Cara Menjaga Kesihatan Diri by 初一8(46)谭国彦 TAM KOK YAN NICHOLAS

Projek Padlet
Nama:Tam Kok Yan Nicholas
Kelas:JM1-(8)
ID Pelajar:224388
Mata Pelajaran:Bahasa Melayu
Cikgu:Poon Chan Poh
Tarikh:5-3-2022
Tajuk:Cara Menjaga Kesihatan Diri

Isi 1
Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Aktiviti sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagal riadah kecil untuk mengeluarkan peluh. Pihak kerajaan mewajibkan setiap pelajar menyertal sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan banyak membawa manfaat. Aktiviti bersukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja.
Kebaikan bersukan ialah menyihatkan tubuh badan. Seseorang yang selalu bersukan, badannya akan menjadi cergas dan kuat. Aktiviti sukan seperti bermain badminton, sepak takraw, joging dan sebagainya boleh membantu badan kita untukmengeluarkan peluh dan saluran darah akan menjadi lancar. Dengan bersukan, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti sukan ini juga dapat menambahkan stamina seseorang. Oleh itu, pelajar harus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Bersukan juga boleh meningkatkan disiplin diri juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan perlulah mematuhi peraturan sukan yang telah ditetapkan. Mereka juga perlu mematuhi arahan daripada jurulatih ataupengadil pertandingan sukan. Sekiranya pelajarmelibatkan diri dalam pasukan sukan, mereka juga boleh melatih diri supaya sentiasa menepati masa. Dengan bantuan aktiviti sukan, negara kita dapatmelahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia.
Kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang berikutnya ialah berfikiran positif dan lebih motivasi. Dalam konteks ini, seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan berupaya untuk mengawal daripada mudah menyalahkan orang lain. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan biasanya mempunyai kesihatan mental yang stabil dan tekanan kehidupan dapatdikawal. Sebagai contohnya, Datuk Lee Chong Wei yang tidak berputus asa semasa menghadapi kegagalan dalam pingat emas sukan Olimpik telah memberi impak yang positif dan menjadi teladan yang baik kepada remaja. Tambahan pula, aktiviti sukan ini juga berupaya untuk melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain dan sikap bertoleransi. Atlet sukan perlumenerima kekalahan dalam pertandingan sukan.
Seterusnya, aktiviti sukan boleh membantu pelajar mengisi masa lapang dengan berfaedah. Sekiranya semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini juga membantu mereka untuk mengelakkan diri daripada kes jenayah dangejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, aktiviti mat rempit dan sebagainya. Dengan aktiviti yang berfaedah ini, mestilah dapat membentuk satu masyarakat yang aman sentosa.
Kebaikan bersukan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di sekolah. Di Malaysia, aktiviti sukan disertai oleh pemain daripada pelbagai kaum yang berlainan. Aktiviti sukan yang memerlukan kerjasama bagai aur dengan tebing sentiasa mewujudkan perpaduan yang harmoni. Perpaduan bukan sahaja wujud dalam kalangan permain, bahkan juga terbentuk dalam kalangan penonton. Sebagai contoh, Sukan Olimpik telah berjaya menyatapadukan semua rakyat untuk memberi sokongan dan sorakan kepada atlet-atlet. Jelaslah bahawa sukan mempunyai banyak faedah kepada kita.

Isi 2
Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab harian, kesihatan diri juga perlu diambil perhatian. Kebanyakan pihak sering kali beranggapan cukup sihat dan tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana yakin tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Hakikatnya mereka menghidap penyakit serius kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda berlakunya penyakit berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain. Malah pemeriksaan kesihatan ini memudahkan kita mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Secara tidak langsung kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.
Realitinya mereka sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan antaranya ujian darah untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luar biasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, sekiranya kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung. Oleh itu, pemeriksaan ini seharusnya dilakukan setiap tahun sekali melalui ujian darah.
Selain itu, pemeriksaan payudara juga menjadi perkara penting untuk dititik beratkan terutamanya bagi wanita kerana kanser payudara menjadi pembunuh terbesar wanita. Melalui pemeriksaan ultrasonografi payudara dan mamografi di hospital kita dapat mengesan benjolan atau sesuatu yang tidak normal pada payudara kita. Manakala bagi wanita yang aktif seksual sangat perlu melakukan pemeriksaan pap smear secara teratur. Pemeriksaan ini dilakukan dengan cara memeriksa sel-sel rahim untuk mengesan adanya infeksi atau sel-sel yang tidak normal yang boleh mendorong kepada penyakit kanser.
Justeru, pihak kerajaan sewajarnya menitikberatkan mutu kesihatan masyarakat antaranya menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan seperti klinik rawatan bergerak di kawasan pedalaman di samping mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai melalui media massa seperti televisyen, radio, majalah, akhbar dan sebagainya supaya masyarakat sama ada di bandar atau di desa dapat menguruskan kesihatan diri dan keluarga masing-masing dengan baik.
Malah pihak Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam amalan gaya hidup sihat. Kempen-kempen kesedaran mestilah diteruskan sehingga amalan ini dapat menjadi budaya masyarakat. Mereka juga seharusnya memperbaiki mutu perkhidmatan dan menambah baik peralatan-peralatan canggih di hospital bagi menarik lebih ramai orang menjalani pemeriksaan kesihatan.
Oleh itu, semua pihak seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan kerana penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam kehidupan seharian. Kita perlulah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.

Isi 3
Kita menggunakan satu pertiga daripada hidup untuk tidur. Ketika saintis masih lagi mencari punca mengapa kita tidur, tidak dapat dinafikan bahawa tidur adalah penting untuk tubuh badan kita seperti makan, minum dan bernafas. Tidur mungkin kelihatan seperti satu aktiviti di mana tubuh badan sedang berehat tanpa melakukan apa-apa, tetapi sebenarnya, ketika tidur, tubuh badan kita sedang bekerja keras.
Tidur malam yang mencukupi membuatkan kita berasa lebih segar. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, kita akan bangun dengan rasa lebih segar, lebih peka dan lebih gembira. Selain dari mengembalikan tenaga kita, terdapat banyak lagi kebaikan tidur yang membantu memulihkan tubuh badan.
Ketika tidur, otak kita menghasilkan hormon yang menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan semula tisu untuk memperbaiki pembuluh darah. Hormon tersebut meningkatkan sel darah, mewujudkan lebih banyak sel darah putih yang membantu melawan virus dan bakteria. Sistem imunisasi kita bergantung kepada tidur dalam membantu tubuh badan untuk pulih dari jangkitan penyakit, pembedahan dan trauma.
Kajian mendedahkan bahawa ketika kita tidur, memori dan kemahiran yang dipelajari diperkuatkan dan ditambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisyen dan kekal, ianya satu proses yang dikenali sebagai ‘penyatuan memori’. Tidur juga membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.
Tahukah anda tidur malam yang baik memberi kesan terhadap kesihatan tulang? Ketika tidur, tulang kita berada dalam keadaan pembaikan yang berterusan, mengganti tisu tulang yang lama dengan yang baru dan membentuk semula tulang yang lemah disebabkan kerosakan mikro yang berpunca daripada aktiviti harian. Penyelidik di Kolej Perubatan Wisconsin juga mengesan hubung kait antara kekurangan tidur yang kronik dengan ketaknormalan dalam perkembangan tulang dan tulang sumsum dan ketumpatan tulang yang lebih rendah.
Tidur yang berkualiti mengurangkan beban terhadap jantung anda, kerana tekanan darah dan kadar degupan jantung menurun pada waktu malam. Sementara itu, orang yang kurang tidur atau tidur terlalu banyak berisiko tinggi untuk menghidap Hiperlipidemia, di mana keadaan kolesterol di dalam darah berada pada tahap tinggi, yang boleh menjadi punca serangan jantung atau strok.
Kurang tidur boleh menganggu keseimbangan hormon ghrelin dan leptin di dalam badan, di mana kedua-dua hormon ini boleh mengawal atau menambah selera makan yang menyebabkan pengambilan kalori berlebihan sehingga berat badan bertambah. Satu kajian yang dilakukan oleh American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa mereka yang mendapat rehat yang mencukupi makan kurang 300 kalori sehari berbanding orang yang tidak cukup rehat. Jadi, mula kawal berat badan anda dengan tidur mengikut jadual.
Tidur dan emosi mempunyai kaitan yang rapat; kekurangan tidur boleh menyebabkan emosi terganggu dan tekanan, sementara mengekalkan corak tidur yang sihat dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi. Insomnia yang kronik boleh meningkatkan risiko gangguan emosi, seperti kebimbangan dan kemurungan. Jadi, tidurlah dengan cukup dan kekal gembira!

Isi 4
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

Pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialah makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.

Pendahuluan
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri.Oleh itu,kita perlu menjaga kesihatan kita kerana hidup boleh menerokai misteri bumi.

Penutup
Kita perlu mengikut amalan tersebut kerana akan menyihatkan badan dan boleh dapat panjang umur.

Isi 5
Kita wajar bermandi selepas keluar rumah untuk bermain.Hal ini kerana kita bermain akan menbawa banyak bakteria balik ke rumah.Kalau bakteria menjangkit kepada ahli keluarga kerana kita membawa bakteria ke rumah.Mandi juga perlu juga perlu mengguna sabun kerana sabun akan membunuh bakteria.
Kepentingan mandi ialah membuatkan badan segar. Mandi memiliki peranan dalam mencegah penyakit kulit. Mandi boleh menyembuhkan masalah kesihatan yang serius. Mandi dapat menolong membersihkan kotoran yang melekat di tubuh kita. Mandi membantu seseorang mengatasi masalah tidur. Mandi memberi manfaat kepada tubuh manusia sekiranya tubuh mempunyai masalah bau badan. Mandi membolehkan kita berasa. lebih yakin dan gembira apabila bersama-sama dengan keluarga atau rakan.
Faktor yang menyebabkan seseorang tidak mandi ialah ketiadaan bekalan air yang bersih di tempat tinggal seseorang. Selain itu, seseorang itu malas dan mengambil mudah tentang kepentingan mandi setiap hari.
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah mengamalkan amalan mandi setiap hari untuk menjaga kebersihan diri.