Tutorial - jelaskan cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan dan apakah strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis? by Ameerul Aswad

Di sekolah saya, cabaran utama bagi pelaksanaan program pemulihan ialah sikap murid itu sendiri, di samping kekangan waktu. Intervensi yang dilakukan ialah menggunakan modul pada tahap sekolah rendah kepada murid-murid yang amat lemah ini. Hal ini bermaksud diajar daripada peringkat asas semula. Selain itu, mereka juga dikehendaki tunggu sebentar selepas waktu sekolah sekitar 30 minit setiap hari untuk menjalani intervensi menggunakan buku "bacalah sayang" dengan matlamat mengajar murid-murid membaca pada peringkat asas.

Hasilnya, ada antara mereka yang sudah mula boleh membaca ayat-ayat mudah ini sebagai persediaan untuk masuk ke tingkatan seterusnya.

Inisiatif saya dan kawan-kawan saya, kami mengadakan satu program " Klinik BM", di mana program tersebut mengumpulkan semua pelajar yang tidak boleh membaca di setiap program yang terdapat di KV. Antara cara yang kami gunakan, kami menggunakan kaedah pembacaan bahan-bahan petikan pendek daripada buku-buku cerita dan bahan cetakan seperti surat khabar. Setiap 3 kali seminggu, mereka akan meluangkan masa sebanyak 15 minit untuk membaca.

Malangnya, cabaran yang saya alami ialah pelajar tersebut sukar memberikan kerjasama. Selain itu, apabila saya cuba memberikan soalan untuk dijawab berdasarkan petikan yang diberikan, pelajar tersebut tidak memahami soalan yang diberikan. Sama juga dengan konsep membuat ayat untuk karangan, pelajar tersebut tidak boleh membuat ayat mudah untuk digunakan dalam penulisan karangan.

Kalau di dalam kelas, pelajar yang kurang daripada aspek menulis ini, apa yang saya lakukan ialah saya akan memberikan satu perenggan dan mereka hanya perlu menyalin balik di dalam buku. Kaedah ini saya gunakan untuk pelajar lemah sahaja.

Cabaran:

sikap murid itu sendiri. Guru telah menyediakan pelbagai bahan serta cadangan aktiviti bagi tujuan pemulihan tetapi murid tidak memberi kerjasama dengan baik.

Program Pemulihan:

Modul Ejaan

Langkah 1:

Guru menyenaraikan 5 perkataan mengikut kategori.
Contohnya, ejaan diftong

Langkah 2
Guru menyebut, murid mengajuk perkataan tersebut.

Langkah 3
Murid menyalin semula perkataan

Langkah 4
Murid menyebut, mengeja, dengan bimbingan guru

Langkah 4
Murid membaca dan mengingat

Langkah akhir
Ejaan

Cabaran utama bagi guru Bahasa Melayu ialah murid sekarang  tidak minat untuk meneroka ilmu melalui pembacaan. Kadang -kadang hasil karangan murid banyak terdedah dengan bahasa asing seperti penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Langkah intervensi yang saya ambil adalah dengan mencetak semula contoh karangan mengikut tajuk yang sesuai dan meminta mereka salin semula supaya mereka dapat jana idea dengan contoh yang sesuai atau menilai dengan penggunaaan bahasa yang indah. Cara intervensi yang kedua, saya meminta set gambar rajah tulang ikan dan meminta murid mengeluarkan isi dan fakta yang sesuai melalui contoh karangan yang dipaparkan. Serta meminta mereka keluarkan perbandingan semacam, kata hikmat dan peribahasa.

Cabaran Utama dalam Melaksanakan Program Pemulihan

Kekangan Masa – Guru baharu mempunyai pelbagai tugas dalam jabatan berbeza, menyukarkan perancangan kelas tambahan.

Ketidakhadiran Murid – Murid tidak hadir ke kelas tambahan, menyebabkan mereka terus ketinggalan.

Sikap Murid – Murid kurang bermotivasi dan enggan menerima bantuan, menjadikan pemulihan sukar.

Strategi Pemulihan yang Berkesan

Pembelajaran Bersepadu – Gunakan masa dalam kelas utama untuk aktiviti pemulihan tanpa perlu kelas tambahan.

Pemantauan dan Galakan Berterusan – Beri ganjaran kecil, pujian, dan dorongan untuk meningkatkan motivasi murid.

Kerjasama Ibu Bapa – Libatkan ibu bapa dalam pemulihan, galakkan mereka membantu anak di rumah.

Cabaran utama yang di hadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekangan masa dalam proses PdP. Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan pemulihan dalam proses PdP disebabkan faktor-faktor seperti tingkah laku murid dan pengurusan kelas yang menyebabkan masa digunakan dengan lebih panjang.  Strategi pemulihan yang berkesan dalam menghadapi murid yang tidak mahir membaca dan menulis adalah dengan menggunakan modul lengkap yang disediakan pihak sekolah seperti pembacaan fonik, bergambar, bacaan berulang dan permainan interaktif.

CABARAN UTAMA;

1 - Kekurangan latihan dan kepakaran guru dalam melaksanakan program pemulihan sebagai contoh guru baru tidak tahu cara atau kaedah yang betul dalam pengajaran.

2 - Tiada sokongan daripada ibu bapa seperti ibu bapa tidak memberikan dorongan kepada anak-anak contohnya tidak membenarkan anak-anak berada di sekolah selepas sesi persekolahan.

3 - Sikap pelajar itu sendiri iaitu tidak menunjukkan minat untuk belajar dan memajukan diri sendiri.

4 - Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran yakni bahan pengajaran yang tidak bersesuaian dengan tahap pemulihan murid.

STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS

1 - Bacaan berulang - Murid membaca buku cerita pendek secara berulang untuk meningkatkan kelancaran membaca murid.

2 - Pendekatan fonetik - Murid diberikan kad imbasan agar dapat membuktikan suku kata dan bunyi

3 - MentorMentee - Melantik seorang murid yang mahir dalam kedua-dua kemahiran untuk membantu murid yang sederhana

Antara cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekurangan masa pengajaran. hal ini demikian kerana, jadual pembelajaran yang padat menyukarkan guru untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar yang lemah dalam membaca dan menulis. Seterusnya, sikap dan kurangnya motivasi murid itu sendiri. Ini kerana sesetengah murid kurang berminat atau berasa rendah diri kerana ketinggalan dalam pembelajaran, menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan.

Manakala antara strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah kaedah bercerita dan bacaan berulang dengan menggunakan buku cerita bergambar dan meminta pelajar membaca berulang kali untuk membina keyakinan dan kefasihan. Contohnya, membaca bersama-sama dan menggalakkan pelajar menceritakan semula apa yang mereka fahami. Selain itu, latihan menulis secara bertahap dengan bermula dengan latihan menulis huruf, suku kata, perkataan, dan akhirnya ayat yang mudah. Contohnya, murid menyalin perkataan daripada kad bergambar sebelum menulis ayat sendiri.

Antara cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekurangan sumber dan bahan di mana guru sering kali berhadapan dengan kekurangan bahan bantu mengajar dan peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan program pemulihan dengan berkesan.Seterusnya, beban kerja yang banyak. Guru pemulihan biasanya perlu menangani banyak pelajar dalam masa yang terhad, menyebabkan mereka tertekan dan sukar memberikan perhatian individu yang mencukupi. Selain itu, kekurangan latihan yang berterusan dan sokongan profesional juga menjadi cabaran, kerana guru perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menangani pelbagai keperluan pelajar. Oleh itu, beberapa strategi pemulihan  yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis seperti guru menggunakan pendekatan visual, audio, kinestetik, dan taktile (VAKT) dapat membantu pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Seterusnya, latihan berulang kali dalam membaca dan menulis dapat membantu pelajar memperbaiki kemahiran asas mereka. Contohnya seperti di sekolah saya, panitia Bahasa Melayu telah mengambil inisiatif untuk memberikan kelas bacaan khas untuk murid yang tidak menguasai 3M. Murid dibimbing oleh guru Bahasa Melayu setiap hari. Seterusnya, guru juga perlu menguasai kemahiran digital dengan lebih baik agar dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif.

Pada pendapat saya cabaran utama dalam program pemulihan guru adalah kekangan masa dan beban kerja yang tinggi oleh guru. Program pemulihan ini memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi oleh guru dalam usaha melakukan pemulihan kepada kepada pelajar dimana guru perlu sentiasa menumpukan perhatian kepada murid tersebut. Selain itu, cabaran pemulihan adalah tahap pemulihan murid yang berbeza menyebabkan ada dalam kalangan murid yang ketinggalan semasa kelas pemulihan tersebut menjadikan proses pemulihan itu tidak dapat dilaksanakan secara optimum.

Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah membuat aktiviti pemulihan berasaskan konsep permainan. Konsep ini membolehkan murid lebih tertarik dengan kelas pemulihan menjadikan mereka lebih bermotivasi di dalam kelas tersebut. Permainan tersebut juga perlulah ringkas dan tidak kompleks supaya pemulihan tersebut dapat berjalan secara lancar. Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan juga adalah perlantikan guru muda dalam kalangan kelas pemulihan. Perlantikan guru muda ini boleh melibatkan murid yang lebih baik prestasinya di dalam kelas pemulihan atau boleh juga melantik murid cemerlang dalam subjek tersebut sambil dipantau oleh guru sendiri. Perlantikan guru muda akan mengurangkan beban kerja dalam kalangan guru di samping melatih kemahiran interaksi sosial murid.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan kelas pemulihan supaya murid yang terlibat akan berjaya menguasai asas bahasa menulis dan membaca dengan baik.

Antara cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan adalah setiap pelajar menghadapi kelemahan yang berbeza dalam membaca dan menulis. Ada yang mengalami masalah fonetik, ada yang kekurangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan ada juga yang mengalami kesulitan dalam memahami struktur ayat. Guru perlu memahami dengan tepat masalah yang dihadapi oleh setiap murid dan menyediakan strategi yang sesuai untuk mengatasi masalah perbezaan ini.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru adalah guru tidak mempunyai cukup sumber atau alat bantu mengajar yang sesuai untuk program pemulihan. Buku, perisian pembelajaran dan alat bantu visual yang diperlukan untuk menyokong pelajar yang lemah dalam membaca dan menulis tidak mencukupi.

Antara strategi pemulihan yang berkesan adalah menggunakan kaedah Phonics. Kaedah phonics berkesan untuk membantu pelajar yang lemah dalam membaca, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah mengenali bunyi huruf dan hubungan antara huruf dan bunyi. Dengan mengajar pelajar untuk mengenali bunyi huruf dan menggabungkannya menjadi suku kata dan perkataan, mereka dapat memahami cara membaca lebih baik. Guru juga perlu menggunakan kaedah Latihan berulang seperti dalam mengenali bunyi huruf boleh membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam membaca.

Strategi lain adalah penggunaan alat bantu visual, seperti gambar, video, atau peta minda, dapat membantu pelajar yang lemah dalam membaca dan menulis untuk memahami konsep dengan lebih jelas. Contohnya, gambar yang berkaitan dengan teks boleh digunakan untuk menjelaskan makna perkataan dan meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

Selain itu, aktiviti bergerak seperti bermain peranan (lakonan) atau menggunakan kad imbasan (flashcards) juga membantu meningkatkan pemahaman dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran.

Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru termasuklah masa, kurang motivasi serta keterbatasan pengaplikasian kaedah pengajaran. Salah satu strategi pemulihan yang berkesan ialah pemilihan kaedah yang relevan. Contohnya, pendekatan "bacaan gambar" dan "sambung ayat"

Cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan adalah kepelbagaian tahap kemampuan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar dalam program pemulihan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza. Ini menyebabkan kesukaran guru untuk merancang pengajaran yang sesuai untuk semua murid. Selain itu, terdapat juga kekurangan sumber dan bahan pengajaran. Guru sering menghadapi kekurangan bahan pengajaran yang sesuai untuk program pemulihan, terutama bahan yang menarik dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar yang berbeza. Antara strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis adalah dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti buku cerita interaktif, permainan pendidikan, dan aplikasi digital boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dan memudahkan pemahaman. Selain itu, strategi yang boleh digunakan adalah kaedah pembelajaran berasaskan aktiviti. Contohnya, melibatkan pelajar dalam aktiviti hands-on seperti permainan bahasa, latihan menulis kreatif, dan aktiviti kumpulan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

Cabaran utama yang dihadapi saya dalam melaksanakan program pemulihan termasuk kekurangan masa, sumber yang terhad, tahap keupayaan murid yang berbeza, serta sikap negatif murid terhadap pembelajaran. Selain itu, kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai menyukarkan proses pemulihan, terutama bagi murid yang memerlukan pendekatan lebih khusus. Murid yang lemah dalam membaca dan menulis akan terlibat dengan program solusi bahasa. Modul-modul yang disediakan dapat mengukuhkan kefahaman tatabahasa murid.

Bagi mengatasi cabaran ini,  melalui pendekatan berstruktur dan interaktif seperti kaedah fonik, penggunaan bahan bacaan berperingkat, serta bimbingan secara individu atau dalam kumpulan kecil. Kaedah fonik membantu pelajar mengenal pasti hubungan antara huruf dan bunyi, memudahkan mereka dalam membaca dan mengeja.

Selain itu, saya  menerapkan teknik permainan bahasa dan teknologi interaktif untuk menjadikan sesi pemulihan lebih menyeronokkan. Bimbingan secara individu atau kumpulan kecil membolehkan guru memberi tumpuan khusus kepada keperluan murid, membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dengan lebih berkesan.

Nurul Najla Najwa

Antara cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan adalah seperti beban tugas guru yang semakin meningkat. Guru yang mengajar murid pemulihan sering diberi tanggungjawab tambahan seperti pengurusan kokurikulum atau tugas pentadbiran lain, yang boleh mengganggu fokus mereka dalam menyediakan intervensi pemulihan yang berkesan. Masa yang suntuk juga memberi kesan kepada guru untuk memberi perhatian penuh kepada murid pemulihan.

Cabaran yang kedua adalah kekurangan bahan bantu mengajar atau tiada sumber yang cukup menyukarkan guru untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Cabaran yang ketiga pula adalah tahap pemikiran dan prestasi pelajar yang berbeza. Pelajar dalam program pemulihan mempunyai tahap keupayaan yang berbeza, menjadikan guru merasa sukar untuk menyesuaikan kaedah pengajaran yang sesuai untuk setiap individu.

Strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar ini adalah dengan menggunakan bahan modul yang disediakan oleh guru. Modul yang digunakan perlulah menarik dan mudah difahami.

Strategi yang kedua pula adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan interaktif dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam membaca dan menulis.

Strategi yang ketiga pula adalah dengan melibatkan guru menyertai latihan dan bengkel berkaitan strategi pengajaran terkini dapat membantu guru meningkatkan kemahiran mereka dalam melaksanakan program pemulihan.

jelaskan cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan dan apakah strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis?

cabaran utama yang dihadapi guru dalam  melaksanakan program pemulihan, murid tidak berminat untuk belajar, mereka kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri ditambah dengan subjek subjek yang wajib untuk mereka membaca untuk mengingati dan pembelajaran bercorak KBAK. Murid masih lagi menunggu guru untuk mendapatkan maklumat dan murid kurang membaca bahan ilmiah.

Strategi pemulihan pertama yang saya lakukan dengan menyenaraikan murid ini dalam pemerhatian setiap waktu pdpc bahasa melayu. Tujuannya saya akan beri perhatian lebih dan meletakkan murid semasa pdpc didepan sekali. selain itu setiap kali habis waktu pdpc, saya akan sediakan soalan-soalan teknik menjawab soalan.

Strategi terakhir nama -nama murid yang bermasalah tersebut saya akan hantar ke  unit kaunselor  untuk pemulihan motivasi dengan lebih berkesan. tujuannya sebagai bukti usaha guru bagi mempelbagaikan tindakan.

Cabaran yang saya hadapi terutamanya dalam kelas peralihan adalah murid-murid saya mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Terdapat murid yang tidak boleh membaca, boleh membaca tetapi tidak faham dan juga murid yang tidak faham langsung Bahasa Melayu. Jadi saya perlu mempunyai pelbagai pendekatan pengajaran untuk memenuhi keperluan individu. Misalnya kaedah fonik. Kaedah ini membantu pelajar untuk mengenal pasti bunyi huruf dan bagaimana bunyi tersebut bergabung untuk membentuk perkataan. Kaedah ini sesuai bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah membaca. Saya juga menggunakan kaedah Tasmik. Saya akan memanggil seorang demi seorang pelajar untuk datang membaca di hadapan saya. Kesannya, seramai 11 orang murid kelas peralihan saya sudah boleh membaca walaupun tidak berapa lancar.

Selain itu, sikap murid. Murid yang kurang beradab dan tidak mendengar kata. Walaupun nama dilaporkan dalam sistem SSDM, mereka tidak menghiraukannya. Langkah yang saya ambil adalah melaporkan kepada guru-guru disiplin.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekurangan masa dan sikap pelajar. Hal ini kerana kebanyakan masa guru adalah untuk sesi pdp. Guru perlu menggunakan masa luar kerja untuk membantu dalam proses pemulihan pelajar. Sikap pelajar kurang berminat dalam akademik juga menjadi cabaran apabila mereka tidak memberikan perhatian di dalam kelas. Strategi pemulihan yang berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah melakukan pemerhatian secara berkala kepada perkembangan pelajar. Guru juga boleh melakukan latihan bacaan dan penulisan dengan meminta pelajar untuk menyalin sambil membaca teks yang disediakan. Sokongan positif juga dapat digunakan bagi menggalakkan motivasi pelajar dalam membaca dan menulis.

Pogram pemulihan membaca dan menulis bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam literasi, namun cabaran seperti kekangan masa, jumlah pelajar yang ramai, dan kurangnya motivasi sering menghalang keberkesanannya. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh menerapkan kaedah fonik, latihan membaca berulang, serta penggunaan teknologi dan permainan bahasa bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik. Seterusnya, sekolah juga mengadakan sesi pembelajaran sebelum sesi persekolahan bermula (sesi petang) bagi pelajar yang terpilih. Sesi kumpulan kecil dan penglibatan ibu bapa juga penting dalam menyokong kemajuan pelajar. Walau bagaimanapun, pendekatan ini tidak dapat dilaksankan secara berkesan kerana sikap murid yang tidak bermotivasi untuk memperbaiki diri.

Cabaran: murid tidak tahu menguasai 3M terutamanya membaca. Segelintir murid tidak kenal huruf.

Strategi:

1. Guru akan mengadakan sesi bacaan selama 15 minit bagi murid yang lemah dengan menggunakan buku bacalah sayangku.

2. Semua guru relif akan melaksanakan aktiviti bacaan semasa waktu relif dalam kelas tersebut.

3. Guru menyediakan modul khas bagi murid yang tidak boleh menguasai 3M.

Antara cabaran yang pernah dihadapi ialah murid kurang minat dan tidak bermotivasi terutamanya dalam aspek menulis karangan.  Segelintir murid gagal menulis karangan dengan bagus kerana kurangnya amalan membaca bahan ilmiah.  Ini menyebabkan idea mereka juga terbatas dan menjadikan mereka tidak seronok ketika melakukan aktiviti melibatkan penulisan.

Bagi mengatasi langkah ini, saya telah melaksanakan aktiviti  menulis jurnal. Murid perlu membaca artikel, buku atau blog dan merumuskan isi kandungan bahan bacaan tersebut dalam jurnal masing-masing menggunakan ayat sendiri. Selain ulasan bahan ilmiah, murid juga digalakkan untuk menulis jurnal berdasarkan pengalaman harian mereka. Ini untuk menggalakkan mereka membaca dan meningkatkan kemahiran menulis dengan betul.

cabaran yang dihadapi guru ialah apabila murid yang lemah

1.tidak fokus dan tidak menunjukkan minat untuk belajar.

-Antara cara yang dilakukan ialah guru membuat aktiviti dalam kumpulan yang kecil dan serta memberi ganjaran dan penghargaan semasa melaksanakan aktiviti. Ganjaran ini sedikit sebanyak mampu memberi motivasi kepada murid

2.Tidak dapat membina ayat mudah

-Cara yang dapat dilaksanakan ialah

dengan memberi latihan berbentuk gambar rajah dan murid perlu menulis berpandukan gambar rajah tersebut dengan bantuan guru

cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah cabaran berkaitan sikap murid itu sendiri. Ada sesetengah pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis tidak mengambil berat dan tidak ingin dibantu oleh guru. Ada dalam kalangan pelajar itu yang sepatutnya mempunyai masalah mental atau slow learner dan dihantar ke sekolah terutamanya sekolah KV dan menyukarkan guru untuk menjalankan proses pdp dengan berkesan. Sesetengah ibubapa juga tidak mahu mengakui anak-anak mereka menpunyai masalah dan tidak mahu dirujuk ke hospital dan mendapatkan rawatan bagi memberi peluang kepada anak-anak mereka mendapat menjalani kehidupan yang sepatutnya mereka jalani bagi yang OKU dan ibubapa juga merasa malu mengakui anak mereka mempunyai masalah pembelajaran.

Strategi pemulihan yang berkesan untuk mengatasi kelemahan dalam membaca dan menulis perlu mendapatkan kerjasama antara guru berpengalaman dan murid.

Melalui aktiviti pembacaan berulang melalui membaca teks secara berulang-ulang dapat membantu menguatkan kefahaman dan penguasaan kosa kata. Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap kemampuan, dan berusaha membaca setiap hari untuk meningkatkan kemahiran.

Seterusnya mendapatkan bimbingan guru berpengalaman dengan mendapatkan sokongan melalui bimbingan individu dengan guru atau tutor yang berpengalaman. Fokus pada aspek yang memerlukan pembetulan, seperti pembetulan sebutan, pemahaman, atau penulisan.

Cabaran utama yang dihadapi guru

1. Kekurangan masa pengajaran. Guru terikat dengan jadual waktu yang padat dan menjadikannya sukar untuk memberi tumpuan khusus kepada murid yang memerlukan lebih banyak bimbingan.

Strategi pemulihan yang berkesan untuk murid

1.Guru menggunakan bahan bacaan berperingkat. Guru boleh memulakan bacaan dengan bahan yang lebih mudah, seperti teks pendek. Seterusnya, menggunakan teknik "Baca Bersama" yang mana guru membaca dahulu, diikuti oleh pelajar.

Cabaran utama ialah kekangan masa. Saya mengalami kesukaran untuk memperuntukkan masa tambahan bagi murid yang memerlukan bimbingan khas dalam program pemulihan. Saya perlu mengajar mengikut jadual waktu yang ketat dan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Strategi: Bekerjama dengan ibu bapa. Boleh berkongsi strategi pemulihan dengan ibu bapa dan memberi latihan mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid.

Cabaran utama yang saya hadapi sebagai seorang guru dalam melaksanakan program pemulihan termasuk kepelbagaian tahap keupayaan murid, kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai, serta kekangan masa untuk memberi tumpuan secara individu.

Oleh itu, cara saya mengatasi kelemahan dalam membaca dan menulis dalam kalangan murid adalah melalui teknik bacaan berulang untuk meningkatkan kefasihan, dan penggunaan bahan bacaan yang menarik dan bersesuaian dengan tahap murid. Kadangkala, saya juga mengaplikasikan pembelajaran berasaskan permainan dan teknologi digital bagi meningkatkan minat serta keberkesanan pembelajaran seperti Permainan Bingo Huruf dan Perkataan serta Kahoot! dan Quizziz.

Antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan adalah kurangnya minat murid untuk membaca dan menulis. Murid mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis sehingga menyebabkan mereka cepat bosan semasa belajar. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti membaca dan menulis secara berkumpulan boleh dilakukan di dalam kelas. Murid yang kurang mahir membaca dan menulis akan dibantu oleh rakan yang lebih pandai melalui aktiviti berkumpulan. kepada murid untuk Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk minat murid untuk membaca dan menulis.

Cabaran utama yang dihadapi oleh oleh saya dalam melaksanakan program pemulihan adalah kekurangan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana di sekolah saya hanya diberikan masa empat jam seminggu sahaja untuk subjek Bahasa Melayu. Kekurangan masa ini juga berlaku disebabkan oleh murid-murid di sekolah saya kebiasaannya lewat menghadiri kelas. Jadi, masa untuk saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih singkat. Bagi strategi pemulihan pula ialah pada akhir semester pembelajaran, sekolah saya akan mengadakan satu program Perkampungan Ilmu dengan melibatkan murid yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis. Program ini ialah program intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid-murid tersebut.

Cabaran utama yang dihadapi oleh guru melalui pengalaman daripada saya sendiri dalam melaksanakan program pemulihan bagi pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah tidak menerima pembetulan daripada guru. Pelajar  tidak menerima pembetulan daripada guru mungkin menunjukkan sikap tidak mahu mendengar atau berasa malu dengan kesilapan mereka. Ini boleh menghalang proses pembelajaran dan pemulihan mereka. Kemudian, bagi menjawab persoalan yang kedua, strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah melakukan aktiviti seperti membaca dengan kuat dan latihan menulis yang mudah akan membantu pelajar memperoleh asas yang kukuh sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi. .

Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan. Pertama, guru kekurangan masa untuk menjalankan program pemulihan.  Keterbatasan waktu pdp membuatkan guru tidak dapat menjalankan program pemulihan yang lebih efektif kerana masa pengajaran hanya 30 minit sahaja.

Selain ini, kurangnya motivasi diri murid.  Murid kehilangan keyakinan diri dan motivasi untuk belajar.  Terdapat juga murid juga kurang berminat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Antara langkah yang berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah pendekatan secara individu.  Guru harus memahami keperluan setiap murid dan seterusnya merancang progam pemulihan mengikut tahap kemampuan dan kelemahan murid.

Selain itu, guru boleh menggunakan latihan berulang. Pembelajaran melalui latihan yang berulang dapat membantu meningkatkan keyakinan murid dalam membaca dan menulis. Aktiviti yang melibatkan pembacaan dan penulisan secara konsisten membantu memperbaiki kemahiran mereka dalam masa yang lebih singkat.

Antara cabaran utama yang dihadapi guru dalam proses pemulihan ialah kekurangan sumber serta bahan pengajaran yang sesuai. Buku teks dan modul pembelajaran mungkin terlalu sukar untuk difahami oleh pelajar pemulihan. Bahan bacaan yang disediakan di sekolah sering tidak memenuhi tahap keupayaan pelajar yang mengalami kelemahan dalam membaca dan menulis. Seterusnya, tahap kecerdasan murid yang pelbagai. Setiap murid mempunyai tahap kecerdasan serta pencapaian yang berbeza. Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang berbeza bagi setiap murid. Pelajar yang lemah juga mempunyai semangat motivasi yang rendah. Pelajar yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis sering berasa rendah diri dan kurang berminat untuk belajar, menyebabkan mereka mudah hilang fokus dalam sesi pemulihan.

Bagi strategi pemulihan bagi mengatasi kelemahan dalam membaca dan menulis, guru boleh memberikan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar secara berperingkat, bermula dengan perkataan mudah sebelum meningkat kepada ayat dan perenggan yang lebih kompleks. Selain itu, guru boleh menggunakan permainan seperti teka kata, kad imbasan, dan aktiviti interaktif seperti quizziz, wordwall dan sebagainya untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.

Cabaran utama dalam melaksanakan program pemulihan adalah sikap daripada murid itu sendiri. Ada sebahagian murid berpendapat bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang mudah untuk skor dalam peperiksaan. Sikap tidak endah tersebut akan menyebabkan mereka tidak menguasai membaca dan menulis dengan baik.

Strategi pemulihan berkesan untuk murid yang lemah membaca dan menulis adalah mengenal pasti beberapa orang murid yang berkemahiran tinggi dalam membaca dan menulis. Murid tersebut boleh membantu murid yang lemah dari segi membaca dan menulis.

Cabaran utama yang dihadapi ialah kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam kelas dan kekurangan masa guru untuk melaksanakan program pemulihan pada setiap kelas. Strategi pemulihan yang digunakan ialah murid diminta untuk berjumpa guru pada waktu guru tiada kelas atau selepas dari waktu balik. Guru menggunakan pendekatan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap penguasaan murid di samping memberi latihan secara berulang.

Pada pendapat saya, cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah guru kekurangan masa untuk melaksanakan aktiviti pemulihan kepada pelajar di dalam bilik darjah. Selain iu, sikap pelajar itu sendiri untuk melibatkan diri dalam program pemulihan. Strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah dari segi menulis guru boleh memberikan latihan kepada pelajar dengan menulis ayat yang mudah sebelum beralih kepada ayat yang lebih kompleks. Guru juga boleh memberikan latihan penulisan iaitu pelajar perlu menyalin karangan pendek. Selain itu, guru boleh menggunakan grafik atau peta minda untuk merancang penulisan murid.

Strategi untuk kemahiran membaca pula ialah guru memberikan latihan membaca secara berulang supaya murid mahir perkataan yang telah dibaca.

Berdasarkan pengalaman saya, cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan ialah kurangnya minat dan motivasi dalam diri murid untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu subjek. Misalnya, murid bukan Melayu mempunyai motivasi yang kurang untuk mempelajari bahasa Melayu kerana kekangan literasi bahasa dan kurangnya minat terhadap bahasa Melayu. Oleh itu, program pemulihan yang dilaksanakan bagi murid dalam kelas yang lemah bahasa Melayu ialah melalui pelaksanaan program NILAM selama 30 minit semasa pembelajaran subjek bahasa Melayu. Murid akan dibawa ke perpustakaan untuk melakukan pembacaan sambil dibimbing oleh guru bagi murid yang sangat lemah dalam kemahiran membaca. Seterusnya, murid turut menghafal templat karangan pasang-siap untuk kegunaan dalam penulisan.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekangan masa dan sikap murid itu sendiri. Kekangan masa disebabkan perbezaan waktu lapang antara guru dengan murid yang berbeza. Sikap pelajar sendiri yang kurang motivasi disebabkan ketiadaan sokongan dari keluarga boleh menjejaskan kemajuan pelajar dalam program pemulihan. Contohnya, murid saya beliau memberitahu bapanya sering kali memandang sinis kerana tidak lancar membaca berbanding adik-beradik lain. Manakala, cara pemulihan yang paling berkesan ialah guru perlu memantau prestasi pelajar secara berkala. Kedua, memberikan ayat-ayat mudah untuk dibaca dan ditulis oleh murid agar meningkatkan pemahaman dan kosa kata pelajar. Akhir sekali, sentiasa memanggil murid untuk membaca dan setiap kali latihan saya akan duduk dengan murid ini.

Cabaran,

-Kekurangan bahan dan sumber

-Kehadiran murid ke kelas pemulihan tidak memberasangkan.

-Kekurangan sokongan daripada ibu bapa.

-Jumlah  murid yang ramai.

-Kepelbagaian keperluan murid.

Strategi pemulihan

-Pendekatan fonik. Guru boleh mendidik murid mengenal huruf dan bunyi untuk membina asas pembacaan.

-Pembelajaran Berperingkat

-Guru boleh meminta murid untuk membaca bahan yang lebih mudah, kem udian secara perlahan tingkatkan tahap kesukaran membaca.

Penulisan berulang

-Guru menggalakkan murid untuk menulis ayat atau perenggan ringkas setiap hari.

-Menggunakan visual

-Guru menggunakan flashcard atau video untuk menggambarkan perkataan atau cerita yang dibaca.

Cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan adalah yang pertama kekurangan masa dalam melaksanakan program pemulihan. Hal ini disebabkan setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Guru harus membahagikan masa mengikut tahap. Guru perlu merancang proses dan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah mungkin memerlukan masa yang lebih panjang dan ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang oleh guru.

Antara strategi pemulihan yang paling berkesan yang dapat dilaksanakan untuk kemahiran membaca dan menulis bagi pelajar lemah adalah guru akan tentukan seorang rakan yang tahap penguasaan tinggi dengan penguasaan lemah. Kemudian setiap kali proses pembelajaran guru akan mengambil masa dalam lima minit untuk memanggil pelajar lemah untuk membaca satu perengan pendek dalam buku cerita yang disediakan oleh guru. Untuk aktiviti menulis bagi pelajar lemah pula guru akan memberi lembaran kertas mengandungi soalan suku kata dan meminta murid yang lemah dalam menulis untuk mencamtumkan suku kata. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran sehingga murid dapat menguasai kemahiran menulis dan tidak perlu mengambil masa yang lama dalam 5-10 minit.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah motivasi pelajar yang rendah. Hal ini demikian kerana, pelajar yang mengalami kesukaran membaca dan menulis kebiasaanya tidak mempunyai keyakinan diri. Oleh itu, guru berhadapan dengan pelajar yang tidak memberi kerjasama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga mempunyai kekangan dari segi bahan pengajaran yang sesuai.

Strategi yang sesuai untuk melaksanakan program pemulihan ialah memotivasikan pelajar dengan memberi galakan terhadap setiap kemajuan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Seterusnya memberi maklum balas kepada ibu bapa mengenai kerjasama dan penglibatan murid kepada ibu bapa. Sokongan ibu bapa juga memainkan peranan penting, dan guru boleh mengadakan sesi perkongsian bersama ibu bapa supaya mereka dapat membantu anak-anak mereka di rumah.

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan  ialah  sikap pelajar yang mudah hilang minat dan rasa rendah diri , menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan.

Strategi yang pihak sekolah saya laksanakan ialah menggunakan bahan digital (didik hibur) serta memberi pujian kecil untuk meningkatkan keyakinan. Pendekatan ini membantu pelajar belajar dalam suasana santai dan lebih mudah mengingat suku kata serta perkataan.

Pada pandangan saya, melaksanakan program pemulihan bagi murid yang lemah dalam membaca dan menulis adalah satu cabaran besar. Antara cabaran utama ialah kepelbagaian tahap kebolehan murid, yang memerlukan pendekatan berbeza bagi setiap individu. Kurangnya motivasi murid juga menjadi isu kerana mereka sering berasa rendah diri dan mudah putus asa. Selain itu, kekangan masa, kekurangan bahan bantu mengajar yang menarik, serta kurangnya sokongan ibu bapa turut memberi kesan kepada keberkesanan program ini.

Untuk mengatasi cabaran ini, beberapa strategi pemulihan yang berkesan boleh digunakan. Pendekatan fonetik membantu murid mengenal dan menyebut bunyi huruf sebelum membentuk perkataan. Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dan penggunaan teknologi seperti aplikasi interaktif menjadikan pembelajaran lebih menarik. Selain itu, sesi pemulihan dalam kumpulan kecil dan pengukuhan positif dapat meningkatkan keyakinan murid.

Kesimpulannya, program pemulihan memerlukan kesabaran, kreativiti, dan strategi yang sesuai. Dengan bimbingan guru dan sokongan ibu bapa, murid dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dengan lebih berkesan.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ini ialah kekangan masa. Guru perlu mencari masa tambahan untuk menjayakan program yang melibatkkan pemulihan. Hal ini demikian kerana, program ini mengambil masa yang panjang untuk melihat keberkesanannya. Selain itu, kerjasama pelajar. Kebanyakan pelajar yang memerlukan pemulihan mempunyai masalah ketidakhadiran di sekolah. Hal ini menyebabkan guru sukar untuk melakukan pemulihan.

Strategi pemulihan yang boleh dilakukan untuk pelajar yang lemah dalam kemahiran menulis dan membaca ialah dengan teknik pengulangan. Pelajar diajarkan membaca  dan menulis sesuatu bahan topik yang diminati oleh pelajar secara berulang-ulang.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemilihan adalah kekurangan masa dimana guru perlu membahagikan masa di dalam kelas dan pelaksanaan program pemulihan yang padat. Selain itu, kekurangan sumber teknologi digital yang menarik di sekolah seperti LCD, audio dan sebagainya. Strategi pemulihan yang berkesan adalah menggunakan kaedah pembelajaran secara digital seperti penggunaan kad analog, audio, video dan sebagainya ini bagi menarik minat pelajar pemulihan. Selain itu, penggunaan medium pembelajaran yang meluas dan tidak hanya tertumpu kepada bilik darjah seperti penggunaan perpustakaan, bilik ICT dan sebagainya ini mungkin boleh menjadi salah satu faktor bagi memastikan pelajar pemulihan ini tertarik bagi meneruskan pembelajaran.

Cabaran

Perbezaan tahap kemampuan murid yang amat ketara dalam satu kelas, di mana sesetengah murid mungkin memerlukan lebih banyak masa dan perhatian individu.

Kekurangan sumber dan bahan pembelajaran yang sesuai untuk disesuaikan dengan keperluan murid yang berbeza.

Strategi

Mengadakan kelas pemulihan dan murid-murid diberikan buku cerita pendek menarik yang pelbagai warna untuk menarik perhatian murid.

Murid akan membaca secara berulang-ulang untuk meningkatkan pemahaman dan kelancaran.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah terdapat

a) Perbezaan latar belakang pelajar
Latar belakang keluarga yang berbeza dan sokongan yang diterima di rumah turut mempengaruhi kemampuan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Pelajar yang kurang mendapat sokongan di rumah mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar dalam pemulihan.

b) Pelbagai tahap kemampuan pelajar.
Setiap pelajar mungkin menghadapi masalah yang berbeza dalam membaca dan menulis, jadi guru perlu menyesuaikan teknik dan pendekatan pemulihan yang sesuai untuk setiap individu. Keadaan ini menyebabkan program pemulihan lebih kompleks kerana pelajar mungkin memerlukan perhatian yang lebih khusus.

c) Kekurangan sumber dan bahan bantu mengajar
Kadang-kadang, kekurangan bahan bacaan yang sesuai atau alat pembelajaran yang berkesan dapat menyukarkan guru dalam merancang aktiviti pemulihan yang menarik dan berkesan.

d) Kekangan masa
Program pemulihan memerlukan masa yang cukup untuk memberikan kesan yang positif, tetapi dalam kebanyakan kes, guru terpaksa mengimbangi antara kelas biasa dan sesi pemulihan yang memerlukan lebih banyak masa dan perhatian.

Strategi Pemulihan

a)  Membuat kumpulan kecil atau secara individu.
Memberikan perhatian lebih kepada pelajar yang memerlukan pemulihan secara individu atau dalam kumpulan kecil dapat membantu meningkatkan fokus dan kemajuan mereka. Pendekatan ini membolehkan guru untuk memberi tunjuk ajar yang lebih terperinci dan mengesan kelemahan pelajar dengan lebih tepat.

b)Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai
Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang berbeza, seperti kad perkataan, bahan visual, buku bergambar, permainan pembelajaran, dan teknologi (aplikasi pendidikan) untuk membantu pelajar memahami konsep membaca dan menulis dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.

c) Pengajaran berasaskan pendekatan fonik
Menggunakan pendekatan fonik (phonics) untuk membantu pelajar mengenal pasti huruf dan bunyi adalah salah satu strategi yang terbukti berkesan. Teknik ini membantu pelajar mengaitkan bunyi dengan huruf dan membina asas untuk membaca dan menulis dengan lebih baik. contohnya buku 'Bacalah Sayang'.

d) Latihan membaca secara berulang
Membaca secara berulang (repeated reading) memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kelancaran membaca mereka. Guru boleh meminta pelajar membaca bahan yang sama beberapa kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka dengan lebih lancar dan tepat.

e) Kerjasama dengan ibu bapa
Menggalakkan ibu bapa untuk terlibat dalam proses pemulihan adalah penting. Ibu bapa boleh memberi sokongan tambahan di rumah, seperti menyediakan waktu yang tetap untuk membaca bersama anak, memberi dorongan, dan memantau kemajuan mereka.

Bagi pendapat saya, cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekurangan sumber pengajaran. Alat bantu mengajar yang khusus, seperti buku bacaan atau aplikasi interaktif berkemungkinan tidak mencukupi di sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar. Seterusnya ialah pelajar mempunyai motivasi yang rendah. Pelajar pemulihan sering mengalami rasa rendah diri atau kurang keyakinan akibat kegagalan sebelumnya yang akan menghalang pembelajaran secara efektif.

Strategi pemulihan yang paling berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah bacaan berperingkat. Guru perlulah menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap kemampuan pelajar dan meningkatkannya secara berperingkat. Selain itu, guru perlulah memberikan sokongan emosi dan motivasi. Guru juga haruslah memberikan penghargaan atas pencapaian kecil dan memupuk keyakinan diri.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah cabaran pengurusan kelas. Murid kelas pemulihan memerlukan pendekatan yang lebih individualistik tetapi guru mengendalikan kelas dalam jumlah yang besar. Selain itu, sukar untuk mengawal disiplin murid terutama murid yang mudah bosan.

Strategi pemulihan ialah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik bagi melibatkan penglibatan aktif murid di dalam kelas.

Pada pendapat saya, antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan adalah kekangan masa. Jadual guru yang padat dengan pdp menyebabkan guru sukar untuk melaksanakan program pemulihan kepada pelajar. Hal ini demikian kerana, program pemulihan memerlukan banyak masa kerana guru perlu memberi perhatian khusus kepada pelajar yang bermasalah dalam membaca dan menulis. Selain itu, jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi. Kelas yang ramai pelajar akan menyebabkan guru tidak dapat memberikan perhatian secukupnya kepada setiap pelajar dan menyukarkan guru untuk mengesan kelemahan pelajar secara individu dan melaksanakan program pemulihan secara berkesan. Seterusnya, antara strategi pemulihan yang berkesan untuk pelajar menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis ialah melakukan aktiviti menulis secara berkala. Pelajar yang lemah memerlukan latihan yang berterusan. Menulis cerita pendek atau menyalin semula teks yang mudah untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar.

Cabaran utama guru dalam melaksanakan Program Pemulihan dalam pelbagai sudut. Program pemulihan merupakan satu inisiatif penting dalam sistem pendidikan untuk membantu pelajar yang menghadapi kelemahan dalam kemahiran asas seperti membaca dan menulis. Namun, pelaksanaannya seringkali menghadapi pelbagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru. Berikut adalah beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan antaranya adalah seperti berikut.

Salah satu cabaran terbesar adalah kepelbagaian tahap kemahiran pelajar dalam satu kelas pemulihan. Ada pelajar yang mungkin hanya memerlukan sedikit bimbingan, manakala ada yang memerlukan perhatian yang lebih intensif. Ini menyukarkan guru untuk merancang pengajaran yang sesuai untuk semua pelajar.

Seterusnya, kekurangan sumber dan bahan pengajaran. Guru seringkali menghadapi kekurangan sumber dan bahan pengajaran yang sesuai untuk program pemulihan. Bahan yang sedia ada mungkin tidak mencukupi atau tidak relevan dengan keperluan khusus pelajar.

Selain itu, kekangan masa. Program pemulihan biasanya dilaksanakan di luar waktu persekolahan biasa atau dalam slot waktu yang terhad. Ini menyebabkan guru mempunyai masa yang terhad untuk memberikan perhatian yang mencukupi kepada setiap pelajar.

Strategi pemulihan yang berkesan dapat dilaksanakan untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, guru perlu melaksanakan strategi pemulihan yang berkesan dan holistik. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan.

Pengajaran berasaskan keperluan individu. Guru perlu mengenal pasti tahap kemahiran setiap pelajar dan merancang pengajaran yang bersesuaian. Pendekatan pengajaran berasaskan keperluan individu (differentiated instruction) boleh membantu memastikan setiap pelajar menerima bimbingan yang sesuai dengan tahap mereka.

Selain itu, penggunaan bahan pengajaran yang menarik dan relevan. Guru perlu menggunakan bahan pengajaran yang menarik dan relevan dengan minat pelajar. Contohnya, menggunakan cerita pendek, komik, atau bahan multimedia boleh membantu meningkatkan minat pelajar terhadap membaca dan menulis.

Seterusnya, aktiviti pembelajaran interaktif dan hands-on. Aktiviti pembelajaran yang interaktif dan hands-on boleh membantu pelajar lebih terlibat dalam proses pembelajaran. Contohnya, permainan bahasa, aktiviti berkumpulan, atau projek kecil boleh digunakan untuk mengukuhkan kemahiran membaca dan menulis.

Contoh pelaksanaan Program Pemulihan adalah dengan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar lemah dalam membaca dan menulis. Sebagai contoh, seorang guru boleh melaksanakan kelas tambahan untuk pelajar yang lemah dalam membaca dan menulis dengan langkah-langkah berikut.

Penilaian awal. Guru akan menjalankan penilaian awal untuk mengenal pasti tahap kemahiran membaca dan menulis setiap pelajar. Ini boleh dilakukan melalui ujian diagnostik atau pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran.

Di samping itu, perancangan pengajaran individu. Berdasarkan hasil penilaian. Guru akan merancang pengajaran individu atau berkumpulan kecil yang sesuai dengan keperluan setiap pelajar. Contohnya, pelajar yang lemah dalam fonik akan diberikan latihan khusus untuk mengukuhkan kemahiran tersebut.

Seterusnya, penggunaan bahan menarik. Guru akan menggunakan bahan bacaan yang menarik dan sesuai dengan minat pelajar, seperti cerita pendek, majalah, atau bahan digital. Pelajar juga akan diberikan latihan menulis yang kreatif, seperti menulis cerita pendek atau surat.

Kesimpulannya, bagi melaksanakan Program Pemulihan untuk pelajar yang lemah dalam membaca dan menulis adalah satu tugas yang mencabar tetapi sangat penting. Dengan mengenal pasti cabaran utama dan melaksanakan strategi yang berkesan, guru dapat membantu pelajar ini mencapai potensi penuh mereka. Pendekatan yang holistik, berpusatkan pelajar, dan melibatkan sokongan daripada semua pihak adalah kunci kejayaan dalam Program Pemulihan.

Pelaksanaan program pemulihan dijalankan dengan menggunakan modul khas dan dibantu oleh guru muda. Guru muda ini dipilih dalam kalangan murid tingkatan yang lebih atas. Sebagai contoh, guru muda daripada murid tingkatan 2 untuk membantu murid tingkatan 1. Bukan itu sahaja, pelaksanaan program dijalankan dalam tempoh 30 minit sewaktu sesi PdP. Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah sikap dan minat murid. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh latar belakang murid serta penggunaan bahasa ibunda di rumah dan bersama rakan. Maka murid merasakan tiada keperluan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Cabaran utama guru dalam melaksanakan  program pemulihan ialah kekangan masa. Guru juga menghadapi masalah kekurangan sumber dan bahan pembelajaran, terbeban dengan

kerja lain, kurangnya sokongan dari ibu bapa, dan kurangnya motivasi dalam kalangan pelajar.

Strategi pemulihan yang paling berkesan  untuk pelajar yang menghadapi kelemahan membaca dan menulis dengan menggunakan pembelajaran berasaskan permainan seperti teka silang kata, permainan kad perkataan atau aplikasi digital untuk meningkatkan minat murid.  Selain itu, menggalakkan murid untuk membaca dan menulis secara berulang kali bagi meningkatkan kemahiran mereka. Latihan yang berterusan membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.  Menggalakkan ibu bapa untuk membaca bersama anak-anak di rumah, menyediakan bahan bacaan yang menarik, dan memberi pujian kepada anak-anak untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Cabaran utama yang dihadapi guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah  beban tugas guru yang semakin bertambah, termasuk tugas pentadbiran dan aktiviti kokurikulum, turut menyukarkan guru untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada program pemulihan. Di samping itu, sikap dan motivasi murid juga menjadi cabaran kepada program ini. Bagi strategi pemulihan yang berkesan untuk pelajar yang menghadapi kelemahan dalam membaca dan menulis adalah menggunakan buku cerita bergambar, komik, atau aplikasi interaktif yang menarik minat mereka untuk membaca.

Cabaran utama yang dihadapi guru ialah murid tidak berminat untuk belajar serta tidak yakin dengan diri sendiri untuk menguasai subjek yang tidak mereka gemari di sekolah terutama soalan bercorak KBAT.Strategi yang berkesan ialah mengenal pasti terlebih dahulu murid yang tidak menguasai pembelajaran melalui pemerhatian serta penglibatan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.Strategi seterusnya ialah pelantikan guru muda untuk membantu guru membantu murid yang lemah dalam bentuk kumpulan dengan melaksanakan beberapa aktiviti yang boleh menarik minat murid untuk melibatkan diri sepanjang aktiviti dilaksanakan.Selain itu,memperbanyakkan akivititi pemainan bahasa bagi merangsang minat yang tidak gemar untuk belajar

cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program pemulihan ialah kekurangan sumber dan kelengkapan teknikal serta bahan bacaan bacaan yang sesuai mengikut kefahaman murid-murid. oleh itu, murid-murid digalakkan untuk melakukan latih-tubi untuk meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan perkataan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian. Guru juga menggunakan pendekatan melalui tayangan video tentang isu-isu semasa bagi meningkatkan kefahaman murid akan isu-isu semasa yang berlaku dan melaksanakan pedagogi soal jawab serta sumbang saran bagi mengukuhkan pengetahuan murid. Guru juga melaksanakan sesi pemulihan secara individu atau dalam kumpulan kecil bagi membolehkan pelajar mendapat lebih banyak peluang untuk berlatih membaca dan menulis dengan bimbingan yang lebih dekat.

Cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan program pemulihan di sekolah ialah kehadiran murid ke sekolah. Hal ini demikian kerana murid yang terlibat dalam program pemulihan tidak menghadirkan diri ke sekolah yang sekaligus menyukarkan guru untuk membantu murid tersebut. Selain itu, beban tugas guru yang semakin bertambah dan kekurangan masa juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan program pemulihan di sekolah.

Antara strategi yang dijalankan di sekolah ialah guru Bahasa Melayu  melaksanakan program seperti latihan membaca selama satu jam untuk meningkatkan kemahiran dan kelancaran murid dalam membaca