Batu Bersurat di Terengganu by Shahira Izwanie Sinan

Hubung kait Batu Bersurat Terengganu dengan Undang-undang Syariah Islam
Antara hubung kait Batu Bersurat Terengganu dengan Undang-Undang Syariah Islan ialah batu bersurat tersebut merupakan sumber asas undang-undang Islam dalam institusi Melayu tradisi yang telah dilaksanakan pada zaman silam yang juga merupakan karya perundangan pertama yang dihasilkan sendiri oleh masyarakat Melayu Islam. Selain itu, Batu Bersurat Terengganu juga merupakan medium keseragaman ulama Melayu dalam usaha mereka menyebar, menyusun dan menerapkan undang-undang Islam kepada masyarakat sejagat. Penerangan tentang kesalahan mencuri, berzina dan sebagainya juga tercatat di atas Batu Bersurat Terengganu bermaksud hukum Islam telah diterapkan dalam kalangan masyarakat zaman dahulu lagi.

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Pada mulanya, kekuasaan Hindu iaitu Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit mengalami kemunduran maka Islam mula berkembang dan lahir sebagai kuasa politik setelah keruntuhan kerajaan-kerajaan tersebut. Terdapat beberapa teori kedatangan Islam ke Nusantara. Pertama, Islam datang dari Gujarat melalui perdagangan dan hubungan diplomatik. Selain itu, Islam datang dari Mekah melalui perdagangan. Seterusnya, Islam datang dari Cina melalui perkongsian ilmu. Kesemua teori kedatangan Islam ke Nusantara mengatakan bahawa Islam datang dan diterima secara aman. Perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam di Nusantara malah mubaligh-mubaligh terawal juga merupakan pedagang yang datang dari Arab. Kedatangan Islam meningkatkan moral dan peradaban penganutnya.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Sekitar
Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara lain adalah sangat penting bagi meningkatkan kesejahteraan negara. Di Terengganu pada zaman Kesultanan Mansur Riayat Shah Ibni Sultan Zainal Abidin I, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Empayar Johor-Riau-Lingga dan hubungan tersebut diperkukuh dengan menjalinkan hubungan seakan keluarga. Manakala pada zaman pemerintahan Sultan Mansyur Shah telah menghantar bunga emas kepada Siam untuk mengeratkan hubungan diplomatik namun Siam menganggap perbuatan tersebut seperti Terengganu mahu bernaung di bawah Siam.

Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat yang telah ditemui di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang.