HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU BUMIPUTERA DAN HAK KAUM-KAUM LAIN. by Nurul Hidayah

PENDAHULUAN

Kedudukan istimewa orang melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Malyu dan bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu tidak diperlukan , kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis.
Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak, bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain, yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata.

PERKARA 153

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara Malaysia.

Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Negeri 1948 telah memberi komitmen kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan penyertaan dalam perkhidmatan kerajaan.Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara Malaysia.

PERKARA 153
1) PERKHIDMATAN AWAM

Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

PERKARA 153
2) EKONOMI

Bantuan ekonomi perlu mengikut peraturan bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen atau kebenaran tertentu bagi menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti lain.

PERKARA 153
3) PERUNTUKAN BIASISWA

Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.

PERKARA 89 & 90
4) HAK TANAH

Kerajaan negeri boleh membuka tanah khas untuk orang melayu dengan syarat, kerajaan negeri juga memperuntukkan pembukaan tanah bagi orang ramai.

5) KESAMARATAAN DI SISI UNDANG UNDANG

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

PERKARA 9
6) LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

7) KEBEBASAN BERAGAMA

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.

PERKARA 12
8) KESAMARATAAN DALAM PELAJARAN

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu :

i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.

ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153

PERKARA 10
9 ) KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.  Namun demikian, parlimen boleh  mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

KESIMPULAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan  kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

RUJUKAN

https://prezi.com/p/4ozejtpgchjj/hak-dan-keistimewaan-orang-melayu-dan-bumiputera/
https://prezi.com/kzhvktjx0q6u/hak-istimewa-melayu-dalam-perlembagaan-persekutuan-cabaran/?fallback=1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/504655/perkara-153-jamin-hak-semua-kaum
PENGAJIAN MALAYSIA: BAB 7: PERLEMBAGAAN MALAYSIA (pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com)