Kemahiran Komunikasi dengan Kumpulan Berkeperluan Khas dan Marginal by Dr. Azahah

Kumpulan berkeperluan khas dan marginal merujuk kepada individu atau komuniti yang menghadapi halangan sosial, fizikal, ekonomi, atau psikologi dalam mengakses perkhidmatan dan penyertaan penuh dalam masyarakat akibat ketidaksamaan struktur dan stigma (Thompson, 2016).

OKU

Fizikal, mental & sensori

Warga emas berisiko

Bekas banduan / pengguna dadah

Gelandangan / pelarian

Remaja berisiko

Aktiviti 1: Pilih DUA Kumpulan Berkeperluan Khas dan Marginal. Tuliskan DUA (2) cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh kumpulan tersebut dari sudut komunikasi dan interaksi sosial.

Aktiviti 2: Anda sedang mengendalikan sesi bersama seorang klien bekas banduan. Tiba-tiba, klien menunjukkan emosi tidak terkawal atau kecenderungan agresif. Jelaskan secara ringkas:

a) Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial.

Pastikan jawapan anda berdasarkan prinsip komunikasi berkesan dan profesional.

NUR HANIS QISTINA BINTI MOHD RASDI (A201045)

AKTIVITI 1:

Dua golongan yang saya pilih ialah Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pendengaran  dan kumpulan remaja berisiko.

Bagi individu yang mempunyai masalah pendengaran, cabaran utama yang mereka hadapi ialah halangan komunikasi. Mereka tidak dapat mendengar atau bertutur dengan jelas, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada bahasa isyarat. Namun, tidak semua orang memahami bahasa ini, lalu menyukarkan proses komunikasi dua hala. Selain itu, mereka juga cenderung mengalami pengasingan sosial. Sukar untuk berinteraksi secara aktif dalam masyarakat menyebabkan mereka berasa terpinggir dan kurang keyakinan diri, lalu membataskan peluang untuk bergaul secara terbuka.

Manakala bagi remaja berisiko, cabaran pertama ialah kesukaran menyatakan emosi dan pandangan. Remaja dalam kategori ini biasanya datang daripada latar belakang keluarga yang bermasalah atau terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah atau pergaulan bebas. Mereka tidak tahu cara berkomunikasi secara sihat, dan ini menjejaskan hubungan mereka dengan orang sekeliling. Cabaran kedua pula ialah masalah kepercayaan dan kecenderungan untuk mengasingkan diri. Disebabkan pengalaman negatif seperti trauma atau pengabaian, remaja ini sukar mempercayai orang dewasa termasuk guru dan kaunselor. Akibatnya, mereka lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang bermasalah dan memilih jalan yang memburukkan lagi keadaan mereka.

AKTIVITI 2:

Dalam sesetengah sesi, tidak mustahil klien menunjukkan emosi yang tidak terkawal atau kecenderungan agresif. Dalam situasi seperti ini, pekerja sosial perlu bertindak secara profesional dan berlandaskan prinsip komunikasi berkesan bagi memastikan sesi dapat dikendalikan dengan selamat dan berkesan.

Secara verbal, pekerja sosial perlu menggunakan nada suara yang tenang, tidak menghakimi dan empati. Kata-kata yang diucapkan mestilah dapat menenangkan klien serta menunjukkan bahawa pekerja sosial bersedia mendengar dan memahami. Contohnya, pekerja sosial boleh berkata, “Saya faham perasaan encik sekarang. Kita boleh bincang dengan tenang supaya saya dapat bantu encik dengan lebih baik.” Kenyataan ini menunjukkan empati serta memberi isyarat bahawa pekerja sosial tidak memusuhi klien. Dalam masa yang sama, pekerja sosial harus mengelakkan ucapan yang bersifat provokatif atau menyalahkan, sebaliknya memberi pilihan kepada klien seperti, “Encik boleh ambil sedikit masa untuk bertenang. Saya di sini untuk membantu.”

Selain itu, reaksi bukan verbal juga memainkan peranan penting dalam menangani situasi tegang. Pekerja sosial perlu mengekalkan bahasa badan yang terbuka dan tidak mengancam, seperti tidak menyilangkan tangan atau berdiri terlalu dekat dengan klien. Ekspresi wajah juga harus tenang dan bersifat menyokong. Di samping itu, mengekalkan jarak fizikal yang selamat adalah penting bagi memastikan keselamatan kedua-dua pihak tanpa menampakkan rasa takut. Kontak mata yang sesuai dan sederhana juga membantu menunjukkan perhatian dan rasa hormat terhadap klien.

Kesimpulannya, reaksi verbal dan bukan verbal yang profesional dan berkesan amat penting apabila berhadapan dengan klien yang agresif. Pekerja sosial perlu kekal tenang, empatik dan menghormati klien agar komunikasi dapat diteruskan dalam suasana yang terkawal serta selamat.

NAMA : NUR ALYA DIYANA BT AMIR HAMZAH

NO MATRIKS : A201623

Kumpulan 1:

Orang Kurang Upaya (OKU) – Fizikal, Mental, Sensori

Cabaran:

Halangan komunikasi langsung – Individu OKU sensori seperti pekak atau buta menghadapi kesukaran untuk memahami atau menyampaikan mesej melalui komunikasi lisan atau visual konvensional.

Stigma dan stereotaip – Pandangan negatif masyarakat menyebabkan interaksi sosial terbatas kerana individu OKU sering dipandang sebagai tidak mampu berkomunikasi dengan baik, walaupun mereka berupaya dengan bantuan atau kaedah alternatif.

Kumpulan 2: Bekas banduan / pengguna dadah

Cabaran:

1.	Kurang kepercayaan diri dan ketakutan ditolak – Ramai bekas banduan menghadapi cabaran untuk membina komunikasi yang positif kerana stigma masyarakat terhadap latar belakang mereka, menyebabkan mereka menarik diri dari interaksi sosial.

2.	Kecenderungan komunikasi defensif atau agresif – Disebabkan pengalaman lampau yang keras, mereka cenderung menunjukkan komunikasi yang tegang, tidak percaya atau sukar dikawal, terutama jika berasa dihakimi.

NUR YAZIYAH BINTI MOHAMMAD RIDZA (A204291)

AKTIVITI 1

Kumpulan 1: Bekas banduan / pengguna dadah

Cabaran Komunikasi:
Bekas banduan atau pengguna dadah sering berdepan stigma masyarakat. Mereka dilabel sebagai “tidak boleh dipercayai” atau “berbahaya”, menyebabkan mereka sukar berkomunikasi secara terbuka. Ramai yang kehilangan keyakinan diri untuk bercakap kerana takut dihakimi atau ditolak oleh orang sekeliling.

Cabaran Interaksi Sosial:
Hubungan sosial mereka sering terputus, termasuk dengan ahli keluarga dan rakan. Mereka juga menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan atau menyertai aktiviti masyarakat. Keadaan ini menyebabkan mereka terpinggir dan kurang mendapat sokongan sosial yang penting untuk proses pemulihan.

Kumpulan 2: OKU (mental)

Cabaran Komunikasi:
Individu OKU dari segi mental mungkin sukar memahami atau menyampaikan maklumat secara jelas. Mereka juga mungkin tidak faham norma komunikasi biasa, seperti nada suara atau bahasa tubuh. Ini menyukarkan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat umum.

Cabaran Interaksi Sosial:
Mereka sering disalah faham dan dianggap “pelik” atau “bermasalah”, menyebabkan masyarakat menjauhkan diri. Kurangnya kefahaman tentang keadaan mereka menyumbang kepada pengasingan sosial dan kesunyian. Mereka juga menghadapi cabaran dalam membina hubungan yang stabil dan bermakna dengan orang lain.

AKTIVITI 2

a) Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial

Dalam situasi di mana klien bekas banduan menunjukkan emosi yang tidak terkawal, pekerja sosial perlu memberikan respon secara tenang dan penuh empati. Contoh reaksi verbal yang sesuai termasuk: “Saya faham ini bukan mudah untuk saudara. Saya di sini untuk mendengar dan membantu,” atau “Boleh kita bertenang seketika dan bincang satu per satu?”. Ucapan ini menunjukkan keprihatinan serta menggalakkan klien untuk bertenang dan bekerjasama. Pekerja sosial juga boleh mengulangi atau mengesahkan pemahaman terhadap apa yang dikongsi oleh klien bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar mendengar dan memahami. Bahasa yang digunakan hendaklah sopan, mudah difahami dan tidak bersifat menghakimi. Nada suara perlu dikawal agar kekal mesra dan menenangkan suasana.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial

Selain komunikasi lisan, isyarat bukan verbal juga memainkan peranan penting dalam menangani situasi emosi klien. Pekerja sosial perlu menunjukkan mimik wajah yang menyokong dan bersifat empatik bagi membantu meredakan ketegangan. Selain itu, menjaga jarak peribadi yang selamat adalah penting bagi memastikan keselamatan diri dan memberi ruang kepada klien. Kontak mata perlu dilakukan secara sopan tanpa menimbulkan rasa tidak selesa atau terancam kepada klien. Postur badan pula perlu terbuka dan tidak menunjukkan sikap defensif seperti menyilang tangan. Nada dan irama suara juga harus lembut dan stabil. Sekiranya sesuai dan dibenarkan, sentuhan profesional seperti peletakan tangan yang ringan di bahu boleh membantu memberi ketenangan. Semua tindakan bukan verbal ini bertujuan mewujudkan suasana yang selamat, mesra dan menyokong, selaras dengan prinsip komunikasi profesional.

NAMA : NUR ALYA DIYANA BT AMIR HAMZAH

NO MATRIKS : A201623

a) Reaksi Verbal yang Sesuai (untuk pekerja sosial):

•	“Saya faham perasaan awak sekarang. Awak berhak untuk berasa marah, tetapi saya di sini untuk membantu, bukan untuk menghukum.”

•	“Boleh kita bertenang sekejap dan cuba bincangkan apa yang sedang awak rasakan?”

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai:

Menunjukkan mimik muka tenang dan prihatin, bukan wajah tegang atau takut.

Bahasa tubuh terbuka, seperti tidak bersilang tangan dan mengekalkan jarak selamat.

Kontak mata yang sesuai – tidak terlalu tajam, tetapi cukup untuk menunjukkan perhatian.

NUR ALIYA ZULAIKHA BINTI ZULISYUKRI (A201363)

OKU – Fizikal / Mental / Sensori

Cabaran 1: Kekangan Akses Komunikasi
Individu pekak atau bisu mungkin menghadapi kesukaran untuk memahami atau menyampaikan mesej sekiranya tiada kemudahan seperti bahasa isyarat, braille, atau alatan bantuan komunikasi. Hal ini membataskan interaksi harian mereka.

Cabaran 2: Diskriminasi Sosial
Golongan OKU seringkali dipandang rendah akibat kekurangan diri mereka. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka dipinggir daripada perbualan, aktiviti sosial dan interaksi dalam masyarakat.

Bekas banduan/Pengguna dadah

Cabaran 1: Komunikasi yang Terhad
Golongan ini seringkali dipandang rendah oleh masyarakat dan mereka juga sering dicurigai akibat daripada kesalahan lampau. Hal ini secara tidak langsung membuatkan mereka sukar memulakan perbualan akibat daripada persepsi dan pandangan negatif orang sekeliling.

Cabaran 2: Kesukaran Membina Hubungan Sosial
Berikutan pengalaman silam dan perasaan malu atau rendah diri, golongan ini cenderung untuk mengelak daripada terlibat dalam aktiviti interaksi sosial.

NUR IRDINA BINTI AZMANI (A200882)

AKTIVITI 1

a)bekas banduan

-Golongan ini sering berdepan dengan cabaran komunikasi akibat stigma dan diskriminasi masyarakat. Pandangan negatif masyarakat terhadap mereka telah menimbulkan beberapa kesan ke atas psikologi seperti mereka rasa malu, rendah diri dan hilang keyakinan untuk berinteraksi secara terbuka.

Selain itu, faktor sejarah latar belakang kehidupan yang penuh konflik menyumbang kepada kelemahan dalam kemahiran komunikasi positif. Hal ini menyebabkan mereka sukar menyampaikan keperluan atau membina semula hubungan sosial.

b)remaja berisiko

-Remaja berisiko pula menghadapi cabaran komunikasi akibat pengaruh rakan sebaya dan konflik identiti. Mereka cenderung meniru gaya komunikasi negatif dan menghindarkan diri daripada orang dewasa yang dianggap tidak memahami situasi mereka. Tambahan itu, mereka juga berdepan dengan tekanan emosi atau masalah keluarga mendorong remaja  untuk bersikap pasif atau agresif apabila didekati, sekali gus menjejaskan interaksi sosial yang sihat.

AKTIVITI 2

a) reaksi verbal yg sesuai

-sebagai seorang pekerja sosial, saya akan menggunakan pendekatan berunsurkan emosi di samping menggunakan nada suara yang sesuai untuk menenangkan klien dan menunjukkan bahawa saya memahami akan situasi yang di hadapi oleh klien pada ketika itu.

b) reaksi bukan verbal yang sesuai

-sebagai seorang pekerja sosial, saya akan menyeimbangkan bahasa tubuh seperti mengekalkan eye contact secara bersesuaian dengan klien , mengangguk kan kepala sebagai tanda saya menghayati penceritaan klien dan mengawal perasaan semasa sesi agar sikap empati yang diterapkan dalam diri tidak berubah menjadi simpati.

NUR SABARIAH BINTI AZMAN (A200849)

AKTIVITI 1

Kumpulan 1

ORANG KURANG UPAYA (OKU JENIS FIZIKAL, MENTAL DAN PENGLIHATAN)

Pekerja sosial mungkin mengalami halangan untuk berkomunikasi dengan mereka kerana kekurangan aksesibiliti. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terutamanya yang mengalami kecacatan pendengaran atau pertuturan akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang awam atau pekerja sosial disebabkan pihak ini tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, ianya menghalang  mereka daripada menyertai perbualan harian atau memahami maklumat penting.

Masyarakat juga akan mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ini lalu menyebabkan mereka dilayan secara bias atau dipinggirkan dalam interaksi sosial. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pengasingan sosial.

KUMPULAN 2

WARGA EMAS BERISIKO

Ramai warga emas menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan teknologi moden seperti media sosial, platform digital . Hal ini akan mengakibatkan mereka berasa terasing daripada keluarga dan masyarakat terutamanya generasi muda.

Selain itu, penurunan keupayaan deria dan kognitif akan menyebabkan warga emas sukar untuk memahami mesej yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Oleh itu, ianya boleh menyebabkan berlakunya salah faham atau kekeliruan.

NAMA: NUR ATIRAH BINTI SELINAN

NO. MATRIK: A201279

AKTIVITI 1
Antara kumpulan berkumpulan khas dan marginal Yang saya pilih adalah remaja berisiko dan warga emas.

1.Remaja berisiko
Mempunyai cabaran daripada segi kekurangan
sokongan emosi dan komunikasi. Hal ini disebabkan oleh mereka datang daripada keluarga yang bermasalah atau tinggal Di kawasan persekitaran yang negatif. Ini menyebabkan remaja berisiko sukar untuk berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat menyatakan keinginan sebenar mereka. Malah melalui kurangnya sokongan dapat menjadikan remaja itu bersikap agresif dan tidak terkawal
Cabaran yang seterusnya adalah remaja berisiko juga mendapat diskriminasi serta stigma yang negatif daripada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh remaja berisiko sering terlibat dengan aktiviti ponteng sekolah atau
terlibat dengan dadah. Keadaan tersebut mengakibatkan masyarakat mula memandang serong kepada remaja dan menyebabkan remaja  tidak dapat berinteraksi dan membina jaringan positif dengan komuniti Di sekitarnya.

2: Warga emas
Cabaran yang dialami oleh warga emas adalah masalah Pendengaran dan Kesihatan, Kemerosotan daya ingatan, penglihatan atau pendengaran yang boleh menghalang ramai warga emas daripada berkomunikasi dengan baik. Ini menyukarkan mereka ketika berinteraksi sosial kerana mereka sukar mengikuti perbualan, terutamanya dalam kumpulan.
Cabaran Kedua adalah Rasa Terpinggir dan Kurang Penghargaan.  Kadang-kadang, warga emas merasa tidak relevan dalam masyarakat hari ini, terutamanya jika keluarga dan komuniti mereka tidak melibatkan mereka dalam aktiviti harian. Ini menyumbang kepada perbincangan sosial dan menjejaskan keyakinan mereka dalam berkomunikasi.

AKTIVITI 2
a) Reaksi verbal yang sesuai bagi pekerja sosial:

Menggunakan suara yang tenang dan penuh belas kasihan seperti  "Saya faham ini mungkin sukar untuk anda, dan saya di sini untuk membantu."  Anda berada di tempat yang selamat. Secara sopan menetapkan had, dengan berkata, "Saya mahu terus mendengar anda, tapi kita perlu pastikan perbualan ini kekal tenang." Hal ini bertujuan untuk menunjukkan empati, mengurangkan ketegangan terhadap klien, dan mengekalkan rasa selamat terhadap klien.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial:
Termasuk bahasa tubuh yang terbuka dan tidak mengancam. Pekerja Sosial perlu mengelakkan menyilangkan tangan atau menunjukkan postur defensif. Selain itu, pekerja Sosial perlu membuat kontak mata yang sesuai sebagai tanda perhatian dan hormat terhadap klien. Pekerja sosial juga boleh menggunakan pergerakan isyarat seperti anggukan kecil sebagai tanda faham dan mendengar. Tujuannya adalah untuk memberi rasa selamat, rasa hormat, dan menunjukkan bahawa pekerja sosial prihatin dengan masalah yang dialami oleh klien.

NURUL SYAMIMI BINTI SSUHAIMI (A200855)

Aktiviti 1

cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh kumpulan warga emas berisiko dan remaja berisiko dari sudut komunikasi dan interaksi sosial:

1. Warga Emas Berisiko

a. Kemerosotan fungsi kognitif dan fizikal

Warga emas mungkin mengalami masalah pendengaran, penglihatan, atau daya ingatan, yang menyukarkan mereka memahami atau menyampaikan maklumat dengan jelas. Ini menjejaskan keupayaan mereka untuk berkomunikasi secara efektif dalam perbualan harian atau ketika mendapatkan perkhidmatan.

b. Pengasingan sosial (social isolation)

Ramai warga emas tinggal bersendirian atau terpisah dari keluarga. Kurang interaksi sosial menyebabkan mereka kehilangan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

2. Remaja Berisiko

a. Kekurangan kemahiran komunikasi sosial

Ramai remaja berisiko tidak diajar atau tidak menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan, seperti mendengar secara aktif, mengawal emosi atau berkomunikasi dengan hormat.

b. Pengaruh media sosial dan budaya rakan sebaya

Media sosial boleh mewujudkan norma komunikasi yang toksik (seperti cyberbullying atau tekanan untuk kelihatan ‘sempurna’), manakala pengaruh rakan sebaya boleh menghalang komunikasi terbuka dengan keluarga atau pihak berautoriti.

Aktiviti 2

reaksi verbal dan bukan verbal yang sesuai bagi pekerja sosial apabila berdepan dengan klien bekas banduan yang tiba-tiba menunjukkan emosi tidak terkawal atau kecenderungan agresif, berdasarkan prinsip komunikasi berkesan dan profesional:

1. Reaksi Verbal yang Sesuai

Gunakan nada suara yang rendah iaitu tenang dan tidak mengancam:
“Saya faham ini satu perkara yang sukar untuk awak. Saya di sini untuk membantu, bukan untuk menghukum.”

elakkan provokasi, tuduhan, atau perdebatan. Gunakan pendekatan neutral dan terbuka.

2. Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai

Kekalkan postur badan terbuka dan tidak mengancam:
Elakkan menyilangkan tangan atau mendekati klien secara mendadak.

Jaga jarak fizikal yang selamat:
Berdiri atau duduk pada jarak yang sesuai bagi mengurangkan tekanan ke atas klien dan diri sendiri.

MUHAMMAD TAUFIQ BIN ALI (A201772)

AKTIVITI 1

Dua kumpulan berkeperluan khas dan marginal yang dipilih ialah warga emas berisiko dan remaja berisiko.

1) Cabaran utama dalam aspek komunikasi bagi warga emas berisiko ialah masalah fizikal seperti pendengaran yang lemah dan kekurangan mobiliti. Masalah ini menyebabkan mereka sukar memahami perbualan dan sering tercicir dalam pergaulan harian. Masalah fizikal juga menyukarkan mereka untuk keluar rumah atau menyertai aktiviti komuniti dan mengehadkan peluang berkomunikasi dengan orang lain.

Cabaran kedua dalam aspek interaksi sosial pula ramai warga emas berdepan dengan emosi seperti rasa sunyi, terpinggir dan tidak dihargai terutamanya apabila tinggal berjauhan daripada keluarga. Keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan mengurangkan keinginan mereka untuk bergaul dengan orang sekeliling.

2) Seterusnya, bagi remaja berisiko, cabaran komunikasinya ialah kurangnya kemahiran menyampaikan pendapat secara berkesan. Mereka juga terlalu bergantung kepada komunikasi digital seperti media sosial dan menyebabkan interaksi secara bersemuka menjadi lemah. Hal ini menjejaskan hubungan dengan keluarga, guru dan rakan sebaya.

Cabaran dari aspek interaksi sosial, remaja berisiko mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang negatif. Keinginan untuk diterima dalam kumpulan tertentu boleh mendorong mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan norma sosial, seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah atau aktiviti jenayah. Pengaruh ini berlaku apabila sokongan sosial yang positif tidak mencukupi dalam kehidupan mereka.

AKTIVITI 2

a) Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial

Pekerja sosial perlu menggunakan bahasa yang tenang dan jelas ketika berhadapan dengan klien yang menunjukkan emosi tidak terkawal atau agresif. Mereka harus mengakui perasaan klien tanpa menghakimi dan mengelakkan nada suara yang tinggi atau agresif. Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan soalan terbuka boleh membantu klien meluahkan perasaan dengan lebih baik serta mengurangkan ketegangan.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial

Reaksi bukan verbal yang sesuai termasuk mengekalkan bahasa tubuh yang santai dan tidak mengancam. Kontak mata yang sopan menunjukkan kesediaan mendengar. Posisi badan yang terbuka dan jauh dari konfrontasi, seperti duduk dengan tangan terbuka, dapat membantu menenangkan klien. Elakkan postur defensif seperti lengan bersilang atau berdiri terlalu dekat. Gerak-geri lembut seperti mengangguk perlahan memberi isyarat penerimaan dan pemahaman. Suasana persekitaran yang tenang juga penting bagi mengawal emosi klien.

NUR SABARIAH BINTI AZMAN (A200849)

AKTIVITI 2

REAKSI VERBAL

Semasa klien menunjukkan emosi yang tidak  terkawal, pekerja sosial boleh menggunakan nada yang tenang dan meyakinkan. Hal ini dikatakan demikian kerana pekerja sosial boleh menunjukkan professionalisme dan kawalan diri untuk mengawal emosi denga matang sekali gus memberi contoh kepada klien untuk turut bertenang . Sebagai contoh, menggunakan perkataan seperti " saya faham" " saya disini untuk membantu bukan menghakimi" . Hal ini dapat memberikan jaminan kepada klien bahawa mereka tidak dihukum atau dipandang rendah.

REAKSI BUKAN VERBAL

Pekerja sosial perlu mengekalkan kontak mata yang sesuai dan mereka perlu mengelakkan memandang tajam atau mengelak sepenuhnya. Kontak mata yang tenang menunjukkan bahawa pekerja sosial sedang memberi perhatian penuh dan bersedia untuk mendengar dan menghormati klien sebagai individu. Oleh itu, kontak mata yang tenang memberi isyarat bukan lisan bahawa pekerja sosial hadir secara profesional dan emosional dan bersedia mendampingi klien tanpa menghakimi.

NUR ALIYA ZULAIKHA BINTI ZULISYUKRI (A201363)

Reaksi Verbal

Sebagai seorang pekerja sosial, adalah penting untuk memberikan reaksi verbal yang tenang dan penuh empati apabila berdepan dengan klien bekas banduan yang menunjukkan emosi tidak terkawal. Ucapan seperti:

“Saya faham ini satu situasi yang mencabar untuk awak. Saya ada di sini untuk bantu.” menunjukkan empati dan membantu meredakan ketegangan.

Mengulangi dan mengesahkan mesej klien seperti “Kalau saya faham betul, awak rasa marah kerana diperlakukan tidak adil, betul?” menunjukkan pendengaran aktif dan reflektif.

Saya juga akan guna bahasa yang jelas, tidak provokatif, dan menunjukkan empati. Ini penting untuk mengelakkan konflik, menenangkan keadaan, dan menunjukkan bahawa saya mendengar serta memahami perasaan klien.

Reaksi Bukan Verbal

Komunikasi bukan verbal juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan sokongan dan keselamatan secara tidak langsung. Sebagai pekerja sosial, saya akan :

Kekalkan mimik wajah yang tenang dengan menunjukkan wajah tenang dan bersimpati. Saya tidak akan menunjukkan rasa takut atau marah, kerana ini boleh membuatkan klien berasa lebih tertekan.

Menjaga jarak peribadi yang selamat. Saya akan pastikan ada ruang yang selamat antara saya dan klien, agar klien tidak berasa terancam, dan dalam masa yang sama menjaga keselamatan diri sendiri.

Elakkan Sentuhan Fizikal (Melainkan Dibenarkan). Dalam situasi ini, saya tidak akan menyentuh klien, kerana sentuhan boleh dianggap sebagai pencerobohan atau provokasi. Sentuhan professional seperti sentuhan lembut di bahu boleh dipertimbangkan sekiranya klien sudah tenang dan sekiranya dibenarkan.

AINA NADHIRA BINTI MOHAMAD AMIN (A200629)

AKTIVITI 1:

Antara dua kumpulan yang menjadi sasaran saya ialah Remaja Berisiko dan Bekas Banduan / Pengguna Dadah.

Kumpulan 1: Remaja Berisiko

Remaja berisiko merujuk kepada golongan muda yang terdedah kepada pengaruh negatif seperti jenayah, penagihan dadah, tekanan keluarga dan keciciran akademik. Golongan ini sering mengalami kesukaran dalam aspek komunikasi dan interaksi sosial disebabkan latar belakang serta pengalaman hidup mereka.

Cabaran pertama yang dihadapi oleh kumpulan ini ialah kurangnya kemahiran komunikasi yang berkesan. Disebabkan kurang pendedahan kepada komunikasi sihat sejak kecil, remaja ini sering gagal meluahkan perasaan mereka dengan cara yang sesuai. Mereka juga cenderung untuk menunjukkan emosi secara tidak stabil, sama ada terlalu agresif atau terlalu pasif. Contohnya, seorang remaja yang tinggal di rumah kebajikan mungkin enggan bercakap dengan guru kerana takut disalah faham atau berasa dirinya tidak akan dilayan dengan adil. Oleh itu, kekurangan kemahiran ini menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang sihat dengan orang sekeliling, sekali gus menjejaskan interaksi sosial seperti hubungan dengan guru, rakan sebaya dan penjaga.

Cabaran kedua pula ialah stigma dan penolakan sosial. Masyarakat cenderung memberi label negatif seperti “nakal” atau “tidak berguna” kepada remaja ini. Akibatnya, mereka hilang keyakinan diri dan menarik diri daripada bergaul dengan orang lain. Sebagai contoh, dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, remaja berisiko ini jarang dipilih menjadi ketua kumpulan kerana sejarah tingkah laku mereka, walaupun mereka mempunyai potensi. Oleh itu, stigma ini memberi kesan kepada komunikasi mereka yang menjadi semakin pasif, dan menghalang interaksi sosial seperti penyertaan dalam aktiviti berkumpulan atau pergaulan dengan komuniti sekolah.

Kumpulan 2: Bekas Banduan / Pengguna Dadah

Individu dalam kumpulan ini ialah mereka yang telah melalui proses pemulihan sama ada daripada pengalaman dalam penjara atau ketagihan dadah. Namun begitu, selepas kembali ke masyarakat, mereka masih berdepan pelbagai cabaran dalam aspek komunikasi dan interaksi sosial.

Cabaran pertama yang dihadapi oleh kumpulan ini ialah stigma masyarakat. Ramai yang masih menganggap bekas banduan atau bekas penagih sebagai ancaman atau individu yang tidak boleh dipercayai, walaupun mereka telah berubah. Sebagai contoh, seorang bekas banduan yang hadir ke temu duga pekerjaan mungkin ditolak hanya kerana majikan tidak mahu mengambil risiko disebabkan latar belakangnya. Oleh itu, stigma ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi secara terbuka dan menjejaskan interaksi sosial seperti pembinaan rangkaian di tempat kerja atau dalam komuniti setempat.

Cabaran kedua ialah rasa rendah diri dan hilang keyakinan. Disebabkan pengalaman masa lalu dan penerimaan masyarakat yang dingin, individu ini sukar untuk bersosial atau menyuarakan pendapat. Contohnya, dalam mesyuarat komuniti, mereka hanya berdiam diri dan tidak berani memberi sebarang cadangan kerana bimbang pandangan mereka tidak diterima atau dipandang rendah. Keadaan ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada interaksi sosial, seperti perbincangan awam, aktiviti komuniti dan hubungan kejiranan.

Reaksi ini mencerminkan prinsip komunikasi berkesan yang menekankan empati, penjelasan dan keselamatan psikologi. Ia juga mencerminkan profesionalisme yang tinggi, di mana pekerja sosial bertindak bukan untuk menundukkan klien, tetapi untuk memulihkan kepercayaan dan membina saluran komunikasi yang lebih sihat dalam sesi kaunseling.

AKTIVITI 2:

a) Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial
Reaksi verbal yang sesuai adalah menggunakan bahasa yang neutral dan tidak mempersoalkan emosi klien. Pekerja sosial perlu memberi ruang kepada klien untuk bertenang tanpa melabelkan mereka sebagai “marah” atau “bermasalah”. Sebagai contoh, pekerja sosial boleh berkata, “Saya faham ini mungkin sukar untuk awak. Kalau awak perlukan masa, saya ada di sini bila awak sedia,” atau “Apa yang awak rasa sekarang penting, dan saya sedia mendengar bila awak bersedia.” Frasa ini lebih berkesan kerana ia memberikan pilihan dan kawalan kepada klien serta menunjukkan sokongan yang empatik tanpa menambah tekanan. Pekerja sosial harus memastikan kata-kata yang digunakan tidak menghakimi atau menyoal perasaan klien supaya mereka merasa diterima dan difahami. Ini mengikut prinsip komunikasi berkesan yang menekankan empati, keselamatan psikologi dan tidak mengancam.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial
Reaksi bukan verbal yang sesuai termasuk mengekalkan mimik wajah yang tenang dan memberi isyarat sokongan, seperti sedikit senyuman atau menundukkan kepala dengan lembut sebagai tanda mendengar. Nada suara pekerja sosial hendaklah rendah, stabil dan tidak mendesak, untuk memberi kesan menenangkan kepada klien. Postur yang relaks dan tidak agresif adalah penting, seperti duduk dengan tenang atau mengangguk perlahan sebagai tanda perhatian. Pekerja sosial juga harus menjaga jarak fizikal yang sesuai agar klien tidak merasa tertekan atau dihimpit. Ini membantu mencipta suasana yang selamat, di mana klien merasa mereka boleh menguruskan emosi dengan lebih baik tanpa rasa terancam. Semua reaksi ini adalah sebahagian daripada prinsip komunikasi berkesan yang menekankan pemahaman dan membina hubungan kepercayaan dengan klien.

Reaksi verbal dan bukan verbal yang berhati-hati, empatik dan profesional sangat penting dalam mengurus emosi klien yang tidak terkawal. Pendekatan ini membantu mewujudkan suasana selamat, memulihkan kepercayaan dan menggalakkan komunikasi yang lebih sihat antara pekerja sosial dan klien.

A201543 NOR SYAMILA AINA BINTI JAMSI

NAMA: NOR SYAMILA AINA BINTI JASMI

NO MATRIK:  A201543

AKTIVITI 1:

Dua golongan yang saya pilih ialah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihtan serta gelandangan atau pelarian.

bagi mereka yang mempunyai keunikan seperti mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan terutamanya, kita dapat lihat cabaran bagi seorang pekerja sosial terutamanya untuk membina hubungan (rapport) kerana pada peringkat awal, hubungan. Sebagai contoh, individu yang buta penglihatan akses mereka untuk berada di kawasan tumpuan orang ramai agak terhad kerana mereka tidak dapat membaca papan tanda, tidak dapat mengenal ekspresi muka semasa berbual, dan kemajuan teknologi yang semkain canggih ada kalanya yang kurang mesra OKU merupakan cabaran untuk berkomunaksi dengan golongan ini. Keadaan ini menyebabkan golongan ini berasa malu dan takut untuk berintekraksi dengan masyarakat normal di luar sana.

manakala, untuk gelandangan atau pelarian pula menunjukkan cabaran untuk berkomunikasi yang tidak mempunyai tempat tinggal, antara masalah atau cabaran terbesar untuk berkomunikasi dengan mereka ialah mereka tidak mempunyai rumah menyebakan sukar mewujudkan hubungan rasmi bersama mereka seperti dokumen-dokumen khas mereka disebakan ketiadaan jaringan internet serta ada juga yang tiada telefon bimbit. selain itu, mereka ini juga sering dianggap sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna, hanya mencemarkan pemandangan sahaja juga merupakan cabaran terbesar komunikasi bersama golongan gelandangan atau pelarian ini. Situasi ini menjadi lebih mencabar untuk mewujudkan interaksi sosial bersama mereka oleh kerana stigma masyarakat yang menggelarkan mereka ini pemalas, penagih dan penjenayah, serta ada juga dikalangan mereka yang tidak mendapat sokongan sosial daripada keluarga.

AKtiviti 2:

Anda sedang mengendalikan sesi bersama seorang klien bekas banduan. Tiba-tiba menunjukkan emosi yang tidak terkawal atau kecenderungan agresif.

a) reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial sekiranya berlaku situasi di atas adalah dengan menggunkaan prinsip komunikasi berkesan, pekerja sosial itu tidak menggunkaan emosi dengan klien tersebut dalam menyampaikan emosi kepada klien. Sebagai contoh, pekerja sosial kekal tenang dan tegas seperti "saya nampak awak tengah marah sekarang, saya disini bukan untuk menghakimi awak, namum hanya untuk membantu". selain itu, pekerja sosial juga perlu sedar tentang kuasa dan kawalan seperti sekiranya klien memerlukan masa, sesi intervensi tersebut perlu diberhentikan sementara sehingga klien benar-benar berada dalam keadaan baik.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial ialah melibatkan mimik wajah yang menyokong suka tentu sebagai seorang pekerja sosial kita perlu menunjukkan mimik muka yang neutral tapi bersimpati kepada klien dan bukannya marah terhadap klien. selain itu, mengekalkan jarak selamat diantara klien kerana jika terlalu dekat klien akan menganggap sebagai provokasi, jika perlu mengudur secara perlahan-lahan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa.

Secara kesimpulannya, pekerja sosial perlu bersikap profesional, tenang dan berempati apabila berhadapan dengan klien marginal seperti bekas banduan yang menunjukkan emosi tidak terkawal atau cenderung agresif. Penggunaan komunikasi verbal yang sesuai seperti nada suara yang lembut, ungkapan yang mengiktiraf emosi klien, serta penetapan sempadan secara sopan amat penting untuk meredakan keadaan.  Dalam apa jua keadaan, keselamatan semua pihak serta nilai-nilai asas seperti empati, hormat dan tanggungjawab perlu sentiasa diutamakan oleh seorang pekerja sosial yang beretika dan berkesan.

NUR RUHAIDA BINTI RAHAMAD HANAFIAH (A201817)

AKTIVITI 1:

1) Bekas banduan/pengguna dadah:

Cabaran:

a) Stigma sosial

Pandangan negatif yang diberikan terhadap mereka menyebabkan mereka berasa kurang yakin diri untuk berinteraksi atau mengadakan kontak sosial dengan masyarakat. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dan bergaul kerana takut mereka akan ditolak dan tidak diterima masyarakat.

b) Kemahiran komunikasi yang terbatas

Disebabkan mereka berada dalam penjara atau institusi pemulihan dalam tempoh yang agak lama, mereka kurang terdedah dengan interaksi sosial yang lebih meluas. Keadaan ini menyebabkan pergaulan menjadi terhad dan mendorong kepada komunikasi yang kurang berkesan. Mereka juga cenderung untuk melakukan komunikasi secara kasar atau defensif disebabkan pengalaman lampau mereka.

2) Warga Emas Berisiko

Cabaran:

a) Fizikal: pendengaran

Warga emas berisiko cenderung untuk mendapat masalah pendengaran di mana mereka tidak dapat mendengar dengan baik dan aktif. Oleh itu, ia akan menyukarkan komunikasi antara warga emas tersebut dengan pihak kedua kerana kemungkinan respon yang diberikan tidak sama dengan persoalan yang diajukan disebabkan masalah pendengaran tersebut.

b) Kognitif: Dimensia

Golongan warga emas yang berisiko sering menghadapi masalah lupa atau nyanyok. Keadaan ini dipanggil sebagai dimensia di mana ingatan serta kefungsian kognitif warga emas menjadi lemah. Keadaan ini akan menyukarkan interaksi sosial kerana kadang-kadang mereka lupa apa yang mereka nak sampaikan dan mereka cenderung beri maklumat yang kurang atau tidak tepat.

AKTIVITI 2:

a) Reaksi Verbal

Apabila berhadapan dengan klien bekas banduan yang menunjukkan emosi tidak terkawal dan agresif, pekerja sosial secara profesional perlu menggunakan nada yang tenang, sopan dan sesuai untuk menjelaskan kepada klien tentang isu yang dibincangkan semasa sesi. Pekerja sosial juga perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak rumit supaya klien mudah memahami perkara yang dibincangkan serta elakkan menggunakan ayat-ayat yang berbaur menghakimi atau menghukum.

b) Reaksi bukan verbal

Ketika melihat emosi klien yang tidak terkawal dan agresif, pekerja sosial boleh menjaga jarak yang selamat dengan klien dan mengekalkan postur tubuh yang baik supaya dapat meyakinkan klien bahawa sesi yang dilaksanakan memang bertujuan untuk membantu mereka. Pekerja sosial juga perlu menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan menunjukkan minat untuk membantu klien tersebut. Pekerja sosial perlu elakkan mimik muka yang bersifat menghukum atau menghakimi seperti menjeling klien atau mengerut kening. Kontak mata dilakukan secara sederhana supaya klien faham bahawa pekerja sosial sebenarnya memang fokus dan bersedia untuk mendengar luahan dan maklumat daripada mereka.

AKTIVITI 1

Pelarian

a) Cabaran yang dihadapi oleh kumpulan pelarian ialah halangan dari segi bahasa di mana pelarian tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa tempatan. Oleh yang demikian, halangan bahasa telah menyukarkan pelarian untuk melakukan urusan rasmi dengan negara lain dan perkara ini juga boleh menyebabkan risiko salah faham dalam komunikasi harian.

b) cabaran kedua bagi kumpulan pelarian adalah trauma. Terdapat ramai pelarian yang mengalami trauma akibat daripada peperangan dan keganasan. Justeru itu, trauma boleh menyebabkan pelarian takut untuk berinteraksi dengan orang lain disebabkan mereka mempunyai perasaan kurang percaya kepada orang luar termasuklah NGO dan badan kerajaan.

Orang Kurang Upaya (OKU)

a) cabaran yang dihadapi oleh kumpulan OKU ialah masalah pertuturan dan pendengaran. Hal yang demikian menyebabkan kesukaran berkomunikasi antara kumpulan OKU dan orang sekeliling. Walaubahaimanapun, kurangnya jurubahasa isyarat dalam urusan rasmi seperti sekolah dan hospital telah menyebabkan sesuatu urusan itu lebih sukar kerama tidak semua orang tahu dengan cara komunikasi kumpulan OKU.

b) Diskriminasi oleh masyarakat juga adalah salah satu cabaran yang dihadapi oleh kumpulan OKU. Kebanyakkan orang OKU berasa tidak yakin untuk melakukan interaksi secara terus dengan masyarakat sekeliling disebabkan takut dipandang rendah.

AKTIVITI 2

a) reaksi verbal

kekal tenang dan mengatakan kepada klien seperti berikut. “saya nampak yang awak tengah tertekan atau marah sekarang. Tapi saya cuma nak faham apa yang awak sedang alami. Apa-apa pun kita cuba selesaikan masalah awak satu per satu ya?”

b) reaksi bukan verbal

Tidak menunjukkan reaksi yang panik seperti mata terbeliak. Sebaliknya melakukan mimik muka yang tenang dan neutral. Sebagai contoh, mengelakkan diri daripada menunjukkan muka yang takut dan risau

NOR FATIHAH BINTI ZAWAWI

A203017

AKTIVITI 1

Warga emas berisikoWarga emas dan remaja berisiko mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi disebabkan oleh perbezaan dalam nilai, cara berfikir, dan gaya hidup.

Kedua-dua kumpulan ini berisiko mengalami pengasingan sosial, sama ada disebabkan oleh faktor umur, stigma masyarakat, atau latar belakang keluarga yang bermasalah.

Warga emas mungkin kurang didampingi oleh keluarga, manakala remaja berisiko mungkin dijauhi oleh rakan sebaya atau tidak diterima masyarakat. Hal ini menyukarkan mereka untuk membina hubungan sosial yang sihat dan mengekalkan kemahiran komunikasi yang positif.

AKTIVITI 2

Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial ialah dengan menggunakan nada suara tenang dan tegas:

"Saya faham awak sedang marah. Kita boleh bincang perkara ini dengan cara yang lebih tenang.”

Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial ialah mengeKekalkan postur badan terbuka tetapi tidak mengancam (tidak bersilang tangan, tidak terlalu mendekati).

NURUL ATIKAH BINTI MOHD HISAMUDIN (A193171)

AKTIVITI 1:

1. Komuniti LGBTQ+

Cabaran dari sudut komunikasi:
Komuniti LGBTQ+ sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi secara terbuka tentang identiti diri mereka. Rasa takut terhadap diskriminasi, cemuhan dan penolakan menyebabkan mereka memilih untuk berdiam diri atau menyembunyikan identiti sebenar. Hal ini menyebabkan komunikasi menjadi terbatas dan tidak jujur, terutama dalam kalangan keluarga, rakan dan masyarakat umum. Selain itu, kurangnya ruang selamat untuk meluahkan perasaan juga menyukarkan mereka menyampaikan pandangan dan keperluan mereka.

Cabaran dari sudut interaksi sosial:
Dari segi interaksi sosial, komuniti LGBTQ+ sering dipinggirkan oleh masyarakat disebabkan stigma dan salah faham terhadap orientasi seksual atau identiti jantina mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka berasa terasing dan sukar untuk membina hubungan yang rapat atau menyertai aktiviti sosial secara bebas. Kekurangan sokongan sosial juga menghalang mereka daripada membina rangkaian persahabatan yang positif dan sihat.

2.Remaja yang Berisiko

Cabaran dari sudut komunikasi:
Remaja berisiko sering mengalami masalah dalam menyampaikan perasaan, fikiran atau masalah yang mereka hadapi. Mereka mungkin tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana kurang didedahkan kepada persekitaran yang menyokong atau kerana trauma dari pengalaman hidup. Tambahan pula, mereka sering berasa tidak dipercayai atau tidak difahami oleh orang dewasa, menyebabkan mereka memendam perasaan dan menjauhkan diri daripada berkomunikasi secara terbuka.

Cabaran dari sudut interaksi sosial:
Dari segi interaksi sosial, remaja berisiko biasanya akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan lebih mudah bergaul dengan rakan sebaya yang turut bermasalah. Mereka mungkin merasa terasing, tidak diterima atau tidak layak untuk menyertai aktiviti sosial biasa. Kurangnya sokongan daripada keluarga dan komuniti menyebabkan mereka tidak mempunyai jaringan sosial yang kukuh, yang penting untuk perkembangan sahsiah dan emosi.

AKTIVITI 2:

a) Verbal

Reaksi verbal yang sesuai ialah menggunakan kata-kata yang jelas, tidak mengancam, serta menunjukkan empati terhadap emosi klien. Sebagai contoh, pekerja sosial boleh berkata, “Saya faham perasaan marah dan kecewa itu mungkin sangat berat untuk ditanggung. Saya di sini untuk bantu, bukan menghakimi.” kata-kata seperti ini dapat membantu klien merasa difahami dan dihormati tanpa rasa dihakimi atau dipersalahkan. Reaksi ini berpandukan kepada prinsip komunikasi berkesan seperti hormat dan empati, kejelasan mesej serta pendengaran aktif dan reflektif, yang penting dalam membina kepercayaan serta menjalin hubungan profesional yang positif antara pekerja sosial dan klien.

b) bukan verbal

Reaksi bukan verbal yang sesuai melibatkan penggunaan gerak tubuh dan bahasa badan yang tenang serta tidak mengancam. Contohnya, pekerja sosial boleh mengekalkan eye contact yang tenang, menggunakan nada suara yang lembut dan stabil, serta mempamerkan bahasa tubuh yang terbuka. Di samping itu, gerak tubuh seperti anggukan kecil semasa klien bercakap juga menunjukkan bahawa pekerja sosial sedang mendengar dengan aktif. Kesemua elemen ini dapat membantu menenangkan situasi, mengelakkan konflik daripada berlarutan. Ianya juga  menggambarkan kawalan diri dan kesedaran kuasa yang tidak mendominasi, selaras dengan prinsip komunikasi berkesan dan profesional dalam kerja sosial.

NURAISYAH BINTI MAHMAD (A200698)

Aktiviti 1

Kumpulan 1: Golongan Warga Emas Berisiko

Golongan warga emas berisiko mempunyai pelbagai halangan dan cabaran dalam berinteraksi dengan masyarakat.

Antaranya adalah pergerakan mereka akan terbatas disebabkan masalah kesihatan yang dialami. Oleh itu mereka sukar untuk menglibatkan diri secara langsung dengan masyarakat. Misalnya, warga emas yang mempunyai masalah Parkinson akan mengehadkan pergerakan mereka dan akan menjejaskan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan lancar.

Cabaran kedua adalah dari segi teknologi. Golongan warga emas kurang menggunakan teknologi dan akses mereka kepada teknologi juga terhad. Ini menyebabkan mereka sukar berhubung atau berinteraksi secara maya dengan ahli keluarga atau masyarakat lain. Ini akan mengurangkan interaksi sosial mereka dengan masyarakat.

Kumpulan 2: OKU lisan

Cabaran interaksi sosial:

Golongan OKU lisan menghadapi kesukaran apabila berinteraksi dengan masyarakat kerana keterbatasan dari segi pengetahuan masyarakat tentang komunikasi non verbal. Golongan OKU lisan sukar berkomunikasi kerana tidak semua orang boleh menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, mereka jarang berinteraksi sosial dengan masyarakat disebabkan keterbatasan tersebut.

Cabaran yang kedua adalah dari segi stigma masyarakat dan rasa rendah diri dalam kalangan OKU lisan. Stigma masyarakat yang menganggap bahawa golongan OKU lisan ini mempunyai masalah mental dan memandang rendah terhadap keupayaan mereka dalam berinteraksi. Terdapat juga masyarakat yang mempersendakan golongan ini apabila mereka memulakan percakapan. Ini menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan OKU lisan dan mendorong mereka kepada pengasingan sosial.

Aktiviti 2

a) Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial

Cuba menenangkan klien dengan bercakap secara lembut. Nada yang lembut dan nada memujuk dapat menghilangkan keresahan dalam hati klien. Kemungkinan klien bertindak aggresif adalah kerana terdapat beberapa perkara yang mendorong klien bertindak aggresif. Oleh itu, pekerja sosial perlu bertanya tentang perkara tersebut dan cuba untuk memahamkan klien tentang tujuan sesi itu dijalankan. Dengan itu, klien tidak berasa terancam.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial.

Sekiranya klien bertindak aggresif, pekerja sosial boleh menunjukkan reaksi bukan verbal dengan memastikan jarak kedudukan yang selamat antara klien. Namun, jangan terlalu jauh kerana ini akan mengundang reaksi buruk daripada klien kerana klien mungkin menganggap pekerja sosial takut dan tidak mahu membantu mereka. Mendapatkan jarak kedudukan yang selamat ketika klien bertindak aggresif akan mengurangkan risiko dari segi keselamatan pekerja sosial. Ini kerana kemungkinan klien akan bertindak aggresif sehingga mendatangkan kecederaan kepada pekerja sosial.

Aktiviti 1: Jenis kumpulan berkeperluan khas marginal yang dipilih ialah orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Kumpulan 1: Orang Kurang Upaya (OKU)

Cabaran 1:
Kesukaran berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan kerana masalah pertuturan, pendengaran atau penglihatan menyebabkan mereka sukar menyampaikan mesej dengan jelas kepada orang lain. Contohnya, individu yang mengalami masalah pendengaran terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bahasa isyarat, namun tidak semua orang di sekeliling memahami bahasa tersebut.
Cabaran 2:
Ramai individu dalam masyarakat tidak dilatih atau didedahkan cara yang betul untuk berkomunikasi dengan golongan OKU, menyebabkan interaksi menjadi terhad. Ada juga yang menganggap OKU sebagai beban dan tidak produktif, lalu mengetepikan mereka daripada menyertai aktiviti komuniti.

Kumpulan 2: Warga emas

Cabaran 1:

Masalah kesihatan seperti pendengaran lemah atau nyanyuk (dementia) menyukarkan warga emas untuk memahami perbualan dan memberikan maklum balas yang tepat ketika berkomunikasi. Keupayaan mental dan fizikal yang semakin menurun menyebabkan warga emas mudah lupa, keliru, dan tidak dapat mengikuti rentak perbualan harian.

Cabaran 2:

Perasaan rendah diri dan tersisih kerana jurang generasi dan teknologi moden, menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan masyarakat khususnya golongan muda. Warga emas sering berasa ketinggalan apabila melihat generasi muda lebih mahir menggunakan teknologi seperti telefon pintar dan media sosial.

Aktiviti 2: Jenis reaksi

Apabila klien bekas banduan menunjukkan emosi tidak terkawal atau kecenderungan agresif, pekerja sosial perlu memberi reaksi secara profesional dan berhemah.

Dari segi verbal, pekerja sosial harus menggunakan nada suara yang tenang dan meyakinkan bagi meredakan ketegangan sambil memberikan kata-kata yang boleh menenangkan klien Pekerja sosial perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa yang keras, mempersoal atau menyalahkan klien kerana ia boleh memburukkan keadaan. Sebaliknya, pekerja sosial perlu menunjukkan empati melalui kata-kata yang menggambarkan kefahaman terhadap emosi klien.

Dari sudut bukan verbal, pekerja sosial hendaklah mengekalkan postur tubuh yang terbuka dan menjaga jarak profesional untuk memastikan keselamatan diri. Selain itu, ekspresi wajah perlu tenang dan bersifat empatik manakala pergerakan harus perlahan dan terkawal supaya tidak menimbulkan rasa terancam kepada klien. Kontak mata harus dilakukan secara sopan untuk menunjukkan keprihatinan pekerja sosial terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Pendekatan ini selaras dengan prinsip komunikasi berkesan dalam kerja sosial iaitu bertindak dengan empati, mengawal diri dan menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat.

AKTIVITI 1

1. OKU (Orang Kurang Upaya)

Cabaran Komunikasi dan Interaksi Sosial:

1.Halangan Bahasa dan Sistem Komunikasi Alternatif

Individu pekak atau bisu sering mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat umum yang tidak mahir dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Ini mewujudkan jurang komunikasi, menyukarkan mereka menyatakan pendapat, keperluan, atau menyertai perbualan biasa.

2.Stereotaip dan Sikap Diskriminatif

Tanggapan negatif bahawa mereka kurang mampu atau tidak “normal” menyebabkan masyarakat kurang memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara setara, sekali gus mewujudkan pengasingan sosial dan rasa rendah diri.

2. Komuniti Orang Asli

Cabaran Komunikasi dan Interaksi Sosial:

1.Perbezaan Bahasa dan Dialek

Ramai dalam kalangan Orang Asli bertutur dalam bahasa ibunda yang berbeza daripada Bahasa Melayu standard. Ini boleh menyebabkan salah faham dan kesukaran dalam berinteraksi dengan masyarakat luar serta dalam mendapatkan perkhidmatan seperti kesihatan atau pendidikan.

2.Ketidakseimbangan Budaya dan Sosial

Nilai dan norma budaya mereka sering tidak difahami oleh masyarakat arus perdana, menyebabkan mereka dikategorikan sebagai “asing” atau “terpencil”. Akibatnya, mereka mungkin merasa tidak diterima dan sukar membina hubungan sosial yang bermakna di luar komuniti sendiri.

AKTIVITI 2

a) Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

1.Berikan pengesahan emosi tanpa menghakimi, seperti:

“Saya faham situasi ini mungkin buat awak rasa tertekan. Mari kita cari jalan penyelesaian bersama.”

2.Elakkan provokasi atau membalas secara emosional, dan gunakan ayat pendek dan jelas.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

1.Kekalkan postur tubuh yang terbuka tetapi berhati-hati iaitu tidak mendekati terlalu rapat, tetapi tidak menunjukkan ketakutan dan elakkan sentuhan fizikal. Pergerakan tangan dan badan juga perlu dikawal agar tidak dilihat mengancam atau defensif.

2.Gunakan ekspresi wajah yang neutral dan empatik, bukan menunjukkan rasa marah, terkejut atau takut secara berlebihan.

NURUL RABIYATUL ADAWIYAH BINTI ABD MANAF (A203981)

Aktiviti 1

1) Remaja yang berisiko

Cabaran kemahiran komunikasi yang terhad:

Remaja yang berisiko kurang mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif dalam berkomunikasi seperti mendengar secara aktif atau menyampaikan sesuatu maklumat. Hal ini boleh terjadi disebabkan remaja yang berisiko memiliki tahap pendidikan yang tidak begitu sempurna dan persekitaran yang kurang baik. Komunikasi yang tidak efektif akan mengakibatkan salah faham di antara pelbagai pihak dan kurangnnya pergaulan sosial di dalam masyarakat.

Cabaran stigma dalam masyarakat:

Remaja yang berisiko mula disisihkan oleh masyarakat atas perilaku yang dilakukan. Hal ini telah mengakibatkan remaja mula mengasingkan diri dan tidak berinteraksi dalam kalangan masyarakat kerana sudah hilang kepercayaan dan dijauhi oleh orang lain. Dalam keadaan ini remaja sukar untuk berkomunikasi dan memulakan interaksi sosial kerana berkemungkinan akan disisihkan lagi.

2) Bekas banduan/ pengguna dadah

Cabaran stigma dan diskriminasi:

Bekas banduan sering dilabel oleh masyarakat atas kesalahan yang telah dilakukan dan diberikan stigma yang negatif. Ini mengakibatkan bekas banduan sukar untuk berkomunikasi secara terbuka kerana bimbang akan berlakunya penolakan atau menjauhkan diri darinya.

Cabaran membina hubungan sosial:

Bekas banduan yang sudah berada lama di dalam penjara memiliki cabaran dalam membina hubungan sosial setelah keluar dari penjara akibat perubahan yang berlaku. Hal ini mengakibatkan mereka perlu memulakan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat untuk memulakan kehidupan baharu seperti mencari pekerjaan tetapi tidak mempunyai keyakinan diri dan mengasingkan diri.

Aktiviti 2

Apabila klien menunjukkan emosi tidak terkawal atau kecenderungan agresif, pekerja sosial perlu melakukan reaksi verbal dan bukan verbal yang sesuai seperti:

Reaksi verbal dengan menggunakan nada suara yang tenang dan rendah. Hal ini kerana apabila pekerja sosial menggunakan nada suara yang rendah, iainya mampu meredakan ketegangan dan dan dapat menenangkan klien. Begitu juga dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tidak mengancam klien untuk memberikan jawapan.

Reaksi bukan verbal adalah dengan mengekalkan jarak selamat di antara klien dan pekerja sosial. Hal ini kerana untuk memberikan keselamatan kepada klien dan pekerja sosial sewaktu sesi berlangsung dari sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, pekerja sosial menyesuaikan mimik wajah yang tenang walaupun berada dalam keadaan takut, terkejut ketika sesi berlangsung. Mimik muka yang yang tenang akan memberikan suasana yang lebih baik.

NUR FARAH WAHIDA BINTI MOHAMAD ZAMZURI (A201449)

AKTIVITI 1

1. Warga emas berisiko

-Cabaran yang pertama adalah dari segi pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas disebabkan oleh faktor usia. Perkara ini boleh menjadi punca perselisihan faham dalam komunikasi berlaku kerana mereka sukar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan sama ada secara verbal atau bukan verbal disebabkan oleh keupayaan pendengaran dan penglihatan yang kurang baik.

-Cabaran yang kedua yang dihadapi oleh warga emas ialah apabila berlaku pengasingan sosial. Perkara ini menjadi cabaran untuk golongan ini mempunyai interaksi sosial yang baik terutamanya apabila usia sudah mencapai tahap dimana warga emas tinggal bersendirian. Oleh itu, interaksi sosial warga emas terbatas dan menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan baik bagi meluahkan keperluan yang diperlukan atau perasaan dengan berkesan.

2. Pelarian

-Cabaran pertama bagi golongan pelarian ini untuk berkomunikasi adalah kerana mempunyai perbezaan dari segi bahasa dan budaya. Hal ini kerana sesetengah dari mereka tidak fasih bercakap dalam bahasa Melayu dan mempunyai perbezaan dari segi budaya. Ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan baik dan boleh menimbulkan perselisihan faham dalam komunikasi.

-Cabaran kedua golongan pelarian untuk berinteraksi sosial adalah disebabkan oleh ketakutan dan trauma yang masih dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana perkara ini menyukarkan mereka untuk percaya dengan orang luar terutamanya orang yang baru dikenali. Trauma yang dihadapi seperti peperangan dan penganiayaan menyebabkan mereka mempunyai masalah kepercayaan dan sekaligus menjadi cabaran untuk mereka berkomunikasi dan interaksi sosial.

AKTIVITI 2

1. Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial:

-Pekerja sosial perlu menggunakan nada suara yang tenang dan tidak mengancam banduan. Contohnya, “Saya disini untuk mendengar. Mari kita bertenang dan bincangkan dengan baik.” Pekerja sosial juga perlu mengelakkan daripada menggunakan ayat seperti menuduh banduan dan fokus kepada memahami apa yang disampaikan,

2. Reaksi Bukan Verbal yang sesuai:

-Postur badan pekerja sosial pada ketika itu perlulah postur badan yang terbuka dan pastikan tidak menyilang tangan. Sealain itu, mimik wajah ketika itu juga perlulah mimik wajah yang tenang dan tidak menunjukkan mimik wajah yang sedang takut dan tidak selesa.

SHAIDA MUNA BINRI MOHD FARIDULATRASH (A200810)

AKTIVITI 1:

Dua kumpulan berkepeluan khas dan marginal yang saya pilih adalah kumpulan OKU dan warga emas berisiko. Cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh kumpulan OKU dari sudut komunikasi dan interaksi sosial adalah cabaran dari aspek aksesibiliti kepada medium komunikasi. Misalnya kebanyakan OKU mempunyai mempunyai masalah penglihatan/pendengaran, jadi sukar untuk mereka untuk berkomunikasi secara efektif kerana kurang penggunaan teknologi bantuan kepada mereka seperti bahasa isyarat, Braille, atau alat bantuan pendengaran dalam persekitaran umum dan media. selain itu, mereka juga mungkin menghadapi cabaran diskriminasi terhadap orang kurang upaya. diskriminasi atau stigma masyarakat sekeliling terhadap kumpulan OKU ini sedikit sebanyak telah mengakibatkan mereka menjauhkan diri daripada pergaulan sosial serta peluang untuk melibatkan diri dalam komuniti. perkara ini akan menjejaskan keyakinan diri dan keterlibatan sosial mereka.

Cabaran yang mungkin dihadapi oleh kumpulan warga emas berisiko pula adalah seperti mempunyai jurang generasi dan teknologi. Warga emas sering menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cara komunikasi terkini/moden yang semakin sanggih kian tahun seperti aplikasi mesej atau media sosial. perkara ini akan mengehadkan interaksi mereka dengan orang lain/generasi muda serta membuatkan mereka rasa terasing secara sosial disebabkan jurang sosial tersebut. seterusnya, isolasi dan kurang sokongan sosial juga merupakan salah satu cabaran yang mungkin dihadapi oleh warga emas berisiko. kebanyakan warga emas hidup bersendirian atau kurang dapat perhatian daripada keluarga dan masyarakat. Keadaan ini telah menyukarkan mereka untuk berinteraksi secara sosial dan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan atau kesunyian.

AKTIVITI 2:

a) Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial.

dalam situasi tersebut, pekerja sosial perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. pekerja sosial perlu menunjukkan empati dan tanda hormat kepada klien bekas banduan tersebut dengan menggunakan kata-kata yang menunjukkan pekerja sosial peka, faham akan situasi yang dihadapi oleh klien dan juga tidak menghakimi klien. sebagai contoh, menggunakan ayat seperti "saya faham encik mungkin sedang rasa marah dan tertekan sekarang. itu perasaan yang sah dan bukan sesuatu yang salah untuk dirasai, kita boleh berbincang bersama dengan tenang supaya saya dapat bantu encik." penggunaan ayat ini boleh membuatkan klien tersebut berasa dihargai dan didengari.

selain itu, menawarkan pilihan/ kawalan kepada klien. misalnya dengan memberi atau menawarkan masa untuk klien bertenang dan membiasakan diri dengan keadaan intervensi tersebut. hal ini dapat memberi kawalan kepada klien untuk bertenang dan tidak rasa terancam atau terpaksa. contohnya menggunakan ayat seperti "kalau encik perlukan masa sekejap untuk bertenang, saya boleh beri ruang, atau kita boleh teruskan perbualan dengan perlahan-lahan sahaja asalkan encik selesa dan sudah bersedia."

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial.

reaksi atau komunikasi bukan verbal lebih memberi kesan kepada intervensi daripada reaksi verbal. dalam situasi ini, pekerja sosial perlu menunjukkan yang mereka tenang, prihatin, tidak menghukum terhadap isu klien melalui isyarat bukan verbal. antara reaksi yang sesuai adalah dengan menunjukkan postur badan yang terbuka dan santai. pekerja sosial perlu mengelakkan diri daripada membuat perbuatan menyilang kaki atau tangan di hadapan klien. pekerja sosial perlu duduk dalam posisi terbuka dan bahu yang tenang, tidak menunjukkan rasa bosan/tidak minat kepada isu klien. elak berdiri atau duduk terlalu rapat dengan klien supaya klien selesa untuk melakukan intervensi dengan pekerja sosial.

seterusnya, dari aspek mata dan ekspresi wajah yang memainkan peranan penting semasa berhadapan dengan klien berisiko. pekerja sosial perlu melihat dengan pandangan mata yang lembut dan tidak tajam. perlu menunjukkan ekspresi muka yang neutral dan prihatin, elakkan untuk menujukkan reaksi marah atau gerun terhadap klien dan juga ekspresi mengeluh, kecewa, sinis dan lain-lain yang boleh mengancam perasaan klien tersebut.

JULIA ADRIEANA BINTI AHMAD NOOR AZMAN (A200633)

AKTIVITI 1

Orang Kurang Upaya (OKU) – Masalah Pendengaran (Pekak/Bisu)

Cabaran 1: Kekangan dalam komunikasi verbal

Golongan ini sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi secara verbal dengan masyarakat umum kerana mereka menggunakan bahasa isyarat yang tidak difahami oleh kebanyakan orang. Hal ini menyukarkan mereka untuk menyampaikan keperluan, pendapat atau perasaan, terutamanya dalam situasi rasmi seperti di hospital, tempat kerja atau agensi kerajaan.

Cabaran 2: Pengasingan sosial dan rasa tersisih

Disebabkan kekangan komunikasi, mereka sering dipinggirkan dalam aktiviti sosial atau perbincangan berkumpulan. Ini menyebabkan mereka berasa terasing dan kurang keyakinan untuk bergaul, lalu menjejaskan pembangunan sosial dan emosi mereka.

Komuniti Pelarian

Cabaran 1: Halangan bahasa dan budaya

Kebanyakan pelarian tidak fasih dalam bahasa tempatan seperti Bahasa Melayu atau Inggeris. Perbezaan bahasa ini menjadi penghalang utama dalam komunikasi harian, termasuk untuk mendapatkan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Cabaran 2: Stigma dan diskriminasi masyarakat

Komuniti pelarian sering distereotaip dan dipandang negatif oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap prejudis ini menghalang interaksi sosial yang sihat, menyebabkan mereka tidak diterima dalam komuniti dan seterusnya meningkatkan rasa takut serta tidak selamat dalam menjalani kehidupan seharian.

NUR FATEN BINTI MOHD SAIDI (A200211)

AKTIVITI 1

Kumpulan 1: Remaja Berisiko

Remaja berisiko seringkali menghadapi pelbagai cabaran yang mempengaruhi cara mereka berkomunikasi dan berinteraksi dalam persekitaran sosial.

Cabaran:

a. Keterbatasan Kemahiran Komunikasi Berkesan:

Remaja berisiko mungkin tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang mencukupi atau efektif untuk meluahkan fikiran atau perasaan mereka secara konstruktif dan betul. Ini mungkin berpunca daripada persekitaran yang tidak menyokong perkembangan kemahiran tersebut, seperti kurang pendedahan kepada model komunikasi yang sihat dalam keluarga serta hanya dikelilingi komunikasi negatif. Akibatnya, mereka mungkin cenderung untuk menunjukkan tingkah laku agresif, penarikan diri atau penolakan kepada situasi yang memerlukan komunikasi. Ini  membawa kepada salah faham dalam interaksi mereka sekali gus menyukarkan pembentukan hubungan yang stabil dan positif.

b. Isu Kepercayaan dan Pengasingan Sosial:

Pengalaman seperti pengabaian atau penderaan boleh menyebabkan remaja berisiko membina dinding kepercayaan yang tinggi terhadap orang lain. Mereka mungkin sukar untuk mempercayai niat orang di sekelilingnya dan menyebabkan mereka enggan berkongsi masalah atau perasaan peribadi. Sikap ini boleh mengakibatkan pengasingan sosial, di mana mereka menjauhkan diri daripada aktiviti kumpulan atau sokongan sosial yang penting. Ketiadaan sokongan sosial yang kuat juga boleh memburukkan lagi masalah emosi dan tingkah laku mereka dan  menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan.

Kumpulan 2: Komuniti LGBTQ+

Komuniti LGBTQ+  berhadapan dengan cabaran komunikasi dan interaksi sosial yang unik dan sukar dan sebahagian besarnya berpunca daripada stigma dan diskriminasi.

a. Ketakutan Mendedahkan Identiti (Coming Out) dan Kesukaran Memahami:

Salah satu cabaran utama ialah untuk mendedahkan orientasi seksual atau identiti gender mereka (proses "coming out"). Ketakutan terhadap penolakan daripada keluarga, rakan, atau masyarakat luas boleh menghalang individu daripada berkomunikasi secara terbuka dan jujur mengenai diri mereka yang sebenar. Apabila mereka berani mendedahkan identiti mereka, mereka sering menghadapi cabaran komunikasi apabila masyarakat tidak memahami atau menerima perbezaan ini. Kurangnya pendidikan dan kesedaran mengenai isu-isu LGBTQ+ dalam kalangan masyarakat umum boleh menyebabkan salah faham, pertanyaan yang tidak sensitif, atau tindak balas negatif yang menyukarkan interaksi yang autentik.

b. Diskriminasi dan Kekurangan Jaringan Sokongan Sosial:

Diskriminasi merupakan halangan besar kepada interaksi sosial yang sihat bagi komuniti LGBTQ+. Mereka mungkin mengalami diskriminasi dalam pendidikan, pekerjaan, atau persekitaran sosial yang boleh menjejaskan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi. Contohnya, penghinaan, ejekan, atau pengecualian daripada kumpulan sosial. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka merasa terpinggir dan tertekan. Selain itu, stigma sosial dan kurangnya penerimaan dalam masyarakat boleh menyukarkan mereka untuk membina jaringan sokongan sosial yang kukuh dan dipercayai, menyebabkan mereka merasa terasing dan sendirian dalam menghadapi cabaran

NAMA : SITI NUR SYAZWANI BINTI SHAMSOL KAMAL

NO.MATRIK : A200192

Aktiviti 1 :

a) Remaja berisiko : Antara cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh remaja berisiko untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial ialah remaja tersebut mungkin mempunyai masalah komunikasi yang lemah kerana latar belakang keluarganya atau persekitaran kehidupannya yang negatif lalu remaja tersebut akan berinteraksi secara agresif dalam percakapan dan pasif dalam interaksi sosial. Remaja berisiko juga menghadapi rasa kurang keyakinan diri dan rendah diri untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial kerana mereka mungkin merasa tidak diterima oleh masyarakat disebabkan faktor isu sosial yang mereka alami.

b) Bekas banduan / penagih dadah : Antara cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan atau penagih dadah untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial di mana kumpulan ini menghadapi stigma dan label negatif dari masyarakat. Ini kerana individu yang pernah dipenjarakan atau terlibat dengan penagihan dadah sering kali dilabel sebagai ‘penjenayah’ atau ‘tidak boleh dipercayai’. Stigma ini menyebabkan mereka sukar diterima dalam pergaulan masyarakat dan menghadapi diskriminasi dalam komunikasi harian, termasuk di tempat kerja atau dalam komuniti masyarakat. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah keyakinan diri untuk berinteraksi disebabkan oleh pengalaman silam dan isolasi sosial lalu mereka merasa malu, takut dihakimi dan takut untuk menyuarakan pendapat mereka kerana akan dilabel sebagai tidak layak untuk memberikan pendapat.

Aktiviti 2 :

a) Reaksi verbal yang sesuai untuk dilakukan oleh pekerja sosial adalah dengan mengelakkan bahasa yang menghakimi atau mencabar klien tersebut. Ini bagi mengelakkan klien terus bersikap agresif terhadap pekerja sosial. Selain itu, pekerja sosial perlulah menggunakan nada suara yang tenang untuk meredakan emosi klien.

b) Reaksi bukan verbal yang sesuai digunakan oleh pekerja sosial apabila menghadapi situasi ini ialah dengan membuat ekspresi mata yang tenang dan tidak menghakimi klien. Yang kedua, pekerja sosial perlulah menunjukkan gestur bahasa badan yang tidak mengancam seperti tidak bersilang tangan seperti menghakimi klien dan menjaga jarak fizikal yang sesuai bagi tujuan keselamatan .

NURUL ANISAH BINTI ABD AZIZ(A200423)

AKTIVITI 1

Kumpulan 1 : Golongan OKU (fizikal,mental,sensori)

Golongan OKU dianggap paling mencabar untuk diajak berkomunikasi kerana kekurangan mereka dalam berinteraksi dengan orang lain sering halangan bagi mereka menyampaikan apa yang terbuku dihati mereka.Seperti OKU pendengaran,kedua pihak yang saling berkomunikasi memerlukan Kemahiran yang baik seperti dari pendengar yang memerlukan kesabaran serta kemahiran untuk berinteraksi dengan golongan oku pendengaran ini.Selain itu bagi oku dari segi mental pula memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup baik dalam menguruskan situasi bersama klien yang mempunyai oku mental kerana keadaan kesihatan mental mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.

Cabaran yang kedua ialah stigma dan diskriminasi oleh masyarakat yang sering memandang rendah kepada golongan ini dimana mereka sering tidak diberikan peluang untuk menyampaikan idea atau luahan hati mereka kerana dianggap tidak penting.

Kumpulan 2 : Golongan LGBTQ

Golongan LGBTQ sering berhadapan dengan cabaran stereotaip pandangan yang mengejikan daripada masyarakat yang menganggap mereka ini sangat kotor dan tidak layak untuk bergaul dengan masyarakat.Sikap masyarakat yang sering mengeji dan memandang hina kepada mereka menjadikan golongan ini terpinggir dan tidak mendapat bantuan yang sepatutnya walaupun mereka ingin berubah.

Cabaran yang kedua ialah ketakutan yang melampau dalam diri mereka sering menyebabkan mereka mengasingkan diri mereka dan golongan ini sering menghindarkan diri daripada masyarakat kerana perbuatan masyarakat sendiri yang sering mengeji sehingga membuatkan golongan LGBTQ ini merasa tidak diperlukan dalam dunia ini sama sekali.

AKTIVITI 2

Reaksi Verbal: Sekiranya situasi luar kawalan ini berlaku,pekerja sosial perlu mengawal intonasi suara mereka dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh mengakibatkan klien semakin hilang kawalan.Selain itu,pekerja sosial perlu memastikan agar setiap perkataan yang keluar daripada mulut pekerja sosial adalah berhemah dan memberi galakan positif kepada klien.

Reaksi bukan verbal:Dalam situasi luar kawalan ini pekerja sosial sangat perlu memastikan segala pergerakannya adalah terkawal dan tidak menunjukkan bahawa pekerja sosial dalam keadaan panik dan takut.Sebagai seorang pekerja sosial perlu bersikap professional untuk kekal tenang dan memastikan keadaan disitu adalah selamat.Pekerja sosial jugfa perlu memastikan mimik muka yang tenang dan tidak menghakimi ketika sedang menguruskan klien.

JULIA ADRIEANA BINTI AHMAD NOOR AZMAN (A200633)

AKTIVITI 2

Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Pekerja sosial perlulah menggunakan  nada suara yang tenang dan meyakinkan, contohnya:
“Saya faham perasaan puan/tuan. Mari kita bincang secara perlahan supaya saya boleh bantu.”

Elakkan daripada menggunakan bahasa yang menuduh atau memprovokasi. Gunakan bahasa yang bersifat memberikan sokongan dan empati seperti: “Saya ada di sini untuk mendengar dan membantu, bukan untuk menghakimi.”

Pekerja sosial perlulah sediakan ruang untuk klien meluahkan perasaan secara terkawal, contohnya: “Saya tahu ini sukar. Boleh kita cuba tarik nafas bersama-sama dan berbincang dengan lebih tenang?”

Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Mengekalkan postur badan yang terbuka dan tidak mengancam. Seperti berdiri atau duduk dalam jarak yanv  tetapi tidak terlalu jauh, tanpa menyilangkan tangan.

Pekerja sosial mengekalkan kontak mata yang sesuai bersama klien – cukup untuk menunjukkan perhatian dan rasa hormat, tetapi tidak terlalu tajam hingga menimbulkan rasa terancam.

Mengawal ekspresi wajah – tunjukkan empati dan ketenangan, elakkan mimik wajah yang menunjukkan ketakutan atau kebosanan.

Menggunakan isyarat tubuh yang menyokong – seperti mengangguk perlahan untuk menunjukkan anda mendengar dan memahami.

Aktiviti 1 :

Orang kurang upaya

Cabaran yang pertama adalah kekurangan kesedaran dan latihan dalam kalangan masyarakat. Majoriti masyaraka tidak tahu tentang cara untuk berinteraksi dengan individu OKU secara berhati hati dan tanda hormat. Hal ini dikatakan kerana ianya boleh menyebabkan OKU berasa tidak selesa atau elak daripada berkomunikasi terutama apabila mereka diperlakukan dengan belas kasihan melampau atau ketidakselesaan yang tidak disengajakan.

Selain itu, adalah stigma dan diskriminasi sosial. Masyarakat seringkali mempunyai andaian negatif atau merendahkan keupayaan golongan OKU. Hal ini menyebabkan mereka sering diabaikan dalam perbualan atau tidak dilibatkan secara aktif dalam interaksi sosial dan ianya menjejaskan keyakinan diri dan integrasi sosial mereka.

Remaja berisiko

Kurangnya sokongan sosial dan rasa percaya terhadap orang dewasa terutamanya ibu bapa mereka sendiri. Golongan remaja berisiko ini mungkin mempunyai pengalaman dikhianati atau diabaikan oleh ahli keluarga atau pihak yang terlibat, menjadikan mereka sukar untuk berkomunikasi secara terbuka dan membina hubungan sosial yang positif. Ini menjadikan mereka lebih cenderung mencari sokongan dalam kalangan rakan sebaya yang juga berisiko.

Ketidakupayaan mengurus emosi semasa berkomunikasi. Disebabkan konflik dalaman yang dijadapi oleh golongan remaja seperti ini tekanan keluarga atau trauma ini gagal mengawal emosi secara kerap seperti marah, kecewa atau sedih semasa berinteraksi. Hal ini menyebabkan mereka sukar membina hubungan sosial yang stabil dan sering disalah faham oleh orang sekeliling.

Aktiviti 2 :

a) Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Gunakan nada suara yang tenang dan sopan. Nada suara yang terkawal dapat membantu meredakan ketegangan emosi klien serta menunjukkan rasa hormat dan keprihatinan diri.

Berikan sokongan dengan kata-kata yang memupuk rasa selamat. Ucapan yang meyakinkan dan menyokong ini boleh membantu klien merasa dilindungi dan bersedia untuk berkomunikasi secara lebih terbuka.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Kekalkan jarak yang selamat. Dengan menjaga jarak yang sesuai, kita dapat mengelakkan klien daripada terasa terancam sambil mengekalkan suasana yang selesa dan hormat.

Nada dan irama suara mesra dan terkawal. Pastikan suara tidak tinggi, tidak tergesa-gesa, dan konsisten dengan mesej yang disampaikan.

NUR FATEN BINTI MOHD SAIDI (A200211)

AKTIVITI 2 :

a) Reaksi Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Nada Suara Tenang dan Jelas: Gunakan nada suara yang rendah, tenang dan jelas. Elakkan suara yang tinggi, menjerit atau menunjukkan panik kerana ini boleh meningkatkan lagi ketegangan.

Empati dan Pengesahan Emosi: Akui emosi klien tanpa menghakimi. Contohnya: "Saya faham anda sedang marah/kecewa/tertekan sekarang," atau "Nampaknya ada sesuatu yang sangat mengganggu anda." Ini menunjukkan bahawa anda mendengar dan menghargai perasaan mereka, walaupun anda tidak bersetuju dengan tingkah laku agresif.

Menawarkan Pilihan: Beri klien sedikit kawalan dengan menawarkan pilihan yang terhad dan selamat. Contoh: "Adakah anda mahu berehat sebentar dan kita sambung dalam 5 minit?" atau "Adakah anda ingin duduk atau berdiri sekarang?"

Soalan Terbuka yang Berhati-hati (Selepas Ketenangan): Apabila keadaan mula tenang sedikit, boleh ajukan soalan terbuka yang bertujuan untuk memahami punca kemarahan tanpa mengapi-apikannya. Contoh: "Bolehkah anda ceritakan apa yang membuatkan anda rasa begini?" atau "Apa yang paling anda perlukan daripada saya sekarang?" Namun, keutamaan awal adalah menstabilkan situasi.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai untuk Pekerja Sosial:

Kekalkan Jarak Fizikal yang Selamat: Pastikan ada ruang yang mencukupi antara anda dan klien. Jarak ini dikenali sebagai "jarak keselamatan" yang secara amnya, berikan ruang yang selesa dan tidak mengancam.

Postur Badan Terbuka dan Tenang: Kekalkan postur badan yang terbuka (tidak bersilang tangan) dan condong sedikit ke hadapan (menunjukkan perhatian).

Hubungan Mata yang Sesuai: Kekalkan hubungan mata secara konsisten tetapi tidak merenung atau mengancam. Ini menunjukkan bahawa anda prihatin dan fokus, tetapi juga mengelakkan sebarang salah tafsir sebagai cabaran.

Ekspresi Wajah yang Neutral dan Tenang: Pastikan ekspresi wajah anda tenang dan neutral, tidak menunjukkan ketakutan, kemarahan, atau penghakiman. Senyuman yang tidak kena pada tempatnya juga boleh disalah tafsir.

Kedua-dua reaksi verbal dan bukan verbal ini berfungsi untuk mewujudkan persekitaran yang terkawal dan selamat, serta menunjukkan profesionalisme dan keprihatinan pekerja sosial dalam mengendalikan situasi krisis.

FARIS BIN MUHAMAD (A205656)

AKTIVITI 1

OKU - Ramai OKU (seperti individu dengan masalah pendengaran, penglihatan, atau pertuturan) dan warga emas menghadapi kesukaran dalam menggunakan medium komunikasi moden seperti telefon pintar, aplikasi sosial, atau teknologi digital. Kekurangan akses kepada peranti yang mesra OKU, atau ketidakupayaan memahami teknologi, boleh menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, penjaga, atau masyarakat sekeliling.

WARGA EMAS BERISIKO - Warga emas berisiko dan OKU sering terpinggir daripada aktiviti sosial kerana persepsi negatif, diskriminasi, atau kekurangan sokongan daripada masyarakat. Mereka mungkin dianggap sebagai beban atau tidak mampu menyumbang, yang menyebabkan mereka merasa rendah diri dan menarik diri daripada pergaulan. Ini boleh memburukkan lagi kesunyian, kemurungan, dan menjejaskan kesejahteraan emosi mereka.

AKTIVITI 2

a) Reaksi Verbal yang Sesuai:

Pekerja sosial perlu menggunakan nada suara yang tenang dan bersifat menenangkan. Contohnya, "Saya faham perasaan encik. Kita boleh bincang secara perlahan-lahan." Pekerja sosial juga perlu menggunakan bahasa empati dan tidak menghakimi bagi menunjukkan sokongan kepada klien.

b) Reaksi Bukan Verbal yang Sesuai:

Pekerja sosial perlu mengekalkan postur badan yang tenang dan tidak mengancam. Kontak mata dibuat secara sopan bagi menunjukkan perhatian. Jarak fizikal yang selamat dikekalkan bagi memastikan keselamatan kedua-dua pihak, manakala pergerakan dilakukan secara perlahan untuk meredakan situasi.

MUHAMAD KHAIRIL AMIR BIN SAMSOR (A201787)

AKTIVITI 1

Kumpulan Berkeperluan Khas dan Marginal yang pertama ialah warga emas berisiko. Cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh kumpulan ini dari sudut komunikasi dan interaksi sosial ialah kemerosotan daya ingatan dan persepsi. Hal ini dikatakan demikian kerana kumpulan ini mengalami kesukaran untuk memahami maklumat yang kompleks atau arahan lisan lalu menyebabkan mesej yang disampaikan oleh pekerja sosial mudah disalah tafsir. Cabaran seterusnya ialah isolasi sosial. Dalam konteks ini, warga emas mungkin berasa sunyi dan tidak difahami oleh golongan muda lalu menyebabkan interaksi menjadi terbatas dan tidak mesra.

Kumpulan Berkeperluan Khas dan Marginal yang kedua ialah remaja yang berisiko. Cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh kumpulan ini ialah ketidakpercayaan terhadap pihak berautoriti. Dalam hal ini, remaja sering melihat pekerja sosial sebagai sebahagian sistem yang mengawal mereka dan bukan memahami mereka. Cabaran yang kedua ialah cara ekspresi emosi yang tidak matang. Hal ini kerana remaja berisiko amat sukar meluahkan perasaan dengan cara yang sesuai secara verbal dan lebih cenderung kepada kelakuan agresif atau pasif-agresif.

AKTIVITI 2

Reaksi verbal yang sesuai untuk pekerja sosial ialah berkata seperti, “Saya faham awak sedang marah dan kecewa. Mari kita cuba bincang perkara ini bersama dengan tenang.” Dalam hal ini, pekerja sosial perlu gunakan nada suara yang tenang dan tidak mengancam serta elakkan nada mengarah atau menuduh. Kemudian, ulang dan sahkan perasaan klien contohnya seperti, “Awak rasa dikhianati dan itu sangat menyakitkan. Saya di sini untuk bantu, bukan untuk menghakimi.”

Reaksi bukan verbal yang sesuai untuk pekerja sosial ialah menjaga postur badan terbuka dan tenang serta elakkan menyilang tangan atau berdiri terlalu dekat. Selain itu, ekspresi wajah perlu bersifat empatik, tidak sinis atau marah. Tambahan, nada suara juga perlu perlahan, stabil dan tidak mengugut.

MUHAMMAD UWAIS BIN MOHD NAZIR

A192382

MOHAMAD AMIRUL HAIQAL BIN RAMLI (A200838)

Aktiviti 1

1.      OKU

Cabaran 1: komunikasi

Bagi OKU yang mempunyai masalah pendegaran dan penglihatan amat sukar untuk seseorang individu itu berinteraksi dengannya serta penyampaian maklumat juga amat sukar untuk disampaikan.

Cabaran 2: stigma dan stereotaip

Stigma negative daripada Masyarakat menyebabkan mereka merasa tersisih dan diktepikan dan merasakan diri mereka tidak dihargai.

2.      Warga emas

Cabaran 1: keupayaan kognitif

Kebanyakan warga emas ini mempunyai daya ingatan yang lemah kerana dimakan usia menyebabkan mereka sukar untuk mengingat, bertutur dan mendengar.

Cabaan 2: jurang umur

Ia akan menyukarkan warga emas berhubung dengan orang yang lebih muda kerana warga emas kebanyakkan bercakap secara perlahan dan formal manakala golongan muda bercakap secara lebih moden dan ada sedikit Bahasa slanga.

Aktiviti  2

Reaksi verbal: beri peluang kepada klien untuk meluahkan perasaannya lebih-lebih lagi perasaan yang menganggu dirinya. Cuba membantu klien dengan mencari cara supaya klien keluar daripada kesedihan yang dihadapinya.

Reaksi bukan verbal: kekalkan postur dan muka yang tenang  bagi membuatkan klien merasa diri mereka dalam keadaan yang selamat dan tenang. Menundukkan sedikit kepala sebagai tanda mendengar dan hormat.

NUR ADLINA BINTI MOHD NAZRI (A202450)

SOALAN 1:

kumpulan yang saya pilih GOLONGAN LGBTQ+ dan GELANDANGAN / PELARIAN

GOLONGAN LGBTQ+

takut diskriminasi atau dihukum kerana ramai individu LGBTQ yang sembunyikan "identiti sebenar" mereka kerana risau tidak diterima, ditolak, dihina atau mengalami keganasan menyebabkan mereka sukar berkomunikasi secara terbuka.

Kurang penerimaan dalam institusi sosial kerana mereka mungkin mengalami penolakan dalam keluarga, sekolah, tempat kerja atau institusi agama, yang menyekat peluang interaksi sosial sihat dan sokongan emosi.

GELANDANGAN / PELARIAN

Stigma dan diskriminasi sosial kerana mereka sering dianggap sebagai beban dan sampah masyarakat serta dipandang rendah, menyebabkan mereka sukar berinteraksi secara terbuka atau diterima dalam persekitaran sosial.

Kekangan bahasa dan kurang kemahiran komunikasi kerana pelarian, mereka mungkin tidak fasih dalam bahasa tempatan, menjadikan komunikasi dengan pihak berkuasa, penyedia perkhidmatan, atau komuniti setempat menjadi sukar.

SOALAN 2

REAKSI VERBAL

Nada suara tenang dan jelas: “Saya faham ini mungkin sukar untuk awak. Boleh kita bertenang dan bincang satu per satu?”

Gunakan ayat empati dan tidak menghakimi: “Saya dengar awak marah, dan itu sesuatu yang saya ambil serius. Saya di sini untuk bantu, bukan untuk menghakimi.”

Tetapkan sempadan dengan tegas tapi sopan: “Saya perlukan kita saling hormat dalam perbualan ini supaya kita boleh teruskan sesi dengan selamat.”

REAKSI NON VERBAL

Bahasa tubuh terbuka dan tidak mengancam: Duduk dalam posisi yang tidak menonjolkan kuasa, tidak berdiri terlalu dekat atau bersilang tangan.

eye contact yang sesuai: Kekalkan kontak mata secara sopan tetapi tidak mencabar klien.

Gerakan menenangkan: Anggukan kecil untuk menunjukkan kefahaman dan kesediaan mendengar.

NUR WASSINI BINTI HUZAIRI (A202149)

1) Reaksi Verbal

Nada suara yang lembut, tenang dan terkawal

Menguruskan emosi klien dengan pengguna kata-kata yang sesuai

Tidak melakukan tindakan yang menyebabkan klien berasa lebih tertekan

2) Reaksi Non- Verbal

Ekspresi muka tenang

Tidak membuat reaksi yang 'menghakimi'

Melakukan tindakan yang bersesuaian dengan keadaan klien