendapat markah yang tinggi untuk pemberian hadiah.

Pengurusan Murid
1. Bagaimanakah perbezaan faktor berikut boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid?
Tahap penguasaan pembelajaran seseorang murid adalah berbeza bergantung pada faktor seperti keupayaan mental. Kesediaan mental atau kognitif seseorang  murid merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya seperti aktiviti menaakul, berfikir serta dapat menghubungkaitkan sesuatu pengalaman yang sedia ada seseorang. Kesediaan pembelajaran dari segi keupayaan mental yang dimiliki oleh murid dapat menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baharu. Sebagai contoh, ketika seseorang murid membaca bahan dalam sesuatu topik dan cuba memahaminya, ini bermakna mereka sedang menekankan aspek kognitif. Begitu juga ketika kita sedang mendengar dan cuba untuk memahami sesuatu kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Seseorang murid akan mencapai kesediaan mental apabila dia sanggup dan dapat melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dengan erti kata lain, pencapaian akademik mereka adalah selaras dengan usaha dan latihan yang diperlukan.

Misalnya, kanak-kanak dari tadika tidak boleh memahami sesuatu pelajaran yang dipelajari oleh murid dari sekolah rendah kerana mereka belum didedahkan dengan konsep-konsep abstrak yang telah dipelajari oleh murid dari sekolah rendah. Ini juga dikaitkan dengan tahap kematangan mental seseorang adalah berbeza dengan individu lain. Namun begitu, proses kematangan mental yang sama berkemungkinan berlaku pada individu yang berada pada lingkungan umur yang sama.

Ketika murid-murid berada di peringkat kognitif rendah, mereka bersedia dari segi mental untuk melaksanakan tugasan seperti dapat menyebut huruf A sampai Z dan dapat membilang dari 1 hingga 50. Oleh itu, di peringkat tadika, kanak-kanak diajar untuk mengingat dan menyebut abjad dan nombor. Apabila berumur tujuh tahun iaitu pada peringkat sekolah rendah, murid-murid mula diajar konsep membuat ayat mudah dan konsep mengira yang lebih kompleks seperti operasi penambahan, penolakan, pembahagian dan pendaraban. Pembelajaran menjadi lebih mudah, cepat dan bermakna sekiranya sesuatu konsep itu diperkenalkan pada waktu dan kematangan mental murid-murid yang sesuai. Hal ini tidak dikatakan bahawa kanak-kanak di peringkat tadika tidak boleh didedahkan dengan konsep mengeja dan mengira, tetapi masa yang diperlukan adalah jauh lebih lama untuk mengajarnya kerana mereka belum lagi mencapai tahap kematangan mental yang diperlukan untuk memahami konsep tersebut. Oleh itu, pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan apabila objektif, isi pelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid dapat dijalankan sejajar dengan kematangan mental mereka.

2. Cadangkan satu kaedah untuk anda memotivasikan murid anda yang berbeza kesediaan belajar mdreka.
Pada pendapat saya, satu kaedah yang dapat memotivasikan murid yang berbeza kesediaan belajar ini adalah dengan cara, guru mestilah menyampaikan penerangan yang jelas tentang sesuatu pelajaran kepada muridnya. Apabila seseorang murid tidak aktif dalam penglibatan aktiviti kelas dan lemah dalam membuat tugasan yang diberikan, guru sepatutnya meluangkan masa untuk menjelaskan mengapa mereka perlu belajar tentang sesuatu topik dan kepentingan aktiviti yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan lebih berminat untuk belajar apabila mengetahui tentang objektif pembelajaran. Sekiranya mereka tidak berminat untuk belajar kerana tidak pasti tentang objektif pembelajaran, sudah pasti mereka cenderung untuk hilang fokus semasa proses pembelajaran dijalankan dan bakal mencapai prestasi yang kurang baik. Oleh itu peranan guru sangat penting dalam memotivasikan murid agar mereka yang berbeza kesediaan belajar ini dapat belajar dengan minat yang lebih tinggi.

Peranan guru kaunselor dalam membantu menguruskan permasalahan pelajar
Sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling, peranan yang boleh saya lakukan dalam membantu menguruskan permasalahan serangan seksual terhadap pelajar seperti kes liwat ini adalah pertama sekali, kaunselor perlu mendapatkan laporan daripada pelajar yang menjadi mangsa liwat berkaitan dengan pelaku. Selepas mendapatkan keterangan, kaunselor perlu mendapatkan bukti yang kukuh untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap pelaku. Sekiranya kes tersebut memang berlaku, kaunselor perlu memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kes liwat ini dan memberitahu ibu bapa mangsa supaya diberi konsultasi untuk menghadapi kes ini.

Selepas laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa, kaunselor juga memainkan peranan dengan mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin untuk membantu dan membimbing pelajar yang menjadi mangsa serangan seksual menangani masalah yang dihadapinya. Perkara ini penting supaya dapat mengurangkan bebanan fikiran dan dapat menstabilkan emosi pelajar tersebut. Guru kaunselor perlu memastikan sesi kaunseling ini diteruskan sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi mengikuti perkembangan mangsa terutama sekali dari segi emosi. Guru kaunselor juga perlu sentiasa berhubung dan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa dan guru kelas mengenai pelajar tersebut.

Akhir sekali, guru kaunselor perlu memastikan kebajikan dan permasalahan pelajar tersebut dirahsiakan daripada orang lain demi menjaga maruah dan nama pelajar tersebut.

Harapan terhadap diri sendiri sebagai seorang pendidik dan harapan terhadap sistem pendidikan negara
Assalamualaikum Cikgu Muslim, berikut saya sertakan pautan link bagi tugasan individu 4

https://drive.google.com/file/d/1mMelb5XLpzS0WVPBsD3FlsczbsJgXN7y/view?usp=sharing