Pengaruh Tamadun Islam by PI1 Nurul Aimi Ayuni Binti Mohd Zin

SOALAN : Kemudian jelaskan kesan pengaruh Islam dalam pembentukan worldview masyarakat Melayu. Sertakan contoh-contoh yang relevan bagi menyokong jawapan anda
Kesan pengaruh islam dalam pembentukan worldview masyarakat ialah kedatangan Islam telah mencetuskan transformasi yang bersifat radikal dalam pandangan semesta bangsa Melayu kepada bertuhankan kepada Allah SWT yang bersifat Maha Esa. Selain itu,  kedatangan Islam turut mencetuskan gelombang transformasi budaya yang menyentuh pelbagai dimensi cara hidup masyarakat Melayu. Contohnya, amalan adat tradisi warisan turun-temurun telah disesuaikan dengan nilai-nilai dan batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Islam. Seterusnya, pengaruh akli dan kebudayaan Islam mengatasi pengaruh akli yang cuba diterapkan oleh agama dan kebudayaan Hindu di alam Melayu kerana pandangan alam dan kerangka keilmuan Melayu berteraskan Islam telah berakar dalam akal sanubari Melayu. Contohnya, agama Hindu walaupun datang ke alam Melayu secara aman dan pernah bertapak lama di sini, namun agama ini telah kehilangan peranannya dalam kehidupan orang Melayu. Disamping itu, pengajian akidah bukan sahaja telah berjaya mewaraskan pemikiran orang Melayu di zaman silam, tetapi juga telah berjaya membangunkan minda mereka agar mereka berpandangan jauh, berfikiran kritis, rasional, rasional dan saintifik. Contohnya, Pandangan mereka bukan sahaja terikat dengan alam inderawi, tetapi juga menjangkau alam ukhrawi yang menjadi destinasi akhir setiap insan bergelar Mukmin. Akhir sekali, Dalam aspek ekonomi pula, kejayaan dan kegemilangan yang dihasilkan dalam tamadun Melayu sebelum ini bukanlah berbentuk ‘historical’ semata-mata, sebaliknya ia juga bersifat ‘coincidental’ di mana agama Islam menjadi asas unggul dalam memperkukuhkan hubungan tersebut. Contohnya, Perdagangan mahupun kaedah perdagangan diplomasi Melaka bersendikan agama Islam, Bahasa Melayu, tulisan jawi dan perkahwinan diraja yang juga merupakan tali temali yang memperteguhkan ukhwah dan ikatan serumpun

Bentuk Pengaruh Islam Dalam Tamadun Melayu
- Sikap mementingkan ilmu membawa kepada berkembangnya pendidikan dan institusi pendidikan formal.

- Sistem pemerintahan berasaskan Islam, iaitu institusi kesultanan

- Seni khat, seni bina dan seni ukir masyarakat Asia Tenggara dipengaruhi oleh kesenian Islam

- Sistem ekonomi berasaskan Islam, iaitu institusi ekonomi seperti baitul mal telah diperkenalkan, unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga diamalkan serta amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang

- Lahir semangat jihad untuk menentang penjajah

-  Mutu bahasa dan kesusasteraan Mleayu telah ditingkatkan
- Cara hidup atau budaya Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara

Bentuk pengaruh yang diterima oleh tamadun Melayu pada zaman animisme, Hindu-Buddha dan Islam
ISLAM

Akidah - Bermaksud ikatan sama ada hissi atau maknawi - Berkaitan dengan keimanan (kepercayaan) manusia kepada Allah ; pengakuan dengan hati,ikrar dengan lisan dan pembuktian dengan amal soleh. Akidah masyarakat di Malaysia berpaksikan kepada rukun iman yang enam. Meliputi tauhid uluhiyyah,tauhid rububiyyah dan tauhid asma’ dan sifat. Merupakan asas kepada semua bidang ilmu dan teras kepada sistem kehidupan bermasyarakat

HINDU – BUDDHA

Sebelum kedatangan Hindu – Buddha : - Masyarakat mempunyai kepercayaan sendiri ; animisme,dinamisme dan pemujaan Hyang (nenek moyang)

Selepas kedatangan Hindu – Buddha - Terdapat masyarakat yang menganut agaam Hindu atau Buddha. - Terdapat juga sinkretisme atau persenyawaan yang mana agama Hindu-Buddha dianuti bersama dengan kepercayaan nenek moyang. - Upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun

Kedatangan islam - Selewat-lewatnya pada abad ke 15 • Islam telah mengubah cara hidup, kepercayaan dan pandangan semesta • Seluruh hidup merek berfokuskan kepada Allah • Masih ada pengaruh agama animisme, Hindu- Buddha.

Politik / kerajaan
• Banyak pusat perdagangan dan kerajaan islam • Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan,pentadbiran dan kehakiman yang tertinggi ; mengikut politik islam • Sebagaimana yang terdapat dalam piagam madinah (sahifah madinah)

Sosial
• Pengaruh elitisme yang diwarisi daripada zaman Hindu-Buddha tidak banyak berubah • Selepas kedatangan islam ; semangat kesedaran kelas

Undang-undang
• Bermula apabila raja melaka memeluk islam pada abad ke 1 • Pengaruh undang-undang islam semakin kuat menggantikan undang – undang adat. • Walaupun melaka merupakan negeri islam, namun pemeritahannya tidak mengamalkan hukum islam dengan sepenuhnya.

Ekonomi
• Bercorak agraria ; pertanian,perikanan,penternakan dan sebagainya yang bergantung kepada alam. • Meningkatkan aktiviti perdagangan sehingga bersifat antarabangsa. • Sistem barter dan mata wang semakin berkembang.

Kesenian
• Dapat dilihat pada batu nisan,makam,masjid dan kaligrafi. Bahasa dan Sastera • Kedatangan islam telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahaa lingua franca. • Jugatelah diangkat taraf sebagai bahasa pengantar di kawasan alam melayu yang mempunyai 200 bahasa daerah. • Diperkenalkan sistem tulisan Arab-Jawi. • Sastera melayu yang bercirikan islam terbahagi kepada 2 ; puisi dan prosa.

Pendidikan dan Ilmu Syariah
• Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah (naqliyyah) yang meliputi bidang usuluddin,feqah dan tasawuf. • Aktiviti ilmu dan pendidikan berlangsung di istana yang berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat penterjemahan, di rumah-rumah maulana atau ulama,masjid , madrasah dan suarau. • Telah melahirakn ulama melayu seperti nuruddin al- raniri ; hidayah al-iman dan sirat al-mustaqim