Batu bersurat terengganu by

BATU BERSURAT TERENGGANU..

Pada Tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, ditepi Sungai Tara, di kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abdidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka. Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu .Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu.Catatan sejarah Menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAMBatu Bersurat Terengganu yang di anggarkan telah berusia 700 tahun merupakan batu bersurat yang menpunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di negara kita. Batu ini di temui separuh tenggelam di terbing Sungai Tersat di Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1903.Catatan yang terkandung pada Batu Bersurat ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama di Terengganu pada tahun 1303. Batu Bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.Batu Bersurat Terengganu juga merupakan signifikan dengan bukti penyebaran Islam di kepulauan Melayu, khususnya Terengganu.

Catatan China pada 1

Catatan China pada 1226 dikemukakan Chau Ju Kua dan sejarawan seperti Gerini serta Paul Wheatley berpendapat Kuala Berang yang menjadi pusat pertemuan dan penukaran hasil dagangan pedagang pada masa itu.Penemuan bersejarah sumber primer itu memerlukan penelitian dari setiap sudut sama ada kritikan luaran dan dalaman. Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Historical Fact and Fiction menekankan perlunya kaedah atributasi untuk mengesahkan asal-usul sesuatu peristiwa sejarah berasaskan persoalan bila, mengapa dan bagaimana.Bagi merungkai peristiwa sejarah yang bersifat dalaman, persoalan mengapa dan bagaimana mestilah dititikberatkan oleh seseorang sejarawan berbanding persoalan bila yang lebih tertumpu aspek luaran sahaja.
Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu. Empat ciri penting membuktikan batu bersurat menerima pengaruh Islam ialah tulisan jawi, bahasa, ilmu falak (astronomi) dan isi kandungan yang begitu istimewa bagi penelitian sumber sejarah, terutama dalam kajian epigrafi.Jika diteliti dari aspek sistem tulisan Jawi dipahat pada permukaan batu itu secara umumnya, ialah tradisi Melayu berikutan sudah berlaku penghilangan baris, wujudnya huruf untuk disesuaikan dengan lidah Melayu dan beberapa penggunaan huruf vokal yang mencirikan unsur Melayu sejati walaupun kadang kala tidak konsisten disebabkan ada sistem campuran Arab. Perkembangan tulisan Jawi itu membuktikan masyarakat Terengganu pada masa itu sudah menguasai sistem tulisan berasaskan huruf Arab seperti dalam al-Quran dan dibuat penyesuaian sebagai medium perantaraan untuk menyampaikan ajaran Islam ketika itu.