Penghayatan Etika dan Peradaban by NOR HAFIZAN BINTI HABIB SULTAN
Pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini, Bincangkan
NIMELESHWARY 191143067
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Negara di seluruh dunia kini semakin terhubung berbanding sebelumnya. Dengan semangat untuk terus maju, Malaysia antara negara terawal memulakan perjalanan ke arah 5G. Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak. Kupasan mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.Serentak ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif bergantung kepada penggunanya dan maklumat yang disalurkan. Jika ICT digunakan dengan baik ia dapat membantu memajukan negara ke arah yang lebih baik.
Thanalaxchumi A/P Sandrasagran- 191142373(RK 28)
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Ianya telah menular dalam setiap lapisan masyarakat dan generasi, termasuk di Malaysia. Dari satu segi, ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini, menjadikannya seperti digital jungle. Serentak ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif, membina dan menghancurkan. Dengan berleluasanya fake news melalui media sosial seperti Facebook adalah satu contoh yang sangat dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak. Kupasan mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.
Muhamad Haikal Daniel Bin Mohamad Sabri
Pada masa kini, hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini. Semua informasi dapat dicari dengan mudah di hujung jari. Sebagai contoh alat ICT yang ialah telefon pintar, komputer riba dan tablet adalah suatu benda yang biasa digunakan pada masa kini yang dipelopori oleh golongan belia kerana mereka sangat peka terhadap perubahan trend terkini. Hampir setiap orang dalam satu keluarga mempunyai telefon pintar masing-masing. Dengan kemajuan ekonomi, peralatan ICT semakin mudah untuk didapati. Fungsi peralatan ini adalah untuk memudahkan kerja dah menjimatkan masa. Teknologi ini mempengaruhi cara bagaimana manusia berkomunikasi. Di zaman pandemik ini, penggunaan ICT menunjukkan peningkatan yang drastik. Ini adalah untuk mengurangkan activiti sosial.
NUR AMIRA AFIQAH BT SHAHARUDIN 191141250
Pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini.
Saya setuju dengan kenyataan di atas. Ini kerana, kita dapat melihat masyarakat sekarang sangat bergantung pada gajet seperti telefon, komputer, laptop dan sebagainya.
Di samping itu juga, kita boleh lihat masyarakat sekarang terdedah dengan banyak aplikasi-aplikasi yang dapat menjimatkan masa dalam sesuatu kehidupan harian mereka. Contohnya, dengan applikasi “grabfood/foodpanda”  dapat memudahkan masyarakat untuk membeli makanan tanpa keluar pergi ke kedai berkenaan.
Selain itu, applikasi “instagram, facebook, dan twitter” juga dapat memberi kesan yang baik terhadap kehidupan masa kini. Oleh kerana, applikasi ini dapat memberi maklumat yang sangat cepat terhadap isu-isu semasa di samping dapat menyebarkan banyak rangkaian terhadap info-info tersebut.
Akhir sekali, pengaruh ICT ini sangat memberi impak yang besar terhadap diri sendiri dan masyarakat. Walaupun pengaruh ini mempunyai baik dan buruk, tetapi ambillah ianya sebagai yang baik dan yang buruk kita lepaskan.
Nur Syahirah Binti Osman (191141260)
Tidak dinafikan lagi, pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. ICT semakin mendapat tempat dan banyak digunakan bagi membantu masyarakat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Hal ini jelas dapat dilihat melalui bidang pendidikan dalam era pandemik Covid-19 secara khusunya berlaku anjakan begitu drastik dalam teknologi pendidikan. Pendidikan di semua peringkat dapat diteruskan dengan kelebihan yang ada pada teknologi ICT yang ada sekarang. PdP dijalankan secara atas talian dan juga hybrid yang menggunakan ICT sebagai medium perantaraan pembelajaran dan berkomunikasi. PdP secara online telah menjamin kelangsungan sistem pendidikan kita dan mengurangkan kesan akibat pandemik Covid-19. Pelajar juga dapat mengikuti pengajian atas talian tanapa mengira jarak dan suasana yang berlaku. Rakyat juga secara umumnya didorong untuk memajukan diri dan terlibat sama dalam arus kemajuan ini. Bermula daripada penggunaan telefon biasa kepada telefon pintar. Kemajuan dalam teknologi ICT mesti diambil peluang oleh semua sektor pendidikan negara untuk mengembangkan lagi kaedah PdP pada masa hadapan.
GOH KAH ZHENG 191141219
Pembinaan kesepaduan nasional dan "pluralistik" Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa iaitu Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, aplikasi digital, Twitter, Facebook, Instagram dan pelbagai bidang digital lain. Ianya telah mengaruh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Sedikit sebanyak, ICT telah merapatkan jurang komunikasi, tetapi tidak ada satu pun pihak pihak berkuasa yang mengawal perkembangan ini. Pada masa yang sama, ICT boleh menjadi kawan dan lawan, positif dan negatif, membina dan merosakkan. Penyebaran berita palsu melalui media sosial seperti Facebook adalah contoh kebimbangan besar daripada kerajaan dan orang ramai. Semua pihak perlu memahami etika penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan tamadun Malaysia.
JAYSHARMILLA NAIR A/P RAJASINGAM (191141222)
Pada era globalisasi ini, pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan. Tidak dapat dielak malah ICT semakin mendapat tempat dan semakin banyak digunakan bagi membantu  manusia  dan  masyarakatnya  menyelesaikan  masalah  mereka.  Perubahan  yang dibawa oleh ICT dari sudut kerangka pemikiran masyarakat tidak banyak dibincangkan secara ilmiah  walaupun ianya berlaku.  ICT turut merubah konsepsi ilmiah manusia tentang masa, ruang, bahasa dan pemikiran. Dengan keupayaan komputer untuk ”berfikir” seperti manusia, ICT telah mula merubah persepsi dan definasi kepintaran malah merubah definasi manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Manusia telah mula didefinasikan sebagai “pemproses maklumat” manakala persekitaran pula hanyalah sebagai jaringan “maklumat yang perlu diproses”.  Dalam konteks teori informasi, apa yang lebih penting dan ditekankan adalah “pemprosesan” suatu maklumat bukannya “isi” kandungan maklumat. Justru dalam konteks ICT, manusia dan komputer adalah sama iaitu satu “spesis” penyelesai masalah dari “genus” pemproses maklumat. Malah martabat manusia lebih rendah dibanding komputer dari aspek kecekapan memproses maklumat.  ICT juga menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sistem ekonomi global. Sistem ekonomi yang diberikan nama ekonomi berasaskan pengetahuan telah menjadi sistem yang tidak dapat ditolak kini. Terdapat perubahan ketara terutamanya berkaitan dengan jurang digital dan kedudukan serta nilai pengetahuan dalam komuniti. Dengan hadirnya ICT dalam masyarakat, jurang diantara rakyat terus bertambah. Jurang ini memberikan impak nilai yang tidak sihat dalam masyarakat. Namun dengan sistem ini jugalah nilai dan martabatnya pengetahuan (ilmu) diangkat tinggi. Mana-mana anggota komuniti yang mempunyai pengetahuan samada dari kalangan pekerja atau bukan diberikan pengiktirafan yang baik dalam sistem ekonomi ini.
ARCHANA SREENIVASARAO (191141209) RK 28
Dengan lahirnya teknologi digital ini maklumat akan boleh disebarkan iaitu diterima atau dihantar diantara peralatan-peralatan yang berteraskan teknologi tersebut dengan mudah, pantas dan pada bila-bila masa sahaja. Manakala Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pula adalah salah satu teknologi digital semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini diserata dunia. Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatan, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik .  Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.
SITI NABILAH BT AHMAD TAHIR -191141276-
Pengaruh ICT tidak disangkal begitu besar pada masa kini. ‘Dunia di hujung jari’ telah menjadi slogan yang sering digunakan oleh masyarakat kini. Hal ini demikian kerana, kita hanya memerlukan capaian internet dan telefon pintar/komputer untuk mencari informasi yang dimahukan tanpa perlu bergerak kemana-mana. Hal ini menunjukan bahawa peralihan zaman  berlaku di mana dahulunya hanya menngunakan burung merpati untuk menyampaikan mesej, namun sekarang hanya perlu menghantar emel sahaja di mana lebih pantas dan efisien. Selain itu, semenjak kemunculan virus Covid-19, penggunaan ICT sangat diperlukan bagi mengelak diri dari virus tersebut. Sesungguhnya, sebalik kelebihan penggunaan ICT tersurat juga keburukan/kelemahannya. Penggunaan ICT sangat membantu para pelajar, mahupun orang awam yang bekerja dalam menyelesaikan atau mencari maklumat berkaitan kerana masa diperuntukkan adalah sedikit. Seterusnya, ICT juga berguna dalam dunia perniagaan secara dalam talian di mana para penjual mempromosikan barangan jualan dengan hanya menggunakan telefon pintar/computer. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh ICT dalam dunia masa kini. Namun demikian, penggunaan ICT juga memberi impak buruk kepada masyarakat. Sebagai contohnya, menggunakan aplikasi seperti ‘Twitter’, ‘Youtube’, ‘instagram’ sebagai medan untuk menyerang atau memberi komen-komen yang tidak sewajarnya kepada sesorang itu. Hal ini menunjukkan ketidakmatangan mereka dan memberi persepsi yang negatif kepada Negara kita. Kesimpulannya, pengaruh ICT sememangnya berleluasa dan berguna buat masa kini dalam membantu masyarakat dalam banyak perkara. Jadilah pengguna ICT yang berhemah dan bijak.
ARWINGHANESH A/L KERBANANTHAM 191141210
ICT adalah singkatan dari Information and Communication Technology (ICT), yakni teknologi sistem informasi yang memiliki peran penting dalam sektor riil.Selain memiliki peran penting dalam dunia industri atau bisnis, ICT juga berperan penting di dalam perkembangan dunia pendidikan. Perannya sangat penting dalam sisi manfaat serta kelebihan yang terdapat di dalamnya.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi. Pendidikan jarak jauh dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.
KIRTHANASHREE A/P MOHAN (191141226)
Pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini, bincangkan.
Information and Communication Technology (ICT) adalah teknologi yang diperlukan untuk memproses data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT membawa pelbagai cabaran dalam kehidupan masa kini, antaranya ialah kesahihan maklumat, pelayaran web negatif, penyebaran fitnah dan gossip, permasalahan remaja, aktiviti perjudian, serta perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa. Selain itu, terdapat juga impak positif ICT dalam kehidupan masa kini, antaranya ialah mencari maklumat, alat komunikasi, hiburan, penjimatan kos dan masa, E-learning, peluang perniagaan, medium bersuara, pengiklanan, dan sebagainya. Kesimpulannya, ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT di berbagai aspek kehidupan.  Semua pihak dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
Abdul Haffiz Bin Abdul Wahab - 191141206
Pada pendapat saya, kehidupan kini sememangnya  telah terpengaruh dengan ICT secara berluasa. Hal ini demekian kerana, semua informasi dapat dicari dengan mudah di hujung jari. Sebagai contoh, media sosial menjadi platform sebagai alat komunikasi yang berleluasa pada masa kini. Hal ini tersebut telah memberikan pengaruh yang besar kepada kehidupan masyarakat apabila ia dijadikan sebagai suatu hobi pada masa lapang. Pada era globalisasi ini perkembangan ICT sangat berlualasa, hal ini masyarakat dapat menyelesaikan kerja mereka dengan mudah.
Konklusinya, pengaruh ICT ini sangat memberikan impak yang besar terhadap masyarakat dan diri sendiri. walaubagaimanpun, pengaruh ICT semakin bermoden, pengaruh ini mempunyai lapisan yang baik dan buruk oleh itu, sebagai masyrakat yang rasional kita ambilah ianya sebagai yang baik dan yang buruk kita tinggalkan.
Gavin Chew Tiong Chuen 191141217
Pada pendapat saya, kebanyakkan kita menggunakan ICT untuk kegunaan seharian kita pada masa kini. Faktor yang terutamanya ICT berkembang dan digunakan secara meluas adalah kerana pandemic covid. Tekonologi ini telah memberi banyak faedah dalam pelbagai sector seperti pembelajaran, industri dan sektor lain. ICT dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. ICT membolehkan pelajar-pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara atas talian dan mendapat pelbagai sumber maklumat atau ‘ebook’. Oleh itu, pelajar-pelajar boleh mengurangkan perbelanjaan mereka untuk membeli buku teks dan buku rujukan . Walaubagaimanapun, ICT juga akan memberi kesan buruk seperti penipuan internet dan berita palsu. Oleh itu, ICT digunakan dalam bentuk yang betul akan banyak memudahkan pekerjaan seharian kita.
YAP WIT SAN 191141489
ICT adalah singkatan bagi "Information and Communication Technology" atau erti kata lain, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. ICT adalah kaedah di mana ia digunakan untuk menyerbar, memindah dan memaparkan maklumat yang diterjemah dalam bentuk internet iaitu melalui media sosial seperti Facbook, Twitter dan berbagai-bagai. ICT telah berkembang dari semasa ke semasa dalam pelbagai jenis industri antaranya adalah pertanian, pembinaan dan teknologi komunikasi dan media. Walaupunkita mempunyai dunua teknologi yang tiada batas, etika dan peradaban amatlah penting diterapkan dalam setiap manusia untuk ketenteraman sejagat.
Valarmathi Saravanan (191141286)
Abstrak Impak baik buruk Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah diperdebatan baik oleh ahli falsafah, sosiologi atau ahli ICT sendiri. Teknologi ini telah merubah kerangka dan budaya berfikir (Weltanschauung) masyarakat, menurunkan nilai hubungan mesra sesama anggota dalam masyarakat, mengurang rasa akrab dalam keluarga, menyebabkan rasa sunyi dan keseorangan serta bermacam nilai negatif lain. Namun dengan teknologi ICT inilah juga, nilai pengetahuan (ilmu) diangkat tinggi dalam masyarakat kerana dengannya apa yang dipanggil pendidikan sepanjang hayat dapat dimungkinkan. Justru nilai sebuah masyarakat telah berubah dari mengagungkan pemilik tanah (Landlord) dalam zaman ekonomi berasaskan pertanian dan mengagungkan pemilik gudang atau kilang dalam zaman ekonomi berasaskan perindustrian kepada mengagungkan pemilik ilmu dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Kerana itu jugalah masyarakatnya dipanggil dengan jolokan yang mulia iaitu Masyarakat Berpengetahuan (Information Society) dimana ahli masyarakat dicirikan sebagai seorang yang mengguna, mencipta, memanipulasi dan menyebarkan maklumat.
Santhana Aravind s/o Santhenadas 191141273
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information And Comunication Technology) ialah teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Teknologi wujud sebagai perantara untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berbeza, seperti pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi, dll., untuk mendapatkan maklumat. Hakikatnya pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi banyak membantu mempercepatkan seseorang bekerja dengan lebih cekap, berkesan, lebih mudah dan pantas serta dapat membuat keputusan yang lebih baik untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Ketagihan internet juga boleh mengubah kehidupan dan perwatakan seseorang. Kami tidak perlu berganjak dari kerusi kami untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang menderita internet "panas" mungkin lupa gaya hidup mereka. Mereka mengabaikan kecekapan kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anak mereka. Mereka mungkin mengabaikan diri mereka sendiri. Hanya mahu menyelinap ke dalam rangkaian tanpa sekatan ke atas maklumat. Latihan kumpulan akan terhakis seperti tebing. Sebaliknya, latihan enau akan muncul di semak, melepaskan tunas masing-masing. Oleh itu, Internet membuatkan orang ramai berasa tertekan dalam perhubungan.
NUR SHAFIKA IZZATI BINTI SHAFIE (191141259)
Kini, pengaruh ICT semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat dimana ianya merupakan perubahan yang perlu dilalui oleh peradaban kerana suara peradaban itu sekarang dapat disampaikan melalui ICT. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap aktivit harian yang dilakukan oleh sebilangan besar masyarkat pada masa ini adalah dengan melibatkan penggunaan teknologi maklumat seperti media massa. Sebagai contoh, sebarang maklumat dan juga isu-isu semasa dapat disampaikan dengan hanya menggunakan telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya kerana dunia sekarang diibaratkan sebagai dunia di hujung jari iaitu kita dapat mengetahui pelbagai maklumat dengan hanya melayari internet. Jadi, dari sudut etika dan peradaban, kita dapat melihat bahawa ianya turut bergerak seiiring dengan teknologi semasa di mana masyarakat dapat berinteraksi dan membina jaringan sosial dengan lebih luas. Hal ini kerana, dengan kewujudan media sosial, kita dapat mengenali dan berinteraksi dengan lebih ramai orang dan dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain. Namun begitu, dengan perkembangan ICT yang semakin berleluasa juga dapat menyebabkan pengaruh buruk kerana ianya terlalu bebas untuk digunakan oleh semua orang dimana ianya dikhuatiri dapat mengurangkan nilai etika dan juga peradaban pada masa hadapan. Sebagai contoh, banyak berita-berita palsu yang sering dilihat dan juga dikongsikan di media sosial di mana ianya dikhuatiri dapat menggugat keharmonian dan kemakmuran di negara kita. Oleh itu, kita perlulah menerapkan nilai-nilai etika dalam kehidupan agar kita tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif daripada media sosial.
NUR ZAKIRAH BINTI ZAINUDIN (191141261)
ICT sememangnya boleh dikatakan realiti kehidupan masa kini kerana semua perkara berkait dengan ICT. Belajar, makan, membeli-belah, bekerja, perkhidmatan kesihatan dan banyak lagi. Bermula seawal pagi lagi seseorang individu sudah membuka media sosial bagi mengetahui perkembangan berita semasa. Tambahan pula dengan kemudahan platform bagi membaca surat khabar secara atas talian. Dengan keadaan endemik Covid-19, ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadi pemudahcara dalam setiap aspek. Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, ICT sangat-sangat membantu kerana terdapatnya aplikasi yang mudah dan percuma untuk diakses oleh semua pelajar. Justeru, ICT memudahkan pelajar kerana seperti yang semua sedia maklum, hampir kesemua kuliah terpaksa dijalankan secara atas talian. Dari segi pekerjaan, kita dapat melihat bahawa ICT telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada individu yang menganggur kerana terdapat pelbagai aplikasi yang dapat digunakan untuk mencari kerja. Istilah work from home juga sudah tidak asing bagi semua kerana inilah realiti kehidupan kita pada hari ini. Namun begitu, ICT hanya boleh dipandang dari perspektif yang positif jika pengguna menggunakannya dengan cara yang betul dan berhemah. Jika ICT disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab, ICT hanya menjadi racun kepada penggunannya.
NUR HUSNINA AINA BINTI MARZUKI 191141255
Saya bersetuju dengan pernyataan pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Pada masa kini, penggunaan teknologi media seperti Instagram, YouTube dan Facebook berkembang luas dalam kalangan rakyat Malaysia. Pengguna media sosial mendapat maklumat dan isu terkini dengan sangat pantas kerana teknologi masa kini yang canggih. Kanak-kanak terutamanya mudah terdedah dengan isi kandungan media tersebut. Jika tidak diambil berat, maka padahnya terhadap kanak-kanak tersebut amat berbahaya. Ini kerana kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Sebagai contoh, apabila mereka melihat video yang menujukkan contoh yang tidak baik, mereka akan sedikit sebanyak mencontohi tingkah laku dri video tersebut. Selain kanak-kanak, individu seperti orang dewasa juga senang terpengaruh dengan penggunaan teknologi ICT ini. Pada masa kini, berita yang sampai kepada individu belum tentu pasti tentang kesahihan berita tersebut cenderung untuk mempercayai berita tersebut bulat-bulat. Ada segelintir berita yang palsu disebarkan dalam kalangan masyarakat seperti kes gangguan seksual membabitkan pendakwah bebas Ebit Lew. Kes Ebit Lew tersebut masih belum pasti tentang kesahihannya lagi tetapi para netizen sudah mula mengecam Ebit Lew dan ada yang sudah mula membencinya. Oleh itu, penggunnaan teknologi ICT ini sememangnya telah memberi impak yang besar kepada realiti kehidupan masa kini.
GHEE KANG ZHENG 191141218
Saya sangat setuju dengan pernyataan ini. Pada era globalisasi ini, penggunaan ICT telah mempengaruhi kehidupan masyarakat kini dari segi pendidikan, pekerjaan, dan sebagainya. Hal ini kerana ICT dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah dengan efisien.
Dari segi pendidikan, pelajar-pelajar mudah meperolehi maklumat dengan hujung jari bandingkan dengan dulu perlu mencari maklumat di ensiklopedia. Kemunculan ICT ini telah menjimatkan masa. Pendidikan jarak jauh juga dapat diwujudkan jika rangkaian pendidikan yang lengkap.
Untuk pekerjaan pula, pekerja-pekerja dapat bekerja di mana-mana dengan sesuka hati. Selain itu, penggunaan ICT ini juga memberi peluang kepada aplikasi-aplikasi seperti Facebook, FoodPanda dan sebagainya  untuk memperluaskan perniagaan mereka dengan mudah.
Walaubagaimanapun, penggunaan ICT juga memberikan impak negatif seperti penipuan, penyebaran berita palsu. Penggunaan ICT diibaratkan seperti bilah dua muka, oleh itu kita menggunakan kemudahan ICT dengan bijak.
NURUL ASYIQIN BINTI ESA 191141267
Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi moden. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa dunia ke alaf baru. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada semua teknologi yang digunakan untuk mengendalikan telekomunikasi, media penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar, sistem pemprosesan dan penghantaran audiovisual, dan fungsi kawalan dan pemantauan berasaskan rangkaian. Cara hidup manusia telah banyak mengalami perubahan, seiring dengan pembangunan teknologi internet. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan pelbagai peralatan moden seperti internet dapat menyediakan persekitaran sosial yang pantas, mudah, dan bebas kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan kanak-kanak dan remaja.
Ehvarnesh a/l Kannan 191141214
Abstrak Impak baik buruk Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah diperdebatan baik oleh ahli falsafah, sosiologi atau ahli ICT sendiri. Teknologi ini telah merubah kerangka dan budaya berfikir (Weltanschauung) masyarakat, menurunkan nilai hubungan mesra sesama anggota dalam masyarakat, mengurang rasa akrab dalam keluarga, menyebabkan rasa sunyi dan keseorangan serta bermacam nilai negatif lain. Namun dengan teknologi ICT inilah juga, nilai pengetahuan (ilmu) diangkat tinggi dalam masyarakat kerana dengannya apa yang dipanggil pendidikan sepanjang hayat dapat dimungkinkan. Justru nilai sebuah masyarakat telah berubah dari mengagungkan pemilik tanah (Landlord) dalam zaman ekonomi berasaskan pertanian dan mengagungkan pemilik gudang atau kilang dalam zaman ekonomi berasaskan perindustrian kepada mengagungkan pemilik ilmu dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Kerana itu jugalah masyarakatnya dipanggil dengan jolokan yang mulia iaitu Masyarakat Berpengetahuan (Information Society) dimana ahli masyarakat dicirikan sebagai seorang yang mengguna, mencipta, memanipulasi dan menyebarkan maklumat.
SAW ZHENG EE 191141275
Hubungan manusia dengan ICT yang semakin rapat mempamerkan pengaruh ICT dalam kehidupan masa kini. Hal ini kerana ICT telah memainkan pelbagai peranan penting untuk mempermudah kesulitan dan meringan beban dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, ICT yang berkembang maju telah muncul dalam bentuk aplikasi dan social media telah menjadi alat komunikasi antara masyarakat yang banyak bergantung kepada penggunaan aplikasi seperti whatsapp, telegram dan skype disebab oleh kemudahan untuk menghubung antara satu sama lain dan mengakses pada bila-bila masa sahaja. Tidak dapat dinafikan, pelbagai jenis sektor termasuk ekonomi dan pendidikan juga amat memerlukan penggunaan ICT untuk menguruskan urusan dengan mudah dan pantas. Penggunaan platform alat pembelajaran terutamanya pada masa pandemik ini telah menjadi satu keperluan dan trend untuk menjalankan pembelajaran dengan lancar. Masyarakat kini banyak bergantung kepada ‘smartphone’ dan hampir semua aktiviti seharian berkait rapat dengan penggunaan ICT mampu mendatangkan perubahan ketara terhadap urusan individu dan kemasyarakatan.
NUR AIN NATASYA BINTI RAMLI (191141248)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah salah satu bentuk teknologi
digital yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas pada masa kini. Kemunculan teknologi maklumat memberi impak yang besar kepada masyarakat. Contohnya, permintaan ke atas ruang-ruang perniagaan semakin berkurang dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dengan kos yang lebih menjimatkan. Saiz ruang yang diperlukan juga semakin mengecil. Semua urusan dan transaksi dijalankan secara atas talian tanpa had dari segi masa, ruang dan keadaan. Antara contoh perkhidmatan perniagaan atas talian termasuklah ‘e-commerce’ dan ‘e-banking’. Melalui kaedah ini, bayaran sewa untuk ruang perniagaan dibandar dapat dibayar pada kadar yang minimum seterusnya mengurangkan kos pengeluaran. Ianya juga disokong oleh sistem pasaran bebas ketika ini yang membenarkan sesiapa sahaja untuk bersaing di dalam pasaran global. Oleh itu, sebagai masyarakat yang rasional kita mestilah bijak dalam menggunakan ICT agar ia dapat memudahkan urusan kita di kemuadian hari.
MOHAMAD DANIAL BIN HAIRUL ANUAR 191141234
saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana media massa sentiasa menjadi keutamaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Dahulu media massa lebih kepada fizikal seperti buku, surat khabar, majalah, katalog tetapi kini kemajuan teknologi menyebabkan ICT menjadi salah satu cabang media massa.
Penggunaan ICT yang meluas bukan sahaja di bandar bahkan di kawasan luar bandar turut menggunakanya. Kini pengetahuan penggunaanya menjadi satu keperluan kerana ia dapat membantu kita melakukan banyak perkara dengan muda. Seperti contoh, kita tidak perlu lagi beratur untuk urusan kerajaan kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Penduduk luar bandar tidak lagi perlu ke bandar dan melalui perjalanan yang jauh kerana semuanya di hujung jari.
Pengaruh ICT juga dapat dilihat semakin diterapkan dalam setiap bidang industri dan sektor kerajaan. Contohnya, pelajar kini tidak perlu ke sekolah kerana boleh menghadiri kelas secara atas talian. Peperiksaan juga boleh dilakukan dengan modus operandi yang sama, bahkan lebih terjamin keselamatan dan mengurangkan risiko meniru.
Dari sudut pekerjaan, majikan kini lebih cenderung untuk memasarkan jawatan kosong di atas talian kerana ia menjimatkan kos disebabkan tidak perlu menyewa tapak iklan. Pemasaran jawatan kosong di atas talian mampu memberikan majikan peluang yang besar untuk mendapatkan pekerja yang lebih baik disebabkan seluruh malaysia dapat mengakses ke laman web tersebut.
Terlalu banyak sektor dan sudut yang boleh diperhalusi untuk menunjukkan penggunaan ICT yang meluas. Semua sektor menggunakan ICT dengan sepenuhnya disebabkan kemampuanya memudahkan kerja.
NICHOLAS LIM JING XIU 191141245
NICHOLAS LIM JING XIU 191141245 RK28, Pada pendapat saya, dalam era ICT ini, ICT memang banyak membawa perubahan dalam pelbagai bidang seperti bidang politik, sosial, dan ekonomi. Fenomena ini telah menjadikan ruang di dunia ini kian mengecil. Hal ini berlaku demikian kerana ICT telah mendatangkan kemajuan dalam teknologi komputer dan ledakan teknologi maklumat melalui teknologi internet, satelit. Menerusi media elektronik yang canggih, kepantasan perkembangan teknologi maklumat telah mempercepat perhubungan manusia. ICT ini juga diwujudkan sebagai satu platform untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan, sama ada pengiklanan, pemberitahuan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, ICT telah memudahkan process pembelajaran terutamakannya pada masa pandemi COVID-19. Contohnya, melalui google meet, ICT telah menjadikan proses komunikasi dalam pendidikan menjadi lebih mudah dan cepat. Dengan itu, taraf hidup yang lebih tinggi dalam masyarakat telah dicapai. Walaubagaimanapun, pengaruh ICT juga akan mendatangkan impak negatif kepada masyarakat. Menerusi laman sesawang yang tidak bermoral, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik. Kerosakan akhlak dalam jiwa remaja akan mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam kes jenayah. Pada pendapat saya, ICT memang banyak memanfatkan dalam aktiviti seharian kita dan patut terus diterokai serta dikembangkan. Kita haruslah bijak dalam menilai setiap kandungan yang diperoleh oleh kepesatan ICT, barulah kesan negatif tidak akan ditimbulkan.
Ain Nur Nadhira Binti Shurizan (191141208)
Pada pendapat saya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini kerana penggunaannya oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini berlaku kerana ICT terbukti dapat memudahkan sesuatu kerja atau pencarian pelbagai informasi yang kita mahukan. Tambahan lagi, selepas seluruh dunia dikejutkan dengan kewujudan COVID-19, semua masyarakat aktif menggunakan ICT dan gadjet. Aktiviti pembelajaran dijalankan menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom, Webex dan sebagainya. Hal ini memudahkan pelajar-pelajar sekolah dan universiti untuk menuntut ilmu tanpa perlu bersua muka dengan guru dan pensyarah. Kesimpulannya, ICT dapat memberi impak yang positif jika manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
BALQIS QISTINA BINTI MD DARUQQUTNY 191141211
Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan postif dan negatif terhadap kualiti hidup berdasarkan cara penggunaan masing-masing. Penggunaan ICT dapat membantu masyarakat umum meningkatkan kualiti hidup mereka dengan meluaskan pengetahuan dan peluang mereka. Selain itu, meningkatkan kecekapan penggunaan ICT dapat membantu perniagaan menjadi lebih produktif dengan menggunakan data yang lebih tepat dan sistem pengurusan data yang lebih mantap. Membantu golongan ini membantu mengenali nilai persahabatan dengan lebih meluas dan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran sosialisasi yang baik. Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan golongan ini menjadi ketagihan dengan penggunaan intenet, keseronokkan yang melampau, menyebabkan gangguan kepada psikologi manusia dan menyebarkan maklumat yang salah boleh menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab serta menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh menjejaskan kualiti hidup yang tidak sejahtera. Kesimpulannya, ICT perlu diurus dengan penuh beretika dan meneraju peradaban manusia masa hadapan khususnya di Malaysia.
Muhammad Faiz bin Abu Zaman
Pengaruh ICT pada zaman ini memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawasanya iaianya memang berleluasa. Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya adalah satu bentuk ICT yang sangat berleluasa di seluruh dunia sekarang. Antara contoh2 alat ICT adalah seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan banyak lagi. Dengan adanya alat2 ini, segala bentuk maklumat kita boleh layari di internet sahaja, seperti orang kata dunia hanya di hujung jari. Disebabkan itu, terdapat kesan negetif jika kita terdedah dengan pelbagai maklumat yang kita tidak tahu kesahihannya dan ini boleh menyebabkan kita menyebarkan berita palsu. Di musim covid ini, kebanyakkan institusi pelajaran di malaysia mengunakan pembelajaran online di mana ini mengambarkan satu pengunaan ICT yang positif.
Nur Najihah Bt Zakaria (191141258)
Keadaan telah berubah dengan perkembangan terkini dalam ICT . Ianya bukan lagi bersifat 'Information Technology' (IT) dan juga 'Communication Technology' (CT) tetapi gabungan di antara 'Information Technology' dan Communication Technology' (CT) dan kini lebih tepat dipanggil sebagai ICT. Terdapat pelbagai contoh ICT yang sering digunakan dari masa dahulu sehingga kini contohnya telefon (SMS), komputer (Penggunaan microsoft word, powerpoint, excel dan sebagainya) dan Internet (E-mel, laman web, blog). Penggunaannya sangat meluas dan tiada had. Ketika tahap awal pengenalan komputer, ianya lebih bersifat guna sama yang hanya terdapat di pejabat-pejabat dengan kapasiti dan penggunaannya yang terhad. Kemudiannya berkembang kepada penggunaan komputer peribadi yang juga digunakan oleh individu tertentu dan masih di hadkan disebabkan kekangan harga. Namun, pada era globalisasi kini, ICT merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Tambahan pula dengan penularan wabak penyakit COVID-19 ini, penggunaan ICT semakin meningkat dan semakin banyak digunakan oleh semua lapisan masyarakat dari kecil hingga ke dewasa. Walaubagaimanapun, ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif, membina dan menghancurkan. Sebagai contoh, dengan berleluasanya jenayah siber melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya adalah satu contoh yang sangat dirisaukan oleh kerajaan dan juga masyarakat.  Bagi mengurangkan kesan negatif penggunaan ICT, semua pihak dan dari pelbagai peringkat mestilah memainkan peranan dalam mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda
supaya kesan-kesan negatif ini dapat dielakkan daripada menjadi semakin parah. Tidak dapat dinafikan, kesan negatif sememangnya sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin kita dapat lakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang
negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya
mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai
suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan negara bangsa
Malaysia supaya masyarakat dapat menggunakan ICT dengan selesa.
MOHAMAD AFIQ HAIKAL BIN IZAM (191141233)
Pada abad ke-21, pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Hal ini kerana selaras dengan perkembangan teknologi, kemudahan seperti ICT memainkan peranan yang penting terutamanya dalam perkongsian maklumat. Sehubungan dengan itu, ia telah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat di setiap pelosok dunia dengan menggunakan platform atau medium sosial media seperti Facebook, Whatsapp, Telegram, Twitter, TikTok dan sebagainya. Penggunaan ICT kepada arah kebaikan adalah digalakkan namun ianya masih disalahgunakan oleh setiap individu dengan cara yang berbeza. ICT membantu meringankan beban manusia sebagai contoh dengan wujudnya aplikasi untuk memesan sesuatu serta khidmat penghantaran yang disediakan, pencarian maklumat yang tidak terbatas melalui kemudahan internet, pengiklanan sesuatu produk atau perkhidmatan yang meluas untuk meningkatkan pendapatan dan sebagainya. Frasa seperti ‘digital jungle’ menekankan mengenai penggunaan ICT tanpa batas kerana tiada perihal etnik yang diaplikasikan dalam dunia digital. Pengguna ICT terdedah dengan pelbagai benda menyebabkan individu tersebut boleh terpengaruh dengan perkara yang kadang-kadang tidak masuk akal. Masalah ini menjadi lebih serius apabila kesannya dapat dilihat dalam generasi kini pada usia yang lebih muda. Hal ini kerana sebagai generasi muda, mereka adalah ketua yang akan menggantikan generasi sebelumnya dalam memimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa ICT mempunyai kebaikan dan juga keburukan dan ianya perlu dikawal dari setiap aspek sama ada melalui individu atau masyarakat.
Pada pendapat saya, topik mengenai penggunaan ICT ini agak hangat untuk dibincangkan memandangkan teknologi digital  memang digunakan secara meluas pada masa kini. Dahulu, masyarakat sering menekankan keburukan dalam penggunaan ICT dari aspek kesihatan, hiburan, masa dan lain-lain dan memandang remeh akan kelebihan yang jauh lebih banyak seperti kemudahan untuk berinteraksi dengan kenalan, kemudahan untuk mendapat informasi, berita semasa dan lain-lain lagi. Namun kini, penggunaan ICT amat memberi impak yang besar apabila kita mula ke arah dunia berteknologi. Kita dapat lihat bahawa penggunaan ICT kini telah banyak memudahkan urusan-urusan tidak kira dalam golongan muda atau tua seperti sitem pendidikan, urusan meluaskan pasaran perniagaan, memudahkan komunikasi dan sebagainya. Hal ini juga telah menyebabkan nilai pengetahuan diangkat tinggi dalam masyarakat dengan adanya teknologi digital seperti laptop dan telefon pintar dalam memperoleh maklumat di hujung jari sahaja. Ini juga membuktikan bahawa penggunaan ICT dapat menjimatkan masa pengguna-pengguna untuk berkomunikasi dan menguruskan perkara yang penting. Namun begitu, terdapat perkara-perkara yang perlu dipandang serius di mana tidak semua golongan tua cekap dalam penggunaan digital yang semakin canggih ini. Selain itu, penggantungan terhadap ICT dalam segala jenis urusan juga tidak mudah bagi semua masyarakat memandangkan tidak semua tempat dapat mengakses internet dan tidak semua masyarakat mampu memiliki alat digital. Oleh itu, kita mestilah peka terhadap isu-isu ini dengan memantau dan menolong orang-orang yang memerlukan supaya tiada yang tertinggal dan negara ini juga dapat berkembang pesat.
NUR ATIQAH NABILAH BINTI MOHAMMAD RASHIDI (191141252)
Perkataan ICT atau Information Communication Technology tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat moden hari ini. ICT merupakan teknologi yang diperlukan  untuk pemprosesan data. Teknologi ini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti telekomunikasi, pendidikan, pengiklanan untuk memperoleh, menyimpan, memproses, mengambil semula dan menyebarkan maklumat. Pengaruh ICT sememangnya merupakan realiti kehidupan masa kini. Etika dan peradaban bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Masyarakat bertamadun perlu cakna akan ilmu pengetahuan baru dan isu semasa melalui pelbagai 'platform' selain membina jaringan sosial dalam kehidupan. Kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui teknologi ini. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Teknologi ini sangat mempengaruhi kehidupan kita dalam apa jua aspek dari segi fizikal, mental dan rohani. Justeru, kita seharusnya bijak dalam menggunakan digital jungle agar supaya dapat membentuk masyarakat yang intelektual. Walau bagaimanapun, kemudahan teknologi ini sangat mudah disalahgunakan oleh sesetengah pihak tidak bertangungjawab. Contohnya, jenayah siber. pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi serta kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, Serangan siber boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bom e-mel, spam, gangguan, ancaman penggodam, serangan virus, penafian perkhidmatan dan pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan maklumat sulit syarikat mahupun kerajaan. Kesepaduan nasional tanpa berbilang kaum perlulah diperkukuhkan agar negara kita kekal dalam aman damai dan mengaplikasikan kemudahan ini sebaik mungkin.
Shalini A/P Muthuraja 191142371
Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (ICT)  adalah  salah  satu  teknologi  digital yang semakin  berkembang  dan  digunakan  secara  meluas  pada masa kini diserata dunia. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga merujuk kepada semua teknologi yang digunakan untuk mengendalikan telekomunikasi, media penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar, sistem pemprosesan dan penghantaran audiovisual, dan fungsi kawalan dan pemantauan berasaskan rangkaian. Pada era globalisasi ini, ramai di antara kita menggunakan ICT untuk kegunaan seharian kita. Secara ringkasnya, teknologi komunikasi maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada era ini. Antara kepentingan ICT pada masa kini dapat membantu pengurusan pendidikan, memperoleh pelbagai sumber maklumat,
perdagangan elektronik dan pembankan dapat dilakukan dengan mudah. Lebih-lebih lagi perubahan  radikal  dapat  dilihat dalam  segala  aspek  kehidupan  masyarakat  bermula  dari kerangka  pemikiran  masyarakat  kepada  hiburan  dan  dari  perniagaan  kepada  pertahanan. Dalam  revolusi  budaya  ICT  ini,  maklumat  dan  media  atau  teknologi  manipulasi  maklumat menentukan  segala-galanya  termasuk  juga  nilai  sebuah  kebenaran.  Dengan  maklumat, penyelesaian  masalah  dan  idea  baru  dapat  dicetuskan  dengan  maklumat,  terutamanya  melalui realiti  maya,  pentas  dan  acara  hiburan  dimainkan,  dengan  maklumat,  kekayaan  dicipta  dan dipungut dan  dengan  maklumat  jugalah,  perang  dilancarkan  dan  kemenangan  diperolehi. Di samping  itu  juga  tanpa  disedari  ICT  juga  telah  mengubah masyarakat  pada  tahap  yang  paling asas  iaitu perubahan  pada  gaya  pemikiran  dan  budaya  fikir  masyarakat. Seterusnya  perubahan  ini  meninggalkan  kesan  pada  individu  mahupun  masyarakat.    ICT  juga turut  mengubah  sistem  ekonomi  dunia.
NUR AZIAH SUHADA BINTI NAIM 191141253
Dalam era ledakan teknologi ini, perkembangan teknologi bukan lagi bersifat information Technology (IT) dan juga communication technologi (CT) tetapi gabungan di antara information technology (IT) dan communication technology (CT) telah membawa kepada perkembangan ICT. Minat terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong lebih ramai orang menghabiskan masa di cyber cafe, internet cafe dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Keupayaan dan kemahiran generasi muda/remaja dalam penggunaan dan kemahiran ICT jauh lebih baik secara bandingan dengan generasi yang lebih tua. Dengan menggunakan komputer riba seseorang remaja boleh mendapat apa juga maklumat yang diperlukannya tanpa sebarang halangan. Seluruh maklumat yang bersifat ‘global’ hanya berada dihujung jari. Seseorang boleh berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa. Pertembungan akan berlaku di sini kerana kecanggihan teknologi ICT di satu pihak dan ketahanan diri yang masih lemah. Ketidak-seimbangan ini akan membawa kesan yang negatif kepada seseorang, khususnya generasi muda remaja. Situasi ini akan boleh memungkinkan seseorang itu akan terperangkap dalam keadaan ini dan ada pihak yang mengambil peluang menyalah-gunakan kemudahan ICT ini dan melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Kesiumpalannya, negative atau positif kesan sesuatu perkara adalah bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita mencorakkannya dengan baik, maka baiklah sesuatu perkara itu, jika tidak sebaliknya akan berlaku.
TASHNA A/P SUBASANMUGAM (191141284)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah salah satu bentuk teknologi digital yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini diserata dunia. Menurut The Linked Word (2011), ICT merupakan satu terma yang merujuk kepada semua alat komunikasi atau aplikasi termasuklah radio, televisyen, telefon, komputer dan peranti rangkaian dan 'software' dan sistem satelit. Penggunaan terma ini adalah ‘interchangeable’ atau turut merujuk kepada teknologi digital dan teknologi maklumat (IT) kerana konsep-konsep ini merujuk kepada satu asas yang sama iaitu teknologi yang diaplikasikan kepada perkembangan maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat pula merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Maklumat tersebut wujud dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk fizikal, contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual dan pergerakan. Perkembangan teknologi maklumat di dalam mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu didalam kehidupan manusia. ICT telah menjadi pemangkin untuk membuatkan proses globalisasi bertambah pantas. Internet dan kemajuan teknologi komunikasi yang lain telah melahirkan dunia maya untuk manusia terus berinteraksi di samping dunia nyata. Masyarakat rangkaian turut dimanisfestasikan menerusi transformasi interaksi sosial dalam kehidupan seharian.
Kemajuan ICT ini telah mewujudkan satu bentuk komunikasi yang baru iaitu di panggil media sosial. Media sosial adalah suatu media untuk interaksi sosial, sebagai superset melampaui komunikasi sosial. Penggunaan teknologi maklumat juga memberi kesan yang signifikan kepada peranan dan konsep keruangan dalam pembangunan. Ruang yang sebelum ini bertindak sebagai pemisah yang menempatkan negara mengikut blok dan sistem ekonomi yang menghasilkan jurang yang besar, semakin hilang pengaruhnya dan semakin mengecil. Sokongan daripada teknologi maklumat membolehkan kumpulan negara membangun bangkit menyaingi negara-negara maju manakala kumpulan negara miskin pula semakin aktif untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.
Globalisasi adalah suatu penyatuan masyarakat dunia dari segi gaya hidup, orientasi, dan budaya. Ledakan budaya hasil daripada proses globalisasi telah mewujudkan perubahan yang drastik dalam pemikiran, amalan, cara hidup, hasil karya, akal budi, kelakuan,penciptaan, kebendaan, kehidupan, dan banyak lagi dalam kalangan masyarakat.Globalisasi bukan sahaja membawa pembaharuan dalam bidang perolehan maklumat dan pengetahuan melalui ICT akan tetapi telah menjadi medan untuk pihak Barat mengeksport keluar budaya hidup mereka seperti budaya hedonisme, sekularisme dan religious-pluralisme yang bukan merupakan budaya kita. Dari segi bahasa, era ICT telah menjadikan bahasa Inggeris berkembang secara pesat dan digunakan secara global dalam urusan seharian baik di peringkat global dan lokal. Ini kerana bagi mengendalikan urusan-urusan melibatkan ICT, ianya banyak dikendalikan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Fenomena ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi ICT. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa ICT merupakan pemangkin utama di dalam globalisasi. Perkembangan ICT secara tidak lansung banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Ia merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan memandangkan negara kita amat memerlukan ICT sebagai salah satu asas kepada pembangunan negara. Pengaruh ICT dalam kehidupan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Pengaruh ini dalam masyarakat telah melampaui segenap aspek kehidupan iaitu bermula daripada pengaruh ICT kepada sistem ekonomi sehinggalah kepada pengaruhnya terhadap budaya dan nilai dalam masyarakat.
REEZ FAISAL BIN AZAHAR (191141271)
Pengaruh ICT menjadi wadah penting dalam menyusuri kehidupan manusia pada era ini. Kebergantungan manusia terhadap ICT amatlah tinggi tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak.  Information Communication Technology (ICT), menjadi satu platform untuk masyarakat sejagat untuk berkomunikasi dan mengakses maklumat. Sebagai contoh, aplikasi Whatsapp, Email dan Google membolehkan manusia berhubung dan menerima informasi dengan pantas. Selain itu, penggunaan ICT dapat memantapkan proses pembelajaran. Misalnya, memudahkan proeses pembelajaran dan pelajar berpeluang menimba ilmu secara maya. Namun begitu, terdapat kesan negatif ICT terhadap peradaban manusia. Manusia terkadang lalai dengan arus permodenan sehingga mengabaikan sikap ketermadunan manusia. Justeru, timbulnya jenayah siber, berita palsu dan penyebaran virus. Sebagai rumusan, saya bersutuju bahawa pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini kerana ia dapat memberi manfaat terhadap kehidupan manusia.
MOHD ASYRAF BIN SABRI (191143066)
Pada pendapat saya dalam era ICT ini boleh dikatakan tidak kira lapisan masyarakat dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa semuanya menggunakannya. ICT ini juga memberikan kesan baik dan buruk kepada kita semua sebagai contohnya kesan yang baik ialah mempercepatkan urusan kita. Zaman sekarang kebanyakan orang rumai membuat secara atas talian  seperti urusan perbankan,pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah dan sebagainya lagi. Selain itu, ICT juga dapat memudahkan kan kita untuk berkomunikasi melalui laman social seperti Facebook, twitter, Skype dan sebagainya lagi. Hal ini mereka dapat berkomunikasi secara atas talian tanpa mengira jarak antara mereka. Di samping itu, terdapat juga kesan negatif daripada ICT ini sebagai contohnya berlakunya jenayas siber. Jenayah siber yang dinaksudkan adalah seperti penipuan atas talian, traksaksi palsu, buli siber dan sebagainya lagi. Selain itu , boleh dikatakan ICT juga membuang masa, keseronokan melayari laman sesawang seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga membuang masa dengan  bermain permainan maya secara atas talian. Boleh diakatan pelajar sekarang banyak menghabiskan waktu belajar mereka dengan melayari internet tanpa membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Akhir sekali, kemajuan teknologi maklumat boleh dikatakan membuat kesan yang baik dan buruk. Oleh itu, pengguna mestilah bijak dalam menilai setiap kandungan yang terima oleh kepesatan ICT.
Siti Nurfarahdeana Suhada Binti Alias 191141279
ICT sememangnya telah memberikan pengaruh yang besar kepada kehidupan manusia zaman kini. Seperti yang kita sedia maklum, ICT telah memudahkan lagi kehidupan kita seperti mempercepatkan urusan, memudahkan, meringankan beban kerja dan membantu komunikasi lebih efisien. Terutamanya pada masa ini, kita telah dilanda dengan wabak yang tidak kita sangka akan memberikan impak yang cukup besar pada kehidupan seharian kita. Seperti contoh, kita perlu menjalani pembelajaran secara atas talian atas kekangan melakukan kelas secara fizikal juga banyak pekerjaan yang memerlukan bekerja dari rumah. Ini menyebabkan ramai perlu mengadaptasikan penggunaan ICT ini yang mungkin menjadi beban kepada sesetengah orang. Tetapi semua perlulah mengadaptasikan ICT ini demi kemudahan bersama.
VASUUMATHI ILANGO
191141287
Teknologi maklumat berkembang dengan pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita.Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas tanpa mengira batasan usia, keranainternet mempunyai banyak kemudahan, informasi dan maklumat terkini yang hanya perlu diakses dengan menggunakan hujung jari tanpa mengeluarkan sebarang titik peluh.Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan pelbagai versi telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).Kini penggunaan Internet bukan sahaja didominasi oleh golongan dewasa dan berkerjaya, malah semua peringkat umur telah menggunakan kemudahan Internet bagi tujuan mereka sendiri.Malahan bagi sesetengah pihak, Internet merupakan satu keperluan dalam hidup mereka termasuklah golongan pelajar sekolah, mahasiswa, guru-guru, para akademik dan lain-lain.
Koh Qi Sheng 191141227
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah mendatang dua impak iaitu kesan positif dan kesan negatif kepada kualiti hiudp belia pada masa kini. Perbincangan berdasarkan kajian lepas mendapati pengaruh positif teknologi maklumat dan komunikasi terhadap kualiti hidup belia yang pertama adalah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan golongan belia pada masa kini. Kemudahan teknologi ini telah membantu seseorang individu mendapat maklumat dengan pantas dan menjimat dengan hanya dihujung jari. Dengan itu, penggunaan ICT dapat meningkatkan kualiti hidup  pengguna ICT dengan membina masa depan yang positif melalui pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai sumber ICT. Selain itu, kelebihan teknologi ini membantu golongan belia yang bekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka. Melalui perhubungan teknologi ini membantu golongan pekerja berkongsi maklumat, menyebarkan maklumat dengan tepat, maklumat lebih teratur dan membantu mengekalkan sesuatu perniagaan ini dengan lebih konsisten. Kelebihan ini menjadikan golongan belia bekerja dengan produktif malah membantu meningkatkan ekonomi diri sendiri dan negara.
Liong Ling Ling 191143065
Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) telah membawa pengaruh yang kertara kepada kehidupan manusia. ICT telah memudahkan kerja kehidupan harian manusia, contohnya pembayaran, perdagangan, dan pendidikan. Semua ini boleh dijalankan secara online dan juga menringankan kerja manusia pada zaman sekerang berbanding dengan zaman sahulu yang semua kena diuruskan secara physical. ICT juga amat penting untuk menambah ilmu manusia, seperti kita tahu, terdapat banyak maklumat boleh didapati dengan begitu senang di internet, jadi kita boleh tahu berita international and juga negeri supaya kita tahu apa yang sedang berlaku di dunia ini dan juga tidak ketinggalan zaman. kesimpulannya, ICT adalah amat penting pada zaman sekarang dan kita haruslah bijak untuk menilai kandungan yang diperoleh untuk mengelakkan maklumat yang tidak betul.
OOI WEI QUAN 191141268
Pengaruh  ICT  telah menjadi reality kepada kehidupan manusia. Pada pendapat saya , saya setuju dengan kenyataan tersebut. Pada era globalisasi ini,  perkembagan teknologi iaitu Information Communication Technology (ICT) telah banyak mempengaruhi perkembangan pembinaan kesepaduan nasional sekali gus 'peradaban majmuk' Malaysia.  Ini bermaksud , hubungan masyarakat dengan ICT menjadi semakin rapat. Situatsi ini juga membuktikan bahawa kehidupan masyarakat banyak dipengaruhi oleh ICT.
ICT telah membawa kesan positif and kesan negatif kepada masyarakat. Pertama sekali, pengunaan ICT telah menyebabkan masyarakat dapat berkomukasi dengan lebih mudah dan pantas. Dengan wujudnya applikasi seperti Facebook, Twitter dan Instagram ,masyarakat  dapat berkomunikasi jarak jauh. Sebagai  contoh, semasa wabak Covid-19 PDPR dapat dijalankan dengan bantuan ICT.
Selain itu, ICT juga membantu masyarakat dalam bidang perniagaan. Hal ini kerana, masyarakat dapat meluaskan pasaran . Tambahan pula, ruang yang diperlukan untuk perniagaan juga berkurang. Ini berjaya meningkatkan keuntungan para perniaga. Contoh applikasi yang diguna untuk perniagaan atas talian ialah Shopee and e-Banking.
Walau bagaimanapun, ICT juga membawa kesan negatif kepada masyarakat jika disalahgunakan. Sebagai contoh ICT telah digunakan oleh sebahagian manusia untuk menyebar berita palsu. Selain itu, laman sesawang yang tidak sesuai seperti laman sesawang pronografi juga menjejaskan  pemikiran masyarakat terutamanya remaja yang tidak mempunyai pemikiran yang matang .
Kesimpulannya, walaupun ICT  membawa pengaruh positif and negatif kepada masyarakat, Kita tidak dapat menafi bahawa ICT semakin penting dalam kehidupan seharian Kita. Oleh itu, cara pengunnaan ICT yang betul harus dipelajari oleh setiap masyarakat.
Syumayyah binti Rasis (191141282)
Pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini, Bincangkan.
Pengaruh ICT telah lama wujud tetapi tidaklah memberi impak yang besar dalam kehidupan sebelum ini. Namun seiring dengan peralihan zaman, teknologi ICT makin berkembang pesat bermula dengan penggunaan komputer sehinggalah sekarang penggunaan gadget di hujung jari iaitu telefon pintar atau lebih dikenali sebagai 'smartphone'. Tambahan pula saat ini dunia berdepan dengan pandemik covid-19 di mana aktiviti fizikal terpaksa dikurangkan bagi mengurangkan kes jangkitan wabak covid-19. Hal ini mendorong kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan kemudahan ICT untuk manusia berinteraksi antara satu sama lain sama ada untuk keperluan dari segi pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Setiap perkara ada kebaikkan mahupun keburukkan. Kebaikkan utama pengaruh ICT adalah dapat membantu perkembangan dunia dari segi ekonomi, politik dan juga sosial dimana sesebuah negara dapat berkolaborasi dengan negara lain untuk sama-sama membangun dan berkembang ke arah kemodenan. Selain itu, terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan sesuatu kerja iaitu aplikasi secara atas talian. Contohnya aplikasi penghantaran makanan, bank, tempah kereta sewa dan sebagainya. Aplikasi seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya juga memainkan perana penting dimana banyak isu-isu semasa yang disampaikan melalui platform tersebut. Ini membolehkan masyarakat sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan juga perkembangan negara. Namun terdapat juga keburukkan pengaruh ICT dimana sekarang aplikasi tiktok sangat popular dengan perkongsian video gelek dan sebagainya yang tidak begitu sesuai untuk ditonton dan membawa pengaruh buruk kepada generasi muda. Selain itu, pengaruh ICT juga menjadikan anak-anak zaman sekarang kurang aktif dan lebih kerap berada di rumah bermain game atau menonton video-video youtube. Hal ini akan menjejaskan kesihatan mereka dari segi mental mahupun fizikal. Kesimpulannya, ICT merupakan satu elemen penting dalam kehidupan masa kini, namun pengaruh ICT memberi impak positif dan juga negatif kepada pengguna bergantung kepada cara penggunaan mereka.
KHOR WAN PING 191141225
Pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan agenda baharu yang begitu diberi­kan perhatian.  Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah yang serius untuk menerapkan budaya ICT kepada masyara­kat. Berda­sarkan usaha kerajaan yang tinggi itu, ternyatalah bahawa bidang ICT mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Pembangunan ICT dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum.
Kemajuan ICT juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan bidang ICT secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan ICT.
Kesimpulannya, ICT memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa dengan pantas. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini.
MAZIAHTUL SYAHIRAH BINTI BURHAN 191141231
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam meghayati kehidupan seharian kita. Ledakan teknologi memberi impak yang kuat pada gaya hidup seperti cara pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat dan juga pengahayatan agama. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Kecanggihan teknologi juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang penting dan mengetahui tentang isu terkini dan keadaan dunia pada hari ini. Namun begitu, kesan kemajuan teknologi maklumat ini ada baik dan buruknya. Sebagai contoh, pelayaran web negatif mampu merosakkan maruah dan nilai keperibadian seseorang. Kemudahan mereka untuk mengakses ke laman web ini amat membimbangkan. Selain itu, penyebaran fitnah, berita palsu dan gossip sering berlaku di negara ini. Terdapat juga aktiviti perjudian di internet yang mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Pihak berkuasa, polis dan agensi yang terlibat haruslah mengambil tindakan dengan segera agar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini tidak disalahgunakan oleh masyarakat. Ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan teknologi dan media sosial yang hadir dalam kehidupan remaja tidak menganggu perkembangan diri mereka. Ibubapa hendaklah memantau dan mengawal aktiviti anak-anak melayari internet agar anak-anak ini tidak melayari laman sesawang yang tidak berfaedah serta yang mengandungi unsur-unsur tidak baik.
SITI NOR HALIMAH BINTI MOHD ALI JINNAH (191141277)
Pada pendapat saya, pada zaman globalisasi kini, ICT dan realiti kehidupan tidak dapat dipisahkan. Penyebaran maklumat dan kewujudan dasar komunikasi merupakan rangkaian terbesar dalam ICT. Perisian Microsoft seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel, enjin carian seperti Firefox dan Google Chrome dan media sosial seperti Facebook dan Instagram merupakan contoh penggunaan ICT. Disebabkan kehidupan kita memang berkait rapat dengan ICT, cara pemikiran, minat dalam cara pemakaian, corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama terpengaruh. Antara kebaikan yang seseorang peroleh daripada ICT adalah carian maklumat dalam pelbagai jenis bentuk seperti jadual, carta grafik dan animasi secara pantas. Selain itu, internet menggalakkan perbincangan dan perbualan lebih efisen dan efektif menggunakan Skype, Whatsapp dan Telegram pada bila-bila masa. Lebih-lebih lagi, ICT memainkan peranan penting ketika wabak COVID-19 merebak memandangkan pergerakan fizikal diminta untuk dikurangkan. Hal ini demikian, pendidikan, perniagaan mahupun servis perkhidmatan dipermudahkan di atas talian, di mana masa dan tenaga dijimatkan.  Seperti analogi dakwat hitam di atas kertas putih, mata manusia akan fokus melihat perkara buruk juga walau ada seribu kebaikan. Maka, ICT juga mendorong kita ke arah salah seperti terdedah kepada jenayah siber. Jenayah siber terdiri daripada unsur penipuan, pengubahsuaian program dan pencurian maklumat. Hal ini bukan sahaja mengancam laman web orang lain, akan tetapi dapat merosakkan minda seseorang individu. Di samping itu, internet turut mendedahkan penggunanya mengakses kandungan yang tidak sesuai dengan julat umur secara tidak langsung. Hal ini berlaku semasa iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan, di mana kandungan tersebut tidak sesuai untuk tumbesaran dan perkembangan minda kanak-kanak serta mereka dikhuatiri melibatkan diri dalam kegiatan tidak sihat. Secara kesimpulannya, bak mutiara kata "yang nampak baik itu jangan terus diterima, yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak", kita patutlah menyemai pendirian diri yang utuh dengan menggunakan kemudahan ICT untuk menikmati kebaikan yang ditawarkan manakala menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak.
NUR HAIDATUL AFFIRA BINTI DASRIEL. (191141254)
Pengaruh ICT merupakan reality kehidupan masa kini, bincangkan.
Pada pendapat saya, memang tidak dapat dinafikan lagi manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan ICT telah menjadi satu keperluan asas dalam kehidupan manusia pada masa kini. Kemajuan dan perkembangan ICT menjadi salah satu perkara penting pada peradapan sekarang. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian di pelbagai bidang termasuk perniagaan, politik, perubatan, pendidikan dan sebagainya di mana penggunaannya kini semakin pesat berkembang di dunia global.
Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran. Perkembangan ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan ekonomi. Naman tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT terhadap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga menjadi cabaran besar dan menggugat sosiobudaya insan.
ICT juga membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta boleh dilakukan secara dalam talian, dengan ini urusan dapat dijalankan dengan mudah dan menjimatkan masa. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk menyelasaikan urusan mereka tambahan dengan wabak yang sedang melanda dunia sekarang. Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengna mudah dan cepat.
Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif sekiranya disalah gunakan oleh masyrakat, contohnya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan jenayah siber ini adakalanya mampu mengodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.
Kesimpulannya, kemajuan ICT dapat memberi kesan positif dan juga kesan negatif terhadap penggunaannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras. Pengguna ICT juga seharusnya lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang di terima dalam kepesatan ICT pada masa kini.
Janifer Anne A/P A. Alousis 191141221
Pada era globalisasi ini, memang benar yang ICT telah mempengaruhi kehidupan para manusia. Teknologi ini telah banyak membantu manusia untuk berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira had jarak dan masa.Selain itu, hampir semua sektor mengunakkan kemudahan ICT tersebut,seperti sektor pekerjaan, sektor pembelajaran dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan yang wujud masa kini merupakan impak daripada perkembangan media baharu dalam perhubungan di alam maya yang tidak dapat dielak kerana kebebasan persaingan teknologi komunikasi. Sejak kewujudan ICT,teknologi komunikasi yang pantas berkembang dan ianya memudahkan golongan ini untuk melakukan kerja mengikut bidang keperluan masing-masing.
LUGADARSHNE A/P KRISHNAKUMAR 191141229
Pada pendapat saya, pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini, hal ini demikian Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT). ICT yang menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih maju kehadapan di dalam era globalisasi telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin pantas mencapai kemodenan. Evolusi dan penglobalan teknologi adalah luas dilihatkan dalam pelbagai sector sebagai contohnya dalam sector pembinaan, pengangkutan, teknologi maklumat dan sebagainya. Secara amnya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah salah satu bentuk teknologi digital yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini diserata dunia. Teknologi maklumat pula merupakan suatu kaedah yang digunakan  untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Teknologi juga merupakan medium yang digunakan dengan bantuan sains untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Justeru itu, kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara adalah hasil gabungan ilmu sains dan media teknologi yang jitu kerana ia memiliki hubungkait yang amat besar dalam kehidupan msyarakat hari ini..
ISWERYA A/P ALAGAN 191141220
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan postif dan negatif terhadap kualiti hidup kita.Berdasarkan maklumat yang diperolehi, penggunaan media massa dan media sosial dapat membantu kita untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan pelbagai kemahiran.Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan kita menjadi ketagihan dengan penggunaan intenet dan keseronokkan yang melampau boleh menyebabkan gangguan kepada psikologi manusia. Hal ini menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab serta menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat
Lim Xiao Fan 191141228
Pengaruh ICT menjadi realiti kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana kebanyakkan aktiviti dalam kehidupan seharian dipermudahkan menerusi ICT, terutama dengan pandemik Covid-19 di mana aktiviti komunikasi secara fizikal terpaksa dikurangkan. Tambahan pula, kerajaan Malaysia menunjukkan kesungguhan berterusan untuk menjadikan ICT sebagai pemangkin pembangunan pelbagai sektor, supaya negara terus maju dalam dekad baru. ICT telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara sedangkan manusia dapat berinteraksi dalam jarak yang jauh dan masa yang singkat. Semua orang dapat menuntut ilmu mengikut keperluan tersendiri. Justeru, ICT menjadi platform yang penting untuk berkomunikasi. Di sebaliknya, ICT akan membawa impak negatif sekiranya maklumat penting disalah gunakan. Oleh itu, pengguna harus bersifat rasional semasa mengguna ICT.
BRIAN TAN KAI HONG 191141212
Dalam perspektif saya . i rasa ICT mempunyai pelbagai pengaruh terhadap kesepaduan nasional negara kita kini.
ICT boleh menimbulkan 'Hate speech' wujud dalam kalangan masyarakat kita dengan kesilapan guna teknologi dan media massa dengan sebar khabar angin, berita palsu yang boleh mengakibatkan konflit antara satu sama lain .
Seterusnya, adalah ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional seperti Cara bertutur Cara berkongsi Cara menasihat Cara berdebat Cara menonjol diri Cara meletak gambar Cara berbudi Cara menghormati orang tua Cara menyayangi orang muda Cara menyantuni etnik berbeza ICT perlu dipelajari dan Cara hidup normal sebagai juga sebagai agen kesepaduan manusia dan cara mengurus sosial privasi diri .
Muhamad Arif Faisal Bin Mohd Sukri 171231724 RK93
Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi
semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT),terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Ianya telah menulardalam setiap lapisan masyarakat dan generasi, termasuk diMalaysia. Dari satu segi, ICT merapatkan jurang komunikasi,namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal
perkembangan ini, menjadikannya seperti digital jungle.Serentak ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif, membina dan menghancurkan. Dengan berleluasanya fake news melalui media sosial seperti Facebook adalah satu contoh yang sangat dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah
dengan peradaban di Malaysia sngat diperlukan oleh semua pihak. Kupasan mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya
digital dan disiplin dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.
Memahami ICT sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia
1) Evolusi dan Penglobalan Teknologi
-Evolusi ICT di Malaysia
• 1983 - Dr. Mohamed Awang-Lah
memulakan idea untuk menghubungkan
Malaysia dengan dunia menerusi
Internet di makmal Universiti Malaya.
• 1989 - Rangkaian Komputer Malaysia
(RangKoM).
• 1991 - JARING (Joint Advanced
Integrated Networking) dilancarkan.
Sumber: https://www.majalahsains.com/sejarah-internet-malaysia/
2) Hubungan Manusia dan ICT
- yang mempercepatkan banyak urusan
manusia.
- yang memudahkan dan meringankan
beban kerja.
- yang membantu Komunikasi lebih efisien.
- menghubungkan sesiapa sahaja, walau
dimana sahaja, pada setiap masa.
3) Etika dan Peradaban dalam Penggunaan ICT
- Kini Pelbagai Etika dan Peradaban ICT
boleh kita temui dalam Internet. Namun
apa yang penting ialah bagaimana kita
menterjemah ICT sebagai penghayatan
dalam kehidupan seharian.
Peraturan 1:
Ingat komunikasi sesama manusia
Peraturan 2:
Ikuti piawai kelakuan online seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar.
Peraturan 3:
Ketahui di mana anda berada di dunia siber
Peraturan 4:
Hormati masa orang lain
4) ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
- ICT perlu dipelajari dan dipupuk juga
sebagai agen kesepaduan sosial.
• Cara bertutur
• Cara berkongsi
• Cara menasihat
• Cara berdebat
• Cara menonjol diri
• Cara meletak gambar
• Cara berbudi
• Cara menghormati orang tua
• Cara menyayangi orang muda
• Cara menyantuni etnik berbeza
• Cara hidup normal sebagai manusia
dan cara mengurus privasi diri
• dan lain-lain….fikir dan bincang.
Pravine Raj A/L R Thanarajah 191141270
Teknologi maklumat dan komunikasi, atau lebih dikenali sebagai ICT boleh ditakrifkan sebagaisebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyabar dan memapar maklumat. Kemajuan ICT ini amat jelas digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara kepentingan ICT termasuklah memudahkan pencarian maklumat pada masa yang sinkat, dapat berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa, memudahkan urusan kerja ataupun pendidikan serta meringankan beban. Namun begitu penyalahgunaannya dapat membawa pelbagai kesan buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Jadi sebagai masyarakat bertamadun, kita hendaklah menjaga adab dan etika ketika menggunakan teknologi ini.
Perkembangan ICT merupakan satu bentuk transformasi teknologi yang banyak membawa kepada perubahan gaya hidup. Revolusi maklumat yang berlaku di era moden ini merupakan factor utama yang mendorong kepada perkembangan masyarakat rangkaian. Revolusi ini telah merubah kaedah manusia berkomunikasi daripada aspek masa dan ruang yang mana kedua-dua konsep ini adalah patri utama di dalam globalisasi.revolusi ini turut memberi kesan kepada masyarakat menerusi penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian yang banyak membantu dan memudahkan urusan seharian manusia. ICT telah menjadi pamngkin untuk membuatkan proses globalisasi bertambah pantas. Internet dan kemajuan teknologi komunikasi yang lain telah melahirkan dunia maya untuk manusia berinteraksi di samping dunia nyata.dalam konteks interaksi sosial akibat kemajuan ICT ini telah mewujudkan satu bentuk komunikasi yang  baru iaitu dipanggil media sosial. Laman jaringan sosial digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan pengguna seperti ahli akademik, ahli politik, organisasi korporat, agensi kerajaan, pelajar dan sebagainya untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan, pengajaran dan pembelajaran, ideologi politik, komunikasi dan alat periklanan.
Kehidupan serba moden kini banyak dipengaruhi oleh peranan system ekonomi yang efisien di mana ia membolehkan masyarakat menikmati pembangunan dan kekayaan yang dijana. Dengan peranan ICT, system ekonomi turut mengalami perubahan di mana peluang pekerjaan banyak dibuka dan secara tidak langsung membuka dapat dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Secara dasarnya, sistem ekonomi ini mempunyai dua prinsip asas iaitu pengetahuan dan ICT. Pengetahuan dalam K-Ekonomi merujuk kepada pengetahuan dan keupayaan menggunakan kreativiti untuk mencipta nilai baru dan kekayaan di mana kekayaan diukur menerusi hasil daripada aplikasi kreatif daripada pengetahuan seseorang manakala ICT bertindak sebagai asas dan pemboleh ubah utama kepada K-Ekonomi. Aplikasi K-Ekonomi turut memberi kesan kepada kedudukan dan nilai pengetahuan dalam masyarakat, sifat produktif yang digunakan oleh masyarakat dan penghasilan pekerja berpengetahuan. Kekayaan dalam zaman ini tidak lagi diukur dengan luas tanah atau kuantiti, tetapi ia diukur oleh satu nilai baru iaitu pengetahuan yang dapat diaplikasikan. Sebagai contoh, dalam pertanian pengetahuan boleh membantu seseorang petani agar dapat melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih efektif menerusi penggunaan bahan-bahan tanaman yang bermutu, memperbaiki kaedah penanaman dan meluaskan saluran pemasaran hasil-hasil petani.
Akhirnya, system Pendidikan juga akan terus berkembang maju dengang adanya teknologi maklumat. Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran generic atau bolehguna seperti kemahiran berkomunikasi secara berkeasan, kemahiran bergaul serta berkerja dengan orang lain dan berkumpulan, kemahiran berfikir, kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan teknologi dan sebagainya menggunakan teknologi maklumat. Ia penting kerana apabila para pelajar memasuki alam pekerjaan, ia dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan yang paling utama adalah pekerja yang berpengetahuan dan bermaklumat. Kesimpulanny, teknologi makluman tan komunikasi (ICT) banyak mempengaruh persepaduan nasional pada era globalisasi ini. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menggunakan peluang ini denagn sebaiknya agar dapat mengeratkan lagi persepaduan di Malaysia.
SITI NURAIN HAMIMI BT RAHIM (191141278)
Pada pendapat saya, perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan.
Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila memiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi, maklumat saman dan sebagainya. Fungsi Mykad yang lebih meluas seperti ini akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang walaupun wujud isu-isu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan sebagainya.
Kesimpulannya,Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya. Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat.
POH YAN XIANG 191141269
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.  Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri.
MUHENDRA A/L BATAMALAR 191141244
PADA MASA KINI TEKNOLOGI MAKLUMAT MENJADI MEDAN UTAMA BAGI SEGALA PENYAMPAIAN MAKLUMAT SERTA APA2 URUSAN UTAMA. HAL INI KERANA, PROSES PELAKSANAANYA LEBIH MUDAH SERTA EFEKTIF BERBANDING KAEDAH TRADISIONAL SEDIA ADA YANG MENGAMBIL MASA TERLALU PANJANG.
TEKNOLOGI MAKLUMAT TURUT MENJADI MEDAN UTAMA DALAM MENCORAKKAN PEMBUDAYAAN PERKARA BATU DALAM  MASYARAKAT SETEMPAT DIMANA CONTOH TERDEKAT ADALAH ASIMILASI BUDAYA K-POP DALAM KALANGAN MASYARAKAT MUDA DI NEGARA KITA.
DI SAMPING PELBAGAI KELEBIHAN YANG TERDAPAT DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT, TERDAPAT JUGA PELBAGAI INDIKATOR-INDIKATOR NEGATIFNYA. TEKNOLOGI MAKLUMAT KINI LEBIH MUDAH MENDEDAHKAN PRIVASI  DAN SEKURITI SESEORANG BERBANDING KAEDAH KONVERSATIF YANG DI MANA SELEPAS KEMUNCULAN PERBANKAN TALIAN BANYAK KES BERKAITAN PENIPUAN MELAMBUNG SERTA MERUGIKAN BANYAK PIHAK. PERKARA TERSEBUT HANYA SEBAHAGIAN INDIKATOR NEGATIF YANG WUJUD DALAM SISTEM INI. ANTARA PERKARA YANG MERUNGSINGKAN ADALAH PENGLIBATAN ELEMEN-ELEMEN MENYALAHI SISI AGAMA DAN MASYARAKAT BANYAK TERSEBAR DI PLATFORM  INI MENYEBABKAN RAMAI REMAJA TERLIBAT DALAM KEGIATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG SEPERTI MENYALARI LAMAN SESAWANG PORNOGRAFI YANG BUKAN SAHAJA SALAH DARI SISI AGAMA DAN UNDANG-UNDANG TETAPI MENYEBABKAN BAHAYA KEPADA KEHIDUPAN SESEORANG.
MAKA PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMEMANGNYA MEMERLUKAN PANDUAN YANG BETUL UNTUK MEMBOLEHKAN KEBAIKANNYA DAPAT DISAMPAIKAN SECARA MENYELURUH. MAKA TANGGUJAWAB TERSEBUT BUKAN SAHAJA DI BAHU PIHAK BERKUASA TETAPI MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK.
NOR NASIRAH BINTI ZAHROL HAFIZ (191141246)
Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa pengaruh ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Hampir keseluruhan urusan kerja dan komunikasi pada masa kini adalah dengan menggunakan ICT khususnya dalam era pandemik Covid-19 ini. Tidak mengira peringkat umur, kanak-kanak yang masih kecil juga telahpun didedahkan dengan penggunaakan gajet dan ICT sehingga ke peringkat umur warga emas. Penggunaan ICT banyak memberi impak yang positif dalam arus kemodenan ini, tetapi jika disalahgunakan akan memberi impak dan kesan negatif terhadap pengaruh minda masyarakat. Kelebihan ICT kepada masyarakat yang pertama ialah memudahkan proses pembelajaran dengan kemudahan mendapatkan maklumat dan sebagainya. Kedua, ICT dijadikan sebagai medium komunikasi dan perhubungan untuk menyelesaikan urusan formal mahupun tidak formal. Namun begitu, ICT juga memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini. Maklumat dan video-video yang disebarkan di media sosial dan sebagainya boleh mempengaruhi minda masyarakat terutamanya kepada golongan muda. Perasan ingin mencuba dan mengikuti video dan maklumat yang ditayangkan adalah tinggi dalam diri masyarakat yang menonton dan melihatnya. Dalam era globalisasi kini,jelas menunjukkan masyarakat mudah terpengaruh dengan kehidupan media sosial dan ICT.
Nuraina Madihah binti Muhammad Asyraf - 191141262 (RK28) Di masa kini, semua golongan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak sudahpun terdedah dengan pelbagai bentuk 'gadget' dan media sosial. Hal tersebut telah memberikan pengaruh yang besar kepada kehidupan mereka apabila ia dijadikan sebagai suatu hobi pada masa lapang. Namun, terdapat pengaruh yang baik seperti mendengar kuliah agama, belajar bersama-sama rakan secara atas talian dan mengetahui perkembangan isu semasa. Sekiranya penggunaan ICT dimanfaatkan dengan sebaiknya, pelbagai impak positif boleh dicapai serta mewujudkan masyarakat dan persekitaran yang harmoni.
SITI NURSYUHADA BT ANUAR 191142372 RK28. Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Seperti yang kita lihat pada masa kini, penggunaan ICT semakin berleluasa tidak mengira peringkat umur. Hal ini demikian kerana, ICT ini merupakan platform untuk berinteraksi antara satu sama lain, tempat mencari maklumat dan sebagainya. Pada era kini, guru- guru dan para pelajar menggunakan platform ‘google meet’ untuk berhubung disebabkan oleh pandemik ini. Ini secara tidak lamgsung akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan mata kita. Peningkatan jumlah rabun akan meningkat disebabkan kita asyik menghadap laptop untuk menghadiri kelas, dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
ISWERYA A/P ALAGAN 191141220 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan postif dan negatif terhadap kualiti hidup kita.Berdasarkan maklumat yang diperolehi, penggunaan media massa dan media sosial dapat membantu kita untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan pelbagai kemahiran.Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan kita menjadi ketagihan dengan penggunaan intenet dan keseronokkan yang melampau boleh menyebabkan gangguan kepada psikologi manusia. Hal ini menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab serta menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat
191141285 - Pada masa kini, kehidupan manusia telah dipengaruhi dengan penggunaan ICT. Hal ini demikian kerana kehidupan seharian kita telah melibatkan penggunaan ICT. Contohnya, kebanyakan masyarakat ingin memudahkan diri sendiri deperti membeli belah dekat applikasi shopee atau lazada dan juga dapat menjimatkan masa ke pusat beli-belah . Selain itu, penggunaan ICT juga membawa kesenangan seperti berkomunikasi dengan saudara-mara yang jarak jauh.
NUR MAISYATUL SYALINA BINTI ABDUL WAHAB 191141256 RK28 -- Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan teknologi yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas. ICT digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Penggunaan ICT juga dapat memberi impak yang positif mahupun negatif terutamanya pada individu masa kini. Hal ini kerana, ICT merupakan platform yang sangat penting untuk aktiviti pembelajaran dan juga bekerja. Sebagai contoh, aktiviti pembelajaran atas talian serta bekerja secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom dan google meet telah memberikan kemudahan kepada semua pihak disebabkan situasi COVID-19 pada masa kini. Oleh itu, jika penggunaan ICT dimanfaatkan dengan baik, maka masyarakat akan lebih maju dan dapat mewujudkan persekitaran yang positif.
Janifer Anne A/P A. Alousis 191141221Pada era globalisasi ini, memang benar yang ICT telah mempengaruhi kehidupan para manusia. Teknologi ini telah banyak membantu manusia untuk berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira had jarak dan masa.Selain itu, hampir semua sektor mengunakkan kemudahan ICT tersebut,seperti sektor pekerjaan, sektor pembelajaran dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan yang wujud masa kini merupakan impak daripada perkembangan media baharu dalam perhubungan di alam maya yang tidak dapat dielak kerana kebebasan persaingan teknologi komunikasi. Sejak kewujudan ICT,teknologi komunikasi yang pantas berkembang dan ianya memudahkan golongan ini untuk melakukan kerja mengikut bidang keperluan masing-masing.
Hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus berkembang dari semasa ke semasa dan telah menguasai global ini berleluasa. Teknologi ini membolehkan kita menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Penggunaan alat-alat teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, komputer, dan tablet merupakan perkara yang biasa digunakan pada masa kini. Dalam situasi masa kini, peranan ICT dilihat amat penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. ICT dapat mempercepatkan banyak urusan manusia dan meringankan beban kerja. Sebaliknya, ICT seringkali disalah guna untuk kepentingan peribadi, organisai dan politik. Sama ada ICT itu baik atau buruk, terpulang kepada kita untuk memutuskan.
Siti Sara Bt Shaari Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi telah menular ke segenap aspek kehidupan. ICT ialah singkatan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi, yang bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan pelbagai aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. Komputer dan perisian digunakan untuk mengubah suai, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar, melihat dan mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa pengaruh positif dan negatif kepada masyarakat. Sejak pandemik COVID-19, ICT telah banyak membantu dalam komunikasi antara pelajar dan guru. Teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan proses komunikasi dalam pendidikan dan latihan mudah dan cepat. Jika sebelum ini, pelajar terpaksa menunggu waktu kelas untuk menyatakan sebarang masalah pembelajaran mereka, namun dengan kepesatan teknologi ICT ini, pelajar boleh menggunakan aplikasi seperti WhatsApp untuk berbincang dengan rakan dan guru tanpa perlu bersemuka.Namun, penggunaan gadget yang terlalu kerap dapat menjejaskan kesihatan terutama mata dan penglihatan. Kesimpulannya, kemajuan ICT dapat membawa kesan positif terhadap penggunaannya jika digunakan dengan cara yang betul. Sebaliknya akan mendatangkan mudarat sekiranya disalahgunakan. . Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang diterima oleh kepesatan ICT dalam mengelakkan sebarang kesan negatif.
Avatar of %{name}
peranan media sosial sebagai medium memantapkan usaha kesepaduan kaum
Pandangan Pelajar berkenaan isu tersebut
1.Pendedahan kepada Kandungan Negatif
Media digital sering memaparkan kandungan yang tidak sesuai seperti bahasa kasar, buli siber, dan gaya hidup bebas, yang boleh mempengaruhi nilai dan tingkah laku mereka secara negatif.
2.Kurangnya Didikan Media
Ramai pelajar merasakan mereka tidak dibekalkan ilmu yang mencukupi untuk menilai kandungan media secara kritikal, lalu mencadangkan agar pendidikan literasi media diberi lebih penekanan di sekolah.
3. Tekanan Sosial dan Budaya Tular
Pelajar mengakui wujud tekanan untuk ikut trend media sosial demi perhatian atau pengiktirafan, meskipun ia bertentangan dengan nilai etika dan norma masyarakat.
Kesimpulan:
Media digital memberi kesan besar terhadap etika pelajar. Oleh itu, pendidikan media dan kawalan kendiri amat penting bagi memastikan pelajar membentuk nilai yang positif dan beretika.