Benarkah pembinaan BBM hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja? by HALIMAH JAMIL / EDUC

Persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa bbm ini hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pada pendapat saya, BBM bantu mengajar juga perlu dibina oleh guru-guru berpengalaman kerana BBM ini sangat membantu untuk meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran. Guru pelatih yang hadir untuk menimba pengalaman semasa latihan mengajar akan mengharapkan bantuan dan bimbingan daripada guru pembimbing yang jauh lebih arif tentang pengajaran kepada murid. Sekiranya guru berpengalaman tidak mempunyai kemahiran membina BBM, maka guru pelatih akan mengikut tindakan guru pembimbingnya.

Selain itu, pengalaman mengajar yang lalu bukanlah alasan bagi seseorang guru berpengalaman untuk tidak membina BBM. Hal ini kerana setiap guru perlulah memenuhi hasrat KPM yang menggalakkan penggunaan BBM dalam sesi PdPc guru. Guru perlulah hidup dengan peredaran zaman.

Pada pendapat saya, pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bukan hanya dilakukan oleh guru pelatih sahaja. Persepsi ini mungkin timbul kerana guru pelatih sering dikehendaki menyediakan BBM semasa menjalani latihan praktikum sebagai bukti usaha dan kreativiti mereka. Namun begitu, BBM sebenarnya perlu dibangunkan oleh semua guru tanpa mengira tahap pengalaman kerana ia memainkan peranan penting dalam menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik minat murid. Untuk mengubah persepsi ini, pihak sekolah dan masyarakat perlu melihat bahawa pembinaan BBM bukan sekadar tugasan latihan, tetapi satu keperluan dalam proses pendidikan. Guru berpengalaman juga perlu digalakkan untuk terus menghasilkan dan menggunakan BBM melalui sokongan pentadbiran, latihan berterusan, serta pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam bilik darjah. Dengan cara ini, masyarakat dapat memahami bahawa penyediaan BBM ialah tanggungjawab profesional semua guru, bukan hanya guru pelatih semata-mata.

Pada pandangan saya, Bahan Bantu Mengajar sepatutnya menjadi tanggungjawab semua pendidik, bukan hanya guru pelatih. Guru tetap dan berpengalaman juga seharusnya terlibat aktif dalam pembinaan Bahan Bantu Mengajar, kerana mereka memiliki pengetahuan dan pengalaman mendalam terhadap keperluan murid dan pendekatan pedagogi yang sesuai. Persepsi ini perlu diubah kerana, semua guru harus didorong untuk membina Bahan Bantu Mengajar sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan memenuhi keperluan pelajar yang berbeza. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengubah persepsi tersebut ialah melalui galakkan perkongsian hasil Bahan Bantu Mengajar di platform seperti media sosial sekolah, Google Classroom atau dalam komuniti guru secara atas talian.

Saya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Sebenarnya, setiap guru bertanggungjawab menyediakan BBM yang sesuai dengan tahap murid dan objektif pembelajaran. BBM sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ini dapat menarik minat murid untuk belajar serta memudahkan murid-murid untuk memahami setiap isi pelajaran yang mereka pelajari pada hari tersebut.

Sebagai contoh, guru berpengalaman biasanya akan membina BBM berdasarkan pengalaman mereka mengajar murid yang berbeza tahap manakala guru pelatih mungkin lebih cenderung menggunakan BBM digital dan interaktif yang terkini. Ini menunjukkan bahawa kedua-duanya berperanan dalam membina BBM yang efektif.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa BBM bukan hanya tanggungjawab guru pelatih, tetapi semua guru perlu membina dan menggunakan BBM demi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

BENARKAH PEMBINAAN BBM HANYA DISEDIAKAN OLEH GURU PELATIH SAHAJA?

TIDAK BENAR. Pemikiran stereotaip seperti ini perlu disangkal.

Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bukanlah tanggungjawab segelintir pihak sahaja, sebaliknya merupakan peranan semua pendidik.

BBM memainkan peranan penting bukan sahaja dalam meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), malah secara tidak langsung mengasah nilai kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru. Perkara ini juga sejajar dengan prinsip Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang menekankan pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan berpaksikan murid.

Tambahan pula, BBM merangkumi pelbagai bentuk sama ada berbentuk fizikal (maujud) seperti kad imbas, model atau poster, mahupun secara digital seperti slaid interaktif, video pembelajaran dan aplikasi pendidikan. Justeru itu, tanggungjawab membina BBM perlu dilihat sebagai satu usaha profesional yang menyumbang kepada kemenjadian murid dan peningkatan kualiti pendidikan secara holistik

Saya berpendapat bahawa persepsi ini tidak sepenuhnya tepat, Hakikatnya, pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah tanggungjawab semua guru, bukan hanya guru pelatih. Namun begitu, Sebenarnya, bukan guru pelatih sahaja yang bina BBM. Semua guru menghasilkan BBM, cuma mungkin tidak sebanyak guru pelatih. Ini kerana guru pelatih biasanya ada masa khas dan tugasan yang memang fokus kepada penghasilan BBM, jadi hasil mereka nampak lebih menonjol dan pelbagai. Manakala guru tetap pula ada banyak komitmen lain seperti uruskan pentadbiran, data murid, pengurusan kelas, dan sebagainya. Tapi itu tak bermaksud mereka tak buat BBM, mereka tetap hasilkan, cuma dalam skala dan masa yang berbeza.

Bagi mengatasi perkara ini, pihak berkepentingan boleh wujudkan sokongan dan insentif untuk guru menghasilkan BBM dan mengetengahkan BBM tersebut di platform yang membolehkan masyarakat nampak peranan dan hasil kerja guru-guru ini.

Pada pandangan saya, penggunaan bahan bantu mengajar sangatlah penting bagi menarik minat murid untuk belajar. Kita sebagai guru haruslah sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik untuk memastikan murid hadir ke sekolah. Penggunaan BBM sebegini amat membantu kerana murid dapat belajar dengan lebih bersemangat dan ceria. Kehadiran murid ke sekolah itu menjadi keutamaan, barulah proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku di dalam kelas.

Pada pendapat saya, pembinaan BBM tidak hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja.  Seorang guru yang cemerlang akan berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik pada pengajaran di dalam kelas. Sekiranya kita sering melihat di media massa, di dinding akhbar kita akan nampak bahawa rata-ratanya cikgu yang sudah lama mengajarlah memenangi anugerah berkaitan cara pengajaran kreatif sama ada peringkat sekolah atau lebih tinggi. Hal ini jelas membuktikan bahawa bukan sahaja cikgu pelatih sahaja yang menyediakan BBM sebaliknya, cikgu sedia ada juga berkorban masa dan tenaga menghasilkan BBM untuk pengajaran di dalam kelas. Saya tidak menafikan sepenuhnya isu di atas, namun perkara tersebut perlulah dinilai berdasarkan sifat individu itu sendiri bukannya dengan memukul rata semua guru yang lain.

Pada pendapat saya, penyediaan BBM lebih banyak dilakukan oleh guru pelatih kerana guru pelatih memang mempunyai kursus khas untuk membangunkan dan menginovasi bahan bantu mengajar (BBM) tetapi itu tidak bermakna guru di sekolah tidak atau jarang menghasilkan BBM. Sebaliknya, merekalah lebih mengetahui akan BBM yang lebih sesuai dengan keperluan murid mereka. Tambahan lagi, BBM ini pada perspektif saya tidaklah perlu sentiasa gah, lebih dari cukup jika ia mampu memberikan pembelajaran yang berkesan buat murid ketika proses PdP berlangsung. Justeru itu, langkah untuk mengubah persepsi ini adalah dengan cara guru sendiri mengambil tanggungjawab untuk mendedahkan penggunaan BBM di sekolah melalui platform media massa yang ada seperti Facebook, Tiktok, surat khabar dan seumpamanya. Kesannya, masyarakat tidak lagi beranggapan bahawa guru di sekolah tidak menggunakan BBM secara maksimum dan boleh mengubah kepada persepsi lain yang lebih positif dalam kalangan masyarakat.

Pada pandangan peribadi saya, adalah tidak benar bahawa pembinaan BBM hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja. Ia sebenarnya tanggungjawab semua guru, termasuk guru berpengalaman, untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan bermakna. Persepsi ini mungkin timbul kerana guru pelatih sering menghasilkan BBM sebagai sebahagian daripada tugasan atau latihan praktikum mereka, sedangkan guru berpengalaman juga aktif menghasilkan BBM tetapi kurang mendapat perhatian.

Untuk mengubah pandangan ini, usaha seperti mempamerkan contoh BBM daripada guru berpengalaman, menganjurkan bengkel bersama guru pelatih, serta memberi penghargaan kepada guru yang aktif menghasilkan bahan pengajaran perlu dilakukan, agar dapat memupuk kesedaran bahawa pembinaan BBM ialah usaha bersama semua guru. Contohnya seperti Pameran Bahan Bantu Mengajar Bahasa dan Sastera Sekolah Menengah yang telah dianjurkan oleh Kohort Za’ba di bawah seliaan Dr Halimah Jamil.

Pada hemat saya, berlakunya persepsi seperti ini dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh tugas guru di sekolah bukan sahaja mengajar malah banyak tugas-tugas yang diberikan kepada guru menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk membina dan membuat bahan bantu mengajar (BBM). BBM yang dibina dan direka sendiri oleh guru amat bagus kerana BBM yang dibina disesuaikan dengan cara pembelajaran murid dalam bilik darjah. Hal ini membuatkan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, beban guru haruslah dikurangkan untuk guru lebih fokus dan memikirkan BBM yang sesuai dalam kelas yang diajarnya.

Pernyataan bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya digunakan oleh guru pelatih adalah tidak tepat kerana ia bukan merupakan tanggungjawab guru pelatih semata-mata. Sebaliknya, penyediaan BBM merupakan satu keperluan profesional yang perlu diteruskan oleh semua guru, termasuk guru tetap, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

BBM berfungsi sebagai alat sokongan yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat murid. Dalam era pendidikan abad ke-21, guru digalakkan untuk mereka bentuk BBM yang bersesuaian dengan tahap dan keperluan murid, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital.

Tambahan pula, keperluan penyediaan BBM telah dinyatakan secara jelas dalam dokumen kurikulum dan panduan pengajaran seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), yang menekankan kepentingan persediaan yang rapi serta penggunaan bahan yang pelbagai dan relevan.

Walaupun terdapat segelintir guru tetap yang mungkin tidak lagi menghasilkan BBM atas pelbagai faktor seperti kekangan masa atau beban tugas, hal ini tidak seharusnya dijadikan norma atau alasan untuk mengabaikan kepentingannya. Sebagai seorang pendidik profesional, penyediaan BBM yang berkualiti melambangkan komitmen guru terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pandangan tentang Persepsi Masyarakat: “BBM hanya dibina oleh guru pelatih sahaja”

Persepsi bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya dibina oleh guru pelatih merupakan tanggapan yang tidak tepat dan kurang adil kepada guru berpengalaman. Sebenarnya, pembinaan BBM adalah tanggungjawab semua guru sebagai sebahagian daripada amalan pedagogi yang berterusan.

Persepsi ini timbul kerana guru pelatih diwajibkan menghasilkan BBM semasa praktikum dan sering mempamerkannya di sekolah serta di media sosial. Sebaliknya, guru berpengalaman jarang menonjolkan hasil mereka kerana kesibukan dengan PdP, pentaksiran dan tugasan lain. Namun hakikatnya, ramai guru berpengalaman juga membina BBM seperti modul digital, lembaran kerja dan video pembelajaran.

Untuk mengubah persepsi ini, sekolah perlu menggalakkan perkongsian BBM melalui platform seperti PLC, laman web sekolah atau pameran. Kolaborasi antara guru pelatih dan guru berpengalaman juga dapat memperkasa pembangunan BBM serta memupuk budaya profesional yang lebih aktif.

Kesimpulannya, semua guru tanpa mengira tahap pengalaman berperanan dalam membina BBM yang berkesan. Persepsi masyarakat harus diperbetulkan agar usaha dan sumbangan guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran lebih dihargai.

Pada pendapat saya, tanggapan ini adalah tidak wajar kerana semua guru sepatutnya ingin dan perlu memberikan yang terbaik untuk murid-murid tidak kira guru baharu mahupun yang telah lama berkhidmat. Dengan adanya bahan bantu mengajar (BBM) ini maka ia dapat mengubah cara pembelajaran daripada bersifat tradisional kepada yang lebih interaktif. Murid-murid akan terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan dan menyeronokkan. BBM ini juga memberikan kelebihan kepada murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza seperti visual, auditori, atau kinestetik. Cara mengubah persepsi ini ialah guru baharu ini boleh memberikan kesedaran dengan menyediakan pelbagai bahan BBM yang berkualiti dan menarik dan menggunakannya seterusnya melihat perkembangan murid-murid di dalam kelas.

Pada pandangan saya, persepsi ini tidak benar.

Pandangan bahawa pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja adalah satu persepsi yang kurang tepat. Sebenarnya, BBM merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dibangunkan oleh semua golongan pendidik tidak kira sama ada guru pelatih, guru baharu, mahupun guru berpengalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang aktif membina BBM menunjukkan sikap profesional, kreatif, dan komited terhadap PdP. Hal ini dapat meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cara untuk mengubah persepsi ini ialah dengan menganjurkan pameran bahan bantu mengajar dan mengadakan bengkel inovasi BBM untuk semua guru di semua peringkat agar kesedaran pentingnya BBM terhadap proses PdP itu dapat ditingkatkan. Guru yang kreatif dan berpengalaman juga boleh berkongsi idea-idea menarik di platform media sosial agar dapat merangsang guru-guru lain juga untuk membuat BBM yang kreatif dan menarik.

Persepsi masyarakat berkenaan penyediaan BBM hanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja mungkin disebabkan hasil pengalaman murid-murid atau anak-anak mereka sendiri. Mereka melihat bahawa BBM tidak selalu digunakan dalam sesi pengajaran di sekolah dan jika digunakan pun hanya terhad pada guru-guru baharu atau guru praktikal sahaja. Selain itu, persepsi sebegini wujud mungkin kerana masyarakat menganggap bahawa guru tidak mungkin sanggup untuk menyediakan BBM yang jelas memerlukan usaha atau pengorbanan masa, tenaga atau wang ringgit untuk menyediakannya.

Seterusnya bagi cara mengubah persepsi ini pula, bagi saya guru tidak kira guru pelatih atau guru tetap perlu lebih semangat untuk terus menjana idea dalam menghasilkan dan mengaplikasikan apa saja bentuk BBM dengan tujuan memberi kefahaman input pembelajaran yang sebaiknya kepada pelajar. Hasil daripada usaha ini, murid-murid akan berpeluang mengalami dengan lebih kerap lagi penggunaan BBM dalam sesi pembelajaran dan berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan, ibu bapa ataupun ahli keluarga yang lain. Murid juga sekaligus dapat memahami input pembelajaran dengan lebih berkesan hasil daripada penggunaan BBM tersebut. Perkara ini pasti mampu mengubah persepsi masyarakat tentang penyediaan dan penggunaan BBM dalam sesi pembelajaran.

Persepsi bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya disediakan oleh guru pelatih adalah tidak tepat kerana sebenarnya pembinaan BBM merupakan tanggungjawab semua guru tanpa mengira tahap pengalaman. Persepsi ini mungkin wujud kerana guru pelatih sering diberi tugasan menghasilkan BBM secara formal dalam latihan mereka, manakala guru berpengalaman kurang menonjolkan hasil BBM mereka kepada umum. Hakikatnya, ramai guru tetap juga membina BBM tetapi tidak berkongsi atau mempamerkannya. Untuk mengubah tanggapan ini, perlu ada usaha memperkasakan guru dengan sokongan masa, latihan dan pengiktirafan, selain menggalakkan perkongsian amalan terbaik serta penggunaan platform digital agar masyarakat lebih sedar bahawa semua guru aktif dan kreatif dalam menyediakan BBM bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat pagi Dr. 💕

Saya Batrisyia Hassan (223158), Dari kumpulan memperkeduk legasi. Saya ingin menjawab persoalan bagi persoalan benarkah  pembinaan BBM hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja.

Pada pandangan saya, Setiap guru mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran tersendiri dan unik antara satu dan yang lain. Setiap guru juga bertanggungjawab dalam memastikan proses pengajaran menarik dan mampu mewujudkan interaksi dan pemahaman dalam kalangan murid.

Dalam usaha memastikan proses pengajaran yang menarik, penggunaan BBM adalah amat penting Dan signifikan bagi pelajar. Penggunaan BBM juga sepatutnya memudahkan tugasan guru dalam menyampaikan ilmu.

Oleh hal yang demikian, tidak benar jika BBM hanya disediakan guru pelatih sahaja kerana semua guru perlu menggunakan BBM bagi mencapai tahap pembelajaran yang interaktif dan menyeluruh.

Pembangunan BBM bukan hanta disediakan oleh guru pelatih sahaja. Sebenarnya, semua guru termasuk guru pakar, guru pelatih mahupun guru tetap perlu berperanan dalam pembinaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pembinaan BBM ini sebahagian daripada perancangan PdP mereka. Tambahan itu, BBM mampu meningkatkan proses PdP menjadi lebih menarik dan berkesan.

Di samping itu, untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa penyediaan BBM bukan hanya perlu dibangunkan oleh guru pelatih adalah dengan mengadakan pameran atau festival BBM sekolah. Sebagai contoh, menjadikan aktiviti seperti Hari Inovasi PdPC, Pameran BBM atau Karnival Kreativiti Guru sebagai acara tahunan di sekolah. Perkara ini mampu memberi pendedahan luas kepada ibubapa dan komuniti tentang usaha para guru dalam meningkatkan keberkesanan proses Pdp.

Pada pendapat saya, saya menolak persepsi tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, seiring dengan pemodenan teknologi dan perkembangan sistem pendidikan di negara Malaysia, guru seharusnya berusaha untuk menyampaikan ilmu dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovasi yang menggabungjalinkan semua kemahiran berbahasa. 📚

Tambahan lagi, saya tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang memandang BBM ini hanya perlu dilakukan oleh guru pelatih sahaja. Hal ini disebabkan oleh tugas guru sudah semestinya bukan mudah. Ada onak dan durinya. Oleh itu, semua lapisan guru tidak kira yang dah lama atau masih baharu dalam dunia pendidikan perlulah berusaha bagi mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. 💯

Antara cara yang saya boleh cadangkan bagi mengubah persepsi ini dengan memperbanyakkan lagi pendedahan kepada guru berkaitan kelebihan dan daya tarikan yang mantap hasil daripada BBM.

Sekian, terima kasih.❤️

Terima kasih Dr. Halimah🌟

Nur Ameera binti Adam

224637

Tidak benar bahawa pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja. Persepsi ini mungkin timbul kerana guru pelatih sering ditugaskan untuk membina BBM sebagai sebahagian daripada latihan praktikum mereka. Namun hakikatnya, penyediaan BBM merupakan tanggungjawab semua pendidik termasuk guru tetap. Baru-baru ini, terdapat satu komen dalam ruangan tiktok Za’ba yang menarik perhatian saya di mana seseorang itu berkata bahawa nanti dah jadi cikgu betul di sekolah sudah tiada dah penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah. Percayalah. Pemikiran ini sungguh mengarut kerana bagi saya bbm ini lah yang memberi kita peluang untuk mengajar murid dengan lebih senang dan mencapai objektif pengajaran kita. Di universiti, kami sebagai mahasiswa bachelor pendidikan bahasa melayu dengan kepujian memang didedahkan untuk belajar dan menggunakan bbm semasa mengajar kerana ia dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat pelajar. Bbm yang dihasilkan tidak semestinya melebihi kos, kertas bersaiz A4 yang mengandungi isi pengajaran juga dipanggil sebagai bbm. Menjadi seorang guru itu mungkin nampak mudah tetapi yang paling mahal itu ialah usaha dan kesungguhan untuk kita menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Untuk mengubah persepsi ini, pihak sekolah dan pentadbiran perlu memberi penekanan terhadap penggunaan BBM oleh semua guru, bukan hanya pelatih. Bengkel pembinaan BBM secara berkala boleh dianjurkan untuk guru-guru berpengalaman agar mereka juga sentiasa kreatif dan inovatif dalam pengajaran. Selain itu, perkongsian BBM melalui komuniti guru seperti Telegram, Padlet, dan Google Drive dapat menggalakkan kolaborasi antara guru pelatih dan guru tetap. Dengan cara ini, masyarakat akan melihat bahawa BBM adalah hasil usaha kolektif guru demi meningkatkan kualiti pendidikan, bukan hanya tugas guru pelatih semata-mata.

Pernyataan tersebut sama sekali tidak benar.

BBM merupakan satu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. BBM digunakan oleh semua guru, bukan hanya guru pelatih, untuk membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah, menarik dan bermakna.

Oleh itu, penggunaan BBM sudah seharusnya digunakan oleh semua guru kerana melalui BBM, guru lebih mudah untuk menjelaskan konsep abstrak, merangsang minat, dan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih konkrit terhadap murid.

Persepsi ini perlu diubah melalui pendekatan yang bersesuaian antaranya seperti budaya perkongsian BBM dalam kalangan guru, pengiktirafan dan penilaian, serta kaedah “role model”.  Melalui perkongsian BBM, semua guru dapat menggunakan dan memanfaatkan sesuatu BBM sewajarnya untuk membantu pemahaman murid di dalam kelas, dan peranan ini bukan melibatkan guru pelatih semata-mata. Pengiktirafan dan penilaian pula dilaksanakan oleh pihak sekolah atau PPD untuk mengiktiraf usaha guru yang aktif dalam menghasilkan BBM. Perkara ini dapat memberikan motivasi bahawa penciptaan BBM adalah nilai profesional yang tinggi dan dihargai. Guru yang aktif dan berbakat dalam mencipta pelbagai BBM boleh dijadikan “role model”, ikon atau penceramah dalam seminar atau kursus pendidikan bagi mengubah persepsi dan mencetuskan motivasi untuk guru-guru terus mencipta BBM yang bersesuaian demi kepentingan murid.

Akhir kata, persepsi bahawa BBM hanya disediakan oleh guru pelatih adalah tidak tepat. Untuk mengubah tanggapan ini, semua pihak yang bertanggungjawab iaitu guru, pentadbir, institusi latihan guru dan komuniti pendidikan perlu bekerjasama dalam memupuk budaya penciptaan BBM secara berterusan sebagai ciri guru profesional yang berkesan dan inovatif.

Bahan bantu mengajar (BBM) ini hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja adalah benar. Hal ini berlaku kerana guru pada masa ini tidak mementingkan penggunaan BBM sebaliknya hanya mengajar menggunakan teori semata-mata. Pada pendapat saya, cara untuk mengubah persepsi masyarat ialah guru perlu membangunkan BBM dan mengaplikasikan dalam kelas supaya dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa guru-guru sangat rajin menggunakan BBM untuk memastikan murid berasa seronok untuk belajar.

Pada pandangan saya, persepsi bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya dibangunkan oleh guru pelatih adalah tidak benar. BBM merupakan alat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru, tidak kira sama ada dalam latihan ataupun telah berkhidmat tetap. BBM bukan sekadar tugasan, tetapi satu usaha kreatif untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan dan menarik. Ramai guru tetap juga menghasilkan BBM yang berkualiti tinggi namun kurang diketengahkan. Maka, penting untuk masyarakat sedar bahawa semua guru tidak kira tahap pengalaman mampu untuk membuat inovasi dalam pendidikan.

Antara faktor persepsi ini berlaku adalah kerana guru tetap sering dibebani pelbagai tanggungjawab lain seperti pengurusan sekolah, pentaksiran dan mesyuarat yang mengurangkan masa mereka untuk membina BBM yang kompleks. Selain itu, sistem sedia ada kurang memberi pengiktirafan secara meluas terhadap hasil kreativiti guru tetap.

Oleh itu, untuk mengubah persepsi masyarakat ini adalah dengan cara pihak sekolah boleh menyediakan platform untuk guru berkongsi inovasi BBM mereka melalui pameran, portal digital, atau bengkel. Guru pelatih dan guru pembimbing juga boleh digalakkan untuk bekerjasama menghasilkan BBM sebagai budaya profesional. Di samping itu, masa dan galakan perlu diberikan kepada guru tetap agar mereka terus aktif mencipta BBM tanpa tekanan pentadbiran yang keterlaluan.

Terima kasih Dr. Halimah ✨

Realitinya kenyataan ini tidak tepat, ramai guru lama  sebenarnya berminat dan berusaha membina BBM, tetapi mereka terikat dengan pelbagai tugasan lain yang menyukarkan dan membataskan perkara tersebut.

Guru hari ini bukan sekadar mengajar. Mereka turut terbeban dengan kerja pengkeranian seperti pengisian data, laporan, dan pelbagai dokumentasi. Selain itu, guru juga terlibat dalam pelbagai program dan majlis seperti Hari Sukan, Hari Guru, majlis perpisahan, dan aktiviti-aktiviti "ad hoc" yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan rapi.

Kita juga tahu bahawa guru memegang pelbagai jawatan dan tanggungjawab dalam panitia, kelab, unit beruniform, dan persatuan pelajar. Ada juga yang perlu keluar menghadiri bengkel, menjadi guru pengiring, atau wakil sekolah ke pelbagai urusan luar. Guru kelas pula berhadapan dengan urusan disiplin murid, komunikasi dengan ibu bapa, dan laporan kelas bulanan.

Semua ini menjadikan masa dan tenaga guru sangat terbatas, dan akhirnya pembinaan BBM terpaksa diketepikan buat sementara waktu.

Ini tidak bermakna guru tidak mahu menyediakan BBM. Sebaliknya, mereka memerlukan sistem sokongan yang lebih baik sama ada melalui pengurusan masa, pengurangan beban tugas bukan pedagogi, atau penggunaan teknologi yang boleh membantu menjimatkan masa.

Sekiranya tanggungjawab guru dapat diurus dengan lebih tersusun, dan peluang kolaborasi seperti perkongsian BBM sesama guru digalakkan, tidak mustahil lebih ramai guru tetap dapat menghasilkan BBM yang berkualiti.

Pada akhirnya,  persepsi bahawa hanya guru pelatih sahaja yang membina BBM perlu diubah dengan memahami situasi sebenar warga pendidik pada hari ini.

Perkara yang dinyatakan sebenarnya tidak benar. Guru mestilah berusaha dan mencari masa untuk membuat BMM untuk kepentingan PdP. Guru tidak perlu membuat BBM yang susah dan mahal, namun guru boleh sahaja membuat BBM yang ringkas tetapi mampu menarik perhatian dan minat murid untuk kelangsungan PdP yang berkesan. Mungkin guru sekarang memikirkan BBM yang gah dan susah untuk dibina namun sebenarnya sebaliknya.BBM perlulah ringkas, mudah dibawa, harga berpatutan dan masa yang sekejap diperuntukkan. Hendak seribu daya, tak hendah seribu dalih.

Persepsi bahawa pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) hanya dilakukan oleh guru pelatih sebenarnya tidak benar dan perlu diperbetulkan. Persepsi ini mungkin timbul kerana dalam latihan perguruan, guru pelatih sering ditekankan untuk menghasilkan BBM sebagai sebahagian daripada tugasan atau pentaksiran mereka bagi memenuhi keperluan kursus universiti. Selain itu, semasa praktikum, guru pelatih lebih dilihat menonjol dalam menyediakan BBM yang pelbagai dan kreatif untuk tujuan penilaian oleh pensyarah atau guru pembimbing. Hal ini berbeza dengan guru tetap yang mungkin dilihat oleh masyarakat lebih menumpukan kepada pengajaran rutin, menyebabkan seolah-olah hanya guru pelatih sahaja yang aktif membina BBM.

Namun begitu, tanggungjawab menyediakan BBM adalah tugas setiap guru tanpa mengira status sama ada guru pelatih atau guru tetap. Sesungguhnya, penyediaan BBM penting untuk menyokong pengajaran berkesan, memudahkan pemahaman murid serta meningkatkan minat dan motivasi mereka. Oleh itu, setiap guru sewajarnya membangunkan BBM yang bersesuaian dengan keperluan murid, perkembangan teknologi dan kurikulum semasa.

Langkah yang boleh dilakukan ialah membudayakan pembangunan BBM agar terus diperkasa di sekolah melalui program seperti bengkel inovasi BBM, pertandingan inovasi BBM dan perkongsian amalan terbaik. Selain itu,, pihak sekolah boleh memanfaatkan teknologi dengan menggalakkan guru tetap menghasilkan BBM digital atau interaktif yang boleh dikongsikan secara meluas. Di samping itu,, masyarakat perlu diberi pendedahan melalui platform media sosial sekolah tentang hasil BBM yang dihasilkan oleh guru berpengalaman, bukan hanya guru pelatih. Oleh itu, penyediaan BBM merupakan tanggungjawab setiap guru dalam arena pendidkan demi kepentingan murid dan keberkesanan pengajaran.

Persepsi bahawa hanya guru pelatih aktif menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) adalah tidak wajar kerana BBM membantu menjadikan pembelajaran lebih menarik. Persepsi ini timbul kerana guru pelatih dinilai secara formal, manakala usaha guru berpengalaman kurang diketengahkan. Masyarakat juga beranggapan guru berpengalaman tidak memerlukan BBM kerana sudah mahir.

Untuk mengubah persepsi ini, sekolah boleh menganjurkan pameran BBM yang melibatkan semua guru, serta menggalakkan perkongsian hasil BBM di media sosial agar usaha guru berpengalaman lebih dikenali.

Tidak benar, pembinaan BBM tidak seharusnya hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana persepsi masyarakat khususnya guru veteran dan berpengalaman menganggap pembinaan BBM hanya dilakukan oleh guru pelatih disebabkan oleh faktor kekangan masa, kurang kemahiran dan kekangan teknologi serta kreativiti untuk menyediakan BBM. Walhal, penyediaan BBM adalah tanggungjawab semua pendidik tanpa mengira tahap pengalaman atau pangkat dalam profesion perguruan. BBM memainkan peranan penting dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik, interaktif dan berkesan. Guru-guru berpengalaman seharusnya menjadi contoh dan pemimpin dalam inovasi bilik darjah dengan berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam menghasilkan BBM yang relevan dan berkualiti tinggi. Masalah ini boleh diatasi dengan bengkel khas penyediaan BBM untuk guru, penyediaan BBM ringkas yang boleh diguna pakai semula untuk topik lain serta menjalin kerjasama antara guru veteran dan pelatih untuk bertukar pandangan dan pengalaman untuk menghasilkan BBM yang sesuai.

Pada pandangan saya, persepsi ini adalah tidak tepat kerana membina bahan bantu mengajar (BBM) adalah tanggungjawab semua guru, bukan hanya guru pelatih. Walaupun guru pelatih sering menghasilkan BBM sebagai sebahagian daripada latihan mereka, guru berpengalaman juga perlu terlibat untuk memastikan pengajaran lebih berkesan. Persepsi ini mungkin berlaku kerana guru berpengalaman terikat dengan banyak tanggungjawab lain dan kurangnya sokongan atau kemudahan di sekolah. Cara untuk mengubah persepsi ini ialah guru-guru seharusnya menjadikan pembinaan BBM adalah tanggungjawab bersama dan memanfaatkan teknologi untuk memudahkan pembinaan BBM. Selain itu, pihak sekolah juga seharusnya memberikan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan BBM yang berkualiti dan menggalakkan kerjasama antara guru pelatih dan guru yang berpengalaman.

Penyediaan BBM sudah semestinya perlu dimulakan daripada penghasilan oleh guru pelatih terlebih dahulu. Hal ini kerana  guru pelatih akan diberi pendedahan dengan lebih mendalam terlebih dahulu berkaitan cara penyediaan, penggabungjalinan kemahiran bahasa dan penyesuaian terhadap pemilihan bahan yang perlu disesuaikan oleh guru kepada murid. Oleh sebab itu, pengalaman yang diperoleh melalui kursus  khususnya Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa dan Sastera merupakan Salah Satu platform terbaik kepada guru pelatih untuk kami memperkembangkan lagi bakat, kemahiran   dan pemikiran yang lebih kreatif untuk menghasilkan BBM yang  menarik, dan bermakna dalam PdP.

Perkongsian melalui media social juga telah memberi peluang kepada guru pelatih untuk berkongsi ilmu dan BBM yang telah dihasilkan  sebagai pemudahcara PdP.

Oleh hal yang demikian, penyediaan BBM yang telah dihasilkan melalui kursus ini sudah tentu telah menjadikan guru pelatih sebagai suntikan inspirasi dan meningkatkan pengalaman baru untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari termasuklah sepanjang penghasilan BBM ini untuk diaplikasikan di lapangan sekolah. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Digital juga telah mendorong kita untuk terus berkembang melahirkan generasi yang celik digital khususnya dalam bidang pendidikan. Oleh sebab itu, penghasilan BBM oleh guru pelatih ini akan diaplikasikan di sekolah dengan menyesuaikan penyediaan BBM selaras dengan penggunaan media digital bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap Dasar Pendidikan Digital.

Hadis sahih riwayat Abu Hurairah.

"Barangsiapa ditanya mengenai suatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya, maka Allah akan mengekangnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat," diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud.

Hadis ini menekankan pentingnya menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menghindari menyembunyikannya. Tegaslah sangat penting perkongsian ilmu walaupun dengan sepotong ayat lebih- lebih lagi sebagai pemudahcara yang lebih berkesan buat semua murid.

Kenyataan ini tidak benar sama sekali.

Pembinaan BBM bukan hanya dilakukan oleh guru pelatih sahaja. Pada hakikatnya pembinaan BBM merupakan tanggungjawab setiap pendidik. Oleh itu, ianya bergantung kepada guru itu sendiri sama ada ingin berusaha untuk membina BBM ataupun mengajar secara konservatif dan tradisional. Namun, persepsi ini wujud disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor adanya persepsi masyarakat bahawa penyediaan BBM biasanya hanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja ialah kerana guru pelatih dikehendaki hasilkan BBM untuk memperoleh markah. Kebiasaannya, guru pelatih perlu menghasilkan BBM sebagai syarat dalam penilaian oleh pensyarah masing-masing. Oleh itu, mereka biasanya menghasilkan BBM yang kreatif dan inovatif untuk digunakan dalam bilik darjah. Kemudian. hasil BBM mereka akan ditayangkan di media sosial. Oleh itu, masyarakat telah melihat guru pelatih lebih aktif dan inovatif dalam membina BBM berbanding guru tetap yang tidak menghebahkan hasil BBM di media sosial.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa guru berpengalaman beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan penggunaan BBM di dalam kelas. Ada sesetengah masyarakat menganggap guru yang telah lama berkhidmat sudah selesa dengan kaedah sedia ada dan tidak lagi bergantung pada BBM seperti guru pelatih.

Persepsi bahawa pembinaan BBM bukan hanya dilakukan oleh guru pelatih sahaja ini perlu diubah, hal ini demikian kerana, BBM ialah bahan yang penting untuk semua guru, bukan hanya pelatih. Penggunaan BBM memberikan banyak manfaat sebagai bahan yang menyokong proses PdP di dalam kelas. Pengajaran akan menjadi lebih menarik, interaktif dan berkesan.

Persepsi ini perlu diubah bagi menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan semua guru. Budaya inovasi akan memeriahkan lagi dunia pendidikan dengan idea yang kreatif dan inovatif. Pertukaran idea sesama guru akan menjadi semakin rancak. Oleh itu, berlakunya penghasilan BBM yang kreatif, inovatif dan berkesan.

Persepsi ini juga boleh diubah melalui pendedahan di media sosial mengenai hasil BBM guru tetap. Pendidik boleh berkongsi hasil BBM guru tetap melalui platform digital, pameran atau pertandingan inovasi. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah menganjurkan bengkel dan pertandingan terbuka untuk semua guru untuk memberi pendedahan dan merangsang kreativiti para guru. Di samping itu, pihak KPM, JPN dan PPD boleh memberi anugerah khas atau sijil penghargaan kepada guru yang menghasilkan BBM kreatif. anugerah seperti ini dapat memberikan penghargaan atas usaha para guru dalam pembinaan BBM

Kesimpulannya, persepsi bahawa pembinaan BBM hanya dilakukan oleh guru pelatih adalah tidak tepat. Hakikatnya, ramai guru tetap juga aktif dan inovatif dalam membangunkan BBM, tetapi kurang diberi perhatian. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengubah persepsi ini melalui pendedahan yang adil, pengiktirafan menyeluruh, dan galakan budaya inovatif dalam kalangan semua warga pendidik, agar nilai profesionalisme guru dapat dihargai sepenuhnya.

Tidak benar. Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) tidak hanya disediakan oleh guru pelatih sahaja. Pembinaan ini juga melibatkan guru yang sudah berpengalaman  dalam mendidik walaupun usia perkhidmatan guru tersebut sudah menjangkaui 20 tahun.

Pada pendapat saya, dalam bidang pendidikan, hanya murid yang berubah akibat peningkatan umur untuk menerima pendidikan yang lebih tinggi dan bersesuaian tetapi tidak kepada guru yang mendidik untuk berubah menjadikan pembelajaran tidak lagi menyeronokkan dan menarik. Mengapa berubah jika kita hanya manusia yang tetap menggalas jasad dan tanggungjawab yang sama.

Persepsi masyarakat yang sering menganggap bahawa guru hanya menyediakan BBM di peringkat guru pelatih berbanding guru yang sudah berpengalaman berlaku akibat masyarakat tidak memahami apa itu BBM. Masyarakat hanya melihat bahawa BBM perlu disediakan sehingga ke peringkat inovasi sedangkan sehelai daun juga dipanggil BBM.

Bagi mengubah persepsi masyarakat, guru mungkin boleh mengambil langkah menerangkan kepada ibu bapa semasa Hari Jaya Waris berkaitan pedagogi yang telah dilakukan oleh guru semasa dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), atau melibatkan ibu bapa untuk menyumbang idea dalam pembentukan satu BBM yang menarik supaya semua ibu bapa berpuas hati.

Kadangkala, manusia tidak mahu sebuah janji, tetapi mereka mahu sebuah bukti.

Sekian, pendapat daripada saya.

Alyani Harum

225503

Menurut kajian oleh Ismail dan Hussin (2018) dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, guru yang menggunakan bahan bantu mengajar interaktif menunjukkan sikap lebih aktif, bermotivasi dan memberi tumpuan sepanjang sesi pembelajaran.

Ini menunjukkan bahawa BBM bukan hanya berperanan sebagai alat bantu visual semata-mata, tetapi mampu menjadi medium penting untuk meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh. Oleh itu, penting untuk membetulkan persepsi bahawa penyediaan BBM hanya digalas oleh guru pelatih sahaja. Guru tetap juga memainkan peranan yang signifikan dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang menarik melalui bahan yang sesuai dan inovatif.

PUZZKER

Pada pendapat saya, persepsi ini muncul kerana guru lama mungkin menganggap mereka sudah mahir untuk mengajar murid menggunakan kaedah tradisional dan telah dibuktikan dengan pencapaian murid mereka. Oleh itu, mungkin mereka menganggap tiada keperluan untuk membangunkan bahan bantu mengajar. Guru pelatih pula dianggap perlu untuk memantapkan pedagogi kerana pengalaman yang masih sedikit. Namun, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai sebenarnya banyak memberi manfaat kepada murid seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien. Oleh itu, guru pelatih perlu selalu menggunakan bahan bantu mengajar yang baik walaupun setelah bergelar guru tetap agar keberkesanannya dapat dilihat oleh guru lain seterusnya mempengaruhi mereka. Para guru wajar berkongsi pengalaman pembinaan bahan bantu mengajar yang mudah bagi menarik minat guru lain.

Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Pada pandangan saya, setiap insan bergelar guru memiliki peranan penting dan tanggungjawab masing-masing. Namun terdapat tanggapan dalam kalangan masyarakat yang menyatakan bahawa pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Persepsi ini wujud kerana kebiasaannya guru pelatih diwajibkan menghasilkan BBM sebagai sebahagian daripada penilaian praktikum mereka dan mereka sering berkongsi hasil BBM di media sosial atau pameran pendidikan, menjadikan usaha mereka lebih menonjol berbanding guru tetap.

Namun begitu, anggapan ini tidak tepat dan boleh menjejaskan imej profesion perguruan secara keseluruhan. Hal ini kerana, bagi saya guru tetap juga membina BBM mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing. Malangnya, usaha mereka jarang dipaparkan secara terbuka kerana kesibukan dengan tugasan harian seperti penyediaan pelaporan, pengurusan kokurikulum, dan tugasan pentadbiran yang menyebabkan mereka mengalami kekangan masa untuk memaparkan BBM mereka di media sosial seperti guru-guru pelatih. Akibatnya, masyarakat menganggap bahawa hanya guru pelatih yang komited dalam menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan berkesan.

Persepsi ini wajar diubah kerana BBM merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Untuk membetulkan tanggapan ini, guru tetap perlu lebih proaktif dalam berkongsi hasil BBM mereka melalui platform digital, seminar pendidikan, dan pameran sekolah. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dengan menyediakan sokongan masa dan insentif kepada guru yang aktif membangunkan BBM. Dalam masa yang sama, mungkin kolaborasi antara guru pelatih dan guru tetap dalam menghasilkan BBM perlu digalakkan bagi menampilkan usaha bersama dalam memperkayakan sesi PdP.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa pembangunan BBM bukanlah tanggungjawab guru pelatih sahaja, tetapi merupakan usaha berterusan oleh semua pendidik demi memastikan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan berlaku. Masyarakat perlu diberikan pemahaman yang betul agar dapat menghargai usaha semua guru, tidak kira pelatih mahupun berpengalaman.

Terima kasih Dr. Halimah atas segala ilmu yang dikongsikan. ❤

Pada perspektif saya, tidak wajar untuk mengatakan bahawa BBM hanya disediakan oleh guru pelatih. Persepsi ini tidak tepat dan perlu diperbetulkan kerana semua guru, baik guru pelatih, guru baru atau guru berpengalaman memiliki peranan penting dalam menghasilkan dan menggunakan BBM sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persepsi sebegini juga timbul akibat guru pelatih sering dilihat aktif menghasilkan BBM semasa menjalani latihan mengajar kerana akan dinilai oleh pensyarah. Oleh itu, BBM dianggap harus dihasilkan semata-mata demi tugasan latihan. Selain itu, ada juga persepsi bahawa guru berpengalaman tidak mempunyai masa yang mencukupi unthuk menghasilkan BBM. Guru-guru ini sering dibebani dengan pelbagai tugas pengurusan dan kokurikulum sehingga mengurangkan masa mereka untuk membina BBM yang kreatif dan berkesan.

Antara cara mengubah persepsi ini adalah meningkatkan kesedaran dan latihan kepada semua guru. Pihak KPM perlulah mengadakan bengkel berkala yang menekankan kepentingan dan keberkesanan BBM dalam pengajaran. Seterusnya, melibatkan komuniti sekolah seperti ibu bapa. Pihak sekolah perlulah menyediakan satu platform untuk guru menunjukkan hasil BBM mereka. Misalnya, pihak sekolah mengadakan Hari Terbuka atau Pameran Pendidikan supaya masyarakat melihat usaha guru secara langsung dalam mendidik anak bangsa.

Akhir sekali, persepsi bahawa BBM hanya dibangunkan oleh guru pelatih adalah mitos yang perlu dilenyapkan. Setiap guru bertanggungjawab memastikan PdP mereka kekal menarik, berkesan, kreatif dan sesuai dengan keperluan murid. Oleh itu, jadilah guru yang tidak mengenal erti putus asa demi melihat kecemerlangan generasi yang akan memimpin negara.

Kenyataan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja adalah tidak benar sama sekali. Walaupun kebanyakan guru masih mengamalkan teknik pengajaran yang bersifat tradisional, namun terdapat juga sebilangan guru yang sering menggunakan BBM dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka.

Penggunaan BBM di dalam kelas adalah sangat penting kerana bahan tersebut dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konteks pembelajaran yang disampaikan oleh guru. BBM juga dapat menarik minat dan perhatian murid semasa sesi PdP untuk mengekalkan fokus mereka melalui penerapan unsur hiburan, persaingan dan kerjasama dalam pengaplikasian BBM dalam bilik darjah.

Guru pelatih lebih kerap membangunkan BBM kerana mereka diberikan pendedahan secara meluas tentang cara penghasilan, penyesuaian dan pengaplikasian BBM dalam bilik darjah berbanding guru yang berpengalaman. Guru pelatih rata-ratanya dididik untuk menerapkan teknik pengajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan bagi memastikan sesi PdP menjadi lebih bermakna.

Namun begitu, masih ada golongan guru berpengalaman yang turut menerapkan pengaplikasian BBM dalam pengajaran kerana mereka juga berminat untuk menjadikan sesi pengajaran mereka lebih kreatif dan berkesan. Mereka turut menjana idea baharu dalam pembangunan BBM berdasarkan pengalaman mengajar berpuluhan tahun.

Oleh itu, BBM bukanlah hanya dibangunkan oleh guru pelatih semata-mata kerana ada juga sebilangan guru berpengalaman yang sentiasa berusaha untuk membangunkan BBM yang kreatif dan berkesan.

Pada pandangan saya, persepsi bahawa penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya dilakukan oleh guru pelatih adalah kurang tepat dan perlu diperbetulkan. Tanggapan ini mungkin timbul kerana guru pelatih sering diwajibkan menghasilkan BBM yang kreatif dan menarik sebagai sebahagian daripada tugasan praktikum mereka. Dalam masa yang sama, guru tetap pula memikul pelbagai tanggungjawab tambahan seperti pengurusan sekolah, pelaksanaan aktiviti kokurikulum, serta tugasan pentadbiran yang menyebabkan mereka kurang berpeluang untuk menghasilkan BBM baharu secara konsisten.

Pada pendapat saya, untuk mengubah persepsi ini, kerjasama semua pihak amat penting. Semua guru wajar diberi galakan dan sokongan untuk berkongsi hasil BBM mereka melalui platform digital seperti media sosial atau laman sesawang rasmi sekolah. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan pameran BBM sebagai medium untuk menonjolkan kreativiti, inovasi dan usaha guru dalam memperkaya proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga berpendapat bahawa budaya membina dan memanfaatkan BBM seharusnya dijadikan amalan berterusan dalam kalangan semua guru, bukan hanya semasa praktikum atau latihan mengajar. Dengan cara ini, usaha dan sumbangan setiap guru dapat dihargai, sekali gus membetulkan persepsi yang kurang tepat dalam kalangan masyarakat.

Pada pandangan saya terhadap persepsi masyarakat bahawa penyediaan bbm biasanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja pertama ialah saya agak sedih dan kecewa kerana ia mewujudkan satu garis atau sempadan yang mana hanya guru pelatih sahaja yang mampu mencipta berbanding dengan guru ii sedia ada di sekolah. Persepsi ini seolah- oleh memberi gambaran bahawa apabila guru-guru pelatih secara rasminya dilantik menjadi guru tiada lagi penggunaan bbm dalam pdp sekolah sedangkan penggunaan bbm amat digalakkan oleh semua guru samada pelatih atau tidak dalam bilik darjah kerana manfaat yang akan diperolehi murid lebih banyak berbanding menggunakan cara tradisional iaitu Chalk and Talk yang mana penglibatan murid dalam sesi pdp amat terbatas kerana pengajaran tersebut lebih kepada berpusatkan kepada guru. Selain itu dengan adanya penggunaan bbm dalam sesi pdp insya akan mencipta satu suasana pdp yang menarik dan menyeronokkan kepada murid-murid kerana yang menjadi keutamaan kepada seorang guru itu bukanlah sekadar penciptaan bbm yang menarik tetapi sejauh mana bbm itu berkesan kepada murid untuk guru menyampaikan sesuatu ilmu.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat perkongsian tentang kepentingan bbm di semu platform supaya mereka iaitu masyarakat  tidak memandang serong tentang penggunaa bbm dalam pdp.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah kepada rakan-rakan seperjuangan jangan berhenti atau berasa lelah dalam menyediakan bbm untuk murid -murid kelak nanti kerana mungkin tindakan kita tidak dinilai tinggi oleh masyarakat kerana mereka mungkin tidak faham apa tujuan penghasilan bbm yang kita cipta itu tapi insyaallah setiap perbuatan baik kita dalam proses penyampaian ilmu itu ada ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Sekian dari saya Sofea

Pada pandangan saya, persepsi ini adalah satu persepsi yang serius kerana boleh memberikan kesan negatif terhadap kualiti PdP di sekolah. Persepsi ini boleh wujud kerana sesetengah guru tetap dan berpengalaman lebih menumpukan kepada penyampaian silibus dan tugasan pengurusan. Mereka juga terikat dengan beban kerja seperti aktiviti kokurikulum dan pelaporan. Hal ini telah meyebabkan mereka rasa kurang masa untuk membina BBM sendiri. Cara untuk menangani persepsi ini adalah mewujudkan pengiktirafan atau anugerah kepada guru tetap yang membangunkan BBM kreatif dan inovatif. Pengiktirafan ini adalah bagi meraikan dan menghargai guru yang masih berjuang dan semangat dalam pembinaan BBM bagi kefahaman pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi guru-guru lain. Kesimpulannya, persepsi ini seharusnya diubah agara budaya penyediaan BBM ini dapat menggalakkan pembelajaran yang lebih interaktif di dalam kelas.

Terdapat banyak tanggapan dalam kalangan masyarakat bahawa BBM hanya dilakukan oleh guru pelatih. Persepsi ini timbul kerana guru pelatih sering berkongsi BBM mereka di media sosial sebagai sebahagian tugasan mereka. Hal ini menyebabkan masyarakat lebih mudah melihat hasil kreativiti mereka berbanding guru tetap.  Namun begitu, tanggapan ini tidak sepenuhnya benar. Ramai guru tetap juga membina BBM, cuma mereka kurang menonjolkannya secara terbuka. Beban tugas yang tinggi serta kekangan masa menyebabkan guru tetap lebih fokus kepada penyampaian pengajaran secara langsung, berbanding mendokumentasikan atau mempamerkan BBM yang dibina. Untuk mengubah persepsi ini, semua pihak perlu memberi pengiktirafan kepada usaha guru tetap dalam membina BBM. Guru juga digalakkan berkongsi bahan mereka melalui platform digital sekolah atau media sosial. Pentadbiran sekolah dan pihak berwajib pula boleh menganjurkan pameran atau pertandingan BBM bagi menghargai usaha semua guru, bukan hanya guru pelatih. Kesimpulannya, pembinaan BBM bukanlah tanggungjawab guru pelatih semata-mata, tetapi merupakan sebahagian daripada tugas semua guru dalam memastikan proses pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Persepsi bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja adalah kurang tepat dan perlu diperbetulkan. Realitinya, pembangunan BBM merupakan tanggungjawab semua guru tanpa mengira tahap pengalaman. BBM memainkan peranan penting dalam menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih interaktif, menyeronokkan dan berkesan. Ia juga membantu menarik minat murid serta memudahkan pemahaman terhadap isi pelajaran.

Persepsi ini wujud kerana beberapa faktor yang tidak dapat dinafikan. Antaranya ialah kekangan masa dan beban tugas yang dihadapi oleh guru berpengalaman. Mereka sering dibebani dengan pelbagai tugasan seperti pentadbiran, pelaporan, dan pengurusan kokurikulum sehingga masa untuk mereka menghasilkan BBM menjadi terhad. Keadaan ini berbeza dengan guru pelatih yang masih dalam fasa pembelajaran dan latihan, serta diberi tugasan khusus untuk menghasilkan BBM sebagai syarat penilaian. Tambahan pula, guru pelatih cenderung berkongsi hasil kerja mereka melalui media sosial dan pameran, menyebabkan masyarakat lebih menyedari sumbangan mereka berbanding guru tetap.

Bagi mengubah persepsi ini, beberapa langkah strategik boleh diambil. Antaranya adalah melalui pengiktirafan dan penjenamaan semula BBM hasil guru berpengalaman. Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menganjurkan pertandingan, pameran, atau anugerah khas seperti “BBM Inovatif” yang melibatkan guru dari pelbagai tahap pengalaman. Penggunaan platform digital seperti DELIMa atau media sosial pendidikan juga boleh dimanfaatkan untuk mempamerkan dan berkongsi BBM secara lebih meluas. Ini dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa guru berpengalaman juga aktif dan kreatif dalam penghasilan BBM.

Kesimpulannya, tanggapan bahawa BBM hanya dibangunkan oleh guru pelatih perlu diperbetulkan. Semua guru, tidak kira baru atau berpengalaman, berperanan penting dalam menyediakan BBM yang mampu menyokong keberkesanan PdP. Dengan pengiktirafan, sokongan, dan ruang yang mencukupi, lebih ramai guru dapat menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti tinggi. Persepsi masyarakat hanya dapat diubah apabila kita mula menghargai usaha setiap guru dalam memperkaya proses pendidikan di dalam bilik darjah.

Sering kali dalam kalangan masyarakat dan warga sekolah, terdapat tanggapan bahawa pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) hanyalah tanggungjawab guru pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar. Persepsi ini tidak dapat dinafikan memang wujud, terutamanya apabila melihat kesungguhan dan kreativiti guru pelatih menghasilkan BBM sebagai sebahagian daripada tugasan rasmi mereka. Namun begitu, persepsi ini harus dinilai semula agar tidak menafikan peranan BBM dalam sistem pendidikan secara menyeluruh.

Antara punca utama timbulnya persepsi sedemikian ialah kerana dalam kurikulum latihan perguruan, penghasilan BBM menjadi satu komponen wajib yang dinilai secara khusus. Justeru, guru pelatih lebih banyak menghasilkan BBM dengan reka bentuk yang menarik, penuh warna, dan padat dengan aktiviti PdP. Sebaliknya, guru yang sedang berkhidmat pula sering berhadapan dengan kekangan masa akibat beban tugas sampingan seperti urusan pentadbiran, pengurusan fail, dan komitmen kokurikulum yang membatasi ruang untuk menghasilkan BBM secara konsisten. Situasi ini menyebabkan masyarakat lebih kerap melihat guru pelatih membawa BBM ke dalam kelas, berbanding guru tetap.

Namun demikian, persepsi bahawa hanya guru pelatih membina BBM merupakan satu salah tanggapan yang perlu diperbetulkan. Hakikatnya, ramai guru tetap juga menghasilkan BBM tetapi tidak menonjolkan hasil tersebut dalam bentuk pameran atau dokumentasi yang jelas. Malahan, dalam kalangan guru berpengalaman, mereka menghasilkan BBM bersifat praktikal yang boleh digunakan berulang kali, seperti bahan grafik, kad imbas, carta, dan model 3D, yang berfokus kepada keberkesanan PdP. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan BBM merupakan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga pendidik, dan bukan terhad kepada guru pelatih semata-mata.

Bagi mengubah persepsi ini, beberapa langkah boleh diambil iaitu budaya pembangunan BBM perlu disemarakkan dalam kalangan guru tetap melalui program dalaman seperti bengkel panitia, pameran inovasi peringkat sekolah dan perkongsian bahan dalam komuniti profesional pembelajaran (PLC). Seterusnya, kerajaan pihak pentadbir boleh menyediakan pengiktirafan atau ganjaran kepada guru yang menghasilkan BBM secara konsisten dan berimpak tinggi. Selain itu, perkongsian antara guru pelatih dan guru tetap dalam penghasilan bahan juga boleh diwujudkan bagi mewujudkan suasana kolaboratif yang saling melengkapi. Paling penting, semua pihak harus melihat BBM sebagai satu keperluan pengajaran yang bernilai pedagogi dan bukan sekadar satu keperluan penilaian semasa latihan.

Kesimpulannya, BBM bukan hanya dilaksanakan oleh guru pelatih sahaja, namun dilaksanakan oleh guru tetap. BBMI merupakan medium pengajaran yang amat penting dalam menyokong keberkesanan PdP, khususnya dalam meningkatkan minat, kefahaman dan penglibatan murid. Dengan adanya kesedaran bersama dalam kalangan pendidik, pentadbir dan masyarakat, kita mampu mengubah persepsi ini dan mengangkat BBM sebagai sebahagian daripada budaya profesionalisme guru sejati.

Pada pandangan saya, tanggapan bahawa pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) hanya dilakukan oleh guru pelatih merupakan satu persepsi yang kurang tepat. Dalam realiti sebenar dunia pendidikan, pembinaan BBM merupakan sebahagian penting daripada tugas dan tanggungjawab semua guru, tanpa mengira tahap pengalaman mereka. BBM bukan sahaja membantu memudahkan penyampaian isi pelajaran, malah berperanan penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru pelatih sememangnya digalakkan untuk membina BBM sebagai salah satu bentuk latihan dan penilaian semasa menjalani praktikal pendedahan awal tentang kepentingan penggunaan bahan bantu serta didorong untuk menghasilkan BBM yang kreatif dan bersesuaian dengan tahap murid. Namun begitu, apabila seseorang guru telah tamat latihan dan berkhidmat sepenuh masa, tanggungjawab membina atau memilih BBM tetap berterusan. Guru tetap juga memainkan peranan besar dalam pembangunan BBM. Mereka sering menyesuaikan bahan mengikut keperluan murid serta teknologi semasa. Guru berpengalaman juga memainkan peranan besar dalam pembangunan BBM. Mereka sering menyesuaikan bahan mengikut keperluan murid serta teknologi semasa. BBM yang dibina boleh berbentuk fizikal seperti carta, kad imbas dan model, atau secara digital seperti pembentangan interaktif, video, dan permainan kuiz dalam talian. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan konsep PdP Abad ke-21 turut menekankan kepentingan penggunaan BBM digital yang menarik dan interaktif dalam bilik darjah. Akhir sekali, penggunaan BBM merupakan tanggungjawab bersama setiap guru dan tertakluk kepada guru pelatih sahaja.

Pada pandangan saya, tanggapan masyarakat bahawa bahan bantu mengajar (BBM) hanya dibangunkan oleh guru pelatih sahaja adalah satu tanggapan yang kurang tepat dan tidak wajar. Hal ini dikatakana demikian kerana guru pelatih sering diberi tugasan untuk melakukan BBM sama ada di universiti atau IPG yang mewajibkan mereka membina BBM kreatif untuk amali pengajaran mereka. Bukan itu sahaja, pameran dan pertandingan kebanyakkannya banyak disertai oleh guru pekatih berbanding guru berpengalaman disebabkan guru berpengalaman ini tidak mahu mencuba perkara yang baru atau mengubah cara pengajaran yang baru selari dengan peredaran zaman yang semakin mementingkan digitalisasi dalam pendidikan.

Oleh itu,  cara mengatasi atau mengubah persepsi ini adalah dengan mengadakan kolaborasi antara guru pelatih dengan guru tetap. Apbila BBM yang dihasilkan hasil kerjasama pelbagai peringkat guru, masyarakat akan faham bahawa pembinaan BBM bukan tugas satu golongan sahaja sekaligus membantu guru tetap dalam menjana idea dalam pembangunan BBM. Selain itu, tampilkan hasil inovasi BBM guru tetap dengan  menggalakkan mereka berkongsi BBM mereka di media sosial, seminar atau pameran pendidikan supaya masyarakat jelas dalam melihat usaha mereka.

Pada pendapat saya, tanggapan bahawa pembinaan BBM yang disediakan oleh guru pelatih adalah tidak benar. Hakikatnya, pembinaan BBM merupakan tanggungjawab setiap guru tanpa mengira tahap pengalaman. Persepsi ini berkemungkinan wujud berdasarkan pemerhatian umum bahawa guru pelatih kerap membawa pelbagai BBM semasa sesi praktikal sebagai syarat penilaian. Situasi ini mencetuskan tanggapan seolah-olah hanya guru pelatih sahaja yang aktif menghasilkan BBM, manakala guru tetap lebih bergantung kepada bahan sedia ada.

Salah satu cara mengubah persepsi ini adalah melalui pendedahan melalui media sosial dengan berkongsi usaha guru tetap dalam membina BBM untuk menunjukkan bukti bahawa bukan guru pelatih sahaja yang aktif menghasilkan BBM.

BBM BUKU GERGASI: MENAWAN SAMUDERA

Pada pandangan saya, persepsi dan tanggapan itu salah dan perlu diubah. Pembelajaran bahasa perlu menjadi satu pembelajaran yang menarik dan penggunaan BBM di dalam kelas mampu mengekalkan fokus di dalam kelas. Semua guru haruslah mengambil inisiatif untuk membina BBM yang menarik, bukan hanya guru pelatih sahaja. Pembelajaran yang menarik dan interaktif akan dapat menjadikan pembelajaran lebih diingati dalam jangka masa panjang selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Saya berasa perspektif ini seharusnya perlulah dihapuskan kerana semua guru tidak mengira umur atau pangkat perlulah bersama-sama membangunkan Bahan Bantu Mengajar yang sangat menarik. Hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid dan menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan bermakna. Perspektif mengenai Pembangunan Bahan Bantu Mengajar kebiasaanya dilaksanakan hanya untuk guru praktikal sahaja adalah kerana sifat malas dan tanggapan sesetengah guru yang usaha ini hanya membuang masa oleh kerana perhatian lebih diberikan untuk menghabiskan silibus dan seterusnya peperiksaan. Para guru seharusnya menjadikan BBM sebagai pembakar semangat untuk melaksanakannya lebih menarik untuk BBM yang seterusnya bagi meningkatkan kualiti pendidikan.