aktiviti 3.1 by

BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan Batu Bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan dalam tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia.Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing sungai Tersat.(Sungai Tara)Kampung Buluh di Kuala Berang,Hulu Terengganu pada Tahun 1887.Batu Bersurat Terengganu ini menjadikan bukti dan teks pada batu ini mengesahkan agama islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di terengganu sejaksekian lama.Selain itu islam merupakan agama rasmi di Terengganu.Menurut siding mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 julai 2009 batu bersurat yang berusia 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG- UNDANG SYARIAH ISLAM

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah.

Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898.

Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

HUBUNGAN DAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Batu bersurat Terengganu dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai baik dan tingkahlaku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pembinaan sesebuah tamadun.

Penyebaran Islam melalui pedagang pedagang dari Arab, India dan China. Melalui perdagangan ini, maka secara tidak langsung telah berlaku perkembangan Islam termasuklah melalui proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak dari aspek kepimpinan interaksi antara tamadun sikap golongan agama dan lain-lain lagi.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Islam mula bertapak di Tanah Melayu dipercayai berlaku pada abad ke-7 masihi. Ada yang memberi pandangan bahawa agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Islam semakin berkembang dengan terbentuknya negara Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 masihi.

Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar sebelum abad ke-15 masihi. Pada 1292, ketika Marco Polo singgah di perlabuhan Perlak, beliau menyatakan bahawa telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan para penduduk tempatan oleh para pedagang Arab. Menurut beliau, Perlak merupakan satu-satunya negara Islam yang wujud di Kepulauan Melayu.

Ibn battutah, pengembara arab yang singgah di Samudera antara tahun 1345-1346 menyataan bahwa raja Samudera telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Negeri-negeri di sekeliling Samudera masih belum menjadi negara Islam. Pada 13-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir keseluruh Kepulauan Melayu. Islam semakin berkembang dengan meluas sehinggakan sebahagian besar penduduk beragama Islam.