My exquisite wall by Nur Shahiraahh

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu.Jika diteliti dari aspek sistem tulisan Jawi dipahat pada permukaan batu itu secara umumnya, ialah tradisi Melayu berikutan sudah berlaku penghilangan baris.

Perkembangan tulisan Jawi itu membuktikan masyarakat Terengganu pada masa itu sudah menguasai sistem tulisan berasaskan huruf Arab seperti dalam al-Quran dan dibuat penyesuaian sebagai medium perantaraan untuk menyampaikan ajaran Islam ketika itu.
Menariknya, Batu Bersurat Terengganu mempunyai istilah Arab, iaitu 'sharatan' yang merujuk kepada dua bintang dalam buruj Aries atau Ram yang membuktikan masyarakat pada masa itu sudah mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu falak seperti pencapaian awal dalam sejarah dan tamadun Islam terdahulu.

Ciri terakhir penting untuk mengesahkan pengaruh terbesar Islam ialah isi kandungan yang mengandungi bukti peneguhan dan pelaksanaan syariat Islam. Isi kandungannya menerangkan hukum fiqh seperti jenayah, muamalah dan munakahat (perkahwinan) yang bukannya perkara asas rukun dalam Islam.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara.
Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana .