Aktiviti 4.1 Batu Bersurat di terengganu by syahida jaafar

Sejarah batu bersurat di Terengganu
Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung kait dengan undang-undang syariah Islam
Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605M), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M). Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut dikitiraf dalam kes Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR 128).

Sebelum kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya di semua sembilan Negeri-Negeri Melayu. Namun, kedudukan dan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini mula tergugat selepas Inggeris menduduki Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pengenalan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai common law di Negeri-Negeri Selat bermula dengan perisytiharan Piagam Keadilan Inggeris yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1807. Mahkamah Keadilan Inggeris yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan merupakan sebuah Mahkamah Tinggi awam yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua penduduk tempatan termasuk orang Islam yang tinggal di Negeri itu.

Pengenalan undang-undang Inggeris seperti Ordinan Kontrak, Kanun Keseksaan dan Enakmen Undang-Undang Sivil 1937 dan penubuhan mahkamah-mahkamah awam di Negeri-Negeri Melayu telah mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang sivil secara formal dan meluas di negara ini. Sementara itu, pelaksanaan undang-undang Islam pula hanya terhad kepada undang-undang diri dan kekeluargaan orang Islam sahaja. Undang-undang Inggeris turut mengatasi undang-undang Islam.

Inggeris juga campur tangan dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu walaupun ia bertentangan dengan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu semasa menerima sistem Residen. Campur tangan tersebut adalah melalui penggubalan undang-undang berkaitan agama Islam dan penubuhan mahkamah oleh majlis negeri yang diketuai oleh Residen Inggeris. Undang-undang Islam yang digubal tersebut diberi nama sebagai “muhammedan” dan mahkamah yang ditubuhkan oleh Inggeris ini diberi nama “kathi court” (Mahkamah Kadi).

Mahkamah Kadi pada masa penjajahan Inggeris, berada dalam hierarki Mahkamah Persekutuan. Walau bagaimanapun, menjelang kemerdekaan, iaitu pada tahun 1948, Mahkamah Kadi telah dikeluarkan daripada hierarki Mahkamah Persekutuan melalui Akta Mahkamah Rendah 1948. Pada masa itu, taraf dan kedudukan Mahkamah Kadi adalah amat rendah.  Pada suatu ketika, ia lebih rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Tiga. Malah, di Negeri Kelantan pada tahun 1927-1930, Mahkamah Kadi diletakkan lebih rendah daripada Mahkamah Penggawa. Pada tahun 1948, Mahkamah Kadi diletakkan selepas Mahkamah Majistret Kelas Dua.

Dari segi bidang kuasa pula, ia lebih kurang sama seperti bidang kuasa mahkamah Syariah pada masa sekarang. Sebagai contoh, bidang kuasa mal dan jenayah yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Selangor 1952 (yang mana ia merupakan undang-undang Syariah yang disatukan daripada undang-undang yang digubal oleh Inggeris sebelum tahun 1952), adalah tidak berbeza dengan bidang kuasa mahkamah Syariah yang ada pada masa sekarang kecuali mengenai had hukuman jenayah. Pada ketika itu, had hukumannya ialah denda tidak melebihi 1000 ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan dan tiada peruntukan hukuman sebat. Had hukuman tersebut dikekalkan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] digubal dan dikuatkuasakan pada 1 April 1965.

8.    Selepas merdeka, status Mahkamah Kadi sebagai mahkamah Negeri dikekalkan dan had hukuman jenayah terus dikekalkan sehingga tahun 1980-an. Istilah Kadi dan Mahkamah Kadi juga terus dikekalkan. Pentadbirannya pula diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Pada tahun 1984, peruntukan mengenai bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah tersebut telah dipinda. Menerusi pindaan itu, bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dalam menjatuhkan sesuatu hukuman telah dinaikkan kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Tarikh kuat kuasa pindaan itu ialah pada 1 Januari 1984.

Antara usaha-usaha lain bagi meningkatkan kedudukan mahkamah Syariah ialah, pada tahun 1988, istilah “Muslim court” yang terdapat dalam Akta 355  dipinda kepada “Syariah court”, istilah “Muslim law” dipinda kepada “Islamic law” dan istilah  “Muslim religion” dpinda kepada “religion of Islam”.

Selanjutnya, bermula dengan Negeri Selangor pada tahun 1989, Negeri-Negeri telah menggubal undang-undang baru khususnya undang-undang jenayah Syariah bagi meningkatkan had hukuman jenayah Syariah selaras dengan had hukuman baru yang diberikan oleh Akta 355. Negeri-Negeri juga menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam yang baru dengan mengadakan peruntukan yang membolehkan mahkamah Syariah dipisahkan daripada kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Penjenamaan semula juga dibuat dengan menggantikan istilah Kadi dan Mahkamah Kadi kepada Hakim Syarie dan mahkamah Syariah serta memperuntukkan syarat-syarat khusus pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Selain daripada perubahan-perubahan tersebut dan transformasi dari sudut prasana, pembangunan fizikal dan sumber manusia, tiada perubahan berlaku dalam hierarki mahkamah Syariah. Ia masih lagi tiga peringkat sebagaimana tahun 1940an. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hanya boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Ia tidak boleh dirayu lagi jika berlaku kesilapan dalam keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Selain itu, had hukuman bidang kuasa jenayah Syariah walaupun pernah ditingkatkan, namun peningkatan itu tidak ketara dan ia berlaku 32 tahun yang lalu.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara

Hubungan diplomatik di nusantara
Terdapat pelbagai takrifan mengenai pengertian diplomatik. Dalam Ensiklopedia Dunia (2005: 216), istilah diplomatik ditakrifkan sebagai kaedah pengendalian perundingan antara negara yang melibatkan pembentukan dasar yang diikuti oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi negara lain. Joshua S. Goldstein (1994: 1) berpendapat bahawa diplomatik merujuk kepada kajian mengenai hubungan antara kerajaan. Beliau turut menekankan bahawa hubungan tersebut dipengaruhi oleh faktor geografi dan sejarah, sementara diplomatik dalam perspektif Islam bermaksud; The aims of the Prophet’s diplomacy, or his principle of international relations, was based on the concept of a just and fair world order, in which all states, strong or weak, big or small, should enjoy peace, 109 Kerencatan Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh stability, freedom of conscience and human welfare. In the conduct of foreign relations, the Prophet was always guided by the noble moral principles laid down in the Quran. (Choudhury, G. W, 1993a: 99) Berdasarkan kepada definisi diplomatik yang telah dibincangkan jelas diplomatik merupakan hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan yang mempunyai matlamat dan kepentingan bersama. Apabila misi dan visi kerajaan-kerajaan tersebut selari, maka hubungan diplomatik mudah terjalin. Dalam hal ini, hubungan diplomatik itu bukan sahaja memenuhi kelompangan atau kepentingan bersama semata, malah sesebuah kerajaan itu perlu bertindak dengan menumpukan kepada kaedah pembentukan, penyusunan serta mengawal jalinan hubungan diplomatik dengan teliti agar hubungan tersebut tidak mudah terganggu dengan ancaman luar. Dengan kata lain, situasi ini akan membawa kepada perancangan yang sistematik dan mantap dalam pengendalian hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik sebenarnya sudah wujud di alam Nusantara, terutamanya pada zaman pra-Islam lagi. Hall, D.G.E (1966: 25) menyatakan bahawa Empayar Funan merupakan antara kerajaan Melayu terbesar dan tertua di Semenanjung Indochina yang telah mengamalkan hubungan diplomatik. Pernyataan tersebut turut dipersetujui oleh Mohd Jamil Mukmin (2011: 71). Beliau berpendapat bahawa kerajaan Melayu seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Kedah Tua telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan besar seperti China, Arab dan India. Faktor utama hubungan tersebut terjalin ialah untuk memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan, mengukuhkan agama Hindu-Buddha dan meluaskan pengaruh politik. Kesannya, kerajaan Melayu tersebut merupakan antara kerajaan Melayu yang kukuh dari segi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Kedatangan Islam ke Nusantara telah berjaya membentuk sebuah hubungan diplomatik yang lebih sistematik. Di Nusantara, Islam mula bertapak dianggarkan pada tahun 225 Hijrah bersamaan dengan 840M di Perlak (Hashim Musa, 2004: 40). Islam telah membawa perubahan besar dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya dalam hubungan diplomatik sehingga membentuk suatu tamadun bangsa yang kekal sehingga 110 Salmah Jan Noor Muhammad hari ini. Dalam agama Islam telah menegaskan tentang prinsip hubungan diplomatik itu perlu berdasarkan prinsip persaudaraan, persahabatan dan perdamaian. Prinsip hubungan diplomatik menurut hukum Islam antara lain ialah menghargai manusia sebagai makhluk yang terbaik, menegakkan keadilan, persamaan, kemerdekaan, menepati janji, toleransi, mencegah kejahatan, dan bukannya mewujudkan peperangan dan permusuhan (H.A.Fuad Said, 2002: 409). Sementara itu, ‘AbdulHamīd A. AbūSulaymān (1987) juga mengatakan bahawa prinsip asas sesebuah hubungan diplomatik itu seharusnya berlandaskan tauhid, berpegang kepada keadilan, keamanan, sokongan dan kerjasama, jihad, menghormati serta memenuhi iltizam. Sebahagian prinsip ini menjadi amalan kepada kerajaan Islam di Tanah Melayu seperti Kerajaan Melaka, Aceh, Johor Riau dan juga Aceh dalam menjalinkan hubungan diplomatiknya. Keadaan ini menjadi lancar apabila sesebuah kerajaan itu menerapkan Islam sebagai suatu cara hidup berpolitik (Muhammad Afifi Abdul Razak & Azman Md Zain, 2003: 46). Sebagai sebuah agama yang bersifat sejagat, Islam menyeru ke arah pengwujudan suatu bentuk hubungan antara manusia, bangsa dan negara merentasi sempadan nasional atau hubungan antarabangsa. Contohnya, Kerajaan Melaka yang telah membentuk hubungan merentas sempadan menerusi perkahwinan. Perkahwinan antara Kerajaan Melaka (Sultan Mansur) dengan Kerajaan Majapahit (Raden Galoh Cendera Kirana) dan Kerajaan China (Puteri Hang Liu) telah memberikan kesan positif kepada Kerajaan Melaka dalam bidang politik, ekonomi dan juga sosial. Dalam bidang politik, misalnya dengan mendapat perlindungan daripada Kerajaan Majapahit dan China, Melaka telah berjaya menangani ancaman dari anasir luar seperti Siam yang ingin mengganggu gugat keselamatan Melaka. Situasi ini telah memakmurkan Melaka dan impaknya, ekonomi dan sosial Kerajaan Melaka turut berkembang pesat apabila ramai pedagang daripada negara luar seperti Kaherah, Mekah, Orissa, Ceylon, Malindi, Ormuz, Parsi, Turki, Maluku, Jawa, Timur, Maldive, Madura, Sunda dan Benggala (A.Samad Ahmad, 2010: 79 – 80). Keadaan tersebut turut dirakamkan oleh Tome Pires pada tahun 1512 dalam Suma Oriental of Tome Pires (Cartesao, A. (ed.), 1944: 287). Beliau menyatakan bahawa “Barang siapa menguasai Melaka, maka ia akan dapat menguasai Venice”. Venice pada masa itu merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah bagi barang dagangan dari Asia. 111 Kerencatan Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Aceh