My artistic shelf by Sharifah Atiqah

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Pada 22 Februari 1303M, di dalam batu bersurat tersebut pengisytiharan islam telah dilakukan sebagai agama rasmi dan telah disertakan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika. Terdapat keterangan berkaitan Allah SWT dan Rasulullah SAW, serta bukti bahawa sistem perundangan Islam merupakan gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ianya ada membabitkan bidang muamalat (mengenai hutang piutang, undang-undang keterangan, hukum jika enggan membayar denda & melarikan diri daripada hukuman) dan ianya juga membabitkan hukuman bagi melakukan kesalahan zina.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Kemasukan Islam ke Nusantara adalah melalui kegiatan pelayaran. Terdapat tiga laluan yang digunakan iaitu (1) secara langsung melalui laluan perdagangan laut dengan Tanah Arab dan Parsi, (2) melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India terlebih dahulu dan (3) melalui laluan perdagangan darat iaitu Laluan Sutera ke Tanah Besar China. Hubungan antara masyarakat Indonesia dengan para pedagang muslim Arab, Persia & Gujarat telah membawa pengaruh yang besar. Selain memegang peranan yang penting untuk memperkenalkan Islam, para pedagang tersebut juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke-13, perkampungan muslim di pesisir Samudera telah mula wujud.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh, pada masa tersebut hubungan diplomatik amat dititik beratkan oleh sultan untuk menjaga keamanan dan kedamaian negeri Melaka. Hubungan diplomatik yang paling utama dan penting pada zaman Kesultanana Melayu Melaka adalah antara Melaka dan China. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404. Kemudian disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka telah bersetuju untuk menjadi negeri di bawah naungan China dan Melaka juga telah bersetuju untuk menghantar ufti kepada China. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor & sepersalinan pakaian sebagai tanda pengikhtirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga telah menghantar utusan kepada negara China.