CARA MENGEKALKAN WARISAN by Fazthiah Ain
PENDAHULUAN
"Cintailah Warisan Kita"begitulah bunyi slogan pembakar semangat yang ingin mengekalkan warisan melayu yang sering menjadi bualan warga pendidik malahan turut dihebahkan melalui media cetak dan media elektronik serta sering menjadi buah mulut masyarakat pada masa kini. Situasi ini jelas mula menyebabkan seniman lama mula digayuti kebimbangan ibarat cacing kepanasan. Pelbagai soalan terus berlegar dalam gawang minda seniman untuk mengekalkan warisan . Oleh itu, mauduk yang mewarnai fokus perbincangan ini akan diuraikan secara lebih terperinci
ISI 1
ISI
Sebagai pembuka tirai pembincangan, cara-cara untuk mengekalkan warisan akan dikaji secara mendalam menerusi perpektif pihak sekolah iaitu pihak sekolah memperkenalkan warisan yang popular pada suatu masa dahulu di sekolah.
MAKNA
Sekolah ditakrifkan sebagai sebuah bangunan yang berfungsi untuk memberikan pendidikan serta menerapkan amalan yang baik dalam diri pelajar. Sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) memudahkan pelajar melakukan kajian tentang warisan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita pada suatu masa dahulu. Sekolah juga adalah destinasi yang baik bagi menyemai warisan dalam diri pelajar sekaligus mengekalkan warisan agar tidak ditelan dek zaman.
DATA
Mengikut kajian soal selidik yang dilakukan oleh pelajar di Universiti Putra Malaysia amat memberangsangkan dan membuatkan seniman warisan tersenyum kembali apabila sebanyak 59.1% pelajar sekolah mengetahui tentang warisan yang kini dilupakan oleh masyarakat moden.
SOAL
Persoalan yang sering berlegar-legar dalam minda masyarakat kini ialah apakah yang akan dilakukan oleh pihak sekolah untuk menanam minat pelajar tentang warisan melayu?
JAWAB
Cuba kita berfikir sejenak, sekirannya pihak sekolah tidak menubuhkan kelab cintai warisan, kemungkinan besar para pelajar tidak akan mengetahui tentang warisan yang telah lama ditinggalkan. Jadi, sebagai masyarakat yang mengetahui tentang seni warisan terdahulu, pihak sekolah seharusnya menubuhkan kelab 'Cintai Warisan Kita' bagi menarik minat pelajar tentang warisan sekaligus mengadakan dan menganjurkan aktiviti berkaitan tentang warisan tidak ketara di sekolah seperti tarian makyong yang dipopularkan oleh Khatijah binti Awang ataupun wayang kulit yang dipopularkan oleh Hamzah Awang Amat. Pihak sekolah juga boleh menerangkan tentang warisan yang ketara seperti bangunan a'Famosa di Melaka ataupun makam mahsuri di Pulau Langkawi dan membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang banyak meninggalkan pelbagai jenis warisan. Inilah cara yang cukup baik untuk menambat hati pelajar tentang warisan melayu.
SELAGI
Selagi tiada tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak dalam mengekalkan warisan, selagi cadangan ini hanya indah dimata dan sekadar untuk melepaskan batuk di tangga, maka selagi itulah warisan yang diperkenalkan suatu masa dahulu dilupakan begitu sahaja.
PENEGAS
Tegasnya, peranan pihak sekolah sangat penting untuk mengekalkan warisan dalam kalangan pelajar yang menjadi generasi pemangkin dunia.
ISI 2
ISI
Seterusnya, kesinambungan dan kelangsungan tentang cara-cara mengekalkan warisan akan diteruskan menerusi peranan masyarakat iaitu masyarakat masih lagi mengekalkan warisan.
MAKNA
Masyarakat ditakrifkan sebagai sekumpulan individu-individu yang hidup bersama. Istilah masyarakat berasal daripada bahasa Arab dengan kata "syaraka". Syaraka, yang ertinya ikut serta(berpartisipati). Sehubungan dengan itu, pengekalan warisan dapat dilakukan bersama-sama agar warisan kita tidak dibawa arus pemodenan.
DATA
Mengikut kajian soal selidik yang dilakukan oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia hampir menghilangkan debaran yang sering berombak di dalam hati dan memulihkan luka di dalam jiwa seniman warisan kerana separuh daripada penduduk malaysia masih mengekalkan warisan ketara dan warisan tidak ketara.
SOAL
Persoalan yang menerjah minda kita adalah apakah yang dilakukan oleh masyarakat dalam mengekalkan warisan turun temurun nenek moyang kita?
JAWAB
Marilah kita menyingkap program dan aktiviti yang  di lakukan di kawasan perkampungan yang masih ingin mengekalkan warisan kita. Kebanyakkan program dan aktiviti dilakukan hanya sekali sekala kerana masyarakat kini sibuk mencari wang untuk menanggung keluarga. Program dan aktiviti ini akan dilakukan setahun dua kali dan ia melibatkan kalangan muda mudi hinggalah yang berumur. Program ini akan diadakan di Balai Raya kampung tersebut pada cuti umum. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana hampir kesemua penduduk kampung itu menghadiri serta menyertai aktiviti yang dilakukan. Antara program yang dilakukan ialah tarian kuda kepang yang melibatkan remaja-remaja lelaki yang berminat dengan tarian ini serta persembahan wayang kulit yang dipersembahkan oleh orang-orang tua yang berpengalaman. Kebanyakkan mereka terhibur dengan persembahan itu dan berharap ia akan berkekalan hingga akhir zaman.
SELAGI
Selagi program dan aktiviti ini dapat dikekalkan hingga ke generasi baru, selagi program dan aktiviti ini dilakukan secara berterusan maka selagi itulah warisan kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
PENEGAS
Tegasnya, peranan masyarakat merupakan skop yang penting dalam mengekalkan warisan melayu dalam kalangan masyarkat di negara kita.
ISI 3
ISI
Mata pena ini tidak sampai ke titik noktah yang terakhir maka perbincangan ini perlu diteruskan melalui peranan pihak kerajaan dalam mengekalkan warisan ketara yang terdapat di negara Malaysia.
MAKNA
Warisan ketara bermaksud warisan yang dapat dilihat dengan mata kasar kita. Sebagai contoh, a'Famosa yang berada di Melaka, Muzium Negara yang menyimpan khazanah negara dan juga Makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi yang kini menjadi tumpuan ramai pelancong asing. Pihak kerajaan adalah peranan penting dalam menjaga warisan-warisan melayu ini.
DATA
Mengikut kajian yang dilakukan baru-baru ini sangat memberi impak positif dalam minda masyarakat kita dan melegakan hati pelbagai pihak kerana ramai pengunjung yang berkunjung ke tempat-tempat bersejarah ingin mengetahui asal-usul warisan yang telah ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu.
SOAL
Persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran masyarakat kini ialah bagaimanakah pihak kerajaan mengekalkan warisan yang telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia pada suatu masa dahulu?
JAWAB
Cuba kita bayangkan, sekiranya warisan melayu ini telah pupus di dalam jiwa masyarakat mungkin ia akan menggores hati seniman-seniman yang telah bersusah payah untuk menaikkan warisan melayu. Jadi, pihak kerajaan serta masyarakat perlulah bekerjasama dalam mengekalkan warisan yang berharga ini. Pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengekalkan warisan supaya ianya tidak disalahgunakan oleh masyarakat yang baru hendak berkecimpung dalam warisan. Pihak kerajaan juga boleh membuat kempen tentang warisan-warisan melayu sekaligus menarik minat pelancong untuk mengetahui secara mendalam tentang warisan yang perlu diwarisi oleh generasi baru.
SELAGI
Selagi pihak kerajaan berdiam diri, selagi pihak kerajaan tidak mengambil berat tentang warisan melayu maka selagi itulah masyarakat yang lain tidak bersemangat untuk mempertahankan warisan melayu.
PENEGAS
Tegasnya, peranan pihak kerajaan dalam mengekalkan warisan melayu adalah peranan yang sangat penting untuk diingati dan disengani oleh orang lain.
PENUTUP
Mata pena ini sudah sampai ke titik yag terakhir maka dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa semua pihak seharusnya mengambil berat bagi mengekalkan warisan melayu yang kini hanyalah sekadar hiasan di dalam minda masyarakat. Warisan ini seharusnya menjadi banggaan pelbagai pihak bagi mengekalkan peninggalan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Segala perancangan ke arah pengekalan warisan perlu mempuyai strategi yang betul dan tidak melukakan hati mana mana pihak. Ayuhlah rakyat Malaysia! Marilah bersama-sama kita mengorak langkah mencapai tujuan yang utama demi warisan tercinta.
Your avatar
Your avatar
Add comment
PENUTUP
Avatar of Fazthiah Ain
Fazthiah Ain
4yr