Karangan Ekspositori 8 by Sahibah Farha

🐱Isi 1-Hakim
Masyarakat Singapura tidaklah terlalu mementingkan diri sendiri. Dalam konteks Singapura, kita dibesarkan dengan sikap "kiasu" yang telah membolehkan kebanyakan rakyat Singapura berjaya di seluruh pelosok dunia. Walaupun sikap ini sering dianggap oleh warganegara lain sebagai mempromosikan sikap mementingkan diri sendiri, saya yakin bahawa sikap "kiasu" bukanlah sesuatu yang negatif, tetapi sesuatu yang mustahak di Singapura untuk berjaya dalam apa  sahaja akibat globalisasi yang berlaku dengan begitu pesat. Setiap warganegara Singapura haruslah berusaha dengan gigih dan melakukan apa sahaja supaya kita berjaya di tanah air kita sendiri.

Isi 2
Masyarakat Singapura terlalu mementingkan diri sendiri kerana mereka ingin memastikan bahawa mereka tidak terjebak dengan masalah-masalah kecil yang akan menyusahkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, "chope" merupakan satu istilah yang terkenal di antara warganegara Singapura. Ada di antara warganegara Singapura yang meletakkan pelbagai jenis barangan seperti sepaket tisu, beg plastik ataupun payung di atas meja atau kerusi di restoran sebagai tanda tempat itu sudah dimiliki mereka. Mereka tidak ingin tempat mereka diambil orang lain ketika mereka sedang membeli makanan. Hal ini terjadi kerana kebanyakan daripada masyarakat Singapura tidak ingin menyusahkan diri mereka dengan menunggu untuk tempat duduk yang kosong setelah membeli makanan. Oleh itu, sikap mereka yang sebegini yang melambangkan masyarakat Singapura sebagai masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Isi 3 - Amir
Masyarakat Singapura memang mementingkan diri sendiri. Dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia, pelajar-pelajar tidak diajar pendidikan sivik dan moral pada masa dahulu. Jika dilihat pada masa kini, dan pelajar-pelajar tersebut telah dewasa, ramai warga Singapura kelihatan sombong terhadap orang lain. Sebagai contoh, tidak hairanlah melihat stesen-stesen bas ataupun 'MRT' yang sibuk dengan dewasa-dewasa pada masa puncak. Yang menakjubkan ialah, walaupun ada poster-poster dan panah-panah terletak untuk memberi laluan kepada pengangkut yang ingin keluar dari kereta api. Namun, warga Singapura tidak mempedulikan mereka lalu menembus masuk sahaja tanpa menyedari kesalahan mereka itu. Justeru, perkara yang menunjukkan masyarakat Singapura mementingkan diri sendiri ternyata dalam kehidupan seharian seseorang. Apatah lagi jikalau mereka tidak mendidik golongan pelapis yang akan menjadi tonggak negara ini. Lantas, mereka tidak mempedulikan orang lain kerana memikirkan diri sendiri lebih penting.

Isi 4
Walaupun secara umumnya warga Singapura dianggap yang mereka terlalu mementingkan diri sendiri sahaja ada banyak contoh yang menunjukkan yang ayat itu salah dan warga Singapura prihatin terhadap satu sama lain tidak kira apa bangsa atau agama. Semua warga Singapura adalah sama dibawah warna kulit yang berbeza  kerana semua orang ada darah yang berwarna sama sahaja walaupun seorang kaya berbanding dengan seorang yang miskin.