MPU3025 by PI1 Muhammad Faiz Bin Zulqarnain

7.11.2021
1. Jelaskan perbezaan konsep tamadun daripada sudut pandangan sarjana Barat
dan Sarjaba Islam.

Konsep tamadun dari sudut pandangan sarjana barat berdasarkan perspektif kebendaan semata-mata. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran. Manakala konsep tamadun dari sudut pandangan Islam tidak berdasarkan aspek kebendaan semata-mata atau akal fikiran sahaja sebaliknya tamadun juga perlu berlandaskan aspek kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah.

2. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun daripada perspektif Barat
dan Timur.

Berdasarkan perkataan “Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun, seorang pengkaji tamadun yang pertama di dunia dalam bukunya yang terkenal al-Muqaddimah lil-Kitab al-Ibar dalam kurun yang ke-14. Pada masa ini, ia lebih dikenali dengan panggilan Muqaddimah Ibn Khaldun sahaja.

Perkataan ‘Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61).

Perkataan ini telah diterjemahkan oleh sarjana Barat, Prof. Franz Rosenthal sebagai Urbanization yang bererti perbandaran dan tamadun dinyatakan sebagai civilization yang bererti tamadun itu belum wujud di dalam perkamusan orang Barat. Oleh kerana itu, pengarang kamus Dictionary of the English Language, Dr. Samuel Johnson (1709-1784) telah enggan memasukkan perkataan ini ke dalam kamusnya.

Beliau suka menggunakan perkataan civility bagi makna tersebut. Perkataan civilization ini hanya lahir di kalangan penulis-penulis Barat pada kurun yang ke-19. Ini membawa kita kepada pengertian bahawa Barat mengenali tamadun dengan konsepnya hanya pada kurun yang ke-19.