MPU BIG HERO 6 (TEKNOLOGI) by NAGIHA
SINOPSIS PENDEK
Big Hero 6 mengisahkan Hiro Hamada, seorang remaja genius dalam bidang robotik, dan robot penjaga kesihatan bernama Baymax yang dicipta oleh abangnya, Tadashi. Selepas satu tragedi yang meragut nyawa Tadashi, Hiro menemui konspirasi yang mengancam bandar San Fransokyo. Dengan bantuan Baymax dan rakan-rakannya, Hiro membentuk pasukan adiwira teknologi untuk membongkar misteri tersebut dan menegakkan keadilan.
PERMULAAN
Hiro Hamada, seorang remaja genius, sering menyertai pertempuran robot bawah tanah. Abangnya, Tadashi, yang bimbang akan masa depan Hiro, membawanya ke universiti tempat dia belajar dan memperkenalkannya kepada rakan-rakannya serta Baymax, robot penjaga kesihatan yang diciptanya. Hiro menjadi kagum dan berazam untuk menyertai universiti tersebut dengan mencipta mikrobot canggih dalam satu pertandingan inovasi. Namun, selepas kejayaannya, kebakaran berlaku di universiti, menyebabkan kematian Tadashi.
PERKEMBANGAN
Hiro yang bersedih mengasingkan diri sehingga dia secara tidak sengaja mengaktifkan Baymax. Dia mendapati bahawa mikrobot ciptaannya masih wujud dan dikawal oleh individu misteri yang memakai topeng Kabuki. Sangkaannya bahawa mikrobot telah musnah dalam kebakaran ternyata salah. Dia mula menyiasat bersama Baymax dan merekrut rakan-rakan Tadashi—Go Go, Wasabi, Honey Lemon, dan Fred—untuk membentuk satu pasukan adiwira berteknologi tinggi, Big Hero 6.
KONFLIK/PERUMITAN
Pasukan ini menyedari bahawa individu bertopeng itu adalah seseorang yang sangat berbahaya. Mereka menyiasat dan akhirnya mendapati bahawa dia ialah Profesor Callaghan, mentor Tadashi, yang mereka sangkakan telah mati dalam kebakaran. Callaghan sebenarnya menggunakan mikrobot Hiro untuk membalas dendam terhadap Krei, pemilik syarikat teknologi yang bertanggungjawab atas kehilangan anak perempuannya dalam satu eksperimen dimensi portal.
KLIMAKS
Hiro yang marah ingin membalas dendam ke atas Callaghan dan hampir menggunakan Baymax untuk menyerangnya secara ganas, tetapi rakan-rakannya menghalangnya. Setelah menyusun semula strategi, mereka berusaha menghentikan rancangan Callaghan yang mahu memusnahkan Krei. Ketika pertarungan sengit berlaku, portal eksperimen yang menjadi punca tragedi dahulu tiba-tiba aktif, dan pasukan Big Hero 6 mendapati anak perempuan Callaghan masih hidup di dalamnya.
PENGAKHIRAN
Hiro dan Baymax memasuki portal untuk menyelamatkan anak perempuan Callaghan. Namun, dalam usaha menyelamatkan mereka, Baymax mengorbankan dirinya untuk memastikan Hiro dan gadis itu dapat keluar dengan selamat. Hiro kemudian menemui cip memori Baymax yang disimpan, membinanya semula, dan bersatu kembali dengan robot kesayangannya. Akhirnya, Big Hero 6 diterima sebagai pelindung San Fransokyo, berjanji untuk terus menegakkan keadilan dengan sains dan teknologi.
PENGENALAN FALSAFAH TEKNOLOGI
Falsafah teknologi ialah kajian tentang konsep, sifat, dan kesan teknologi terhadap manusia serta masyarakat. Ia meneliti bagaimana teknologi berkembang dan mempengaruhi cara manusia berfikir, bertindak, serta berinteraksi dengan dunia.
Kajian ini merangkumi cabangan seperti ontologi teknologi (sifat dan kewujudan teknologi), epistemologi teknologi (pengaruh teknologi terhadap pengetahuan manusia),serta determinisme teknologi (peranan teknologi dalam perubahan masyarakat).
Dengan memahami falsafah teknologi membantu memastikan penggunaannya beretika dan memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan.
FALSAFAH PRAKTIKAL: TEKNOLOGI
Pada abad ke-21 telah muncul falsafah teknologi.
Falsafah ini, secara relatifnya boleh dianggap baharu dalam penggunaanya ketika digunakan sebagai kemudahan untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti hidup, dan memudahkan aktiviti manusia.
Cabang falsafah yang kami dapati daripada filem ini adalah Falsafah Teknologi.
DETERMINISME TEKNOLOGI (Pengaruh Teknologi terhadap Masyarakat)
Perkembangan teknologi dalam filem ini menentukan perubahan besar dalam kehidupan watak-wataknya.
Mikrobot yang dicipta oleh Hiro pada mulanya bertujuan untuk di inovasi, tetapi kemudiannya jatuh ke tangan yang salah, ia menyebabkan kemusnahan serta kekecohan. Ini menunjukkan bahawa teknologi bukan sekadar alat, tetapi ia boleh mengubah masyarakat dan persekitaran secara drastik.
Pengetahuan dalam bidang teknologi memainkan peranan penting dalam perkembangan watak utama.
Hiro Hamada, yang pada awalnya hanya menggunakan kemahirannya untuk robot tempur haram, akhirnya menggunakan pengetahuannya untuk mencipta mikrobot dalam pertandingan universiti.
Namun, apabila teknologi ini jatuh ke tangan Profesor Callaghan, ia digunakan untuk tujuan jahat. Ini menunjukkan bagaimana pengetahuan teknologi boleh membawa inovasi tetapi juga boleh disalahgunakan jika tidak dikawal.
Ini menunjukkan bagaimana pengetahuan teknologi boleh membawa inovasi tetapi juga boleh disalahgunakan jika tidak dikawal.
Filem ini menunjukkan bagaimana teknologi boleh berkembang dan berfungsi di luar tujuan asalnya.
Contonya, Baymax, yang pada awalnya dicipta sebagai robot penjagaan kesihatan, kemudian diubah menjadi robot tempur oleh Hiro.
Hiro memasang perisai dan menambah kebolehan tempur pada Baymax, menunjukkan bagaimana teknologi boleh disesuaikan untuk kegunaan lain selain daripada tujuan asalnya.
Baymax – Robot Penjagaan Kesihatan
Baymax merupakan ciptaan Tadashi Hamada, seorang saintis muda yang mahu mencipta robot penjagaan kesihatan yang mampu membantu manusia dengan cara yang lebih efisien. Robot ini direka khas dengan bahan lembut untuk mengelakkan kecederaan, serta dilengkapi dengan AI canggih yang membolehkannya memahami emosi manusia dan memberikan rawatan yang sesuai. Fungsi utama Baymax termasuk Mendiagnosis kecederaan dan penyakit melalui pengimbas badan, memberikan ubat dan rawatan yang sesuai, Berinteraksi dengan manusia secara mesra dan empati dan tidak mempunyai fungsi serangan atau bertarung kerana direka untuk kebaikan. Baymax direka untuk membantu manusia, tetapi Hiro mengubahnya menjadi robot tempur. Ini mencerminkan perdebatan etika dalam dunia sebenar, di mana AI boleh digunakan untuk kebaikan (seperti dalam bidang perubatan) tetapi juga boleh digunakan sebagai senjata jika disalahgunakan.
Isu Kecerdasan Buatan (AI) dan Etika Penggunaannya
Baymax, pada asalnya dicipta untuk membantu manusia, tetapi setelah dimodifikasi untuk bertempur, ia menjadi ancaman. Begitu juga dengan AI moden yang boleh digunakan untuk tujuan positif seperti penjagaan kesihatan, tetapi juga boleh disalahgunakan untuk tujuan peperangan.
Penyalahgunaan Teknologi untuk Kepentingan Peribadi atau Ketenteraan
Dalam dunia moden, penyalahgunaan teknologi menjadi isu yang semakin membimbangkan. Salah satu contoh ialah teknologi dron. Pada mulanya, dron direka untuk kegunaan positif seperti penghantaran barangan dan fotografi udara. Namun, teknologi ini kini digunakan secara meluas dalam ketenteraan untuk serangan bersenjata dan pemantauan rahsia.
Microbots – Nanoteknologi Kawalan Mental
Microbots ialah robot nano kecil yang boleh dikawal melalui pemancar saraf yang dipakai di kepala. Teknologi ini membolehkan pengguna menggerakkan microbots secara mental dan membentuk pelbagai struktur. Ia menjadikannya alat yang sangat fleksibel untuk digunakan dalam bidang pembinaan, pengangkutan, dan perubatan. Microbots juga dicipta untuk membantu manusia, tetapi boleh menjadi senjata jika jatuh ke tangan yang salah. Ini mencerminkan bagaimana teknologi dalam dunia nyata, seperti AI dan drone, boleh digunakan untuk kebaikan tetapi juga boleh dijadikan senjata perang. Selain itu, Teknologi ini tidak mempunyai sekatan moral, menyebabkan ia mudah dimanipulasi. Ini menunjukkan pentingnya pengawalan dan perundangan dalam inovasi teknologi moden.
Bahaya Eksperimen Teknologi Tanpa Kawalan Keselamatan
AI yang terlalu maju boleh menjadi tidak terkawal dan bertindak di luar jangkaan penciptanya. Filem ini mengingatkan kita tentang kepentingan memantau dan mengawal perkembangan teknologi supaya ia tidak membawa kemusnahan kepada masyarakat.
Sut dan Perisai Baymax – Teknologi Berperisai
Sut perisai yang dipasang oleh Hiro ke atas Baymax menjadikannya lebih kuat dan lebih tahan terhadap serangan. Perisai ini juga dilengkapi dengan sistem roket yang membolehkan Baymax terbang, serta alat tempur untuk menentang musuh. Transhumanisme dan Peningkatan Keupayaan Teknologi menunjukkan bagaimana manusia boleh menggunakan teknologi untuk meningkatkan keupayaan mereka melebihi batasan semula jadi. Dalam dunia nyata, teknologi seperti exoskeleton dan AI digunakan untuk meningkatkan kekuatan manusia dalam sektor ketenteraan dan industri. Selain itu, Konflik Etika dalam Inovasi iaitu Baymax sepatutnya membantu manusia secara perubatan, tetapi Hiro mengubahnya menjadi senjata. Ini membangkitkan persoalan etika, sejauh mana manusia boleh mengubah fungsi asal teknologi untuk kepentingan peribadi?
Kostum dan Alat Pasukan Big Hero 6
a) Go Go Tomago – Roda Magnetik Berkelajuan Tinggi. Ianya, Mempercepatkan pergerakan dan membolehkannya melawan musuh dengan lincah. Menginovasi Teknologi dalam Mobiliti iaitu Menyerupai teknologi Hyperloop dan kereta tanpa pemandu dalam dunia sebenar.
b) Wasabi – Pedang Plasma. Ianya, Mampu memotong objek dengan ketepatan tinggi menggunakan plasma tenaga tinggi. Merupakan Teknologi sebagai Senjata iaitu Sama seperti laser canggih dalam peperangan moden, teknologi ini menimbulkan persoalan sama ada inovasi ini patut dikawal.
c) Honey Lemon – Bola Kimia Pintar. Ianya, Mampu mencipta pelbagai reaksi kimia yang boleh digunakan dalam pertahanan dan serangan. Kimia dan Sains sebagai Alat Masa Depan iaitu Menunjukkan bagaimana inovasi kimia boleh memberi manfaat dalam pelbagai bidang, termasuk perubatan dan industri.
d) Fred – Sut Naga Berkuasa Api. Ianya, memberikan perlindungan dan kebolehan menembak api.
Teknologi dalam Hiburan dan Keselamatan iaitu Menyerupai pakaian pelindung dalam industri ketenteraan dan bomba.