My phenomenal grid by

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan dan jalinan hubungan diplomatic terjalin pada zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana terdapat hubungan perdagangan dan politik yang tdijalin oleh Sultan Melaka iaitu Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403. Hubungan ini merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh sultan di Tanah Melayu pada ketika itu. Jalinan hubungan ini adalah akibat ancaman daripada siam. Hal ini menyebabkan Parameswara membayar ufti kepada cina untuk mendapatkan perlindungan. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming telah menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Dalam catatan sejarah ada menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasakan bahawa perlunya Melaka menjalinkan hubungan persahabatn dengan Negara China yang terkenal dengan kuasa besarnya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran dengannya demi menjamin keharmonian negera. Oleh itu, Sultan Melaka sendiri telah meminta Negara China menjadi penaungnya. Hasil daripada perhubungan tersebut, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama daripada Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah perkembangan Islam di Nusantara mempunyai kaitan dengan Pertemuan Batu Nersurat di Terengganu. Pada batu tersebut, terdapat catatan nama Raja Mandalika yang telah memerintah dan melaksanakan syariat Islam. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Hal ini membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Nusantara pada masa itu. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara juga ialah melalui kegiatan pelayaran. Misalnya hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim dari Gujarat, Arab dan Persia telah membawa pengaruh besar terhadap agama Islam. Selain berperanan penting dalam memperkenalkan Islam para pedagang juga turut menjalankan peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah para pedagang juga berperanan menyebarkan Islam ke seluruh ke seluruh negara. Pada awal abad ke-13, terdapat perkampungan masyarakat muslim di persisir samudra, kurang daripada 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh, yang meninggal pada 696H/1297 Masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan di Terengganu

Hubung kait Batu Bersurat Terengganu dengan Undang-undang Syariah Islam
Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Hal ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu oleh saudagar arab iaitu Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat yang dianggarkan kira-kira 700 tahun dengan ukiran tertua dan bertulisan Jawi. Catatan pada Batu Bersurat Terengganu merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Hal ini membuktikan bahawa kedatangan Islam telah tiba di Terengganu pada tahun 1303 sebelum Masihi. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu. Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah ekoran daripada pengaruh Islam di Tanah Melayu. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke 14. Perundangan Syariah juga digunapakai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para Fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, Mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka menjadi asas kepada penggubalan undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M)