Muhammad Farhan bin Azahar U2000287/2 by MUHAMMAD FARHAN BIN AZAHAR

Saya
Nama: Muhammad Farhan bin Azahar
No. Matrik: U2000287
Jabatan: Siasah Syar'iyyah
Tahun Pengajian: Tahun 2
Kursus: Fiqh Al-Jinayat IIP2003

Minggu 1-2
KONSEP JENAYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM DAN UNSUR-UNSUR PENTING JENAYAH.
"KONSEP JENAYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM"

Berdasarkan kuliah bagi tajuk ini, saya memahami bahawa al-Jarimah dan al-Jinayah adalah merupakan antara perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dan kedua-dua perkara larangan tersebut mempunyai al-'uqubah al-duniawiyyah.

Menurut pendapat daripada para ulama', terdapat perbezaan di antara al-Jarimah dengan al-Jinayah walaupun secara umum kedua-duanya membawa makna yang serupa. Dan difahami bahawa konsep al-Jarimah adalah lebih umum jika hendak dibandingkan dengan al-Jinayah. Namun, terdapat hukuman yang akan dikenakan di dunia ke atas kesalahan dalam melakukan kedua-dua perkara tersebut. Hukuman itu boleh jadi hukuman berbentuk ta'zir yang mana bentuk-bentuk hukuman itu ditetapkan atau berada di bawah kuasa pemerintah. Dan boleh jadi juga sesuatu hukuman itu dikenakan dalam bentuk hudud, qisas atau diyat yang mana bentuk-bentuk hukuman ini adalah apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam nas-nas al-Quran mahupun al-Hadith.

Ringkasnya, terdapat 3 kategori al-Jarimah iaitu Jarimah Hudud, Jarimah Qisas atau Diyat serta Jarimah Ta'zir.

Antara perbuatan yang boleh dikenakan Hudud di sisi syarak ialah mencuri, berzina, merompak, memberontak, qazaf, minum arak dan juga murtad. Hukuman hudud ialah hak Allah. Ia juga dikenali sebagai hak masyarakat dan kadar hukuman bagi Jarimah Hudud ada disebut dalam nas-nas al-Quran dan al-Hadith.

Seterusnya, perbuatan-perbuatan yang layak dikenakan hukuman Qisas atau Diyat pula adalah melibatkan perbuatan membunuh, memukul dan menggugurkan janin. Berbeza dengan Hudud, Jarimah Qisas atau Diyat ini ialah hukuman yang melibatkan hak individu sahaja. Dan kadar hukumannya juga adalah berdasarkan nas-nas al-Quran dan al-Hadith.

Selain itu, kategori jarimah yang boleh dihukum Ta'zir ialah apa-apa jenis kesalahan lain selain daripada apa yang tersenarai sebagai jarimah hudud serta qisas dan diyat, dan kesalahan tersebut mestilah layak untuk dijatuhi hukuman. Bagi jarimah Ta'zir, tidaklah ditetapkan kadar hukumannya dalam nas, sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa dan ijtihad ulul amri.

"UNSUR-UNSUR PENTING JENAYAH"

Terbahagi rukun jarimah kepada 2 jenis iaitu Rukun Am dan Rukun Khas.

Rukun Khas ialah rukun-rukun yang terdapat hanya pada jarimah tertentu sahaja.

Manakala Rukun Am pula ialah rukun-rukun yang ada pada semua bentuk jarimah dan ia terbahagi kepada 3 jenis:

(1) Rukn al-Syar'ie.
Rukn al-Syar'ie merujuk kepada dalil-dalil yang melarang sesuatu jarimah itu.

(2) Rukn al-Madi.
Rukn al-Madi pula merujuk kepada perbuatan-perbuatan jarimah yang dilakukan sama ada ianya dilakukan secara individu atau berpakat serta sempurna atau tidak sempurna pelaksanaannya.

(3) Rukn al-Adabi.
Rukn al-Adabi ini pula merujuk kepada al-Jani yang perlu menanggung tanggungjawab jenayah ke atas jarimah yang dilakukannya, sama ada jarimah tersebut dilaksanakan dengan kehendak sendiri, paksaan, sengaja, separa sengaja, tersalah ataupun terlihat seakan-akannya.

Disamping itu, terdapat 3 bentuk, bagaimana sesuatu jarimah itu dilaksanakan.

(1) al-Mubasyarah.
Ia merujuk kepada perbuatan langsung oleh al-Jani tanpa ada sebarang wasitoh (perantaraan).

(2) al-Tasabbub.
Kaedah pelaksanaan ini pula merujuk kepada apa-apa jarimah yang tidak dilakukan secara langsung malah adanya wasitoh yang menjadi penyebab berlakunya sesuatu jarimah itu.

(3) al-Syart.
Merujuk kepada yang berlaku bukan atas sebab pelaksanaan  secara langsung tetapi kerana adanya suatu hal lain yang menjadi syarat kepada terlaksananya sesuatu jarimah.

Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa konsep jenayah dalam Islam adalah pelbagai. Bagi setiap jenayah mempunyai banyak perbezaan dari segi syarat, hukuman, pelaku jenayah dan sebagainya. Oleh yang demikian, setiap hukuman sesuatu jenayah itu perlulah diperincikan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada berlaku kesilapan dalam menghukum seseorang itu.

Minggu 9
Pada minggu ke-9 saya telah berjaya untuk memahami beberapa aspek utama dalam tanggungjawab jenayah dan dapat memahami akan kesan kejahilan, lupa dan tersilap dalam pelakuan sesuatu jenayah itu.

Makna Tanggungjawab Jenayah

Seseorang itu menanggung akibat perbuatan terlarang yang dia lakukan secara sukarela sedangkan dia sedar akan hasil dan akibatnya.

Asas Tanggungjawab Jenayah
- Hendaklah perbuatannya haram
- Hendaklah penjenayah baligh dan berakal
- Hendaklah penjenayah melakukannya dengan pilihan dan keinginannya

Jenis - jenis niat

- Qasdu Am
* Penjenayah melakukan jenayah dan tahu akan pengharamannya

- Qasdu Khas
*  Penjenayah melakukan jenayah dan dia mengetahui pengharamannya dan memaksudkan hasil atau tujuan jenayah

- Qasdu Mu'aiyan
* Penjenayah melakukan jenayah dengan sengaja dan dia menentukan target dan tujuan jenayah itu kepada siapa

- Qasdu Ghair Mu'aiyan
*Penjenayah melakukan jenayah dengan sengaja dan dia tidak menentukan target dan tujuan jenayah itu kepada siapa

Kesan kejahilan terhadap tanggungjawab jenayah

Peraturan asas dalam syariat Islam:

“Pesalah tidak boleh dipersalahkan atas perbuatan terlarang itu melainkan dia sedar

sepenuhnya tentang larangannya.”

1) Jahil: Jahil ini bukan keuzuran, maka ianya tidak boleh terlepas dari tanggungjawab jenayah.

Kejahilan ada dua jenis:

1-Kejahilan terhadap ketetapan:

-kejahilan sebenar

-kesilapan dalam tafsiran

2-Kejahilan tentang realiti

2) Silap : Silap dikatakan sebagai suatu keuzuran dalam jenayah hudud dan takzir tetapi tidak bukan dalam jenayah qisas dan diyat kerana melibatkan hak individu lain

3) Lupa : Tidak mengingati sesuatu ketika diperlukan

Pendapat fuqaha tentang lupa

Pendapat pertama: Lupa dianggap sebagai alasan yang sah dalam semua ibadah atau kejahatan.

-Kesannya: tidak ada dosa ke atas pelakunya dan tidak ada hukuman baginya.

Pendapat kedua: melupakan tidak dianggap sebagai alasan yang sah dalam semua perbuatan jenayah kecuali yang berkaitan dengan hak Allah, kerana ia dianggap sebagai alasan yang sah.

dengan syarat:

- Ada sebab fitrah perbuatan itu, seperti makan orang yang berpuasa secara terlupa.

Kesan lupa pada mengikut mazhab mempunyai dua iaitu :

- mengecualikan pesalah daripada hukuman dalam beberapa tindakan (tindakan yang berkaitan dengan hak Tuhan dan di mana terdapat motif semula jadi untuk perbuatan itu)

- ke atas pesalah hukuman alternatif dalam beberapa tindakan lain kerana kehadiran syak wasangka, iaitu lupa.

Secara kesimpulannya, kesan-kesan jahil, lupa dan silap terhadap tanggungjawab jenayah mesti mempunyai hukuman alternatif yang tersendiri ke atas perbuatan yang dilakukan.

STUDENT LEARNING STYLE
Berdasarkan test ini saya mendapati bahawa saya merupakan seorang yang "Visual". Saya lebih meminati nota-nota yang berbentuk gambar rajah, peta minta dan sebagainya. Saya juga mudah untuk memahami pembelajaran melalui Percakapan individu lain.

Pengalaman Menggunakan Padlet
Selepas beberapa minggu lakukan e-portfolio ini, banyak perkara yang saya pelajari dan alami. Semasa melakukan tugasan ini saya sudah rapat dengan orang lain seperti pensyarah, kawan-kawan dan juga keluarga saya juga menyokong. Apabila saya memulakan tugasan ini, saya tidak tahu tentang padlet. Jadi saya meneroka dahulu, dan kini ia sangat bagus dan interaktif kepada saya bagi memahami pelajaran ini. Ini kerana apabila saya melakukannya seperti peta minta atau ringkasan pembelajaran ia lebih mudah untuk difahami. Kedua, saya berpendapat komunikasi semasa melaksanakan e-portfolio ini adalah sangat penting dan ia adalah kunci kehidupan seharian. Seperti yang sedia maklum, terdapat tiga jenis komunikasi sebagai contoh komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan dan komunikasi bertulis. Saya sangat suka melakukan tugas ini kerana saya juga boleh meningkatkan kemahiran komunikasi saya, menambah bahasa dan sebagainya. Akhir sekali, saya sangat berpuas hati dan seronok dengan kerja saya.

Reflection Of My Self
Kekuatan?
- Seorang yang mudah untuk berkawan dengan orang lain.
- Seorang yang selesa berada dalam dua keadaan, sendirian atau dengan org lain
Kelemahan?
- Lemah untuk memulakan sesuatu perbualan

Ahli Kumpulan
Nama: Mohamad Firas Fathullah Bin Abdul Maajid
No. Matrik: U2000261
Jabatan: Syariah & Undang-Undang
Tahun Pengajian: Tahun 2
Kursus: Fiqh Al-Jinayat IIP2003

Ahli Kumpulan
Nama: Muhammad Adib Farhan bin Jamaludin
No. Matrik: U2104233
Jabatan: Syariah & Undang-Undang
Tahun Pengajian: Tahun 2
Kursus: Fiqh Al-Jinayat IIP2003

Ahli Kumpulan
Nama: Abdul Qayyum bin Hairul Nizan
No. Matrik: S2123425
Jabatan: Syariah & Undang-Undang
Tahun Pengajian: Tahun 2
Kursus: Fiqh Al-Jinayat IIP2003

Pengalaman Tugasan Berkumpulan
Pengamalan tugasan berkumpulan, saya mendapati bahawa ahli kumpulan saya memberi kerjasama yang baik walaupun berbeza jabatan.  oleh itu pada mulanya agak sedikit janggal untuk berkomunikasi kerana kami saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Namun, ini merupakan satu pengalaman baharu kerana melalui ini, kami saling dapat mengenali antara satu dengan yang lain biarpun berlainan jabatan, dan kami juga mengambil manfaat dari ilmu yang dipelajari. Mereka juga tekun melaksanakan tugas masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik sehinggalah tugasan berkumpulan disiapkan dengan sempurna.

Pengalaman Mengikuti Kursus
Pada pendapat saya, kaedah pembelajaran ini dapat memberikan pelbagai faedah dan kelebihan yang boleh diperolehi dengan melaksanakannya dalam sukatan pelajaran bagi kursus yang diambil. Hal ini amat penting untuk memberi kesan dan impak yang positif kepada pelajar dan merupakan kaedah yang perlu diamalkan pada masa hadapan.

Pengalaman keseluruhan mengikuti kursus Fiqh Al-Jinayat ini ialah saya dapat memahami lebih mendalam tentang hukum-hukum yang telah ditetapkan bagi setiap perbuatan jenayah yang dilakukan. Subjek ini juga amat berkait dengan kos pengajian yang diambil oleh saya. Oleh yang demikian, kursus ini membantu saya dalam menilai, merungkai dan meneliti hal-hal jenayah dalam islam serta hukuman yang berkait mengikut fiqh dan undang-undang islam. Saya amat menyukai subjek ini kerana penerangan yang diberikan oleh Dr Shahidra kepada kami amat jelas dan nota-nota yang disediakan amat mudah untuk difahami.

Pada pendapat saya, tugasan self assessment seperti eportfolio ini akan menjadikan saya lebih peka terhadap keperluan isi-isi dan point penting yang diperlukan di dalam tugasan. Ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang agak berkesan untuk saya kerana saya perlu mengulang kaji semula apa yang saya belajar. Jadi tugasan ini dapat mengajar saya untuk lebih berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya dengan pengajar.

What Kind Of Student Are You?
Melalui test ini, saya merupakan seorang mengambil berat akan study saya di universiti. saya sentiasa berfikiran kehadapan terhadap pembelajaran saya. saya membuat kerja dengan baik. saya seorang yang dapat menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka.

Kajian Kes 1

Poster Infografik

Kajian Kes 2

Improving Your Study Habits
Berdasarkan test ini, saya mendapati bahawa saya lebih berminat untuk belajar dengan pelbagai cara. ada masa saya berminat untuk belajar lebih kurang 2-3 jam sahaja.  saya juga berminat untuk belajar sambil mendengar lagu dan sebagainya. saya juga berminat untuk belajar dalam menjawab sesuatu quiz atau test.