ORDINAN PELAJARAN 1952 by NORAIN MOKSIN

Matlamat
Ordinan Pelajaran 1952 bertujuan memperkukuh perpaduan kaum melalui sistem pendidikan yang seragam serta memberikan pendidikan yang relevan dan berkualiti kepada semua warganegara pada ketika itu.

Ordinan ini menyatukan idea daripada Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 dengan matlamat untuk :

Membentuk warganegara yang bersatu.

Mempromosikan adaptasi kaum dalam masyarakat pelbagai bangsa.

Menyediakan pendidikan percuma dan wajib selama enam tahun untuk murid berumur 6 hingga 12 tahun.

Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atau vokasional bergantung kepada kelayakan.

Cadangan Utama
Cadangan-cadangan dalam Ordinan ini mencerminkan usaha untuk mencapai perpaduan melalui penggunaan bahasa dan penyediaan pendidikan yang adil:

Dua aliran persekolahan: Sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan percuma: Pendidikan wajib dan percuma untuk enam tahun bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Sekolah Cina dan Tamil: Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak dianggap sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, tetapi Bahasa Cina dan Tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan dengan syarat bilangan murid mencukupi (sekitar 15 orang).

Penubuhan sekolah menengah vokasional: Bagi menampung keperluan negara terhadap tenaga kerja mahir.

Pengajaran tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil: Menggalakkan penggunaan beransur-ansur Bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda di sekolah Cina dan Tamil.

Masalah/Isu pelaksanaan
Walaupun cadangan ini dilihat sebagai satu langkah yang progresif, Ordinan Pelajaran 1952 gagal dilaksanakan sepenuhnya kerana beberapa faktor:

Kekurangan guru terlatih: Kekurangan tenaga pengajar yang mahir mengendalikan pendidikan dalam tiga bahasa.

Bantahan dari masyarakat Cina dan Tamil: Kedua-dua masyarakat ini merasakan cadangan ini tidak menguntungkan mereka. Cadangan untuk hanya menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar dianggap sebagai satu halangan besar. Ini kerana masyarakat Cina mahu mengekalkan sekolah vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa ibunda seperti bahasa Cina atau Tamil) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Kekurangan biaya: Kekangan kewangan turut menghalang pelaksanaan cadangan-cadangan tertentu terutamanya dalam menyediakan pendidikan bahasa ketiga.

Keadaan darurat: Negara pada waktu itu menghadapi keadaan darurat yang menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan dasar pendidikan yang menyeluruh.