MOBILITI SOSIAL by

KURANG BERILMU - BERILMU
Keilmuan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkan individu atau anggota masyarakat itu pada suatu kedudukan sosial yang tinggi. Ilmu adalah sesuatu yang mempunyai prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status sosial mereka. Anggota masyarakat yang berilmu akan membentuk masyarakat yang dinamik serta maju dalam setiap lapangan kehidupan. Contohnya, berlaju mobiliti sosial secara mendatar ke atas Lebai Maarup, Imam Saat, Imam Maali dan Tuan Syeikh Syed Salin Al-Makky. Mereka merupakan anggota masyarakat yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Pendidikan yang diterima oleh mereka menyebabkan berlakunya pertambahan ilmu yang mereka milili khususnya ilmu agama.

Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok daripada daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baharu dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, pekerjaan, jawatan, pendidikan, atau ilmu, keturunan dan sebagainya. Antaranya mobiliti sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Lembah Tualang ialah daripada suri rumah kepada usahawan orkid, daripada penghulu kepada Orangkaya Indera, daripada tidak mempunyai pekerjaan tetap kepada mempunyai pekerjaan tetap dan sebagainya.

SURI RUMAH - USAHAWAN ORKID
Perubahan anggota masyarakat daripada seorang suri rumah kepada usahawan yang berjaya merupakan suatu bentuk mobiliti yang boleh berlaku dalam kalangan masyarakat. Perubahan ini memungkinkan berlakunya perubahan status sosial dalam kalangan masyarakat. Perubahan kedudukan masyarakat daripada suri rumah kepada usahawan orkid menjadikan anggota masyarakat tersebut dapat menikmati kekayaan hasil daripada usahanya menanam orkid. Contohnya, berlaku mobiliti secara mendatar ke atas Cik Puan Tipah. Pada peringkat awal, Cik Puan Tipah hanyalah seorang suri rumah tangga sahaja. Berbekalkan minat yang mendalam serta mempunyai tanah yang luas dan sesuai, Cik Puan Tipah telah mengusahakan tanaman orkid di Jeram Medang.

2.PENGHULU -ORANGKAYA INDERA(PEMBESAR WILAYAH TUALANG)
Semakin tinggi pangkat seseorang atau anggota masyarakat,maka semakin tinggi status sosialnya.Individu atau masyarakat yang berjawatan tinggi atau berpangkat besar diletakkan dalam strata sosial yang tinggi.Penghulu Mahmud merupakan anak sulung orang kaya Indera Datuk Idris(Datuk Orangkaya Indera)yang merupakan pewaris sah terhadap jawatan Orangkaya wilayah sungai Tualang (hlm.11).Oleh sebab jawatan Orangkaya wilayah sungai Tualang merupakan jawatan warisan,maka akhirnya Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan perlantikan penghulu Mahmud bagi menyandang gelaran Datuk Orangkaya Indera,yakni pembesar bagi wilayah sungai Tualang (hlm149).

PENDIDIKAN RENDAH - PENDIDIKAN TINGGI
Pendidikan akan membawa perubahan kepada corak pemikiran individu atau kelompok masyarakat berdasarkan ilmu yang diperolehinya. Pendidikan berupaya memberi ruang dan peluang kepada individu atau kelompok masyarakat untuk menghayati nilai-nilai,norma sosial,adat resam,budaya kehidupan dan kekayaan. Contohnya, setelah tamat sekolah menengah,Rahim dan Robert telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing ke luar negara untuk mendalami ilmu kejuruteraan dan pengurusan dagang.Begitu juga dengan Tan Sri Syed Aris. Apabila tamat Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar,beliau telah dihantar oleh keluarganya ke London.

TIDAK BERKAHWIN - BERKAHWIN
Perkahwinan dalam kalangan anggota masyarakat juga boleh menyebabkan berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat tersebut sama ada secara menegak atau mendatar. Mobiliti sosial yang terjadi melalui perkahwinan bagi membina keluarga dan masyarakat yang harmoni serta dinamik. Perkahwinan antara Sudin dengan Gayah telah merubah status sosial mereka daripada bujang atau janda kepada berkahwin dan berkeluarga. Perkahwinan Sudin dan Gayah telah menjadikan kehidupan Sudin lebih terurus dan secara tidak langsung menjadikan Sudin seorang suami yang bertanggungjawab.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai mobiliti sosial yang berlaku dalam masyarakat di Lembah Tualang yang boleh menyebabkan pelbagai impak positif dalam kehidupan berlaku. Oleh itu, masyarakat diharapkan membuat perubahan atau mobiliti agar dapat meningkatkan status sosial dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat.

TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP - MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP
Anggota masyarakat yang mempunyai latar belakang ekonomi yang teguh dan pekerjaan yang baik akan menikmati status sosial yang tinggi. Secara kasar, kecenderungan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik merupakan suatu bentuk persaingan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Ia menggambarkan masyarakat yang proaktif dan produktif. Hal ini boleh dilihat berdasarkan watak Sudin, Jahid dan sebagainya. Berlaku mobiliti secara mendatar terhadap Sudin, iaitu daripada tidak mempunyai pekerjaan kepada mempunyai pekerjaan. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang. Begitu juga dengan Jahid. Berlaku mobiliti secara mendatar terhadap Jahid apabila berlaku perubahan jawatan yang dinikmati oleh Jahid, iaitu daripada pengelola ladang getah Datuk Tan kepada pengurus (hlm. 23). Sehubungan dengan itu secara tidak langsung pemerolehan jawatan oleh Sudin dan Jahid menyebabkan berlaku perubahan status sosial ke atas mereka.