cikgu berdedikasi by AMIRUL AIDIL BIN MD YUSOP

Three-Step-Interview (Wawancara Tiga Langkah)

Latar belakang
Wawancara Tiga Langkah dikembangkan oleh Kagan pada 1989. Kaedah ini biasanya digunakan sebagai aktiviti suai kenal atau latihan ‘team building’. Soalan wawancara yang digunakan dalam strategi ini adalah berfokus kepada isi kandungan bahan yang digunakan dan tidak mementingkan jalan penyelesaian yang betul atau salah seperti di dalam kaedah Think-Pair-Share.

Kaedah Perlaksanaan
Langkah 1: Guru menyampaikan isu/persoalan yang dapat menimbulkan pelbagai cadangan, kemudian mengajukan beberapa pertanyaan kepada semua murid di dalam kelas.

Langkah 2: Pelajar akan mewawancara pelajar lain dalam jangka masa yang ditetapkan.

Langkah 3: Pelajar akan bertukar peranan dan melaksanakan sesi wawancara seterusnya. Kesemua pelajar yang terlibat perlu merasai peranan sebagai pewawancara dan sebagai orang diwawancara.

Langkah 4: Pelajar akan berkongsi maklumat yang didapati semasa wawancara bersama dengan ahli kumpulan yang lain.

Objektif aktiviti
1. Berkesan untuk aktiviti penyelesaian

2. Mencipta kebertanggungjawaban serentak.

3. Pelajar boleh berkongsi dan menggunakan strategi penyoalan berbeza.

4. Dalam jangka masa panjang, pelajar boleh didedahkan dengan aras pemikiran berbeza untuk mengupayakan mereka menggunakan pelbagai kaedah pemikiran dan soalan.

5. Membantu pelajar untuk mengukuhkan pemahaman terhadap konsep-konsep yang dipelajari semasa kuliah atau dalam buku teks.

6. Mengukuhkan kemahiran mendengar dan menyoal.

7.Membantu pelajar untuk memprosesdan mempersembahkan maklumat.

Grafik pelaksanaan aktiviti
Three-Step-Interview (Wawancara Tiga Langkah)

PERANAN PENGETUA DAN CONTOH PENGALAMAN KETIKA BERADA DI SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu,

Pengetua bermaksud individu yang dipilih dari kalangan guru yang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentadbir dan mengetuai sesebuah sekolah menengah dan diberi autonomi untuk menguruskan segala sumber yang ada di sekolah. Oleh kerana pengetua merupakan individu yang diberikan autonomi di sekolah maka beliau seharusnya menunjukkan satu contoh yang paling baik kepada orang-orang bawahannya. Justeru itu pengetua mestilah mempunyai satu set akhlak yang boleh dibanggakan dalam mempamerkan satu contoh yang baik bagi sekolahnya.

Pengetua adalah orang paling penting di sekolah dan dialah yang bertanggungjawab terhadap semua kegiatan. Sebagai pemimpin, dia harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran, tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar. Dia perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dia juga harus merancang dan mengelola program sekolah, mengawasi dan mempengaruhi perlaksanaannya, menyelaras pelbagai aktiviti orang-orang bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi keseluruhannya dari masa ke semasa.

Dalam membawa sebuah sekolah itu ke arah kejayaan, seorang pengetua itu mestilah menunjukkan gaya kepimpinan yang benar-benar meyakinkan. Sehubungan dengan itu banyak kajian-kajian lepas yang telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua banyak membawa kepada perubahan tingkah laku. Pengetua juga haruslah memastikan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar berlaku dalam memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Hal ini demikian kerana, perkembangan pelajar haruslah dipantau dan diambil kira agar pelajar akan dapat mencapai matlamat diri dan aspirasi negara.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, pengetua disekolah saya amat memainkan peranannya dalam memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan harmoni. Beliau merupakan seorang sentiasa prihatin terhadap perkembangan pelajar dalam akademik mahupun kokurikulum. Hal ini dibuktikan melalui sokongan dan dorongan yang diberikan oleh beliau setiap kali pelajar menyertai pertandingan diperingkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar yang terlibat untuk memberi kata-kata semangat dan sedikit insentif bagi menaikkan moral para pelajar.

Kesimpulannya, peranan pengetua amatlah penting dalam memastikan lahirnya suasana yang kondusif dan harmoni disekolah kekal berpanjangan. Selain itu, peranan pengetua juga penting sebagai usaha untuk melahirkan pelajar yang holistik dan seimbang.

Bagaimana faktor fizikal boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seorang murid.
Tahap penguasaan pembelajaran adalah berbeza bagi setiap murid. Pembelajaran bergantung pada faktor-faktor seperti kesediaan, motivasi, pengamatan dan penanggapan, ingatan dan lupaan, pemindahan pembelajaran, pemikiran serta nilai dan sikap. Bagi menjamin pembelajaran yang berkesan, seseorang murid hendaklah mencapai kesediaan kognitif (mental), kesediaan efektif (sikap dan minat) dan kesediaan psikomotor (koordinasi otot-otot dengan otak).

Kematangan fizikal ini melibatkan perkembangan psikomotor. Individu yang normal akan mengalami perkembangan dan mencapai satu tahap kematangan fizikal yang sama dalam satu tempoh masa yang seragam (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Kematangan fizikal ini menjadi rujukan utama kepada guru-guru yang mengendalikan subjek berkaitan dengan penggunaan tubuh badan. Guru perlu melaksanakan pemerhatian yang teliti agar sebarang jenis kemalangan dapat dielakkan supaya tidak membawa apa-apa kecederaan kepada pelajar sewaktu aktiviti dijalankan. Kematangan fizikal ini juga melibatkan kepada perubahan otot dan tinggi badan seseorang individu. Misalnya, seseorang bayi harus dapat belajar merangkak, berdiri, berjalan dan berlari apabila otot-ototnya telah mencapai kekuatan yang diperlukan.

Dalam konteks, pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memastikan adanya kematangan fizikal sebelum mengajar sesuatu aktiviti. Kesediaan belajar dari segi kematangan fizikal amat penting bagi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Setiap aktiviti Pendidikan Jasmani hendaklah mengambil kira kematangan fizikal murid. Jika aspek ini diabaikan, prestasi murid-murid tidak akan mencapai tahap yang diingini. Hal ini demikian kerana, perbezaan di antara murid pastinya akan memberi pelbagai impak yang positif dan negatif. Oleh hal yang demikian, para guru hendaklah sentiasa peka dan prihatin dalam memastikan kesediaan belajar seorang murid sentiasa dalam keadaan yang baik dan seimbang.

KAEDAH MEMOTIVASIKAN MURID YANG BERBEZA KESEDIAAN BELAJAR MEREKA
Kaedah untuk guru memotivasikan murid yang berbeza kesediaan belajar adalah seperti kaedah pengamatan. Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya, pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan dengan lelaki tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan beruban itu merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian, pengamatan dan pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau.

Selain itu, keadaan sasaran pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek tersebut akan menentukan ketepatan mengamati seseorang murid.

Contohnya, hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang yang wujud secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar belakang dan hadapan adalah asas kepada semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh warna, saiz dan kekuatan sesuatu rangsangan.

Susunan objek dan benda-benda maujud dalam persekitaran mereka juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya pengamatan murid-murid terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.

Kepentingan Pengamatan dalam Pembelajaran

1. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.

2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.

3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar dapat memastikan nombor tersebut betul

4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis sumber pembelajaran elektronik dan bukan elektronik dalam konteks pelajar dan guru di Sekolah Menengah
Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilihsumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuanyang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multimedia dan internet. Disamping itu juga, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik.

Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yan telah ditetapkan. Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam membantu  proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya. Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya . Antara kekurangan bahan bukan elektronik iaitu bahan bercetak adalah dari segi ketahanannya. Hal ini demikian kerana, bahan bercetak seperti kertas amatlah sensitif dan mudah rosak. Sebagai contoh, apabila bahan cetak seperti kertas terkena air pastinya ia akan mengalami kerosakan dan seterusnya akan hilang nilanya.

Selain itu, bahan elektronik iaitu teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. . Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.

Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang ada disekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialah komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya.

Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar  bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam komputer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kelengkapan elektronik seperti komputer tidak semua sekolah mempunyai kemudahan tersebut. Hal ini demikian kerana, sekolah yang berada di luar bandar dan pedalaman mempunyai kekurangan dari segi kelengkapan bahan elektronik seperti komputer. Oleh itu, perkara ini haruslah menjadi perhatian pihak yang bertanggungjawab agar setiap pelajar mendapat kualiti dalam sesi pembelajaran di sekolah.

Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja.  Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal ataugambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan bahan seperti gambar yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka. Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Peranan Guru dalam membantu menguruskan permasalahan pelajar.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat soalnya sebagai menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah. Setiap permasalahan akan dapat diselesaikan dengan baik jika bertepatan dengan kaedah yang betul dalam mengurusakannya. Hal ini bertepatan dengan fungsi disiplin di sekolah.

Berdasarkan situasi tersebut,terdapat dua kesalahan yang berlaku keatas pelajar tersebut. Pertama sekali, kesalahan liwat adalah terkandung dalam kesalahan berat iaitu B24 (melakukan zina, liwat atau hubungan luar tabii). Selain itu, dari situasi tersebut terdapat penindasan yang berlaku kepada pelajar yang juga merupakan kesalah berat iaitu B15 (melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain.

Berikut merupakan peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam pengurusan disiplin sekolah :

1.      Memberi kerjasama nasihat pandangan kepada guru disiplin guru guru lain dalam menyelesaikan masalah disiplin.

2.      Mengenalpasti murid berisiko memberi bimbingan kaunseling kepada murid yang memberi masalah agar kelakuan diingin boleh dicapai.

3.      Menerima menyiasat aduan murid.

4.      Mendapatkan data maklumat darihal murid bermasalah disiplin daripda guru disiplin guru lain.

5.      Mengadakan sesi kaunseling kepada murid yang terlibat dengan masalah salah laku.

6.      Membuat pemantauan terhadap pelajar yang mempunyai masalah salahlaku secara berterusan cuba memperbetulkan tingkah lakunya berdasarkan pendekatan kaunseling.

Berdasarkan situasi tersebut, kita dapat lihat bahawa permasalahan yang berlaku adalah disebabkan penindasan dan pencabulan kehormatan terhadap pelajar melalui perbuatan seks. Pertama sekali, jika perkara ini berlaku, sebagai guru kaunseling hendaklah menyiasat dan memastikan bahawa perkara ini sahih atau tidak. Hal ini kerana jika terdapat percanggahan maklumat aduan, siasatan yang lebih terperinci hendakalah dilaksanakan. Seterusnya, guru hendaklah mengumpulkan segala maklumat dan bukti berkaitan aduan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Guru juga perlu memanggil pihak pengadu dan pihak tertuduh untuk memberi ketenangan sama ada untuk memberi keterangan atau membela diri. Dalam erti kata lain, pelajar berkenaan perlu menjawab tuduhan tuduhan yang dihadapkan kepadanya. Dia perlu membela diri bagi membuktikan kebenaran dirinya. Jika keterangan murid memuaskan dapat membuktikan dia tidak bersalah maka pengetua guru besar akan menggugurkan tuduhan tersebut. Sebaliknya jika murid mengaku melakukan kesalahan maka pengetua guru besar perlu menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti-bukti dan pengakuan murid.

Bagi menjalankan hukuman perlu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM Jika guru atau guru besar pengetua tidak mengikut garis panduan ini akan mengundang kesan negatif misalnya disaman oleh pihak waris. Pertimbangan asas dalam menentukan sebarang hukuman ke atas murid adalah berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Lebih serius salah laku itu maka beratlah hukuman yang akan dikenakan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Perwatakan sejarah dan latar belakang murid yang melakukan salah laku disiplin perlu diteliti sebelum diputuskan sebarang hukuman.

Kepelbagaian budaya dan pembinaan generasi baharu di Malaysia.
Keteguhan sebuah negara adalah berdasarkan bagaimana negara itu menuju kepada kemajuan yang positif. Hal ini demikian kerana, setiap negara mengimpikan kemajuan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, kemajuan yang diraih tidak akan dapat dicapai sekiranya negara tidak mempunyai rakyat yang bersatu padu. Pelbagai konflik dan masalah akan berlaku apabila perpaduan antara kaum tidak dapat dicapai. Perkara ini seharusnya dibendung daripada terus menjadi perosak kepada misi dan visi negara.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan masyarakat. Hal ini demikian kerana, kewujudan pelbagai budaya menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan menarik. Dalam Pendidikan, terdapat pelbagai usaha yang menumpukan perihal budaya dan masyarakat. Guru merupakan penggerak utama dalam menjadikan semangat perpaduan antara kaum, agama dan budaya dapat dipupuk dari bangku sekolah lagi. Guru juga haruslah memainkan peranan dalam memastikan sikap hormat menghormati kepada perbezaan kaum, agama dan budaya dapat diterapkan dengan baik. Jika langkah ini diambil dari peringkat awal umur, maka sikap dan sifat tersebut akan tertanam didalam dada mereka pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, dapat ditegaskan bahawa guru merupakan agen yang bertanggungjawab memberi impak dan didikan kepada pelajar untuk sentiasa mempunyai kesedaran berkaitan perlunya menghormati perbezaan kaum, agama dan budaya di negara kita.

Dalam konteks pembinaan generasi baharu, guru ibarat lilin yang memberi cahaya kepada anak didiknya dalam proses penyebaran ilmu. Hal ini demikian kerana, komitmen dan usaha mempertingkatkan pembinaan generasi baharu dan kualiti pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup mencabar untuk menjadikan anak didiknya mampu bersaing di peringkat global. Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih dulu perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan mengikut acuan dihasratkan Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM). Sesungguhnya, keghairahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru kerana di bahu mereka terletak anak-anak murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan untuk bersaing di peringkat global.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan insan yang paling penting dalam memastikan nilai-nilai murni dan kesepaduan antara kaum dapat dicapai dengan jayanya. Perkara ini bertepatan dengan Hasrat yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, diharapkan agar perpaduan dapat dicapai melalui kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara kita untuk memastikan kesejahteraan yang berpanjangan.

Harapan saya sebagai pendidik dan harapan kepada sistem pendidikan negara.
https://youtu.be/NPCw0BQXBqU