e-Folio (MPU21032&PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) by muhammad aiman

PENGENALAN
Kepelbagaian kaum dan budaya menimbulkan pelibagai cabaran
kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komunil misaliya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan la dijelmakan dalam pemikiran  dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan
keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka.

Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. la dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.

Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia, terdapat tiga lapisan perpaduan yang perlu dicapai laitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang
berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui mash terdapat perbezaan dalam
bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Manakala penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial
berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi.

Usaha membina kesatuan sentiasa berterusan melalui usaha mewujudkan tapak integrasi laitu satu ruang dan titik pertemuan antara kelompok strategik di Malaysia (etnik, agama, parti politik, NGO, masyarakat sivil dan lain-lain). Antara usaha yang dilakukan seperti menubuhkan
Communities Liaison Committee, penubuhan parti politik bersifat muafakat (coalition), Pilihanraya, Rancangan
Pembangunan Lima Tahun, Perlembagaan Persekutuan dan beberapa simbol dan struktur kesatuan seperti Yang Di Pertuan Agong (YDPA), bendera, lagu Negaraku, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan Sekolah Aliran kebangsaan.

Namun usaha ini pernah mencapai kegagalan apabila pada 13 Mei 1969, kesatuan yang dibina pecah berderai akibat rusuhan kaum yang berlaku pada tahun tersebut. Dalam Rancangan Malaysia ke-2 (RMKe-2)(1971) Istilah Perpaduan diperkenal dan digunakan memantapkan lagi kesepaduan di Malaysia. Setelah lebih 50 tahun, kemantapan kesepaduan yang dihasratkan masih belum berada pada aras
yang dihasratkan. la boleh retak pada bila-bila masa jika tiada usah berterusan dilaksanakan dalam negara.

Pada tahun 2018, Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) diasaskan pertama kali dalam sejarah Malaysia sebagai satu
usaha membina dan memantapkan kesepaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.

AHLI KUMPULAN 9
1. 33DEI20F1055 MUHAMMAD AFIADIL BIN SABIRIN
2. 33DEI20F1056 MUHAMMAD AIMAN SYAFI-IE BIN ALI BADRUN

NAMA PENSYARAH : PUAN NORMAZITA BINTI MAT ALI

OBJEKTIF DALAM MEMBINA KESEPADUAN NASIONAL KAUM
Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram tapa menggugat keamanan. Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak setiap masa. Hal in boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila peperangan
sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof lung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik
(KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, "Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan
dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat".

CABARAN DALAM MEMBINA KESEPADUAN NASIONAL KAUM
DARI SEGI EKONOMI :
Cabaran dari segi ekonomi ini telahpun lama terjadi sejak zaman penjajahan lagi terutamanya pada zaman penjajahan British.  Proses menuju ke arah perpaduan negara adalah sesuatu yang kompleks, di mana konflik mungkin akan berlaku secara langsung dan tidak langsung dalam menangani perbezaan sosio budaya dikalangan kepelbagaian kumpulan etnik (Lee Wei Chang, Baharuddin, Muhammad, 2013).  Ketika penjajahan tersebut, British telah memperkenalkan satu kaedah ekonomi secara berkelompok yang dikenali sebagai Dasar Pecah dan Perintah.  British menjalankan dasar ini agar mereka dapat mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada pada waktu tersebut.  Namun perkara negatif mengenai dasar ini ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan telah dipisahkan mengikut kaum masing-masing.  Bukan sahaja pemisahkan dari segi aktiviti ekonomi, tetapi rakyat pada waktu itu ditetapkan mengikut tempat yang berbeza berdasarkan kaum yang sama.  Semasa dasar ini dikendalikan, masyarakat Melayu dan orang asli ditempatkan di kawasan luar bandar atau di kawasan pantai kerana pada waktu itu masyarakat Melayu hanya mahir dalam pertanian dan perikanan.  Manakala bagi masyarakat Cina pula ditempatkan di bandar-bandar atau di lombong-lombong bijih timah kerana orang Cina mahir dalam bidang perlombongan dan perdagangan.  Selain itu pula, masyarakat India ditempatkan di ladang-ladang getah.  Perpisahan dari segi ekonomi ini telah memwujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum tersebut.  Perasaan iri hati timbul dalam kalangan mereka kerana tindakan berat sebelah British dalam memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah.  Kesan daripada hal ini begitu mendalam sehingga masih dapat dilihat pada masa kini.  Pada masa kini kita masih dapat melihat bahawa masyarakat Cina mendominasi bidang perdagangan dan masyarakat India masih ramai yang terlibat dalam bidang perladangan manakala ada segelintir masyarakat Melayu yang masih lagi giat dalam aktiviti pertanian dan perikanan.  Pemisahan ini menjadikan interaksi antara mereka menjadi sukar diamalkan kerana mereka dikelompokkan mengikut kaum sendiri.  Dari sinilah peranan kerajaan penting dalam membuka pekerjaan yang mana memberi peluang yang sama kepada semua kaum.  Pembangunan ekonomi merupakan nadi kepada kemajuan negara dan bangsa.  Pembanganun ekonomi ini tidak akan dapat dicapai sekiranyanya rakyat masih ditempatkan mengikut bangsa masing-masing sahaja.  Sistem pemisahan dari segi ekonomi ini seharusnya dibendung agar sifat perkauman yang menebal dalam masyarakat majmuk dapat dihapuskan.

DARI SEGI SOSIAL :
Kurangnya sosial sesama kaum merupakan faktor kepada perhubungan yang lemah dalam kalangan mereka.  Aspek sosial sepatutnya dipupuk agar dapat menyatukan rakyat sebagai satu bangsa demokrasi yang bukan hanya bersandarkan kaum masing-masing.  Seperkara yang menarik dalam memahami sosio-politik masyarakat di Malaysia ialah keupayaan mereka untuk terus-menerus hidup dalam keadaan “ketegangan yang stabil” atau stable tension (Amri Baharuddin, 2009).  Sekiranya kurang percampuran dalam aktiviti sosial masyarakat, maka akan timbul rasa ketidakpercayaan dan kurang semangat kekitaan dalam diri mereka. Sekali lagi tanggungjawab kerajaan merupakan saluran yang penting dalam merapatkan jurang antara kaum melalui aspek sosial.  Sosial dalam pengertian lain merupakan komunikasi baik dari segi komunikasi dua hala mahupun secara berkumpulan.  Sekiranya masyarakat majmuk sentiasa berkomunikasi dan melibatkan diri bersama-sama dalam kegiatan sosial, maka lahirlah kesefahaman serta rasa toleransi dalam diri mereka.  Hal ini juga membantu membuka minda mereka agar menghormati adat dan budaya kaum lain kerana mereka kerap berjumpa dan melihat sendiri kepercayaan kaum lain.  Namun ada juga faktor sosial lain yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membendungnya iaitu dari segi pendidikan.  Asas perpaduan adalah bermula dari golongan belia terutamanya pelajar-pelajar.  Tetapi kesan daripada penjajahan yang mana British memulakan sistem sekolah vernakular menjadikan pendidikan kita tertumpu kepada satu kaum sahaja.  Sehingga kini masih lagi wujud sistem sekolah yang berteraskan satu-satu kaum sahaja seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).  Sekolah seperti ini membataskan komunikasi antara masyarakat majmuk kerana para pelajar hanya akan menggunakan bahasa kaum sendiri sahaja.

DARI SEGI POLITIK :
Setiap negara sememangnya tidak akan lari daripada isu politik.  Hal ini kerana poltik merupakan satu saluran yang kuat bagi membentuk sebuah negara.  Peranan politik seharusnya melahirkan kerajaan yang cekap dan amanah dalam memperjuangkan hak rakyat.  Tanggungjawab sebagai ahli politik sepatutnya tidak boleh disalahgunakan untuk memanfaatkan diri sendiri, namun ironiknya hal itulah yang kini menjadi tular dalam kalangan ahli politik negara ini.  Berdasarkan David dan Dumanig (2011), seorang pemimpin boleh mewujudkan perpaduan nasional atau perpecahan di kalangan kumpulan etnik dalam perbincangan umum tetapi ia bergantung kepada cara mereka memahami dan melihat mesej yang disampaikan oleh pemimpin.  Demi untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, ramai ahli politik mnjadikan isu perkauman sebagai jalan pintas bagi menjamin lebih ramai pengundi.  Politik tidak seharusnya mengunakan isu perkauman sebagai medium tetapi sebaliknya harus menggunakan kedudukan politik untuk membentuk rakyat majmuk yang bersatu.  Sekiranya politik digunakan untuk mengaut keuntungan diri sendiri maka lahirlah sebuah kerajaan diktaktor yang bakal memanipulasikan rakyatnya untuk berbalah sesama sendiri.  Politik harus menjadi saluran yang betul bagi membentuk kerajaan yang bersih dari pelbagai anasir negatif kerana dari politiklah segala hal di negara bermula dan berkembang.  Baru-baru ini negara kita gempar dengan perbalahan politik antara kumpulan baju kuning dan juga kumpulan baju merah.  Hal seperti inilah yang sepatutnya dielakkan kerana bukan sahaja akan dilihat oleh rakyat tetapi juga akan dicemuh oleh negara-negara luar.  Kesan daripada politik perkauman ini bakal mencetuskan akibat buruk yang mungkin akan melanda negara seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu, sekiranya kerajaan tidak memberi penekanan yang tegas dalam hal ini.

LANGKAH DALAM MEMBINA KESEPADUAN NASIONAL KAUM
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!

KESIMPULAN KESELURUHAN
Dalam membina kesepaduan nasional kaum menggariskan teras perpaduan yang perlu difahami dan diamalkan.
Menerusi dasar ini, semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan negara.

Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan, perpaduan ialah agenda utama agar kelangsungan pembangunan negara terjamin. Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara mutlak tetapi perlu dipupuk, dipelihara dan diperkukuh secara berterusan.
Kesepaduan memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak, jaitu agensi Kerajaan, swasta, masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya. Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar in selaras dengan dasar dan
aspirasi Kerajaan bagi membina sebuah negara yang maju, aman, makmur, berintegriti dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global.

KESEPADUAN
Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.

Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bahagimanapun diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini.

Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.

Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industri, golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan.

Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara bangsa integrasi yang maju.

RUJUKAN
1. https://jelajahilmusanubari.blogspot.com/2020/09/kesepaduan-nasional.html

2. https://pemantapankesepaduan.blogspot.com/

3. https://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/

4. https://www.studocu.com/my/document/kolej-vokasional-datuk-seri-mohd-zin/etika/pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia/25384021

KESAN DALAM MEMBINA KESEPADUAN NASIONAL KAUM
Dari segi ekonomi :
Setiap golongan etnik di negara ini  layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat
negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya
boleh diperolehi dengan adanya kesepaduan antara
kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan
perpecahan antara kaum yang boleh menggugat
ekonomi negara.

Dari segi sosial :
Dapat mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari
budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia
supaya benar-benar memahami budaya masyarakat negara ini. Kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di negara kita.

Dari segi politik :
Dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara kita haruslah dipertahankan
kedaulatannya danpada segala bencana yang
melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi
memastikan negara kita akan terus membangun dan
berjaya.