SUSS 2024 - MLL217 (Kuliah) by Mohamed Hizammuddin

Unit 1 Bab 1
Bahagian 1 -

Catat perkara-perkara penting dalam Unit 1 Bab 1.

Bahagian 2 -

Berikan pendapat kamu tentang:

1. Sumbangan Pengarah berbangsa India kepada dunia perfileman Melayu.

2. Sumbangan pemilik syarikat filem berbangsa Cina kepada dunia perfileman Melayu.

3. Kerelevanan Studio Jalan Ampas dalam zaman sekarang.

Unit 1 Bab 2
Bahagian 1 -

Catat perkara-perkara penting dalam Unit 1 Bab 2.

Bahagian 2 -

Berikan pendapat kamu tentang:

1. Genre-genre filem umum vs Melayu.

2. Genre-genre filem Melayu 50an-1999 vs 2000-kini.

3. Dunia perfileman Melayu di Singapura.

Unit 1 Bab 1
Bahagian 1 -

Filem adalan inovasi dan hasil teknologi yang disebar dan diterima sebagai media hiburan oleh masyarakat

Namun ia memerlukan interaksi yang melibatkan: kemahiran, pengetahuan, budaya penonton

Empat tahap interaksi penonton + filem:

Menonton - meletak penonton yang berbataskan kepada emosi dan fizikal ketika menonton | mencari hiburan atau memenuhi masa lapang

Membaca filem - mengikut bidang dan kebolehan (selepas menonton untuk dipikirkan dan dimanfaatkan

Menggunakan filem - berinteraksi melebihi tahap menonton dan membaca filem untuk mengenal pasti perkara tertentu dalam filem sebagai sumber manfaat kepada diri dan umum

Mengkaji - untuk mengkaji mengikuti disiplin dan persoalan yang ingin diselesaikan atau difahami: kemasyarakatan, bahasa, sastera, dan sebagainya

Seni wayang (motion pictures) diperkenalkan secara komersial - Lumiere bersaudara (1895) di Perancis: Cinematographe - teknologi dalam penghasilan filem yang melibatkan kamera (boleh mencetak filem berulang kali) dan projektor

Peter Mark Roget (1824): detik-detik awal pembangunan bidang perfileman

Sejarah Perkembangan: Awal

Filem Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama

Perbualan antara watak

Memaparkan perspektif masyarakat melayu terhadap sesuatu perkara

Mewakili pandangan umum selain latar belakang produksi

Di tanah melayu filem pertama (1898 - oleh penjajah Inggeris)

Dokumentari-berita (newsreel): Diamond Anniversary (sic)Celebration of Queen Victoria

Hanya mendapat sambutan yang baik… (1901)

Abdullaly Esoofally menayangkannya di Singapura

Buku Daftar Filem Melayu 1933-1993 (1993)

Filem Melayu pertama diterbitkan: Laila Majnun @ B. S. Rajhans, India, terbitan Motilal Chemical Company

Faktor penerimaan kisah cinta agung: budaya Timur Tengah dan agama Islam yang selari dengan budaya tempatan

Sambutan terhadap filem Tanah Jawa dan kejayaan Laila Majnun telah mendorong Shaw Brothers menerbitkan filem Melayu.

Shaw Brothers, demi menampung keoerkuan dalam penghasilan filem, membawa peralatan perfileman dari Shanghai (China ke Singapura)

Bahagian 2 -

Berikan pendapat kamu tentang:

1. Sumbangan Pengarah berbangsa India kepada dunia perfileman Melayu.

Pengarah berbangsa India bermula dengan arahan B.S. Rajhans dari India, Dengan filem Laila Majnun menjadi filem Melayu pertama yang diterbitkan.

Antara tahun 1947 ke 1962, Shaw Brothers telah membawa masuk lebih kurang 9 orang pengarah filem dari negara itu, walaupun filem-filem yang diarahkan oleh pengarah import ini kurang memberangsangkan.

1. S. Ramanathan

2. L. Krishnan

3. K.M. Bashker

4. B.N. Rao

5. V. Grimaji

6. K.R.S. Shastry

7. Phani Majumdar

8. Diresh Gosh

9. Kidar Sharma

Pada tahun 1956, Shaw Brothers telah menukar nama kepada Malay Film Productions (MFP), yang telah menerbitkan filem warrna, Hang Tuah (1956), arahan Phani Majmumdar. P Ramlee memegang peranan sebagai Hang Tuah dan mencapai kejayaan besar. MFP telah membawa kerjaya P Ramlee setapak lagi ke bidang pengarahan di mana Penarek Becha menjadi filem pertama arahan beliau. P Ramlee boleh berlakon, menyanyi, menggubah lagu, mempunyai pengetahuan tentang belakang tabir dan filem yang diarahkannya berjaya mendekati masyarakat. Ini telah mengurangkan jumlah dan pengaruh pengarah-pengarah dari India.

2. Sumbangan pemilik syarikat filem berbangsa Cina kepada dunia perfileman Melayu.

Beberapa syarikat perfileman yang mengeluarkan filem Melayu bagi tujuan menyaingi Shaw Brothers.

Ho Ah Loke bergabung dengan Syarikat Gian Singh, Singapura yang mengedarkan filem

Hindustan, menubuhkan Rimau Film Production:-

•  Untuk Sesuap Nasi

•  Bunga Perchintaan

Syarikat perfileman lain yang turut mengedar, menayang, dan

menerbitkan filem ialah Tan & Wong Film Co.

Filem Melayu yang sempat diterbitkan ialah

•  Menantu Derhaka (1942).

Pada tahun 1953, Shaw Brothers berhadapan dengan persaingan daripada

syarikat perfileman yang baru ditubuhkan, Cathay-Keris. Cathay-Keris  dimiliki

oleh pemilik panggung, Ho Ah Loke dan pengerusi Perbadanan Cathay Dato Loke

Wan Tho.

Mereka menawarkan kontrak kewangan yang lumayan kepada krew dan

bintang filem untuk menarik mereka bekerja dengan studio atau syarikat

perfileman yang baru ini. Sebelum itu, sekitar tahun 1952, Ho Ah Loke telah

menubuhkan syarikat filem sendiri iaitu Keris Film.

Walaupun Cathay-Keris lewat ditubuhkan tetapi antara tahun 1953-1977,

syarikat ini telah berjaya menerbitkan sebanyak 121 buah filem.

Antara filem penting dan menerima anugerah adalah:-

• MegaMendung (1954, L.Krishnan)

• Satay (1958, K.M Basker)

• Mahsuri (1958, B.N.Rao)

• Dang Anum (1963, Hussain Haniff).

3. Kerelevanan Studio Jalan Ampas dalam zaman sekarang.

Jalan Ampas di Singapura pernah menjadi tempat yang bersejarah bagi industri film Melayu khususnya kerana pusat produksi film Melayu oleh Shaw Brothers pada tahun 1940-an hingga 1960-an, dengan Studio Jalan Ampas sebagai ikon industri film Melayu. Saat ini, studio tersebut sudah tidak aktif sebagai studio film dan sebagian besar bangunannya rusak, namun tetap dihormati sebagai situs bersejarah. Kawasan sekitarnya telah mengalami modernisasi, tetapi ada upaya untuk melestarikan warisan budaya studio ini.

Unit 1 Bab 2
Genre Film

- bentuk / Kategori

- ⁠eg. set dan prop / tema / plot boleh menentukan genre sebuah film

- ⁠kemunculan filem pendek/Indie

- ⁠filem Melayu lebih disenangi disebut filem Malaysia

- ⁠Watak , masalah, pelakon Bukan Melayu mula diberi perhatian dalam filem mpada tahun 2000an

- ⁠pusat kegiatan berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur

- ⁠filem harus bersesuaian dengan kehendak masyarakat

B2 S1: Genre Umum VS Melayu
1. Genre-genre Filem Umum VS Melayu

Genre Filem Melayu sejujurnya boleh dibandingkan dan setanding dengan filem-filem umum yang dikeluarkan dari syarikat-syarikat Hollywood. Penampakan pada dari segi daya tarikan dan rasa relevan antara penonton di rantau ini kepada Filem-filem Melayu yang wujud sejak zaman pra-peperangan dan pra-kemerdekaan.

GENRE: 1930

GENRE: 1970-1990

GENRE: AKSI

Evolusi KL Drift 1/2 --> Fast Furious, Tokyo Drift

Polis Evo 1,2,3 --> Bad Boys 1,2,3

GENRE: KOMEDI

Hantu Kak Limah -->

Kampung Pisang Hari Raya --> Holiday Lemmings

GENRE: SEJARAH MITOS & LAGENDA

Puteri Gunung Ledang --> Cleopatra

Hikayat Merong Mahawangsa --> Troy

GENRE: KANAK-KANAK & REMAJA

Gol & Gincu --> Mean Girls

Upin & Ipin --> Doraemon /

Mechamoto --> Big Hero 6

GENRE: DRAMA

Ranjau Sepanjang Jalan --> Pride & Prejudice, Far & Away

GENRE: SAINS FIKSYEN

XX-Ray 1,2,3 --> Back to The Future 1,2,3

Brainscan --->

GENRE: SUPERHERO

Cicakman --> Spiderman

Dunia perfileman Melayu di Singapura.

Dulu dan sekarang

Dunia Perfileman Melayu Singapura pernah melalui masa kegemilangan hingga ke taraf antarabangsa kerana bakat pengarah filem seperti P.Ramlee, S. Roomai  Nor dan Hussain Haniff sebelum pisahnya Malaya dan Singapura pada tahun 1963. filem-filem Melayu pada era sebelum 70-an dapat meninggalkan kesan yang dalam pada lubuk hati penonton kerana unsur-unsur sperti lagu-lagu melayu dalam melodrama, cerita berkenanaan sosial masyarakat, hikmah dan nasihat, persekitaran kampung dan sebagainya.

Perfileman Melayu Singapura pada masa sekarang lambat pembangunan kerana kemungkinan kurang sokongan kewangan tetapi dapat dicetuskan oleh  filem Melayu Singapura "Banting" yang diarah oleh M. Raihan Halim dan dimainkan di pawagam Singapura pada tahun 2016 memberi sebagai sebuah harapan pada industri filem Melayu Singapura.

B2 S2: Genre Filem 50-99 VS 2000
Penampakan unsur-unsur Keimanan/Keislaman yang lebih mendalam dan menyeluruh dalam filem-filem seram yang juga menggabungkan genre noir dan penyelidikan.

Filem drama yang lebih artistik datang dari filem-filem Yasmin Ahmad, Sanif Olek dan juga timbul filem dari syarikat Cina seperti Abang Adik.

Filem Animasi juga telah lebih berkembang dan diiktiraf di negara Jepun dan Korea.

Unit 2
Bahagian 1 -

Catat perkara-perkara penting dalam Unit 2.

Bahagian 2 -

Berikan pendapat kamu tentang kepentingan ciri-ciri imej Melayu dalam filem Melayu.

Unit 2 BHG 1 : Catatan Penting Unit 2
Oleh : Amirah, Fatimah, Haddad

Aspek Kemasyarakatan sebagai subjek

Peranan filem Melayu bagi Masyarakat, sebagai pendidikan dan perkongsian realiti/cermin masyarakat.

Menyentuh isu seharian mereka (fokus kepada Wanita & Remaja) dari pelbagai aspek

Mesej-mesej dalam filem yang ketengahkan social-discourse, wacana atau perdebatan/perbincangan

Pengarah Wanita : Perspektif Wanita : Penglibatan Wanita lebih luas, Feminisme.

Explore the different understanding of the social context of Woman [kiv]

Konflik yang remaja/etnik menghadapi, membuka minda keluarga dan pemerintah.

Takrif yang harus digunakan dalam masyarakat : umur mengikut negara/pertubuhan

Aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja melalui persekitarannya juga membentuk masyarakat.

Nilai-nilai Murni yang mengikut edaran masa dan perspektif terbuka disalur dengan idealogi (Barat dan Timur)

Unit 2 Bahagian 2: Pendapat Tentang Kepentingan Ciri-ciri Imej Melayu Dalam Filem Melayu
Oleh: Nur & Lynna

Mengikut sejarah Melayu, ciri-ciri Melayu terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Berbahasa Melayu

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, imej Melayu dalam filem membantu membina jati diri nasional yang inklusif tetapi berakar pada budaya Melayu. Filem-filem ini berperanan dalam memperkenalkan elemen-elemen budaya Melayu kepada bukan sahaja masyarakat Melayu, tetapi juga kepada masyarakat lain di Malaysia. Ini membantu memupuk kefahaman dan penghargaan silang budaya, yang penting dalam membina perpaduan nasional.

2. Sejarah Melayu

Ciri-ciri imej Melayu dalam filem juga penting dalam penceritaan sejarah dan mitos masyarakat Melayu. Banyak filem Melayu mengambil inspirasi daripada sejarah Melayu atau kisah-kisah mitos yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Ini bukan sahaja menghidupkan semula kisah-kisah lama tetapi juga memberi peluang kepada penonton untuk memahami konteks sejarah dan kepercayaan yang membentuk masyarakat Melayu.

3. Berbudaya Melayu

Imej Melayu dalam filem memainkan peranan penting dalam memelihara identiti budaya dan mengukuhkan nilai-nilai tradisional masyarakat Melayu. Dalam era globalisasi, di mana pengaruh budaya luar semakin kuat, filem yang mengandungi ciri-ciri Melayu menjadi alat penting untuk memastikan generasi muda memahami dan menghargai warisan budaya mereka. Melalui penggambaran adat resam, pakaian tradisional, dan bahasa, filem Melayu dapat mengekalkan elemen-elemen penting yang membentuk identiti Melayu. Pada masa yang sama, filem-filem ini sering kali menyampaikan nilai-nilai tradisional seperti hormat kepada orang tua, kerjasama, dan pentingnya menjaga maruah. Dengan menampilkan watak dan naratif yang menggambarkan nilai-nilai ini, filem Melayu berfungsi sebagai medium pendidikan tidak langsung yang mengukuhkan prinsip-prinsip ini dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Kuliah 3
Sila tonton filem lalu memikirkan jawapan bagi soalan-soalan berikut:

-Apakah tajuk filem yang ditayangkan?

-Bilakah filem itu diterbitkan?

-Siapakah pengarah dalam filem itu?

-Siapakah pelakon-pelakon utama dalam filem itu?

-Apakah genre filem itu?

-Apakah aspek kemasyarakatan yang menjadi subjek dalam filem-filem itu?

-Apakah imej Melayu dalam filem itu?

-Bagaimanakah kita boleh menghubungkan filem itu dengan masyarakat Melayu semasa?

Kuliah 3
Sepet

2003

Yasmin Ahmad

Sharifah Amani, Choo Seong Ng, Ida Nerina, Mei Ling Tan dan Harith Iskandar

Genre: Remaja berdasarkan ciri-ciri yang berikut

Orked dan kawan-kawannya mengambil keputusan peperiksaan di sekoloah

Orked dan kawan-kawannya di pesta atau parti

Jason menjual vcd murah

Dua kelas sosial yang berbeza

Orked dari kelas atasan

- peluang dan pembangunan dalam pendidikan

Dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara

Bapa Orked seorang cikgu pencen

Mampu untuk ada pembantu rumah

Jason dari kelas bawahan

Bekerja menjual vcd untuk menampung keluarga

Tidak dapat melanjutkan pelajaran walaupun bertutur dengan elok dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cantonis

Sejarah sosial dan konteks

- Orked berkongsi tentang buku sejarah sosial oleh penulis yang berkulit hitam dimana negerinya pernah dijajah oleh orang Perancis yang berkulit putih.

Penjajah pengaruhi kemindaan yang dijajahi bahawa orang yang berkulit putih lebih berkuasa

(colonised and coloniser, anything white is better)

Pada masa yang sama, Johan, teman lelaki kawan Orked, juga digelar mat salleh celup, menyindir Orked yang keluar dengan Jason kerana berbangsa Cina. Dia menyoal keputusan Orked untuk keluar dengan seorang lelaki Cina yang dia memandang rendah dan tidak keluar bersama orang yang sama kulit dengannya iaitu orang Melayu.

Imej Melayu  adalah gambaran daripada pengarah sendiri.

Yasmin Ahmad memulakan filem dengan bismillahirrahmanirrahim.

Orked ikhtiarkan kewajiban sebagai orang Islam dengan mengaji dan solat.

Orked mengenakan dengan pakaian baju kurung berbanding kawannya yang berbaju pengaruh Barat.

Keluarga Orked bertanya sesama sendiri kalau akan bersolah Maghrib.

Berfikiran moden seperti bercampur gaul dengan bangsa lain, asimilisasi dengan bertutur dalam bahasa lain.

Stereotaip seperti contoh:

Bangsa: Orang Melayu malas dan orang Cina suka menipu.

Demografik: Orked tidak menyangka Keong pandai bermain piano dan Jason pandai menulis pantun.

Unit 3 Bab 1
Berikan pendapat kamu tentang:

1. Spesifikasi teknikal filem.

2. Peranan filem dalam konteks pendidikan.

3. Aspek pendidikan dalam filem.

Unit 3 Bab 2
Berikan pendapat kamu tentang:

1. Persediaan untuk menggunakan filem sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

2. Aspek pendidikan dan hiburan dalam filem.

3. Filem sebagai bahan pengajaran bahasa dan tugasan.

Unit 3 Bab 1
Oleh Aisyah & Haddad

1. Spesifikasi teknikal

Kru penerbitan dapat memberi tumpuan pada apa yang kritikal dan mesej yang ingin disampaikan agar penonton dapat meresap dan senang memahami kandungan filem. Aspek teknikal menyumbang kepada teknik penceritaan.

2. Peranan filem dalam konteks pendidikan

Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam pengajaran yang dapat diraih dari filem. Filem adalah suatu medium yang visual dan bukan penuh teori sambil menghiburkan murid-murid. Pada akhir filem, murid-murid yang mengorak langkah untuk ketahui (peristiwa, masalah sosial atau teori) dengan lebih mendalam.

Aspek pendidikan dalam filem

Aspek pendidikan diketengahkan selalunya mengenai nilai moral. Babak-babak yang memaparkan nilai-nilai murni dan persoalan-persoalan dari permasalahan (dan bukan sahaja yang secara kata-kata langsung) dapat disampaikan. Ini juga adalah unsur didaktik.

Reaksi dari pelajar-pelajar dapat melahirkan atau merangsangkan kesedaran melalui isu-isu itu.

Unit 3 Bab 2
Nur & Lynna

1. Filem sebagai teks secara keseluruhan. Ini kerana ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu mata pelajaran dalam bentuk online atau cetakan.

Persediaan yang harus dilakukan adalah dengan pendedahan bersandarkan pengalaman seni mahupun kehidupan. Guru juga harus menonton filem dahulu untuk mentapis jalan cerita supaya tidak mendedahkan pelajar kepada benda yang tidak sepatutunya.

2. Aspek pendidikan: "Filem akan memberi peluang untuk pelajar meneroka ruang yang berbeza daripada persekitaran atau pengetahuan mereka." - selepas menonton filem, akan muncul kecerondongan dalam segi motivasi diri untuk melakukan sesuatu.

Aspek hiburan: "Hiburan atau menonton filem untuk berhibur adalah untuk aktiviti

masa senggang, selain bertujuan untuk mengekalkan tahap keyakinan diri dan

memberi ruang untuk masyarakat membebaskan diri daripada kesusahan dan kesengsaraan hidup melalui kandungan atau paparan berbentuk komedi, muzikal

mahupun drama."

3.  "semasa menonton pelajar digalakkan untuk mencatatkan perkataan-perkataan dan cara pengucapannya, berbincang dan berkongsi kefahaman mereka terhadap sesuatu perkara" - filem digunakan sebagai medium pengajaran bahasa-bahasa baru yang ingin dipelajari. Contohnya, menonton ucapan "selamat pagi" dalam bahasa Korea. Dari situ kita dapat mempelajari bahawa "Annyeong-haseyo" membawa maksud "selamat pagi".

Kuliah 5
Berikan pendapat kamu tentang:

Satu aspek pendidikan terkandung dalam telefilem 'Neon' yang boleh dijadikan bahan-bahan pembelajaran bahasa Melayu.

Aspek pendidikan merujuk kepada elemen-elemen yang membentuk dan mempengaruhi proses pembelajaran. Berikut adalah makna aspek pendidikan dengan sumber rujukan yang sahih:

Kurikulum: Menentukan isi dan struktur pembelajaran. Kurikulum yang baik adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Kaedah Pengajaran: Berbagai strategi yang digunakan oleh pendidik untuk menyampaikan ilmu, seperti pengajaran secara langsung, pembelajaran berasaskan masalah, dan penggunaan teknologi.

Penilaian: Proses untuk menilai pemahaman dan kemahiran pelajar. Penilaian yang berkesan membantu guru memahami kemajuan pelajar.

Persekitaran Pembelajaran: Suasana di dalam kelas yang mempengaruhi pengalaman belajar, termasuk suasana fizikal dan emosi.

Keragaman dan Inklusi: Mengakui kepelbagaian dalam latar belakang pelajar dan memastikan semua pelajar mendapat akses yang sama.

Pengembangan Profesional Guru: Latihan berterusan untuk guru bagi meningkatkan kemahiran dan keberkesanan pengajaran mereka.

Keterlibatan Pelajar: Tingkat penglibatan dan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian akademik.

Keterlibatan Komuniti: Peranan keluarga dan masyarakat dalam menyokong pendidikan, yang dapat memperkukuh pengalaman pembelajaran.

Aspek-aspek ini berinteraksi dan saling mempengaruhi untuk membentuk pengalaman pendidikan yang berkualiti.

Nur
Kaedah Pengajaran

Pertama

Tayang babak di stesen minyak laku memberitahu pelajar imej yang kurang baik masyarakat tidak harus contohi.

Kedua

Pelajar digalakkan memberi contoh melalui padlet

Ketiga

Pelajar memaparkan ulasan mereka kepada guru dan rakan sedarjah, dalam kaedah Round Robin.

Kaedah Pengajaran
Bagi peringkat umur yang sudah matang, sebagai contoh 16 tahun ke atas, mereka dapat memahami mengapa setiap atau kebanyakkan watak harus berkelakuan sebegitu untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Aspek pendidikan nilai murni dapat diajar kepada murid-murid dalam peringkat ini. Terutama sekali, sifat kesyukuran. Dengan menyenaraikan apa yang mereka ada di dalam kehidupan seharian mereka seperti bumbung di atas kepala, makanan dan minuman setiap hari, mereka dapat merasakan bahawa nikmat ini tidak datang dengan sekelip mata. Lagi-lagi, bagi para gelandangan atau mereka yang kurang bernasib baik di dalam filem ini.

-Aisyah

Aspek Pendidikan: Penilaian
Lynna

Peringkat umur: 12 Tahun

Aspek Pendidikan: Penilaian - Latihan Dialog dan Role Play

Menggunakan dialog-dialog penting dalam filem mahupun situasi/suasana seperti di dalam penjara atau situasi soal siasat, pelajar boleh diminta untuk melakonkan kembali adegan atau mencipta dialog sendiri. Ini akan mengasah kemahiran lisan mereka dan membantu mereka memahami struktur ayat dalam Bahasa Melayu.

Aspek Pendidikan: Kurikulum
Haddad

Aspek Pendidikan yang ingin diambil ialah dari segi ekspositori.

MATLAMAT:

i) Membina kesedaran kemasyarakatan

ii) Juga kaitkan bagaimana BM sangat terkait dengan masyarakat

Tema-tema dan topik kandungan realisme dari filem NEON ini boleh ditunjukkan kepada pelajar, untuk membina daya kesedaran dan pengamatan di sekeliling masyarakat.

Langkah seterusnya ia juga boleh dijadikan asas kepada permasalahan dalam masyarakat dan dikaitkan kepada pantun atau peribahasa:

Contoh:

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Masihkah ia boleh dikaitkan dengan watak yang mencuri itu?

"Katak bawah tempurung"

Bolehkah ia dikaitkan kepada watak Hafiz?

"Air yang tenang, jangan disangka buaya"

Bagaimana ia dikaitkan dengan sebahagian perwatakan manusia/kumpulan.

"Sudah jatuh ditimpa tangga"

Perjalanan kehidupan watak utama yang dipaparkan dalam satu malam, yang malang. Bagaimana pula watak-watak lain juga.

Dari itu bolehlah bina kosa kata dan juga digunakan sebagai kandungan karangan mahupun skrip/penulisan kreatif.

PERINGKAT : Menengah atau Pasca-Menengah

ATAU PROGRAM: Bahas atau Lakonan

Fatimah
Matlamat: penggunaan peribahasa dalam karangan penghujahan (argumentative composition).

Peringkat: Menegah atau pasca-mengengah.

Pelajar digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan penghujahan (argumentative composition) tentang gejala masyarakat yang hanya berlaku pada waktu malam dan apa yang boleh dibaiki.

terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau

Maksud: Berjaya lari dari suatu bahaya tetapi kemudian mendapat bahaya yang lain pula.

Bagai mencurah air ke daun keladi

Maksud: Nasihat yang sia-sia.

Malang tiada datang tunggal

Maksud: Malang yang bertimpa-timpa.