Etika Dalam Aspek Keluarga by FIFI FARHANA BINTI SOBRI FIFI FARHANA BINTI SOBRI

Definis Etika
Etika (Tulisan Jawi: ايتيكا; melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Oleh yang demikian, etika dalam aspek keluarga amatlah penting dalam melambangkan sikap dan budaya masyarakat sekeliling tambahan lagi antara keluarga. Hal yang demikian kerana pentingnya menjaga silaturahim antara keluarga supaya hubungan sesama keluarga terjamin tanpa ada perasaan iri hati atau dendam sesama ahli keluarga. Kita haruslah mempunyai sikap saling menghormati dan sopan sesama keluarga kerana tanpa keluarga siapalah kita. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dikala susah dan senang dilalui bersama. Sebaiknya kita sebagai umat manusia kita haruslah menjaga hubungan kita sesama keluarga kerana ramai lagi masyarakat di luar sana yang hidup sendirian di muka bumi ini tanpa keluarga terutamanya anak yatim piatu dan budak-budak gelandangan yang selalu berada di kaki lima.

Kepentingan Beretika Dalam Keluarga
Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian. Keharmonian merupakan aspek yang penting dalam sebuah keluarga kerana dengan keharmoniaan, kita dapat menyelesaikan persalahfahaman dengan mudah.

Selain itu, beretika dalam keluarga dapat mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga akan melakukankan tanggungjawab masing-masing dan saling bantu membantu sesama ahli  keluarga demi mengaratkan hubungan silaturahim dalam keluarga.

Seterusnya etika dalam keluarga juga dapat meningkatkan didikan agama kepada setiap ahli keluarga. Hal ini demikian kerana sebagai ibu bapa yang betanggungjawab, merupakan keutamaan terhadap mereka mendidik ilmu agama kepada setiap ahli keluarga demi melahirkan individu yang berilmiah dan taat perintah Allah.

Pendapat Mengenai Etika Dalam Aspek Keluarga Pada Zaman Sekarang
Pada pendapat kami, etika dalam aspek keluarga kurang diterapkan kerana pada zaman sekarang masyarakat kini banyak yang terpengaruh dengan perkembangan media sosial dan keadaan sekeliling seperti kawan. Misalnya, terlalu kerap keluar berjalan dengan kawan tanpa pengetahuan keluarga atau ibu bapa dan juga tanpa batasan masa. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada diri mereka dan kebiasaannya inilah yang kerap berlaku terutama golongan muda.

Namun begitu, dapat juga dilihat masyarakat yang dididik dengan baik dan tidak mudah terpengaruh dengan hal yang buruk masih mengikuti etika yang baik dalam keluarga. Sebagai contoh, bertutur kata dengan lembut dan sopan serta saling hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Konklusi
Etika dalam aspek keluarga amat penting kerana institusi kekeluargaan memainkan peranan penting di dalam membina akhlak dan budi pekerti seseorang individu tersebut tidak kira samada ibu, bapa dan anak-anak. Pelbagai perkara baik yang dapat dihasilkan melalui sebuah institusi kekeluargaan yang baik seperti budaya saling hormat menghormati dan dapat membina hubungan yang baik antara satu sama lain. Oleh itu, kita harus menjadikan nilai-nilai murni ini sebuah norma di dalam keluarga kita.