TAMADUN ISLAM by

PENEMUAN BATU BERSURAT DI TERENGGANU
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Batu bersurat di Terengganu sangat berkait rapat dengan undang-undang syariah Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan tafsiran dari ayat-ayat yang terdapat pada batu tersebut. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

MUKA SURAT 1

Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka

Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam.

Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.

Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.

Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam

Bumi penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Manda

Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.

Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.

Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.

Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.

Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

MUKA SURAT 2

Keluarga di Benua jauhkan

(Datang berikan. Keempat orang berpiutang.

Jangan mengambil … (a)mbil hilangkan emas.

Kelima derma barang orang … (mar)dika.

Jangan mengambil (tugas buat) temasnya

Jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang

Orang berbuat bala cara aki-laki perempuan satitah

Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.

Seratus ratun jika merdeka beristeri.

Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan

Pinggang dihambalang dengan batu matikan.

Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak Mandalika…

MUKA SURAT 3

Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika ia …

Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se(paha …

Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil …

Tujuh tahil sepaha masuk bendara. Jika O(rang) …

Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak …

Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara …

MUKA SURAT 4

… tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.

. … Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya

… Ke sepuluh derma jika anakku atawa pemainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.

… tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya.

… di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Nusantara merupakan satu perkataan yang di gunakan sebagai lambang atau simbol kepada gugusan Bangsa Melayu meliputi kawasan kawasan seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa kawasan lagi.

Sejarah Perkambangan Islam di nusantara. telah bermula sejak ratusan tahun yang lampau dan telah jelas dalam kebanyakan rujukan-rujukan menyatakan untuk Malaysia (tanah Melayu) khususnya, kemasukan islam adalah bermula sejak dari zaman parameswara lagi. Seorang Sultan yang di percayai sebagai pengasas kerajaan Melayu dan juga kerajaan Islam di Melaka. Dalam proses Serakan Islam di nusantara, pelbagai corak dan cara telah di laksanakan oleh para pendakwah Islam yang kebanyakannya di dominasi dengan cara perdagangan.

Kedatangan Islam dan Cara Penyebarannya

Kedatangan Islam dan cara penyebarannya di kalangan golongan bangsawan dan rakyat umumnya, ialah dengan cara damai, melalui perdagangan dan dakwah yang dilakukan para pedagang, mubaligh-mubaligh atau orang-orang alim.

Indonesia sekarang merupakan negara yang berpenduduk muslim terbesar di dunia. Penyebaran Islam di Indonesia diakui dengan cara-cara damai. Saluran-saluran islamisasi dan cara pelaksanaannya tentu tidak sedikit. Saluran-saluran itu saling berkaitan, sehingga saluran yang satu memperkuat saluran yang lain. Misalnya saluran perdagangan diperkuat dengan saluran perkawinan, saluran-saluran tasawuf diperkuat dengan saluran pendidikan, dan seterusnya.

Saluran-saluran itu diantaranya adalah:

1.    Saluran Perdagangan

Saluran perdagangan sejalan dengan kesibukan lalu lintas perdagangan abad ke-7 hingga abad ke-16. Pada saat itu pedagang-pedagang muslim turut serta ambil bagian dalam perdagangan dengan di kawasan Indonesia. Penggunaan perdagangan sebagai saluran islamisasi dimungkinkan karena dalam Islam tidak ada pemisahan antara kegiatan berdagang dan kewajiban dakwah. Proses Islamisasi melalui saluran perdagangan dipercepat oleh situasi dan kondisi politik beberapa kerajaan di mana adipati-adipati pesisir berusaha melepaskan diri dari kekuasaan pusat kerajaan yang sedang mengalami kekacauan dan perpecahan. Mula-mula mereka berdatangan di pusat-pusat perdagangan dan di antaranya kemudian ada yang tinggal, baik untuk sementara waktu maupun menetap. Lambat laun tempat tinggal mereka berkembang menjadi perkampungan, yang disebut Pekojan. Lingkungan mereka makin luas dan dengan cara demikian lambat laun timbul kampung-kampung, daerah-daerah dan kerajaan-kerajaan muslim.

2.    Saluran Perkawinan

Melalui saluran perkawinan antara pedagang atau saudagar dengan wanita pribumi juga merupakan bagian yang erat berjalinan dengan Islamisasi. Perkawinan merupakan salah satu saluran Islamisasi yang lebih menguntungkan lagi apabila terjadi antara saudagar, ulama atau golongan lain, dengan anak bangsawan atau anak raja dan adipati, karena status sosial-ekonomi, terutama politik raja-raja, adipati-adipati, dan bangsawan-bangsawan pada waktu itu turut mempercepat proses Islamisasi.

3.    Saluran Tasawuf

Tasawuf juga merupakan salah satu saluran penting dalam proses Islamisasi. Para guru terekat memegang peranan penting juga dalamorganisasi masyarakat kota-kota pelabuhan. Mereka adalah guru-guru pengembara yang mengajarkan teosofi yang telah bercampur, yang dikenal luas oleh bangsa Indonesia tetapi yang sudah menjadi keyakinannya. Mereka mahir dalam soal-soal magis dan mempunyai kekuatan-kekuatan menyembuhkan. Mereka siap untuk memelihara kelanjutan dengan masa lampau dan menggunakan istilah-istilah dan anasir-anasir budaya pra-Islam dalam hubungan Islam. Di antara ahli-ahli tasawuf yang memberikan ajaran yang mengandung persamaan dengan alam pikiran mistik Indonesia-Hindu adalah Hamzah al-Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatrani di Aceh, Syekh Lemah Abang dan Sunan Panggung di Jawa.

4.    Saluran Pendidikan

Kecuali melalui Tasawuf, Islamisasi juga dilakukan melalui lembaga pendidikan. Lembaga pendidikan Islam sudah berdiri sejak pertama kali Islam datang ke Indonesia. Di Aceh lembaga-lembaga pendidikan Islam itu mengambil bentuk yang beragam sehingga memunculkan beberapa nama, seperti meunasah, dayah dan rangkang. Di Sumatera Barat dikenal lembaga pendidikan Islam surau. Di Kalimantan dikenal lembaga pendidikan Islam langgar. Sementara di Jawa dikenal pondok dan pesantren. Belum lagi kalau dimasukkan ke dalam kriteria lembaga pendidikan Islam pengajian-pengajian al-Qur’an yang berlangsung di rumah-rumah alim ulama.

Di lembaga-lembaga pendidikan Islam tersebut dilangsung pembinaan calon guru-guru agama, kyai-kyai atau ulama-ulama. Setelah menamatkan pendidikan, mereka kembali ke kampung masing-masing atau ke desa-desanya, tempat mereka menjadi tokoh keagamaan.

5.    Saluran Kesenian

Saluran dan cara Islamisasi lain dapat pula melalui cabang-cabang kesenian seperti seni bangunan, seni pahat dan ukir, seni tari, seni musik dan seni sastra. Dengan kesenian ini dimaksudkan bahwa jenis-jenis kesenian pra-Islam tetap dipertahankan, sehingga penduduk Indonesia tidak merasa asing masuk ke dalam lingkungan Islam. Di antara karya seni yang terkenal dijadikan alat Islamisasi adalah pertunjukan wayang. Dia tidak pernah meminta upah pertunjukan, tetapi minta agar para penonton mengikutinya mengucapkan Kalimat Syahadat, yang berarti dengan demikian orang menjadi masuk Islam. Sebagian besar cerita wayang masih dipetik dari cerita Mahabharata dan Ramayana, tetapi sedikit demi sedikit nama tokoh-tokohnya diganti menjadi nama-nama pahlawan Islam.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Masyarakat Melayu-Islam agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu dan dikenali sebagai sebagai masyarakat maritime yang berdaya maju. Masyarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun teras Melayu. Proses migrasi kerap berlaku di antara masyarakat di kawasan Timur Laut ini membabitkan migrasi masyarakat di Terengganu dan Kelantan ke kawasan Thailand dan Kemboja. Hal ini telah memperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan terbabit. Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan China dikesan berasal daripada Terengganu dan Kelantan.

Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar, pelaut dan pembuat kapal yang handal. Saki baki industri membuat kapal ini masih lagi kekal hingga sekarang di Terengganu dan selatan Thailand.

Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu. Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya.

Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.