Bookmarks by

ASIMILASI (ASIMILASI BUDAYA MEMBENTUK INTEGRASI)
Asimilasi budaya juga dikenali sebagai akulturasi. Asimilasi budaya merujuk kepada proses perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan yang berlainan tradisi. Pinjaman budaya ini tidak mengubah budaya asal dan tidak juga menyebabkan kehilangan budaya asal etnik yang meminjam. Asimilasi budaya banyak berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini membawa kepada aspek yang positif dalam kesepaduan sosial di Malaysia.

AKOMODASI
Akomodasi membawa maksud pendirian keperibadian adat resam budaya asal yang tinggi. Ia proses dimana pelbagai etnik memahami dan menyedari akan perbezaan budaya antara mereka, tetapi mereka tetap dengan cara mereka sendiri bagi mengekalkan keunikan etnik mereka. Sekiranya berlaku salah faham dan pergolakan dalam etnik, mereka dapat menyelesaikan masalaah dengan mudah walaupun berbeza etnik. Ia dapat terbukti dengan cara menyelesaian sesuatu masalah antara dua belah pihak tanpa merosakkan atau meruntuhkan antara mana-mana pihak, malah  hak keperibadian mereka masih dalam keadaan yang asal. Disini bermaksud, walaupun berlainan latar belakang, budaya dan agama, mereka masih mengamalkan cara mereka miskinpun berada di kawasan yang berbudayakan yang lain.

AKULTURASI
Akulturasi yang membawa maksud sebuah bentuk pengubah suaian budaya, dan adat resam yang tidak terpesong jauh dari landasan asalnya yang mampu mengimbangkan keadaan semasa. Ianya dikenali sebagai asimilasi budaya apabila budaya yang baru dibawa masuk dan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dan kestabilan antara semua pihak. Sebagai contoh yang dapat diberikan ialah sebagai mana keadaan dimana sesuatu perayaan ataupun aktiviti kebudayaan yang asal sering dilakukan secara seratus peratus, tetapi dengan tahap ini, mereka mengubah sedikit akan acara dan aktiviti perayaan mereka bagi menjaga perpaduan dan integrasi antara masyarakat.

SEGREGASI
Segregasi bermaksud sesuatu hubungan yang sengaja diputuskan atau dipisahkan di antara satu puak dengan puak yang lain. Ia juga boleh diumpamakan sekatan-sekatan mahupun had-had yang telah dikenakan secara sengaja dan dirancang bagi bertujuan memisahkan. Ianya berlaku dalam pelbagai bentuk sekatan antaranya seperti pemisahan kemudahan awam, pengasingan tempat tinggal dan perbezaan sistem pembelajaran. Ianya wujud dalam perlbagai cara sama ada didasari oleh undang-undang dikenali sebagai de jure atau tidak didasari oleh undang-undang atau dikenali de facto. Antara contoh yang dapat digambarkan dalam perkara ini ialah seperti apa yang telah berlaku di Africa Selatan, iaitu segregasi de jure, dasar apartheid.

AMALGAMASI
Amalgamasi ini adalah sejenis budaya asal yang bercampur dengan budaya asal yang lain menyebabkan hadirnya budaya asal yang baru. Contoh ketara yang dapat dilihat adalah perkahwinan campur antara etnik yang lain. Ianya pada awal kelihatan agak aneh tetapi lama kelaman ianya dapat diterima umum tanpa sebarang pertelingkahan dan persengketaan. Miskinpun mereka sedar akan perbezaan budaya, tetapi mereka tetap boleh bersatu dan memahami antara satu sama lain atas dasar cinta sejati yang sukar dirungkai. Dengan lahirnya perasaan tersebut, sebarang perbezaan budaya dapat diatasi dan dikendalikan dengan mudah dan aman.