FILEM MAGIKA by

TAJUK FILEM
Filem Magika ialah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu maghrib.

PLOT

CABANG FALSAFAH

KAITAN FILEM & CABANG FALSAFAH

JUSTIFKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

CABANG FALSAFAH

MAKSUD ESTETIKA
Perkataan estetika membawa maksud berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘aisthesis’ yang membawa makna kepekaan. Hal ini menggambarkan kepada hal-hal yang berkait rapat dengan ungkapan indah dan keindahan. Istillah estetika ini merupakan perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris iaitu ‘Aesthetics’. Bagaimanapun, perkataan ‘Aesthetics” ini mempunyai maksudnya tersendiri di dalam Bahasa Inggeris di mana ia membawa maksud kajian ilmu mengenai keindahan alam seni.

Teori estetik menumpukan kepada hal berkenaan rasa keindahan dalam sesebuah hasil seni ciptaan manusia seperti sesebuah hasil karya, tidak kira apa sahaja bentuk seni samada seni rupa iaitu seperti seni halus. Kemudian reka bentuk seperti seni grafik yang sering dilukiskan padan zaman dahulu.

Estetika merupakan kajian deria dan juga nilai hubungan yang berkaitan melalui emosi dan juga boleh berhubung rapat dengan cita dan rasa seseorang individu. Ia merupakan subdisiplin atau cabang falsafah iaitu aksiologi, cabang ini sering dikaitkan dengan falsafah seni

ESTETIKA MENURUT AHLI FALSAFAH
Estetika atau dikenal sebagai ‘Aesthetics”, Beliau telah mengkaji falsafah estetika ini dari segi akademik dan juga dengan lebih formal. Menurut Alexander Gottileb, falsafah ini dapat mengkaji atau menghakimi sesuatu benda melalui deria dan juga emosi di mana ia berkait rapat dengan maksud dan pembawakan erti estetika. Falsafah estetika ini terbahagi kepada dua jenis cita rasa iaitu cita kasar sebagai contoh ia kepada idionsikrantik dan dorongan hati dan yang kedua ialah cita arsa halus sebagai contoh, ia merujuk kepada yang lebih stabil dan mempunyai batas.

Estetika ini pecah kepada tiga cabang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain. Sebagai contoh, menurut Alexander dari bidang psikologi ia merupakan kajian dan tafsiran undang-undang aktiviti mental manusia dalam cabang proses estetika psikologi.

Sosiologi estetika merujuk kepada cara hidup pengayaan indidvidu, hubungan antara publik dengan batas-batas momen masyarakat.

Estetika ini ia tidak tidak konsisten dan pada akhirnya ia akan bercanggah mengikut perspektif individu masing-masing. Seperti yang kita sedia maklum setiap diri individu mempunyai minat dan juga emosi yang berbeza,

Antropologi pula merujuk kepada fakta yang berkaitan dengan manusia yang disempurnakan dari segi budaya.

ESTETIKA MENURUT PANDANGAN ISLAM
Keindahan dan Estetika Platonis Menurut Al Farabi dan Ibn Sina

Dalam perspektif islam, estetika  mempunyai  persamaan  dengan  istilah  al-jamal  yang bermaksud indah dan cantik. Dari segi istilah syarak, al-jamal atau keindahan dan kecantikan itu  hendaklah  merangkumi  tiga  aspek  utama  iaitu  at-Thaharah  (kebersihan),  at-Tarteeb (ketertiban)  dan  al-Zeenah  (perhiasan).

Selain itu, dari perspektif islam berdasarkan falsafah estetika ini di mana ia menggambarkan keindahan dan emosi, ia dapat dikaitkan dalam ayat-ayat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di mana ayat-ayat itu mengandungi mukjizat dan juga keindahannya yang tersendiri apabila setiap individu mengamalkannya

Permulaan
Filem Magika ini mengisahkan tentang pengembaraan fantasi adik-beradik iaitu Ayu dan Malik. Ayu dan Malik dilanda kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan bahawa dia adalah punca kematian ibunya kerana ibunya perlu mendermakan buah pinggang untuk menyelamatkan nyawa anaknya sendiri. Pada suatu hari, berlaku pertengkaran antara Malik dengan kakaknya iaitu Ayu. Ketika pertengkaran itu, Malik membawa diri ke dalam hutan pada waktu senja dan dia terdengar satu suara daripada perigi lama dan akhirnya terjatuh ke dalam perigi tersebut. Malik masuk ke dalam dunia Magika iaitu alam bunian selepas jatuh dari perigi yang berada di dalam hutan tersebut. Ayu bergegas mencari adiknya Malik setelah terdengar jeritan. Ketika cuba menyelamatkan Malik, Ayu terjatuh ke dalam perigi itu dan Ayu turut sama terperangkap di dunia Magika. Oleh itu, beginilah permulaan kisah dua beradik iaitu Ayu dan Malik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu maghrib.

Perkembangan
Ketika Malik sampai di dunia Magika, Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikut setianya iaitu Awang Kenit. Ayu berjumpa dengan Pak Pandir untuk bertanyakan keberadaan Malik dan Pak Pandir memberitahunya bahawa Malik telah diculik oleh Nenek Kebayan. Kemudian, Ayu meneruskan lagi perjalanannya dan bertemu dengan Mahsuri, Awang Lembing, Hang Tuah dan Panglima-panglima Melaka. Hang Tuah berniat baik untuk menolong Ayu tetapi mereka telah terpisah apabila ada anjing yang mengejar mereka. Malangnya, Ayu terjebak ke dalam perangkap Badang. Ayu berhadapan dengan pelbagai ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik yang diculik oleh Nenek Kebayan. Walau bagaimanapun, Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang yang ingin membantu menyelamatkan mereka untuk keluar daripada dunia Magika itu.

Filem Magika berkait rapat dengan  Estetika , yang juga dianggap sebagai cabang ilmu filsafah yang membahas tentang keindahan yang didalamnya ada seni dan alam semesta. Estetika adalah suatu hal yang mempelajari keindahan dari suatu bentuk objek atau daya impuls dan pengalaman estetik dari penciptaan dan pengamatannya. Ia memiliki banyak makna bagi setiap persepsi orang, termasuk menentukan ukuran dan standar estetika itu sendiri. Itulah sebabnya setiap orang biasanya memiliki pengalaman estetikanya masing-masing pada suatu bentuk objek tertentu. Hal tersebut terjadi karena setiap orang memiliki penilaian dan kriteria keindahannya masing- masing, namun estetika tetap memiliki dasar teorinya seperti yang terdapat di dalam filem Magika

Perumitan
Malik telah digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menyiapkan satu ubat atau losyen mujarab atau lebih mudah jamu, yang dapat mengembalikan wajah muda dengan mengumpul air mata dari tangisannya. Malik dipaksa menangis oleh Nenek Kebayan dengan penghinaan Nenek Kebayan terhadap ibunya dan Nenek Kebayan itu menyalahkan Malik ke atas kematian ibunya sendiri. Malik terus menangis dan rasa bersalah terhadap kematian ibunya. Jadi, Nenek Kebayan mengambil kesempatan dengan mengambil air mata Malik. Jamu yang dijual oleh Nenek Kebayan berjaya menarik perhatian ramai orang. Antaranya ialah Puteri Gunung Ledang yang segera membeli ubat Nenek Kebayan agar kelihatan cantik semula seperti zaman mudanya dahulu.

Kemuncak
Di kemuncak, mereka menginap semalaman di rumah Badang sambil bercerita tentang cara keluar dari dunia Magika. Badang mengatakan bahawa jalan keluar dari Magika adalah perlu melalui Tasik Chini tetapi terdapat penunggu yang dikatakan seekor naga. Menurut cerita, sesiapa sahaja yang melalui jalan ke tasik chini akan diserang oleh naga tersebut. Mereka perlu masuk ke dalam batu belah batu bertangkup untuk keluar dari dunia Magika. Pada malam itu, Malik teringat akan arwah ibunya dan berasa sedih sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk tidur. Jadi, Ayu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak dengan menenangkan adiknya supaya boleh tidur dengan lena. Secara tiba-tiba, Malik bermimpi bahawa dia telah di bawa lari oleh Bawang Merah dan Bawang Putih serta di serahkan kembali kepada Nenek Kebayan. Apabila dia sedar, dia sedang bermimpi dan ketika itu dia bermimpi pula berjumpa dengan arwah ibunya. Arwah ibunya meninggalkan pesanan kepada Malik agar bersusah senang bersama kakaknya iaitu Ayu

Pengakhiran
Selepas Ayu menghadapi pelbagai cabaran di dunia Magika untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik, akhirnya mereka telah berjaya keluar daripada dunia tersebut melalui batu belah batu bertangkup di Tasik Chini. Mereka dapat berjumpa semula dengan ayah dan nenek mereka. Ayu menziarahi kubur arwah ibunya dan memberitahu bahawa Malik kesunyian di London lalu mengajak ayahnya ke London dan Ayu mengatakan bahawa Malik sekarang sudah menjadi seorang lelaki yang berani. Ayu dan Badang saling merindu tetapi mereka berada di alam yang berlainan dan tidak akan pernah bersama kerana Ayu berada di alam dunia manakala Badang di alam bunian iaitu dunia magika.

•Teori Estetika Psikologi
Secara semula jadi ,pengalaman estetik ada kaitanya dengan tafsiran yang meletakkan nilai indah secara semulajadi dari sudut psikologi. Psikologi bermaksud jiwa rohani atau mental Psikologi juga menerangkan sifat manusia seperti pemikiran ,tindakan,perasaan manusia dan sebagainya . Seterunya .Hubungan kait maklumat psikologi kepada manusia yang melihat masalah logikal seperti makna di sebalik muzik dan erti yang terselindung di sebalik karya seni. Percipta karya seni menerangkan nilai terhadap karya seni .Estetika berkait rapat dengan psikologi kerana penghayatanya melibatkan jiwa ,perasaan ,otak,pengalaman dan emosi.Di dalam filem Magika terdapat suatu babak di mana Malik dan Ayu telah hilang ,Bapanya menunjukkan kerisauan terhadap anaknya yang tidak pulang ke rumah ,mereka mengarahkan orang kampung untuk mencari Malik dan Ayu di hutan ,namun mereka gagal menemui Malik .Disini kita dapat mentafsirkan dan merasai  perasaan bimbang yang dialami oleh Bapa Malik. Seterusnya ,muzik yang dinyanyikan oleh Pak Nik yang memengang watak Pak Pandir mempunyai unsur tersirat  . Di mana ketika Ayu sedang mencari adiknya yang hilang dan  secara tidak sengaja bertemu dengan Pak Pandir , Pak Pandir menyanyikan lagu kepada Ayu yang mempunyai unsur sindiran kerana tidak menjaga adiknya dengan baik dan juga mempunyai maksud tafsiran dimana dia menasihati Ayu agar segera pulang kerana ini bukan tempatnya dan bahaya mungkin akan menimpanya

Teori Estetika Formil
Teori estetika formil banyak berhubungan dengan seni- seni klasik dan pemikiran- pemikiran klasik . Teori estetika ini mengungkapkan bahwa keindahan pada luar bangunan berhubungan dengan persoalan bentuk dan warna. Teori ini kemudian menganggap bahawa keindahan adalah hasil formil dari suatu ketinggian, ukuran atau dimensi, lebar, dan sebuah warna atau kombinasinya. Rasa indah kemudian menjadi emosi langsung yang mengakibatkan bentuk tanpa harus memandang konsep-konsep lainnya. Teori formil mengadaptasi konsep ideal yang sifatnya bertujuan pada bentuk- bentuk yang indah dan mengarah pada mistik. Di dalam filem Magika  terdapat  bentuk idea yang ingin disampaikan melalui Tema dan Warna . Di dalam filem Magika, Tema dunia fantasi berwarna-warni yang disertakan lagu-lagu yang menghiburkan dalam Magika adalah satu paparan segar dalam konteks astetika. Paparan menerusi dialog yang ringkas, serta lagu bersesuaian dan juga pelbagaian warna dan yang ditunjukkan serta seni budaya mewujudkan perasaan indah dalam cerita ini.

1) Justifikasi 1 –> Objektif
Justifikasi filem terhadap isu semasa adalah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis tentang filem Magika dengan isu semasa. Filem Magika merupakan salah satu filem yang boleh dijadikan contoh berkenaan kewujudan alam ghaib kerana filem tersebut menggambarkan dua alam yang berbeza iaitu alam manusia dan bunian. Isu semasa pula dapat mengukuhkan lagi kewujudan alam ghaib di dunia ini.

Seterusnya, kaitan antara filem Magika dan isu semasa ini dapat menunjukan kepada orang ramai bahawasanya cabang falsafah bagi estetika dapat menceritakan kisah tentang dua adik-beradik yang banyak kali gaduh disebabkan adiknya iaitu malik yang suka menyakat dan menimbulkan kemarahan kakaknya. Kisah ini juga menceritakan tentang dua adik-beradik menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu. Di dalam filem Magika, secara nyata mengerakkan imaginasi karakter untuk membina tindak balas emosi bagi perlakuan yang akan berlaku. Selain itu, dapat membuktikan dan menjadi tarikan kepada golongan kanak- kanak, remaja dan dewasa bahawa sesuatu produk hasil seni yang mereka perlu tahu agar hasil seni dari nenek moyang kita tidak akan pupus begitu sahaja. Ia juga dapat terus menyambung warisan seni yang telah dihasilkan oleh nenek moyang kita dahulu.

PERSOALAN & KESIMPULAN
PERSOALAN:

Kesimpulan  bagi justifikasi terhadap isu semasa ini ialah isu semasa dapat membantu orang ramai lebih tahu perbezaan kisah zaman dahulu dan zaman sekarang. Suasana zaman dahulu jauh bezanya dengan suasana zaman sekarang. Sebab pada saman dahulu bangunan tidak banyak seperti zaman sekarang dan zaman dahulu hidup di dalam kawasan hutan yang penuh udara yang segar dan hutan-hutan yang kelihatan hijau-hijaun yang cantik. Manakala zaman sekarang hidup dengan bagunan pelbagai corak dan warna yang cantik. Contohnya, dalam Istana pada zaman dahulu sangat beza keluasan, warna dan perabutnya. Dalam Istana zaman dahulu tidak seluas macam Istana zaman sekarang yang boleh letak kerusi untuk golongan-golong orang Istana, Perdana Menteri dan bangsawan. Pada zaman sekarang Istana hanya menggunakan satu warna iaitu warna kuning dan emas. Warna kuning adalah tanda daulat  raja, sebab itu istana zaman sekarang menggunakan warna kuning.

Akhir sekali, masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan daripada isu semasa yang berkaitan dengan cabang falsafah iaitu estetika. Tidak semua orang mengetahui ilmu estetika. Namun begitu, dengan adanya berita terkini secara tidak langsung masyarakat mengetahui wujudnya ilmu falsafah, estetika yang berkaitan dengan kecantikan, kesenian dan emosi. Kesenian iaitu sesuatu yang di luar jangkaan dan akal. Sebagai contoh, masyarakat berpendapat bahawa kesenian bagunan dan istana zaman sekarang berkaitan dengan ilmu estetika.

KESIMPULAN:

Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan seni dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung  persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh.

2) Justifikasi 2 - Isu Semasa
Kesenian istana pada zaman sekarang sangat berbeza dengan istana pada zaman dahulu, kerana mengikut perubahan masa. Selepas mencatat 83 tahun sejarah yang indah berwarna-warni dan menyaksikan pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong, kini sampailah sudah masanya untuk melabuhkan tirai penutupan Istana Negara. Bagi istana lama pula istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan dan bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman. Ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus.

Babak di dalam filem Magika itu dapat dikaitkan dengan suasa istana zaman dahulu dengan suasa istana zaman sekarang. Terdapat dalam filem magika pada zaman dahulu di dalam istananye kelihatan kecik dan perabutnya adalah perabut yang lama. Manakala istana pada zaman sekarang kelihatan besar dan menggunakan warna kuning dalam istananya.

3) Justifikasi 3 - Kawasan hutan yang menarik perhatian
Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia. Terkenal untuk hutan hujannya yang lebat dan pantai yang cantik, tidak menghairankan jika Sarawak adalah salah satu tempat percutian yang terbaik di Malaysia. Dengan begitu banyak tarikan dengan budaya yang kaya dan warisan bersejarah. Dalam filem magika pula terdapat di alam ghaib sangat cantik dan menarik perhatian dengan alam yang tenang dan mempunyai seni-senian. Dalam cerita magika ini juga dapat menarik perhatian malik dan kakaknya iaitu ayu dengan pokok yang boleh bercakap, sedangkan di alam yang nyata pokok tidak boleh bercakap sama sekali.