My glorious wall by

Seawal tahun 2019, rakyat Malaysia dihadiahkan dengan pelbagai jenis kenaikan harga barang keperluan dan barang asas, termasuklah tarif elektrik, air, makanan, minuman dan yuran taska. Ini membuktikan kegagalan sistem cukai lama yang diperkenalkan kembali oleh kerajaan Pakatan Harapan – cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Sistem cukai SST ini dilihat gagal menurunkan harga barang keperluan. Mungkin juga disebabkan oleh kenyataan menteri kewangan yang hentam sahaja senarai barangan yang mana dikenakan SST atau dikecualikan SST.

Kegawatan ekonomi ini bakal menjadi lebih parah apabila beberapa komoditi hasil negara yang menjadi sumber export mengalami penurunan harga yang teruk sejak PRU14. Dewan Pemuda Ikatan sangat prihatin dengan keadaan harga minyak kelapa sawit yang semakin merudum setiap bulan. Berdasarkan fakta semasa, harga minyak kelapa sawit pada akhir bulan Mac 2018 adalah AS$706.19/tan metrik (bersamaan RM 2,966.00/tan metrik).

Jika dibandingkan harga komoditi minyak sawit pada bulan April 2019, harganya adalah AS$588.45/mt (RM2471.49/tan metrik). Ini menunjukkan penurunan sebanyak hampir 17 peratus harga minyak sawit secara keseluruhan berbanding setahun yang lalu.

Golongan yang paling terkesan disebabkan kejatuhan teruk harga minyak kelapa sawit ini adalah golongan petani dan pekebun kecil. Sehingga ke hari ini, masih tiada pelan yang jelas dikongsi oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok untuk memulihkan keadaan harga minyak kelapa sawit yang jatuh merudum.

Pada pendapat saya,harga minyak kelapa sawit semakin merudum disebabkan oleh kegagalan sistem cukai yang baharu.Selain itu,hal ini menyebabkan golongan yang menjalankan kegiatan ini akan sukar untuk mendapatkan untung yang lebih baik.Justeru,kerajaan perlulh mencari jalan untuk mengelakkan harga minyak kelapa sawit semakin merudum.