Exercise 3 (Group Hafiz) by Muhammad Hafiz Bin Kudri

Menurut kejadian di atas, atlet tersebut baru lagi dalam kondisi kecederaannya dan masih lagi dalam fasa acute. Pada fasa ini, kawasan kecederaan akan bengkak dan kelihatan besar kerana proses penyembuhan terjadi untuk membersihkan sel yang mati bagi bergerak ke fasa proliferasi. Jika kondisi bengkak dan kesakitan atlet tersebut itu tidak dikawal maka fasa penyembuhan akan berjalan dengan lambat. Oleh itu, langkah yang terbaik pada fasa ini adalah menggunakan prinsip RICE (Rest, Ice, Compression dan Elevation) dan alat modaliti untuk mengawal kesakitan. Perkara penting yang perlu diambil kira adalah dalam tempoh 24 hingga 72 jam itu pergerakan pada kawasan yang cedera perlu dikurangkan kerana jika tidak, proses penyembuhan tidak akan berjalan dengan lancar. Setelah 2 atau 3 hari, bengkak tersebut akan surut dan masih lagi kelihatan. Atlet itu akan berasa sakit apabila kawasan kecederaan itu disentuh tetapi badan kita memerlukan pergerakan bagi mengelakkan atrofi. Oleh itu, latihan bagi mendapatkan balik jumlah pergerakan asal (Range of motion) adalah lebih penting daripada latihan bebanan. Atlet tersebut disarankan untuk menggerakkan tangannya yang sakit pada julat pergerakan yang tidak membuatkan atlet tersebut berasa sakit supaya proses penyembuhan berjalan dengan lancar dan kesan atrofi daripada kurang pergerakan dapat dikurangkan.

Perkara yang boleh diterangkan berkenaan muscle strain adalah fasa yang dilaluinya itu sama seperti dalam fasa wound healing tetapi akan mengambil masa yang lebih lama kerana bahagian kecederaan itu lebih besar seperti bahagian otot hamstring atau quadriceps. Jika proses rehabilitasi atlet tersebut tidak sempurna, atlet tersebut akan berpotensi untuk cedera balik dan menjurus kepada kecederaan lain di bahagian bahu. Tempoh selalunya untuk kecederaan muscle strain ini untuk pulih mengambil masa dalam sekurang-kurangnya 6 minggu mengikut keseriusan kecederaan tersebut.

Pengurusan utama atlet ini adalah untuk mengembalikan julat pergerakan dorsifleksi dan plantarfleksi supaya boleh kembali ke sukan beliau dengan baik. Gred keterukan atlet ini boleh ditentukan melalui keterukan gross laxity sendi beliau. Secara kebiasaannya, dalam sudut kurang 5 degree atau 5 hingga 15 degree telah menunjukkan gross laxity yang positif dimana berada dalam klasifikasi teruk dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih daripada yang berada dalam julat lebih 5 degree dan 5 hingga 15 degree.

Jenis kepatahan yang mungkin berlaku pada atlet ini adalah jenis kepatahan greenstick. Kepatahan yang sering berlaku pada atlet yang masih dalam fasa kebesaran seperti bayi dan kanak-kanak. Pertolongan cemas akan diberi kepada pesakit seperti menjaga anggota yang cedera dengan menggunakan sling. Anggota yang cedera perlu diangkat lebih tinggi daripada paras jantung untuk membantu mengurangkan bengkak. Selain itu, pertolongan cemas seperti PRICE (Protection, Rest, Ice, Compression, dan Elevation) juga akan diberikan kepada pesakit bagi mengurangkan kebengkakan pada bahagian yang cedera.Setelah kebengkakan nya surut dan atlet tersebut boleh bergerak lebih mudah dari ketika kecederaan, faktor kekuatan dan daya tahan kardiovaskular juga penting kepada atlet tersebut kerana dia adalah seorang atlet bola sepak.Memberi latihan kekuatan seperti squat atau heel rise akan membantu dalam membina kekuatan otot atlet tersebut manakala latihan daya tahan kardiovaskular diberikan seperti breezewalk 1km atau 1km cycling machine supaya daya tahan kardiovaskular atlet tersebut dapat di pulihkan juga.