Karangan Pengalaman Perayaan Deepavali by BM50620 Nur Arwanis Nabila Binti Mat Jusoh

Pada November yang lalu, saya dan keluarga menyambut perayaan Deepavali di rumah datuk saya. Saya berasa sangat gembira kerana perayaan Deepavali disambut dengan sangat meriah bersama ahli keluarga yang lain. Hari Deepavali lebih dikenali sebagai pesta cahaya yang disambut bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan. Kami sekeluarga akan melakukan persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali. Saya dan Devi akan mengikut ayah pergi ke kedai untuk membeli barang kelengkapan bagi menyambut perayaan. Barang kelengkapan yang dibeli adalah seperti beras, manisan, pelita dan juga minyak bijan.

Saya juga menolong ibu dan nenek membuat pelbagai jenis muruku. Saya suka makan muruku tetapi Devi suka makan manisan tradisional. Oleh itu, Devi menolong ibu saudara kami membuat manisan tradisional. Kami berasa sangat gembira kerana dapat menambah pengalaman yang baru. Pada sebelah petang, kami pergi ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian yang baru. Saya keliru mahu membeli sari berwarna biru atau merah. Namun, saya membeli sari berwarna merah kerana merah merupakan warna kegemaran saya. Pada sebelah malam, saya menolong ibu dan kakak menukar langsir di ruang tamu. Rumah datuk menjadi sangat ceria dan lebih berseri. Saya dan adik-beradik saya menampal kad-kad Deepavali pada dinding ruang tamu dengan kemas dan teratur. Ayah pula akan menelefon saudara-mara dan jiran untuk menjemput mereka datang ke rumah pada hari pesta cahaya.

Pada keesokan hari, kami sekeluarga akan bangun pada awal bagi untuk mandi minyak bijan. Selepas itu, kami akan memakai baju baru yang cantik. Kemudian, kami akan sujud di kaki ibu bapa bagi mendapatkan restu. Seterusnya, kami sekeluarga akan menghadiri kuil untuk upacara sembahyang. Selepas pulang dari kuil, jiran-jiran yang berbangsa lain akan mengunjungi rumah kami untuk merayakan pesta cahaya bersama-sama. Para tetamu akan disajikan dengan pelbagai makanan tradisional tosei, kari kambing,sayur,nasi minyak dan muruku. Saya dan Devi mendapat duit raya dari jiran tetangga. Pada waktu malam pula, saya tidak melepaskan peluang untuk bermain bunga api dengan saudara-mara dan jiran-jiran.

Setelah selesai menyambut perayaan, saya dan ahli keluarga bersama-sama mengemas barang perayaan. Kami mengemas dengan penuh rasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama. Saya berharap dapat menyambut perayaan Deepavali di rumah datuk pada perayaan Deepavali yang seterusnya. Saya berasa tidak sabar mahu berjumpa dan meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain.