Pengurusan Pembelajaran by Iman Marmin

TAJUK 1: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
1.      PENDAHULUAN

Menurur De Bevoise (1984) kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pelajaran di kalangan murid-murid. Seterusnya organisasi adalah satu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.

2.      ISI PENTING

2.1 Gaya kepimpinan

Gaya yang pertama adalah Autokratik iaitu interaksi sehala. Kedua adalah demokratik iaitu interaksi dua hala. Seterusnya adalah laissez dan ianya bertentangan dengan autokratik. Ia bermakna tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Akhirnya adalah kontingensi yang bermaksud tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.

2.2 Ciri-ciri guru berkepimpinan berkesan

Antara ciri-ciri guru berkepimpinan adalah guru yang sentiasa mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, guru yang mampu membuat pertimbangan yang wajar untuk mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid disamping membentuk kerjasama. Akhirnya adalah guru yang bijak membuat keputusan, membuat sifat memntingkan diri dan mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itu sendiri. Seterusnya kepimpinan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana di dalam organisasi ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya.

TAJUK 2. INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
1.      PENDAHULUAN

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.

2.      ISI PENTING

2.1 Jenis interaksi dalam bilik darjah

·         Interaksi sehala – Guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru atau kaedah demonstrasi.

·         Interaksi dua hala – Interaksi antara ketua kumpulan denagnahli dan ahli dengan kumpulan.

·         Interaksi dua hala antara kumpulan – Interaksi antara ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli satu kumpulan kecil yang lain berinteraksi sesama kumpulan dengan ketua kumpulan.

2.2 Cara guru untuk mewujudkan interaksi berkesan

Antaranya adalah bersikap positif dan percaya pelajar, mengggalakkan pelajar untuk memberikan idea atau pandangan, menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar, menghormati pandangan dan pendapat pelajar serta bersikap ramah dan mesra.

2.3 Bentuk komunikasi berkesan

Antaranya adalah komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan, komunikasi persuratan, komunikasi visual, komunikasi isyarat dan komunikasi wahyu.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya, interaksi mengeratkan hubungan guru dengan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Perhubungaan guru dan pelajarnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Seterusnya, melalui interaksi guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.

TAJUK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN

Menurut Stoner,1984, pengurusan adalah satu proses merancang, mengelola mempimpin dan mengawal daya serta menggunakan sumber lain. Seterusnya menurut Bower dan hilgard, 1981, pembelajaran merupakan tingkah laku secara kekal. Selain itu, pembelajaran diterjemah kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

2. ISI PENTING

2.1 Konsep pengurusan dan pembelajaran murid

Antara konsep pengurusan dan pembelajaran murid adalah mengawal. Mengawal termasuklah mengawal peraturan bilik darjah, aktiviti kumpulan dan suasana bilik darjah. Seterusnya konsep merancang  seperti merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif. Konsep seterusnya adalah pengalaman. Akhirnya adalah konsep mengarah seperti mengarah murid untuk mematuhi peraturan.

2.2 Pengetahuan yang harus dikuasai oleh guru

Guru yang profesional harus menguasai 7 jenis pengetahuan antaranya seperti menguasai pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi. Seterusnya adalah menguasai kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan akhir sekali menguasai tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.

3. RUMUSAN

Kesimpulannya, tajuk ini melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuklah penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajarab agar dapat membaiki segala kelemahan dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Oleh hal yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilkan yang akan didapati lebih efektif dan mencapai target yang telah ditetapkan.

TAJUK 1. SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
1.      PENDAHULUAN

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

2.      ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan teori fungsionalisme, teori  konflik, dan teori interaksi simbolik. Berdasarkan teori fungsionalisme, masyarakat dianggap seperti bahagian-bahagian tubuh badan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Maksudnya setiap anggota di dalam institusi pendidikan mempunyai peranan dan tugas masing-masing.

Seterusnya teori konflik pula menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang bersaing mendapatkan kepentingan sendiri. Randal Collins (Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan “credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dala masyarakat. Konflik sering berlaku di antara ahli-ahli di dalamkawasan sekolah seperti antara guru dan murid-murid.

Akhirnya adalah teori interaksi simbolik.  Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Menurut  George Herbert Mead (1931), perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori tersebut. Sebagai perbandingandidapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara orang menyatukan masyarakat dan bagaimana perubahan sosial berlaku.

TAJUK 2: PENGURUSAN MURID
1.      PENDAHULUAN

Menurut Jaafar Muhammad (1998) pengurusan adalah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

2.      ISI PENTING

2.1  Cara pengurusan rekod murid diuruskan di sekolah

Antaranya adalah pemantapan sistem pengurusan murid seperti profil murid perlu kemas dan teratur. Selain itu, memperkembangkan akademik,emosi, sahsiah dan tingkah laku murid serta menyelesaikan masalah murid dengan baik dan teratur.

2.2  Cara menguruskan murid yang bermasalah di sekolah

Cara yang pertama adalah melalui amaran konstruktif iaitu memberi pujian kepada pelajar bermasalah apabila menunjukkan perubahan tingkah laku. Kedua, menghukum pelajar sesuai dengan kesalahannya dan akhirnya guru perlu mencegah pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.

2.3  Kepentingan mengurus rekod murid di sekolah

Pentingnya mengurus kerana dapat membantu guru-guru dalam membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Selain itu, dapat membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya, guru perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu seperti menyertai kursus, mesyuarat atau seminar yang berkaitan dengan pengurusan murid agar membantu murid untuk memiliki keyakinan diri agar objektif dan sesuatiuu yang ingin disampaikan tercapai.

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
1.      PENDAHULUAN

Pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran(menurut Lemlech 1988). Selain itu, Menurut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology for Teaching' , Pengurusan bilik darjah merupakan "...sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran".

2.      ISI PENTING

Aktiviti Pengajaran Berkumpulan:

Pada abad ke 21 penyusunan fizikal bilik darjah telah diubah dari susun selari kepada penyusunan kumpulan. Bagi bilik darjah KBSR atau KSSR penyusunan dibilik darjah adalah untuk menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.ianya membantu murid yang lemah dan mampu mengembangkan lagi kebolehan murid. Manakala bagi bilik darjah KBSM atau KSSM penyusunan bilik darjah adalah bertujuan memudahkan guru untuk membantu dalam pelajaran.

Pada abad ke 21 pembelajaran secara kumpulan mampu memberi galakan dalam komunikasi. Hal ini kerana ianya memudahkan guru untuk membimbing . Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.

Pusat Pembelajaran:

Pada abad ke 21 ruang dalam bilik darjah hendaklah dilengkapi pelbagai bahan, sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ianya bertujuan dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Selain itu , dengan menyediakan ruang ,peluang dan bahan kepada murid ,murid mampu menggunakan lebid daripada satu deria dalam sesi pembelajaran.

3.      RUMUSAN

Pengurusan bilik darjah pada abad ke 21 lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini serta ianya perlu di teruskan untuk jangka masa yang panjang.

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER
1.      PENDAHULUAN

Pengurusan sumber menurut Brech  bermaksud pengurusan adalah satu proses social untuk menentukan tanggungjawab bagi keberkesanan perancangan dan pelaksanaan sesebuah organisasi. Manakal menurut Henry Farol , ianya menyanaraikan 5 aspek utama dalam pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah, mengawal dan menyelaras.

2.      ISI PENTING

·         Peranan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah:

Ianya memudahkan perancangan dan perlaksanaan program pengajaran dan pembelajaran(P&P). Selain itu, menyediakan dan mempromosikan bahan bacaan berkualiti supaya murid kekal dan seronok membaca.

·         Eleman Penting Pengurusan Sumber:

-Perancangan

Ia melibatkan penentuan visi , matlamat ,objektif , polisi , dasar, dan membuat keputusan.

-Pengorganisasian

Iaitu mengetahui mengenai tanggungjawab terhadap pembahagian tugas, penurunan kuasa , dan perhubungan dalam organisasi.

-Pengawalan

Ianya menilai prestasi kerja dan memperbetulkan kesilapan secara menerus bagi meningkatkan kecekapan tugas.

3.      RUMUSAN

Pengurusan sumber ini juga mampu menarik minat pelajar untuk menggunakan pusat sumber serta memudahkan guru untuk (P&P) dan berurusan di pusat sumber.

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
1.      PENGENALAN

Pengurusan bilik pembelajaran menurut Guey R. Lefroncis(1999) merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai akttiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran(P&P) di dalaam bilik darjah, merangkumi , tindakan disiplin , rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran. Manakala menurut Richards(1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung.

2.      ISI PENTING

Merancang

Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu  aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Mengurus

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Seharusnya berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya belajar lebih tekun.

Mengelola

Selain mengajar , peranan guru sebagai pengelola tidak kurang pentingnya .contoh guru juga perlu menyusun meja kerusi dalam keadaan sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran. Memastikan bahan pembelajaran semua mencukupi.

Mengarah

Dalam pengurusan bilik pembelajaran , guru tidak lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru juga perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang Berjaya dan berkesan di hadapan muridnya.

3.      RUMUSAN

Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan . jelaslah bahawa pengurusan bilik pembelajaran merupakan tugas yang memerlukan pengetahuan ,kemahiran, dan kesabaran yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Di dalam pengurusan tingkah laku, guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan oleh murid tersebut. Guru harus menenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjujan oleh seseorang murid. Guru mesti terus modifikasi tingkah lakunya sehingga mrid tidak mengharapka lagi ganjaran ekstrinsik dan menunjukkan tingkah laku yang betul  kerana motivasi intrinsiknya.

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah melalui pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. Guru harus membasmi tingkah laku yang tidak dikehendaki melalui proses penghapusan (melalui mengenakan denda). Jika guru gagal mengawal tingkah laku murid dengan menggunakan peneguhan yang positif, guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk denda atau hukuman.

Melalui teknik modifikasi, guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantaun dan penilaian dalam bilik darjah. Penyimpanan rekod salah laku murid-muridnya seperti’ bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku’ kerana proses merokod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik modifikasi lain ialah peneguhan. Di dalam peneguhan positif, kebarangkalian berulangnya tingkah laku yang diingini yang ditambah manakala melalui peneguhan negetif  kebarangkalian berulang tingkah laku operan di tambah dengan memindah atau menghapuskan stimuli yang menggunakan.

Pengenaan denda pula bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah lakuyang tidak diingini. Semua hukuman denda hendaklah dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan  bahawa sesuatu hukuman tersebut betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa tingkah laku yang baik  itu diberi ganjaran dan jjuga pada masa yang sama diberi hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini.

Reverse psychology pula  menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negetif kepada positif. Kemahiran guru untuk memahami psikologi murid , mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya adalah amat diperlukan. Selain itu, Shaping pula merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada tingkah laku yang baik. Ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak kea rah pencapaian tigkah laku yang ditetapkan.

Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada tindakan seorang guru dengan menunjukan tingkah laku yang baik terlebih dahulu dan menjadi ‘role model’ kepada anak muridnya. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesuatu tindakan itu.

RUJUKAN

https://docslide.net/documents/rumusan-nota-pengurusan-pembelajaran.html

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

Ciri-ciri penasihatan  ini berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggaklan kesan. Bentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan.

Antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pengurusan penasihatan murid ini ialah, menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbngan dan kaunseking sekolah. Selain ituguru juga bertanggunjawab untuk merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid. Guru berkenaan juga perlu mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu, segala aktiviti bimbingan  dan kaunseling kelompok dan tujuk ajar yang merancang perkembangan murid secara optimum hendaklah dikelolakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan .

Antara jenis perkhidmatan binbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain) ,  perkhidmtan petempatan(membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalah gunaan dadah( memupuk rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid) , perkhidmatan  penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah) , perkhidmatan  dengan ibu bapa (Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan)

Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid merupakan suatu bentuk untuk memberi bimbingan dan panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk kehidupan mereka dan ianya juga merupakan suatu tugas yang memerlukan  ibu bapa , pihak sekolah , guru dan murid untuk memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu.

RUJUKAN

http://www.academia.edu/16943226/Penilaian-KPS-3014-Sem-1-20152016

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah  nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organsasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses prmbentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah juga lebh merujuk  kepada cara, gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

Antara budaya yang terdapat di sekolah ialah  budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat menghormati, budaya berani menyoal, budaya membaca dan budaya penyayang. Sebagai contoh, budaya belajar ianya akan membawa pengaruh  dalam proses pembelajaran. Budaya yang positif seperti sikap suka bertanya akan dapat   membolehkan  murid memahami sesuatu pengajaran itu dengan lebih jelas. Budaya  yang negative pula akan mnyeababkab  proses engajaran itu terganggu dan  maklumat tidak dapat disampai kepada murid.

Budaya berpakaian  yang diamalkan disekolah pada waktu ini adalah relaven  dan sesuai denga tuntutan agama masing-masing. Para pelajar akan mengenakan pakaian seragam sekolah dengan mempunyai identiti sebagai pelajar sekolah. Pengenaan pakaian ini adalah dapat membezakan pakaian pelajar sekolah dengan orang awam. Penambahbaikan yang boleh dilakukan  terhadap pemakaian di sekolaha daah melalui mengetatkan unang- undang sejolah, membuat pemeriksaan kepada pelajar dan mengenakan hukuman yang setimpal bagi pelajar yang melakukan kesalahan.

Masyarakat sekeliling  juga turut  mempengaruhi budaya sekolah. Budaya sekolah yang dimaksudkan di sini adalah budaya aktiviti ko-kurikulum yang diamalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Masyrakat  sekeliling dapat mempengaruhi aktiviti ko-kurikulum melalui aktiviti-aktiviti setempat yang dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah dikawasan pedalaman lebih sesuai diadakan aktiviti perkhemahan berbanding lawatan sambil belajar  ke pusat sains dan juga sealiknya.

Kesimpulannya, komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan  tugasan dan tanggungjawab. Budaya yang terdapat di sekolaha dalah banyak memberi kesan terhadap murid dan memberi kesan dalam pengajaean dan pembelajaran.

RUJUKA

https://www.coursehero.com/file/17659730/1-Mengurus-pembelajaran/

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
1.      PENDAHULUAN

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan inisiatif yang dibuat bagi membantu murid-  murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya             lebih memfokuskan kepada program pendidikan yang dijalankan ke atas murid-murid    berkeperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau      mental. Pendidikan khas tersebut merujuk kepada program yang dibentuk untuk            memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.

2.      ISI PENTING

2.1  Pemulihan

·         Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.. Golongan pelbagai upaya ini harus dipulihkan sekiranya masalah yang dihadapi tersebut dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.

2.2  Pengayaan

·         Bagi pengurusan murid pebagai upaya, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya , setiap pelajar dianugerahkan keupayaan yang berbeza dalam pembelajaran dan menjadi tanggungjawab guru dan pihak sekolah untuk mencari inisiatif bagi membantu melicinkan proses pembelajaran mereka menjadi lebih mudah dan sesuai dengan tahap mereka.

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1.      PENDAHULUAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk            belajar dan mengajar, tempat menerima, dan memberi pelajaran.  Persekitaran membawa          maksud kawasan di sekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada   suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah            sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah

2.      ISI PENTING

Hubungan tiga dimensi melibatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan sekolah           dengan masyarakat bagi mencapai objektif dan matlamat sekolah. Komuniti ini amat     diperlukan dalam menjadi tulang belakang dan sokongan kepada sekolah untuk mencapai     sesuatu objektif .

Antara inisiatif untuk melaksanakan perhubungan ini adalah :

·         PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru)

PIBG berperanan dalam menjalinkan hubungan baik antara pihak ibu bapa dengan guru­guru di sekolah sebagai penjaga kedua anak-anak mereka. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar.

Kepentingan perkongsian dan hubungan :

·         Sekolah memerlukan sokongan luar iaitu masyarakat dalam menjayakan sesuatu perkara yang melibatkan perkembangan dan prestasi anak-anak.

·         Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya , sekolah amat memerlukan perhubungan dan kerjasama yang baik             daripada komuniti dalam mencapai matlamat sekolah untuk meningkatkan keupayaan prestasi pelajar di sekolah .

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1.      PENDAHULUAN

Menurut Haji Samsudin bin Mohd Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan , kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Menurut Lee Shok Mee (1993) , alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif  dan daripada tidak tahu kepada tahu.

2.      ISI PENTING

2.1 Asas kemahiran yang perlu ada pada seorang guru :

·         Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar.

-Menurut Bartlett (2004), seseorang guru perlu mengingati nama dan latar belakang pelajar secara tidak langsung akan menunjukkan bahawa guru peka dan mengambil berat akan pelajarnya di bilik darjah.

·         Prosedur menetapkan peraturan bilik darjah.

·         Perancangan rapi mengenai susun atur bilik darjah.

-Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah.

2.2 Kepentingan pengurusan alam pembelajaran :

·         Menurut Noraisah Ibni Kasim, PAP penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran .

3.      RUMUSAN

Kesimpulannya , pengurusan alam pembelajaran amatlah penting bagi memudahkan           sesuatu urusan bilih darjah berjalan dengan lancer dan diisi dengan aktiviti tambahan         yang berfaedah dan tidak membuang masa .