Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA by Siti Khadijah
Cabaran dalam dunia VUCA
1) Cabaran memupuk kelincahan dan ketangkasan dalam diri. Kini, dunia semakin cepat berkembang dan kehendaknya juga semakin banyak. Sebagai seorang pelajar saya harus mengikuti perkembangan tersebut dan memupuk nilai kelincahan supaya dapat bersedia untuk perubahan yang akan datang. Namun, ia menjadi sebuah cabaran kerana saya harus menjadi seseorang yang cepat memberi respons yang wajar dalam apa-apa situasi pun. Tambahan lagi, saya harus membina diri dari aspek-aspek yang lain juga. Dengan itu, ia menjadi sebuah cabaran kerana saya harus memupuk bermacam-macam nilai-nilai dan bersedia untuk perubahan yang tidak menentu di masa hadapan.
2) Cabaran mengetahui perkembangan kini. Saya harus mengetahui dan memahami perkara-perkara yang berlaku di dunia kini. Saya harus tahu perkembangan ekonomi dan negara mana yang semakin maju. Malah, saya harus mempelajari tentang perkembangan tersebut supaya saya dapat memahaminya dan dapat menggunakan pengetahuan tersebut di masa hadapan. Ini adalah suatu cabaran kerana saya harus mengetahui banyak perkara dan menggunakannya untuk kebaikan masa depan saya.
3) Cabaran membina kemahiran yang dunia kini mahukan. Saya harus meraih kemahiran seperti kemahiran yang berkenaan dengan teknologi serta kemahiran seperti berkomunikasi dan kepemimpinan. Dengan globalisasi, teknologi semakin canggih dan semakin banyak negara yang ingin menggunakan teknologi dengan lebih banyak. Oleh itu, saya harus mengikuti perubahan ini dan memupuk kemahiran yang dikehendaki. Walaupun saya kini mempelajari mata pelajaran yang berbeza daripada yang berkenaan dengan teknologi, saya tetap harus membina diri dan mengahdiri kursus atau pun kelas yang lain di masa depan untuk mengembangkan lagi kebolehan diri saya. Oleh itu, ini menjadi suatu cabaran kerana saya harus mempunyai seorang yang berkebolehan daripada pelbagai aspek.
Cabaran dalam dunia VUCA
1: Cabaran untuk selalu meningkatkan diri sendiri supaya akan relevant dalam ekonomi pada masa hadapan. Sebagai seorang pelajar, saya tidak ada kepastian bahawa pekerjaan-pekerjaan pada hari ini akan kekal pada masa hadapan. Jika saya tidak selalu meningkatkan diri, saya akan ketinggalan zaman dan akan mengalami kesusahan untuk mencari kerja nanti. Ini satu cabaran kerana apa yang saya belajar sekarang mungkin tidak mempunyai nilai pada hari nanti dan saya harus selalu meningkatkan diri dan selalu belajar sesuatu yang baharu.
2: Cabaran untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ini kerana banyak benda yang sudah dicipta oleh orang lain ataupun dalam perancangan orang lain. Jika saya ingin bekerja dalam sektor perniagaan pada masa hadapan, saya harus kreatif dan itu mencabar minda saya keran apa yang mungkin saya fikirkan baharu mungkin sudah wujud. Oleh itu, ia satu cabaran kerana ia memberi tekanan untuk saya sebagai pelajar yang harus bekerja keras supaya dapat berjaya dalam dunia yang berdaya saing ini.
-Farzana
Cabaran dalam Globalisasi dan Dunia VUCA
1) Cabaran untuk berfikir secara kritikal.
Dalam dunia VUCA, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dirancang. Oleh itu, kita perlu sentiasa bijak untuk menganalisa sesuatu yang baru dengan teliti kerana kita tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentangnya. Oleh itu, kita perlu berfikir dengan kritikal bagaimana untuk memanfaatkan pengetahuan yang baru kami raih agar ianya dapat membantu kita dalam kehidupan kita di masa hadapan. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana daya fikiran yang kritikal bukan sesuatu yang boleh diajar dalam masa yang singkat, tetapi ianya memerlukan latihan yang panjang. Namun, soalan-soalan peperiksaan zaman kini memberikan tumpuan dalam memupuk daya pemikiran yang kritikal kerana ianya memerlukan para pelajar mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari untuk menjawab soalan tersebut.
2) Cabaran untuk merancang apa yang akan datang.
Ianya merupakan satu cabaran untuk merancang apa yang diinginkan pada masa hadapan. Salah satunya ialah kemahiran yang dikehendaki. Dalam masa yang akan datang, kemahiran yang diperlukan di tempat tugas akan berubah. Oleh itu, ianya agak sukar untuk meneka apa yang sebenarnya dimahukan majikan di dunia VUCA. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran agar lebih bersedia untuk cabaran-cabaran di tempat kerja pada masa yang akan datang. Namun, ianya sangat memenatkan untuk terus menghadiri kursus-kursus peningkatan diri tanpa henti.
3) Cabaran untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru.
Dalam dunia VUCA, terdapat pelbagai perkara baru yang akan muncul. Ianya menjadi satu cabaran untuk seseorang menerima sesuatu yang baru, bergantung kepada keterbukaan mindanya (eg. pekerjaan/cara pekerjaan baru) Ini berlaku kerana ianya memakan masa yang lama untuk mengubah sikap dan pemikiran seseorang untuk menerima sesuatu yang baru. Oleh itu, ianya mungkin menjadi satu masalah bagi mereka yang baru sahaja lulus dari universiti untuk mendapat pekerjaan kerana bidang yang diceburi mereka itu tidak lagi maju seperti dulu dan kini didahului industri-industri baru yang belum lagi wujud beberapa tahun yang lalu.
-Zulaikha
Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA
Untuk membicarakan tentang cabaran-cabaran globalisasi terutama sekali dalam Dunia VUCA, kita boleh melihatnya dari segi perkataan VUCA itu sendiri di mana kita memahami apa setiap huruf daripada perkataan VUCA bermaksud
1) V - Volatility ataupun dalam istilah bahasa Melayu iaitu kejolakan di mana ia mengarahkan kepada dunia teknologi dan bagaimana kita mengatasi kesan yang dibawanya. Teknologi, walaupun telah mendatangkan banyak kebaikan dalam kehidupan manusia,  ia juga berpotensi untuk menjadi musuh kita. Dengan teknologi, banyak kemungkinan dan penemuan boleh dicipta dengan kadar pekerjaan yang begitu pantas dan cekap. Dari sini, hanya masa sahaja yang menentukan bila teknologi akan mengambil alih dunia pekerjaan manusia di mana akibatnya akan membawa banyak pengangguran.
2) U - Uncertainty atau dalam istilah Bahasa Melayu iaitu ketidakpastian membawa kita kepada masalah individu yang membabitkan kelayakannya. Dalam era globalisasi kini, aspek berdaya saing dalam dunia persekolahan dan pekerjaan sudah menjadi masalah buat orang ramai. Kini, setiap individu digalakkan untuk menimba lebih banyak ilmu dan meningkatkan kemahiran supaya menjadi kekal relevan dalam dunia pekerjaan. Namun begitu, perasaan ketidakpastian tetap akan berada dalam diri kita kerana takut jika kita masih berada di belakang orang-orang lain.
3) C - Complexity atau dalam istilah Bahasa Melayu iaitu
Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA
1. Cabaran menjangkakan masa depan sendiri.
Dunia VUCA telah membawa banyak ketidakpastian dalam hala tuju masyarakat sedunia. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, kita tidak tahu sama ada pekerjaan yang wujud pada masa sekarang akan wujud lagi lima atau sepuluh tahun akan datang. Ketidakpastian sedemikian membuat saya khuatir akan terdapat ramai dalam kalangan masyarakat kita, terutama sekali masyarakat Melayu, yang ketinggalan dalam mempertingkatkan diri untuk menghadapi dunia pekerjaan yang kian berubah-ubah. Ini menjadikan kemahiran-kemahiran yang berkait rapat dengan era digital lebih penting untuk diasah dan dijadikan satu kualiti dalam diri supaya dapat bersedia menempuhi segala cabaran dalam dunia VUCA.
2. Cabaran memahami dan menghormati budaya lain.
Dalam era globalisasi, ramai orang dapat berkomunikasi merentasi sempadan geografi yang memisahkan mereka secara fizikal. Adalah penting untuk masyarakat dunia memahami budaya satu sama lain supaya tidak menimbulkan salah faham. Bagi saya, agak sukar untuk saya mendalami budaya yang jauh berbeza daripada budaya saya sendiri. Kadangkala, terdapat budaya asing yang berpotensi memesongkan diri saya daripada mengamalkan budaya saya sendiri. Akibatnya, saya boleh dianggap tidak bersikap terbuka dalam menerima budaya asing yang mengubah pemikiran masyarakat saya di Singapura ini.
-Syakir
Cabaran dalam Globalisasi dan Dunia VUCA
Cabaran Kepercayaan
Dalam dunia globalisasi ini, pelbagai berita disebarkan mahupun di social media ataupun wadah-wadah lain. Namun, adakah semua yang disebarkan boleh dipercayai? Perkara ini memang sudah lama dihangatkan oleh ramai sehinggakan tercantum istilah "fake news". Hal ini merupakan sebuah cabaran kerana kita tidak boleh lagi mempercayai segala yang dibaca. Adakalanya, berita-berita yang dibaca berat sebelah dan tujuan utamanya adalah untuk memburukkan nama sesebuah kaum atau masyarakat. Justeru, ia adalah penting untuk memastikan perkara yang dibaca datang daripada sumber yang boleh dipercayai.
Cabaran Keyakinan Diri
Dalam dunia VUCA pula, manusia akan selalu khuatir akan masa depan mereka. Hal ini kerana mereka tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku dalam dunia yang sering bertukar ini. Perkara ini merupakan salah satu daripada aspek VUCA, ketidakpastian. Manusia akan selalu cuba meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat hidup dengan selesa dalam dunia ini. Namun, sejauh manakah harus seseorang itu meningkatkan dirinya supaya memastikan kemahirannya cukup untuk hidup dalam dunia ini? Adakah seseorang itu harus sentiasa meningkatkan dirinya kerana dia berasa apa yang ada dalam dirinya sekarang tidak mencukupi? Memang tidak boleh dinafikan bahawa peningkatan diri memang baik dari segi personal. Memang seseorang itu akan cuba menjadi sebaik mungkin untuk dirinya sendiri. Namun jika kami asyik berfikiran begitu, bilakah kami dapat menikmati ganjaran kerja keras kami? Hal ini berasal daripada keyakinan diri kami sendiri. Tanpa keyakinan diri, manusia akan selalu hidup dalam keraguan dan akibatnya, akan selalu tergesa-gesa cuba mencari makna superfisial hidup ini.
Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA
1. Cabaran mencari pekerjaan
Di dalam abad ke-21 ini, kita sebagai remaja akan menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dalam dunia pekerjaan ketika kita dewasa kelak. Untuk mengikuti peredaran masa, kita harus selalu meningkatkan kemahiran. Persaingan dalam dunia pekerjaan juga amat kompetitif kerana terdapat ramai orang lain juga yang berkebolehan seperti kita. Oleh itu, kita harus sentiasa meningkatkan diri kita supaya di kalangan calon yang sebanding dengan kita, kita akan menonjol sebagai calon yang terbaik untuk pekerjaan itu. Selain itu, terdapat juga golongan pekerjaan yang tidak akan lagi diperlukan dan terdapat juga pekerjaan-pekerjaan baru yang akan timbul demi kemakmuran tanahair kita dari segi ekonomi. Dengan demikian, kita haruslah meningkatkan diri kita dari segi kemahiran abad ke-21 dan memiliki minda yang terbuka kerana kita tidak dapat menentukan nasib kita di alam pekerjaan.
2. Cabaran untuk bertolak ansur dan berkompromi
Kita harus selalu peka kepada persekitaran kerana kata-kata kita mahupun tindakan kita akan menyinggungkan perasaan orang lain. Kini, setiap individu juga memiliki pendapat tersendiri yang boleh menimbulkan konflik antara satu sama lain. Mereka juga tidak takut untuk menyuarakan pendapat mereka semata-mata kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara dengan bebas. Kebebasan bersuara itu adalah suatu hak yang tidak patut disalahgunakan. Namun, ramai orang menyalahgunakan hak ini semata-mata untuk menyakiti perasaan orang lain dengan menghina seseorang ataupun sebuah golongan. Mereka lupa akan kepentingan bertolak ansur dan mengekalkan kedamaian di dalam negeri mereka. Ini memang merupakan realiti kehidupan pada hari ini.
-Rasyidah
Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA
Cabaran 1: Tekanan untuk Berjaya
Akibat hidup dalam dunia VUCA ini, apa yang berlaku tidak tentu dan sebagai seorang pelajar, kami harus sentiasa sedia untuk apa sahaja yang berlaku. Kami harus pandai menyesuaikan diri apabila menghadapi situasi yang tidak sangka terjadi. Dengan kekaburan dan ketidakpastian dunia, tidak semua yang kami lakukan sekarang akan membantu masa depan kami. Kami tertekan untuk melakukan yang terbaik untuk semua mata pelajaran kami kerana sekiranya kami gagal, kami mungkin akan menghadapi masalah pada masa depan. Pelajar-pelajar juga harus sentiasa memperkasa diri dan menguasai pelbagai kemahiran agar dapat hidup dalam dunia VUCA. Malangnya, ini boleh menambah tekanan pada diri pelajar dan pelajar tidak dapat mengambil tekanan tersebut. Kesihatan mental pelajar pula terjejas dan ada pula yang mendapat kemurungan. Namun, ini hanya berlaku jikalau belia atau pelajar tidak bijak mengawal diri dan menjaga kesihatan mental dan fizikalnya.
Cabaran 2: Kehilangan Jati Diri dan Budaya
Globalisasi telah mengakibatkan kita terdedah kepada pelbagai budaya di sekeliling kita. Tambahan pula dengan kemajuan teknologi, kita boleh mendapat informasi tentang dunia kita dengan hanya menaip isu-isu tersebut. Apabila kita selalu terdedah, kita mungkin akan lama-kelamaan akan mengikut cara kehidupan mereka. Kita akan terpengaruh dengan budaya mereka dan kita akan terlupa asal usul budaya kita. Sebagai contoh, terdapat ramai remaja kini yang mengikut industri media Korea Selatan (muzik, drama, dan lain-lain). Ada di antara mereka terpengaruh sehingga mahu mengubah penampilan mereka (contoh - pembedahan) atau mahu berpindah ke Korea Selatan. Ini amat merisaukan kerana, jati diri mereka akan hilang begitu sahaja. Sebagai generasi pelapis, penting untuk memelihara dan mengekalkan budaya warisan kita agar generasi hadapan akan tahu asal usul mereka serta tahu akan sejarah masing-masing.
- Amirah
Cabaran Globalisasi dan Dunia VUCA
Sebagai seorang pelajar, salah satu cabaran yang saya hadapi ialah ketidak tentuan maasa depan saya dalam dunia pekerjaan nanti. Dengan kepesatan teknologi dan persaingan kerja yang semaking sengit, saya tidak pasti jikalau apa yang saya kerjakan sekarang cukup untuk memastikan bahawa saya dapat berkekalan pada masa hadapan nanti.
Dengan kemajuan teknologi, mesej yang ingin disampaikan dapat disebar luas dengan sekelip mata sahaja dan sesiapa pun boleh melakukannya. Ini bermaksud, sebarang fitnah mahupun berita palsu dapat disebarkan pada ramai orang dengan pantas sahaja dan ini boleh menyebabkan pelbagai lagi pergolakan untuk berlaku antara sebiuah masyarakat. Jikalau perkara ini tidak dikawal, lama kelamaan kita tidak akan tahu jikalau sesebuah berita yang didengari itu sahih atau tidak memandangkan seperti apa yang dikatakan "komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama
pasaran bebas." Apa sahaja niat yang ingin disampaikan boleh diputar belitkan menggunakan perkataan supaya ia senang dipercayai ramai.
-Hudzaifah
Cabaran Globalisasi dan Dunia Vuca
1. Cabaran untuk menentukan masa depan
Sebagai seorang pelajar, globalisasi telah menyebabkannya menjadi lebih payah dan bersaing untuk mendapatkan kedudukan di universiti. Silibus semakin payah dan jumlah pelajar pun semakin meningkat. Malah, di Singapura juga terdapat bahawa lebih ramai majikan yang memerlukan pekerja dengan ijazah. Namun, perkara tersebut tidak begitu kesan berbanding dengan kitaktentuan bidang pekerja pada masa hadapan. Dengan Globalisasi, kami dapati bahawa teknologi semakin maju. Ini bermaksud pekerjaan-pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia telah digantikan oleh robot. Pada permulaannya, ianya hanya memberi kesan kepada jawatan seperti pekerja kilang di mana robot telah mempermudahkan dan mempercepatkan kadar pengeluaran. Namun, sekarang didapati bahawa robot dan mesin juga mampu menggantikan manusia dalam bidang perubatan dari segi membuat operasi kepada manusia lain dan sebagainya. Justeru, pada masa yang akan datang, ianya tidak pasti bahawa pekerjaan apa yang tidak diperlukan lagi dan bagaimana pasaran kerja akan menjadi lebih bersaing.
2. Cabaran untuk terus kekal relevan dalam dunia pekerjaan
Tidak boleh dinafikan juga bahawa dengan globalisasi, ianya penting untuk terus mengusabah diri dalam segi kemahiran dan pengetahuan kerana seperti apa yang dibincangkan, pekerjaan yang terdapat pada masa kini mungkin tidak akan mejadi relevan dan diperlukan pada masa hadapan. Justeru, kita harus sentiasa memperbaiki diri dan cuba memepelajari sebanyak mungkin. Cabarannya pula jatuh kepada masa. Dalam masa yang singkat, tidak mungkin seorang pekerja dapat menukar pekerjaan dan mempelajari sebuah kemahiran baru kerana ianya makan masa. Justeru,  dengan dunia VUCA di mana hidup dan masa berjalan dengan pantas dan adanya ketidaktentuan pada masa depan, untuk kekal relevan dalam dunia pekerjaan menjadi suatu perkara yang agak payah.
-Zikri
3) Cabaran membina kemahiran yang dunia kini mahukan. Saya harus meraih kemahiran seperti kemahiran yang berkenaan dengan teknologi serta kemahiran seperti berkomunikasi dan kepemimpinan. Dengan globalisasi, teknologi semakin canggih dan semakin banyak negara yang ingin menggunakan teknologi dengan lebih banyak. Oleh itu, saya harus mengikuti perubahan ini dan memupuk kemahiran yang dikehendaki. Walaupun saya kini mempelajari mata pelajaran yang berbeza daripada yang berkenaan dengan teknologi, saya tetap harus membina diri dan mengahdiri kursus atau pun kelas yang lain di masa depan untuk mengembangkan lagi kebolehan diri saya. Oleh itu, ini menjadi suatu cabaran kerana saya harus mempunyai seorang yang berkebolehan daripada pelbagai aspek.
add
1. Cabaran untuk menentukan masa depan
Sebagai seorang pelajar, globalisasi telah menyebabkannya menjadi lebih payah dan bersaing untuk mendapatkan kedudukan di universiti. Silibus semakin payah dan jumlah pelajar pun semakin meningkat. Malah, di Singapura juga terdapat bahawa lebih ramai majikan yang memerlukan pekerja dengan ijazah. Namun, perkara tersebut tidak begitu kesan berbanding dengan kitaktentuan bidang pekerja pada masa hadapan. Dengan Globalisasi, kami dapati bahawa teknologi semakin maju. Ini bermaksud pekerjaan-pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia telah digantikan oleh robot. Pada permulaannya, ianya hanya memberi kesan kepada jawatan seperti pekerja kilang di mana robot telah mempermudahkan dan mempercepatkan kadar pengeluaran. Namun, sekarang didapati bahawa robot dan mesin juga mampu menggantikan manusia dalam bidang perubatan dari segi membuat operasi kepada manusia lain dan sebagainya. Justeru, pada masa yang akan datang, ianya tidak pasti bahawa pekerjaan apa yang tidak diperlukan lagi dan bagaimana pasaran kerja akan menjadi lebih bersaing.
2. Cabaran untuk terus kekal relevan dalam dunia pekerjaan
Tidak boleh dinafikan juga bahawa dengan globalisasi, ianya penting untuk terus mengusabah diri dalam segi kemahiran dan pengetahuan kerana seperti apa yang dibincangkan, pekerjaan yang terdapat pada masa kini mungkin tidak akan mejadi relevan dan diperlukan pada masa hadapan. Justeru, kita harus sentiasa memperbaiki diri dan cuba memepelajari sebanyak mungkin. Cabarannya pula jatuh kepada masa. Dalam masa yang singkat, tidak mungkin seorang pekerja dapat menukar pekerjaan dan mempelajari sebuah kemahiran baru kerana ianya makan masa. Justeru,  dengan dunia VUCA di mana hidup dan masa berjalan dengan pantas dan adanya ketidaktentuan pada masa depan, untuk kekal relevan dalam dunia pekerjaan menjadi suatu perkara yang agak payah.
Vuca