TITAS (Tamadun Islam) by

PENGENALAN
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama yang ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14

Buktinya Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu ini jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai perkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara pada ketika itu.

Perkembangan Islam dan proses Islamisasi di Nusantara dengan pelbagai faktor

Faktor utama yang mendorong perkembangan Islam di Nusantara adalah kegiatan pelayaran. Di Nusantara hubungan diplomatik telah dijalinkan dengan pedagang muslim yang berasal dari Gujarat, Arab dan negara-negara Islam yang lain. Hal ini disebabkan kedudukan geografi Indonesia yang strategik untuk menjalankan kegiatan pelayaran dan pedagang-pedagang Arab yang berpegang pada konsep ingin menyebarkan agama Islam di seluruh dunia.

Selain itu, sifat keterbukaan masyarakat Indonesia. Agama Islam telah diterima dan dipercayai oleh masyarakat Indonesia bukan sahaja dalam kalangan para bangsawan tetapi juga tokoh-tokoh masyarakat kepala suku dan para ulebelang (ketua adat). Sifat ini memberikan peluang kepada pedagang-pedagang dari Arab untuk berkongsi ilmu tentang agama Islam serta meyebarkan agama Islam dalam kalangan mereka.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kerajaan Islam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar sejak abad ke-15. Sebagai contohnya, Kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pasai, China, Siam, Jawa dan Kepulauan Ryukyu. Hal ini boleh dibuktikan dengan kedatangan Laksamana Chen Ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara China dengan Kerajaan Melaka.

Pada zaman kesultanan Melayu, China merupakan kuasa besar. Oleh itu, Kerajaan Melaka ingin menjalinkan persahabatan dengan China. Sultan Melaka meminta Negeri China untuk menjadi penanungnya supaya Kerajaan Melaka dapat mengelakkan ancaman luar seperti Kerajaan Siam.

Seterusnya, melalui perkahwinan dan pendidikan juga merupakan salah satu faktor penyebaran Islam di Nusantara. Agama Islam tersebar apabila pedagang-pedagang dari Arab berkahwin dengan penduduk-penduduk di Nusantara kerana ini secara tidak langsung menyebarkan agama Islam kepada penduduk yang merupakan isteri dan anak. Selain itu, pedagang Arab telah menyebarkan agama Islam di Nusantara melalui pendidikan seperti Al-Quran dan Sunnah. Tulisan Jawi juga diperkenalkan di Nusantara.