3 ILTIZAM 25/6/21 by AINA SYAKIRAH BINTI MOHAMMED Moe

SOALAN KBAT
1. Menurut hadis nabi, Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Berikan cadangan anda untuk memuliakan hari Jumaat. (4m)

2. Berubah daripada keburukan kepada kebaikan adalah satu contoh penghijrahan. Bagaimanakah anda berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup? (4m)

3. Sejak PKP ini, masjid semakin sunyi daripada dikunjungi jemaah. Ramalkan apakah akan berlaku sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi ? (4m)

4. Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian. (4 m)

5. Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara  sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?

NURISHA AMNI BINTI SHAHRIL
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan membaca Surah al-Kahfi. Contohnya, kita boleh melakukannya pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Hal ini kerana Surah al-Kahfi mempunyai banyak kelebihan ketika membacanya seperti kita akan terselamat dari fitnah dajjal dan diberikan pahala yang berlimpah. Kesimpulannya, Kita perlulah memanfaatkan hari Jumaat kerana ia merupakan hari yang mulia dalam Islam.

2. Saya berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup adalah dengan mencari motivasi yang berilmiah, Contohnya, mendengar ceramah daripada ustaz dan ustazah yang berkaliber serta berilmu. Hal ini akan meningkatkan lagi kesedaran saya untuk lebih berubah kepada arah kebaikan dan mendekati Allah SWT. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam, kita perlulah mengelakkan daripada melakukan perkara yang dimungkar oleh Allah SWT supaya kita tidak lalai.

3. Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi, masjid tidak akan lagi dipenuhi oleh para jemaah seperti dulu. Contohnya, ramai akan menganggap masjid tidaklah merupakan salah satu tempat yang penting untuk beribadah lagi. Hal ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan ibadah terlalu lama di rumah. Sedangkan kita akan diberi pahala yang lebih banyak jika kita melakukan ibadah di masjid berbanding di rumah.Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam sewajarnya bersyukur dan menghargai masjid kerana ia merupakan rumah Allah SWT.

4. Pada pendapat saya, tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian ialah dia tetap harus melakukan solat. Hal ini kerana solat merupakan salah satu perkara yang wajib dalam rukun Islam. Oleh itu, dia perlulah bersyukur kerana masih dikurniakan kehidupan untuk terus menambahkan amal ibadahnya kepada Allah SWT. Kesimpulannya, kita perlulah melakukan solat walaupun apa jua terjadi kepada kita kerana solat merupakan tiang agama kita dan menambah pahala kita.

5. Sekiranya Roslan mahu menyertai jemaah tersebut adalah dengan melakukan secara masbuk.Contohnya, Roslan perlulah segera mengikuti barisan jamaah lalu mengangkat takbir serta niat. Setelah imam dan jemaah lain selesai solat, Roslan tidak perlu memberi salam bersama-sama jemaah walaubagaimanapun dia perlu menyempurnakan rakaat yang ditinggal olehnya.Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah bersyukur dan mensedari kasih sayang Allah SWT terhadap solat masbuk ini kerana solat kita masih dapat diterima.

MAISARAH BINTI MUSTAFA
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat ialah dengan memotong kuku pada  kerana hari Jumaat ialah hari yang paling baik untuk memotong kuku. Hal ini dapat memperingati kita supaya menjaga kebersihan diri dan dapat mencontohi sikap Rasulullah SAW dalam diri. Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan hari Jumaat ini sebaiknya untuk melakukan pelbagai perkara sunat supaya dapat menampung dosa-dosa kita yang lepas.

2. Saya berhijrah dengan sentiasa mengubah sikap dan cara hidup melalui menonton video tentang keagamaan daripada ustaz dan ustazah atau perkongsian daripada rakan-rakan. Hal ini telah menyedarkan diri saya bahawa banyak lagi yang patut diperbaiki supaya ibadah di dunia ini menjadi sempurna. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam seharusnya bijak mencari jalan dalam memperbaiki cara hidup supaya diringankan azab di akhirat kelak.

3. Sekiranya masjid tidak lagi diimarahkan, ramai umat Islam akan lalai dalam beribadah kerana tiada lagi masjid mahupun surau yang sentiasa memperingati mereka supaya beribadah. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa lewat dalam menunaikan solat dan kurang melakukan perkara ibadah lain yang besar ganjaran pahalanya seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa menguatkan iman kita walau dimanapun kita beribadah kerana ini dianggap sebagai satu ujian kepada umat Islam agar sentiasa memperingati-Nya.

4. Pada pendapat saya, Ahmad tetap wajib menunaikan solat fardhunya melalui solat jamak. Hal ini kerana situasi yang dihadapi Ahmad telah dikategorikan sebagai darurat dan Ahmad dibolehkan untuk mengamalkan perkara yang terdapat dalam rukhsah seperti tayamum selain daripada solat jamak. Kesimpulannya, kita haruslah mencari jalan penyelesaian untuk beribadat walau apapun yang terjadi kerana Islam telah mengajar banyak cara untuk sentiasa beribadah supaya setiap yang terjadi itu dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.

5. Roslan boleh menyertai jemaah tersebut dengan keadaan masbuk dan dikategorikan dalam makmum masbuk. Setelah selesai jemaah tersebut menunaikan solat fardhu zohor, Roslan wajib menggantikan semula rakaat yang terlepas tanpa memberi salam pada rakaat terakhirnya supaya sambung solatnya dengan sempurna. Kesimpulannya, Islam mempunyai banyak cara untuk memudahkan kita supaya kita sedar bahawa pentingnya menunaikan ibadah solat kepada Allah SWT agar hidup sentiasa dirahmati.

AUNI ZULAIKHA MAZNI BINTI MD SABRI
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan melakukan perkara-perkara sunat seperti memotong kuku, memakai wangian, bersugi dan sebagainya. Hal ini kerana perkara-perkara tersebut sentiasa diamalkan oleh Rasulullah SAW pada hari Jumaat. Kita bolehlah melakukan perkara sunat untuk menambah pahala. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memuliakan hari Jumaat sepertimana Rasulullah SAW lakukan.

2. Saya sentiasa bermuhasabah diri dan belajar daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki diri dalam hidup. Hal ini kerana kita tidak boleh menghabiskan hidup kita dengan perkara dan kelakuan yang sia-sia. Sebagai seorang manusia, kita hendaklah sentiasa berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kesimpulannya, berhijrahlah ke arah yang lebih baik demi ketenangan hidup.

3. Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi, orang ramai tidak lagi berasa teruja untuk ke masjid. Hal ini kerana sudah terbiasa dan mungkin keadaan tidak akan menjadi sama seperti sebelum ini. Walaupun PKP, kita tidak boleh jadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengimarahkan masjid bersama-sama. Keisimpulannya, janganlah kita lupa akan masjid dan sentiasalah mengimarahkan masjid walaupun sudah lama tidak berkunjung ke masjid.

4. Pada pendapat saya, Ahmad boleh melaksanakan kewajipan solatnya secara jamak dan kedudukan solat yang bersesuaian mengikut syarak. Hal ini kerana keadaan Ahmad yang sukar boleh memberi risiko kepada nyawanya. Walau apapun keadaan kita, kita mestilah solat ataupun qada solat jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Kesimpulannya, kita hendaklah melindungi nyawa dan bersyukur kerana telah disyariatkan rukhsah bagi memudahkan kita untuk beribadah.

5. Roslan hendaklah solat secara masbuk. Hal ini kerana dia merupakan makmum yang ketinggalan dan dia tidak dapat membaca al-Fatihah bersama-sama imam. Oleh yang demikian, Roslan hendaklah menggantikan rakaatnya apabila imam sudah memberi salam. Kesimpulannya, tiada apa yang boleh menghalang kita daripada beribadah kepada Allah SWT.

MOHAMMAD ASYRAF HAKIMI BIN ABDUlL RAHMAN
1.Pada pendapat saya,cara memuliakan hari Jumaat adalah dengan sentiasa berdoa pada hari Jumaat kerana hari Jumaat ada hari yang mustajab untuk berdoa. Hal ini dapat mengingatkan kita bahawa hanya kepada Allah SWT sahaja kita memohon pertolongan. Kesimpulannya,kita hendaklah melakukan amalan sunat dengan kerap kerana banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripadanya.
2. Pada pendapat saya,saya sentiasa memperbaiki segala kelemahan saya seperti pengecut kepada berani.Hal inikerana sifat berani merupakan sifat para wali Allah SWT. Kesimpulannya,kita hendaklah muhasabah diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.
3. Pada pendapat saya,sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi umat Islam akan lebih kurang mengenali satu sama lain keran tidak bertemu. Hal ini kerana salah satu tujuan masjid direka adalah untuk mempereratkan hubungan antara satu sama lain . Kesimpulannya,kita mestilah mengimarakkan masjid jika tiada halangan yang mengganggu kita.
4. Pada pendapat saya,Ahmad masih diwajibkan untuk solat kerana masih dalam keadaan sedar. Ahmad hanya perlu mencari sumber air mutlak untuk berwuduk malahan dibenarkan untuk betayamum jika bekalan air hanya cukup untuk minum.Kesimpulannya,Islam telah memberikan banyak keringanan kepada umatnya untuk beribadah.
5. Pada pendapat saya,Roslan boleh menyertai jemaah tersebut dengan solat pada saf yang sama dengan makmum dan mengikut imam. Sekiranya Roslan mengangkat takbir sebelum imam bangkit rukuk rakaat kedua maka dia hanya perlu mengganti satu rakaat tetapi jika dia mengangkat selepas imam bangkit rukuk maka diwajibkan menggantikan dua rakaat. Kesimpulannya,kita digalkkan menunaikan solat secara berjemaah kerana banyak manfaatnya.

NIK MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD
SOALAN KBAT

1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jummat adalah dengan mengamalkan amalan sunat pada hari Jumaat seperti,memotong kuku dan misai,mandi sunat,membaca surah al-Kahfi dan bersegera ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.Hal yang demikian,kita dapat memperolehi ganjaran pahala dengan mengamalkan amalan sunat hari Jumaat.Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah mengamalkan amalan sunat hari Jumaat bagi memuliakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

2. Cara saya berhijrah untuk membaiki diri dalam hidup adalah dengan bertaubat kepada Allah SWT dengan berazam untuk menjadi umat yang lebih baik dan berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT.Hal ini kerana,kita sebagai umat Islam dituntut untuk segera bertaubat kerana kita tidak akan tahu saat ajal kita akan tiba di samping membentuk jati diri sebagai seorang mukmin yang bertakwa.Natijahnya,kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar menjadi orang yang bertakwa hanya kepada Allah SWT.

3. Pada ramalan saya,perkara yang berkemungkinan berlaku sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi adalah,keutuhan pemuafaktan dalam sesebuah komuniti umat Islam akan luntur dan pudar pada diri setiap umat Islam berikutan ketiadaan perkara ibadat yang sering diamalkan di masjid seperti solat berjemaah dalam kadar yang ramai.Hal yang demikian,setiap umat Islam di dalam sesebuah komuniti akan kurang bertegur sapa dan bertanya khabar antara satu sama lain yang juga membutakan hati umat Islam untuk mengambil berat tentang saudara seagamanya.Tuntasnya,kita sebagai umat Islam hendaklah terus berdoa kepada Allah SWT agar dilenyapkan musibah yang menimpa kita ini supaya kita semua dapat kembali mengimarahkan rumah Allah SWT.

4. Pada pendapat saya,kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian adalah masih wajib kerana ia masih belum dalam keadaan darurat sehingga menyebabkan faktor-faktor tertentu yang menghalang Ahmad untuk melaksanakan solatnya.Hal yang demikian,Ahmad diwajibkan untuk melaksanakan solatnya walaupun terpaksa menggunakan air banjir selagi mana selamat dan cukup untuk keperluan wuduk dan kedudukannya yang selamat.Oleh itu,kita sebagai umat Islam diwajibkan melaksanakan segala perintah Allah SWT dalam apa jua keadaan sedangkan rukhsah solat juga masih diredai Allah SWT.

5. Cara sekiranya Roslan ingin menyertai jemaah tersebut adalah dengan berdiri tegak bersama makmum yang lain,berniat sebagai makmum masbuk,takbiratul ihram serta terus mengikut pergerakan imam.Hal yang demikian,Roslan tidak boleh memberi salam bersama-sama dengan imam,sebaliknya berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.Konklusinya,solat berjemaah dapat menyatukan hati umat Islam dan melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada arahan pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam.