Usrah's Dairy by Azreen Dayani

1st: Kebesaran Allah S.W.T (30. Ar-rum ayat 16-24)
Assalamualaikum...
15th March 2017
Ayat ini menceritakan tentang kebesaran Allah S.W.T.
Semasa usrah pada hari ini, kami telah berkongsi cerita tentang kebergantungan kita pada Allah, tentang nikmat yang Allah telah beri pada kita. Ayat ini juga menceritakan tanda-tanda kebesaran Allah.
Saya tertarik dengan ayat ini kerana saya ingin mengaitkan nya dengan "masa depan" saya. Di dalam kuliah saya kelmarin, seorang pensyarah telah berkata, "saya rasa hendak menangis bila memikirkan bagaimana nasib kamu di masa depan, dengan masalah negara masa kini. Macam manalah kalian semua mahu mencari pekerjaan. ". Setelah pulang dari kuliah, saya memikirkan perkara ini, tiba-tiba terdetik di hati saya, " Aku kan ada Allah!". Jika kita letak keutamaan kita pada Allah dan bergantung hanya pada-Nya nescaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Kejayaan itu adalah nikmat yang diberi dengan izin Allah. Allah akan memberi nikmat kepada hamba-Nya seperti apa yang hamba-Nya sangkakan. Jadi kesimpulannya, janganlah kita risau tentang apa yang akan berlaku tentang pada masa depan kita. Sesungguhnya, Allah telah merancang sebaik-baiknya untuk kita.
Seterusnya, pada ayat ke -22 yang bermaksud " Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bahagi orang yang berpengetahuan.". Ayat ini berkait dengan kehidupan manusia kini. Kita hidup di dunia ini mempunyai pelbagai perbezaan dari segi bahasa, agama, budaya, warna kulit dan sebagainya. Islam juga menyatakan bahawa manusia mempunyai hak kebebasan. Justeru itu, saya ingin mengaitkan hal ini dengan aktiviti yang saya ikuti baru-baru ini. Saya menjadi "Buddy" kepada pelajar Jepun yang mengikuti program summer school di sini. Daripada program ini, saya dapati bahawa nikmat yang saya terima pada masa ini adalah lahirnya saya sebagai seorang Islam. Adakah itu nikmat atau ujian?
Dilahirkan seorang Islam boleh juga dijadikan sebagai ujian. Allah menguji keimanan kita sebagai seorang Islam. Manakala, rakan baru saya (student jepun) itu adalah bukan Islam. Saya berharap hati nya terbuka suatu hari nanti untuk memeluk Islam. Kami berkongsi culture antara satu sama lain. dengan perkongsian inilah saya dapat mengetahui bahawa perbezaan itu tidak menjadi penghalang kepada kita untuk bersatu.
Pada usrah kali ini juga, saya amat tertarik dengan " human resource is more needed than financial resource". Kenapa saya tertarik ?
Pada masa kini, di mana-mana kita sering dengar tentang masalah kewangan. Manusia memang mudah memberi wang ringgit tetapi sukar memberi tenaga dan pengorbanan. Dalam mengembangkan Islam, bukan wang ringgit yang kita perlukan tetapi manusia itu sendiri yang perlu diberi pengisian yang cukup agar dapat membangunkan dan mengembangkan agama Islam. Justeru itu, sebagai seorang Islam adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita? Marilah kita renungkan perkara ini bersama. Sekian saja untuk hari ini.