KARANGAN by Sarmillah Chandran

Perenggan 1
1. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar terutamanya di sekolah ? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

perenggan 2 dan 3
2. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

3. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin.Mari kita mengupas keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah. Pertamanya, mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Perkara ini mewujudkan jurang antara orang miskin dan orang kaya. Lantaran itu, pelajar sering dibuli dan diejek kerana memiliki telefon bimbit yang tidak terlalu canggih. Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mewujudkan banyak gejala sosial.

perengan 4 dan 5
4.  Telefon bimbit  juga boleh mewujudkan masalah gejala sosial. Jika dikecilkan skop perbincangan ini, salah satu masalah gejala sosial yang boleh berlaku adalah kecurian. Kes kecurian lazim berlaku di dalam kawasan sekolah. Pelajar mencuri telefon bimbit semata-mata ingin menjual atau menggunakannya. Akibat daripada kecurian tersebut, ianya akan menimbulkan pergaduhan dan fitnah-memfitnah antara satu sama lain. Disebabkan kecurian tersebut, pelajar akan bergaduh dan mencederakan antara satu sama lain.

5. Selain itu, pelajar sekolah juga akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti menonton video lucah. Perbuatan ini perlu dihindari dalam kalangan pelajar kerana melihat pornografi  ini boleh melembabkan pemikiran kita. Sejajar hal ini, menonton video lucah mendorong kepada kes rogol yang disebabkan daripada pelajar yang tidak dapat menahan nafsu. Kesannya, terjadi kes rogol yang berleluasa dalam kalangan remaja.

Kesimpulan (last paragraph)
Kita sudah menyelongkar seribu satu keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial dan gunakan telefon bimbit untuk perkara yang berfaedah. Ibu bapa dan guru harus mendidik para pelajar tentang kepentingan telefon bimbit yang sebenar. Saya berharap bahawa pelajar zaman milenium ini meningkatkan mentaliti mereka dan berusaha untuk memantapkan sahsiah diri kepada yang lebih cemerlang.

Perengan 4 & 5 ( boleh pilih)
4. Keburukan penggunaan telefon bimbit di sekolah yang pertama ialah telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej ringkasan dan bergambar, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan sebagainya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit.

5. Lebih buruk lagi,remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan

yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.

Kesimpulan (Boleh pilih )
Natijahnya, melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi. Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri individu itu sendiri bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.