KPS 3014 by NUR FAREHA BINTI MOHAMAD

Pengurusan pembelajaran ini merupakan topik yang membincangkan berkenaan peranan para guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan kepada para pelajar mencapai objektif yang dikehendaki dan juga mengenal pasti sama ada para guru dapat menggunakan masam yang diperuntukkan kepada mereka dengan sebaiknya dan mematuhi masa dengan baik sekaligus mengelakkan daripada menggunakan masa tambahan sewaktu sesi Pdpc berlangsung.

Dalam memastikan para guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, pelbagai kaedah dan juga strategi yang dapat dilakukan oleh para guru dalam memastikan keberkesanan sesi Pdpc terhadap para pelajar. Pengurusan dapat ditakrifkan sebagai proses mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajarn pula bermaksud proses atau kegiatan pembelajaran. Di era yang semakin maju ini, pembelajaran pada masa kini lebih menumoukan kepada pembelajaran pada abad ke-21. Justeru pembelajaran abad ke-21 ini menekankan bidang pendidikan untuk melahirkan murid yang merangkumi aspek 4C iaitu merangkumi Communication, Collaboration, Creativity dan yang terakhir ialah Critical thinking.

Organisasi dan kepimpinan ini menekankan kepada perbincangan mengenai badan pentadbiran yang ditubuhkan di sekolah untuk menjadi penggerak kepada kejayaan sesebuah institusi pendidikan itu. Ianya berfokuskan kepada gaya kepimpinan yang dilaksanakan, organisasi sekolah, kepimpinan di sekolah dan juga gaya kepimpinan guru.

Organisasi kepimpinan yang ditubuhkan di sekolah mempunyai bahagian-bahagian yang telah ditetapkan dan setiap daripadanya mempunyai tujuan dan juga kepentingan terhadap setiap ahli-ahli yang telah dilantik dalam sesebuah organisasi itu. Pimpinan di sekolah bermula daripada:

Murid-murid juga mempunyai tahap pimpinan masing-masing di mana mereka telah dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh para guru bagi menguruskan dan memimpin golongan para pelajar dengan penerimaan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh para guru. Gabungan-gabungan komponen pimpinan inilah yang menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan yang tersusun. Bagi memastikan pimpinan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna terdapat pelbagai jenis gaya pimpinan yang dapat dilaksanakan antaranya ialah:

Gaya pimpinan secara transaksional menumpukan kepada pimpinan yang mengarahkan kepada usaha orang lain melalui tugas, ganjaran dan juga struktur. Jenis pimpinan ini melihatkan kepada pemimpin yang sentiasa berfikir secara praktikal di mana pemimpin yang sebegini tidak akan mengucapkan kata janji sekiranya tugasan yang diberikan tidak mampu untuk dilaksanakan. Seterusnya, gaya pimpinan demokratik merupakan gaya pimpinan yang amat berkesan kerana ianya lebih bersifat terbuka dan amat digemari oleh ahli-ahli yang berada di bawah pimpinannya. Pimpinan demokratik ini mementingkan kepada interaksi dua hala di mana para pemimpin akan memberi peluang kepada para ahli yang lain untuk mengutarakan pendapat masing-masing bagi membuat sesuatu keputusan. Selain itu, gaya pimpinan yang lain adalah secara laissez faire. Pimpinan ini merupakan jenis kepimpinan yang dilaksanakan oleh para pemimpin dengan cara memberikan atau menjamin kebebasan kepada para ahli yang lain. Dari aspek pendidikan pengetua akan menjadi pemerhati dan beliau akan memberikan kebebasan kepada para guru untuk melaksanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara masing-masing. Akhir sekali, gaya pimpinan secara transformasi merupakan gaya pimpinan yang mempamerkan pemimpin yang memberi sokongan kepada para pekerjanya dan pimpinan ini akan menyebabkan ahli-ahli yang berada di bawah lebih selesa untuk mendekati ketua tersebut. Gaya-gaya pimpinan yang telah dinyatakan ini merupakan beberapa contoh pimpinan yang dapat dilaksanakan oleh para pemimpin lebih-lebih lagi dari aspek pendidikan.

Para guru haruslah sentiasa mengamalkan amalan pimpinan yang baik kerana pimpinan yang baik mendatangkan beberapa kepentingan yang baik lebih-lebih lagi kepada para murid dan juga organisasi sekolah. Pentingnya para guru untuk mengamalkan pimpinan yang adalah untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran, atribut dan kemahiran kepimpinan, dapat membangun organisasi yang baik menerusi pengurusan dan pentadbiran yang cekap, budaya kerjasama dalam menyokong pembangunan pendidikan dan pembelajaran, dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang baik antara komuniti dan juga pihak luar, dan akhir sekali dapat menjadi teladan yang terbaik serta pemimpin yang disegani dan sentiasa dirujuk.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pimpinan yang dilaksanakan di sesebuah organisasi lebih-lebih lagi bidang pendidikan ini mempengaruhi budaya organisasi sekolah. Justeru, pimpinan yang baik dapat membentuk sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan disegani oleh para masyarakat dan juga komuniti yang berada di luar sana.

Menurut Jaafar Muhammad (1998) pengurusan dapat didefinisikan sebagai proses yang mengagihkan input-input organisasi dengan pelbagai cara iaitu antaranya ialah perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan juga pengawalan di mana ianya bertujuan untuk mengeluarkan output atau perkhidmatan yang diperlukan oleh para pelanggan supaya obejektif sesebuah organisasi dapat tercapai dengan jayanya.

Pengurusan murid pula merupakan satu proses yang telah diwujudkan dalam setiap institusi pendidikan di mana ianya merupakan perkara yang penting untuk di ambil cakna oleh setiap pendidik. Pengurusan murid ini dapat ditakrifkan sebagai proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja ataupun program bagi para murid, pengelolaan murid dan program, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam sesebuah pengurusan organisasi yang wujud di setiap institusi pendidikan. Konsep pengurusan murid ini terdiri daripada beberapa aspek yang penting seperti perancangan, pentadbiran dan juga pengawalan atau pemulihan. Pengurusan murid ini juga memberi fokus kepada para pendidik untuk meneliti segala bait perkataan dan juga tingkah laku murid-murid sepertimana yang kita tahu murid-murid pada masa ini kebiasaannya lahir daripada golongan yang berbeza taraf dan sebagainya.

Terdapat tiga komponen utama yang penting dalam pengurusan murid iaitu antaranya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan murid belajar dan akhir sekali ialah memotivasikan murid. Komponen pertama iaitu pengurusan rekod murid merupakan salah satu komponen yang penting bagi pengurusan murid. Hal ini demikian kerana ianya bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan murid di setiap institusi pendidikan di mana rekod ini dapat membantu para pendidik untuk sentiasa mengawasi segala pergerakan dan juga perkembangan para pelajar. Hal ini juga dapat membantu para guru untuk menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan para murid dan ianya sekaligus dapat membantu meningkatkan fokus para pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maklumat yang kebiasaannya terkandung dalam rekod murid terkandung daripada pelbagai jenis aspek perkembangan seperti potensi Jasmani, Emosi, Rohani dan juga Intelek (JERI). Antara jenis-jenis rekod murid yang disediakan oleh para pendidik adalah seperti:

Ø  Rekod pendaftaran

Ø  Rekod kutipaan yuran

Ø  Jadual kedatangan

Ø  Rekod prestasi murid

Ø  Rekod profil murid

Ø  Buku kemajuan murid

Pelaksanaan rekod pengurusan murid ini merupakan satu aspek yang penting dalam pengurusan murid kerana ianya dapat memudahkan para guru untuk merancang dan melaksanakan pelbagai jenis aktiviti yang dapat membantu para pelajar untuk sentiasa kekal fokus dan memberi kesan yang efektif kepada para pelajar dan ianya sekaligus dapat membantu para guru dalam menguruskan para pelajar yang berbeza personaliti dan juga latar belakang.

Komponen kedua iaitu kesediaan murid belajar juga merupakan komponen yang penting dalam pengurusan murid kerana ianya merupakan satu keadaan dalaman bagi setiap individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan untuk memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan pelajar ini terbahagi kepada 3 perkara iaitu afektif, kognitif dan juga psikomotor.

1.     Aspek kognitif

-       Menekankan kepada aspek perkembangan mental pelajar bagi memahami, menaakul dan juga berfikir sesuatu perkara.

2.     Aspek afektif

-       Menekankan kepada aspek sikap, keinginan, minat dan juga ketekunan para murid dalam menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru mereka.

3.     Aspek psikomotor

-       Aspek ini merujuk kepada kesediaan fizikal para pelajar bagi menjalani proses PdPc di mana ianya mengharuskan para pelajar untuk menggunakan fungsi tubuh badan mereka bagi mencapai objektif pembelajaran.

Bagi memastikan strategi kesediaan belajar ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang baik kepada para pelajar, guru haruslah menyediakan bahan-bahan bantu mengajar dan sekaligus merancang aktiviti PdPc yang sesuai supaya menepati ketiga-tiga kesediaan ini.

Dari segi memotivasikan murid, para guru haruslah sentiasa memberikan motivasi yang kepada para pelajar mereka supaya dapat membangkitkan minat murid-murid untuk mencapai sesuatu matlamat yang diingini mereka pada masa hadapan. Para guru haruslah sentiasa memotivasikan para pelajar mereka daripada pelbagai aspek yang berdekatan dengan mereka seperti menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberangsangkan para pekajar dan daripada sini ianya dapat membangkitkan semangat para pelajar dan meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Ianya juga sekaligus dapat memastikan penglibatan para pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau luar kelas.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pengurusan murid ini merupakan salah satu jenis pengurusan yang amat penting dan sememangnya harus diberi perhatian oleh para pendidik di luar sana. Ianya bertujuan supaya murid-murid akan sentiasa berada di landasan yang betul iaitu mengikut segala jenis aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh para pendidik. Oleh itu, hasil keluaran murid daripada setiap institusi pendidikan ini ialah murid yang dilengkapi dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.

Menurut Morphet (2012), pengurusan membawa kepada maksud satu proses sosial yang dibentuk bertujuan untuk memperoleh kerjasama, penyertaan dan juga penglibatan semua ahli yang terlibat dalam sesebuah organisasi yang telah diusahakan bagi memperoleh sesuatu matlamat dan juga objektif yang paling memberi impak. Bilik darjah memberi takrifan sebagai satu tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid dan juga para pendidik di sekolah. Oleh itu, pengurusan bilik darjah di sini dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang berlaku di mana ianya melibatkan kepada penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah yang mengalakkan proses komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan satu ruang pembelajaran di mana ianya merangkumi aspek murid, guru, ruang dan juga alat pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah merangkumi beberapa aspek yang penting iaitu:

Ø  Susunan fizikal bilik darjah.

Ø  Pusat pembelajaran.

Ø  Penyediaan bahan.

Ø  Pengurusan sumber

1.     Susunan fizikal bilik darjah

ü  Melibatkan kepada bentuk susunan fizikal di mana ianya melibatkan kepada susunan kerusi, meja, papan putih dan juga bahan bantu mengajar yang disediakan di setiap bilik darjah.

ü  Menekankan kepada kaedah pengajaran yang berpusatkan murid di mana melibatkan kepada beberapa aspek yang penting iaitu jenis aktiviti, masa, bahan dan juga ruang.

2.     Pusat pembelajaran

ü  Merupakan sebuah ruang yang berada dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan sumber dan direka mengikut kreativiti para guru dan murid.

ü  Bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal dalam bilik darjah.

ü  Tiga faktor utama penubuhan

·       Aspek fizikal

·       Aspek ekonomi

·       Aspek daya usaha dan kreativiti

ü  Jenis pusat pembelajaran

·       Pusat pembelajaran langsung

·       Pusat pembelajaran terbuka

·       Pusat pembelajaran kemahiran

ü  Ianya diurus dengan kerjasama daripada guru dan juga para murid di mana para guru dan juga murid mempunyai tugas masing-masing yang harus dilaksanakan.

3.     Pengurusan sumber

ü  Merupakan satu proses untuk memilih, mengguna dan menyimpan bahan-bahan serta alatan yang berada dalam bilik darjah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.

ü  Ianya juga melibatkan dengan penyediaan sumber pendidikan di mana ianya melibatkan segala bahan dan juga alat bantu mengajar yang disediakan oleh para guru dan juga pihak sekolah.

ü  Bertujuan untuk mencapai objektif proses pembelajaran dan pengajaran yang sempurna dan berkesan.

-       Pelaksanaan pengurusan melibatkan:

ü  Peranan guru besar

ü  Peranan para guru

ü  Penglibatan ibu bapa

ü  Langkah-langkah pengurusan

v  Pengurusan sumber melibatkan kepada pengurusan bahan-bahan mengajar seperti bahan bercetak yang melibatkan bahan bacaan majalah, buku ilmiah dan akhbar.

v  Pengurusan sumber di dalam bilik darjah juga mementingkan kepada penyusunan carta seperti carta pengurusan kelas, pembersihan kelas dan sebagainya.

4.     Penyediaan bahan

ü  Melibatkan kepada segala jenis bahan yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di mana ianya dikenali sebagai media pendidikan yang terbahagi kepada perkakasan dan juga bahan atau perisian.

ü  Ianya digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan satu situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan kepada para pelajar dan juga pendidik.

-       Jenis bahan terbahagi kepada dua:

v  Bahan hidup (manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan)

v  Bahan bukan hidup di mana ianya terbahagi kepada dua iaitu bahan elektronik dan bukan elektronik.

Ø  Perkara yang harus diberi keutamaan dalam aspek penyediaan bahan di dalam bilik darjah ini adalah seperti jenis dan bentuk bahan yang akan dipamerkan di bilik darjah, cara bahan digunakan oleh para pelajar dan akhir sekali kemudahan penggunaan bahan suapaya para pelajar dan juga guru dapat menggunakan dengan baik.

RUMUSAN
Konklusinya, pengurusan bilik darjah merupakan satu hal yang amat penting dan harus diambil berat oleh para guru. Pengetahuan pengurusan bilik darjah dapat membantu para guru dalam mengendalikan dan juga menguruskan segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru yang mengambil berat tentang pengurusan bilik darjah ini dapat menjamin satu keberkesanan pembelajaran dalam kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana persekitaran bilik darjah merupakan salah satu faktor yang penting dalam membentuk satu golongan pelajar yang fokus dan memberi sepenuh perhatian terhadap proses PdPc di dalam bilik darjah.

Pengurusan sumber ini dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang dibentuk bagi membuat keputusan supaya dapat menjamin bekalan sumber yang berterusan buat para pelajar dengan usaha pemeliharaan dan juga pemuliharaan. Sumber di sini bermaksud satu set bahan ataupun sistem yang telah dilaksanakan dan diwujudkan bertujuan untuk membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.  Justeru pengurusan sumber di sini bermaksud tindakan manusia dalam mengorganisasikan sumber yang ada melalui beberapa proses seperti proses merancang, memimpin dan juga mengawal untuk mencapai sesuatu maklumat. Pentingnya pengurusan sumber adalah untuk menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan juga menyatakan kebenaran supaya tidak tersasar daripada maksud asal sesuatu maklumat tersebut.

Pengurusan sumber ini terbahagi kepada beberapa komponen antaranya adalah seperti:

Pengurusan sumber kewangan

Pengurusan sumber manusia

Pengurusan infrastruktur

Pengurusan dalam sumber pengajaran dan juga pembelajaran

Pengurusan pusat sumber

Pengurusan sumber ini juga mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai antaranya adlah untuk:

-       Membantu para pelajar dalam menggunakan bahan-bahan tambahan bagi melaksanakan tugasan dan juga menambah ilmu pengetahuan

-       Memupuk kemahiran dalam menggunakan bahan pusat sumber

-       Membantu para guru memilih dan juga mendapatkan bahan-bahan bantu mnegajar

-       Membantu dalam memupuk dan mengembangkan bakan dan juga kebolehan para pelajar

Melihat kepada konteks pembelajaran, jenis pengurusan sumber ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu:

·       Sumber asas (melibatkan kepada manusia seperti rakan sebaya dan juga para guru)

·       Sumber elektronik (alat-alat elektronik untuk pembelajaran seperti komputer, Lcd, projektor dan pembesar suara)

·       Sumber pengalaman (melibatkan kepada satu situasi seperti lawatan sambal belajar)

Apabila melibatkan kepada institusi pendidikan, pusat sumber memainkan peranan yang penting kerana ianya merupakan tempat perkhidmatan awam kerana ianya merupakan agen rujukan bagi para pelajaran dan juga guru dalam memperoleh maklumat. Pusat sumber haruslah diuruskan dengan efisien supaya dapat menarik minat para pelajar bagi meluangkan masa terluang mereka untuk meneroka ilmu sewaktu berada di luar bilik darjah. Pusat sumber merupakan satu tempat yang menyediakan suasana pembelajaran kendiri dan memberikan keselesaan kepada para pelajar untuk melaksanakan tugasan disebabakan oleh penyediaan sumber yang banyak dan berinformasi. Pusat sumber yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik minat para pelajar dan juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk melaksanakan kegiatan mereka. Jadi pusat sumber yang baik haruslah sentiasa diurus dengan baik dan juga mengikut ciri-ciri yang dapat membantu dalam menarik minat para pelajar dan juga pendidik untuk menggunakan pusat sumber yang berada di sekolah. Pengurusan sumber yang baik mendatangkan beberapa kepentingan antaranya dapat merangsang minat pelajar, dapat menyediakan pengalaman yang sebenar, menyebabkan para pelajar bergiat aktif dalam pembelajaran dan akhir sekali memberi peluang kepada para pelajar untuk mencari maklumat tambahan dan berguna.

RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan sumber dalam aspek bidang pendidikan dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap sesuatu yang telah diajarkan kepada mereka. Sumber yang baik dan tersedia dengan mudah dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif dan informatif. Oleh itu, pengurusan sumber merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan pembelajaran kerana ianya merupakan bantuan yang terdapat dalam sistem pembelajaran.

Mengurus bilik pembelajaran ini melibatkan kepada tindakan para guru dalam mengendalikan dan mengelolakan bilik pembelajaran yang ada di sekolah bertujuan supaya dapat mewujudkan satu suasana persekitaran yang tersusun bagi menggalakkan proses pembelajaran dan pembelajaran berlangsung. Bilik pembelajaran ini merupakan tempat berlakunya proses PdP di mana ianya melibatkan guru dan juga pelajar. Kebiasaanya proses PdP berlangsung di dalam bilik darjah tetapi PdP sebenarnya tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja malah ianya turut merangkumi kepada beberapa bilik lain yang diwujudkan di sekolah antaranya ialah:

ü  Bilik darjah terbuka

ü  Bilik darjah bercantum

ü  Bilik darjah tradisi

ü  Bilik darjah pembelajaran abad ke-21

ü  Bilik darjah mata pelajaran khas

ü  Bilik darjah multimedia

ü  Bilik darjah prasekolah

Dalam memastikan pengurusan setiap bilik pembelajaran ini berada dalam keadaan yang baik dan menepati keinginan para pelajar terdapat beberapa strategi yang harus diberi perhatian oleh para guru antaranya seperti:

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran ini merupakan satu hal yang dapat membantu para pendidik dalam membina satu bilik pembelajaran yang sentiasa kondusif dan dapat menajamin pengajaran dan juga pembelajaran yang berkesan bagi para pelajar. Oleh itu, para guru  haruslah melaksanakan perancangan yang objektif serta aktiviti yang bersesuian dengan keadaan dan juga penggunaan setiap bilik pembelajaran yang ada.

Tingkah laku dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu itu. Tingkah laku yang dilakukan oleh manusia ini dapat diperhati, dinilai dan juga diukur sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Disiplin pula merupakan peraturan atau undang-undang yang ditubuhkan bertujuan untuk membentuk keperibadian para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan juga undang-undang sesebuah negara. Pengurusan tingkah laku dan disiplin pula dapat ditakrifkan sebagai rancangan yang dilaksanakan untuk memodifikasikan permasalahan yang melibatkan tingkah laku ke suatu matlamat yang ditetapkan dengan cara dan teknik yang sesuai mengikut disiplin yang telah ditetapkan.

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku yang positif dan juga tingkah laku negatif. Dua jenis tingkah laku ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dan kedua-duanya memberi impak yang berlainan kepada para pelajar. Disiplin juga terbahagi kepada dua bentuk yang utama iaitu didiplin asas di mana ianya melibatkan kepada peraturan yang ditetapkan oleh semua institusi bukan formal dan juga formal yang wujud dalam kalangan masyarakat. Manakala bentuk disiplin yang kedua adalah disiplin intrinsik atau kendiri di mana disiplin ini lahir daripada dalam diri seseorang individu di mana ianya merangkumi kepada sifat empati, kesedaran sivik, moral, agama dan juga pergaulan dalam kalangan masyarakat.

Apabila melibatkan kepada organisasi pendidikan sudah tentunya pelbagai jenis tingkah laku dan juga masalah disiplin yang akan dilakukan oleh para pelajar. Disebabkan oleh hal ini pengurusan tingkah laku dan juga disiplin pelajar amatlah penting dalam memastikan masalah ini dapat dibendung dan tidak menjejaskan imej institusi. Terdapat pelbagai teknik pengurusan tingkah laku antaranya adalah seperti berikut:

1.     Peneguhan

2.     Dendaan

3.     Reverse Psychology

4.     Pengasingan

RUMUSAN
Pengurusan tingkah laku dan disiplin ini merupakan satu pengurusan yang amat penting dan seharusnya dilaksanakan di setiap institusi pendidikan kerana ianya dapat membantu para guru dalam membendung masalah tingkah laku disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Masalah yang berlaku disebabkan oleh para pelajar dapat menyebabkan sesebuah organisasi pendidikan itu jatuh dan mundur. Justeru pengurusan tingkah laku dan disiplin ini dapat membantu pihak sekolah dan juga para pendidik dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dari pelbagai aspek dan mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Pembendungan masalah ini dapat menjamin suasana yang kondusif dalam bilik darjah dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus ianya dapat menghasilkan keberkesanan dalam sistem pembelajaran dan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid di sekolah.

Pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan juga mentoring. Komponen pertama iaitu bimbingan merupakan suatu konsep yang menekankan untuk membantu orang lain dan ianya juga bertujuan untuk menyediakan pengalaman bagi membantu orang lain yang bermasalah untuk memahami diri sendiri (Amla et al. 2006). Penasihatan ini berkait rapat dengan kaedah memberi nasihat di mana ianya merupakan satu strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994). Akhir sekali, mentoring jika dilihat dari aspek pendidikan ianya dapat ditakrifkan sebagai gabungan melatih ataupun ‘coaching’, kaunseling dan ianya juga melibatkan kepada penilaian mentor dalam membantu mentee untuk mendalami perkembangan mental para pelajar secara professional.

Pengurusan penasihatan murid ini memberi penekanan terhadap para guru bimbingan dan juga kaunseling dalam menguruskan hal ini bagi kalangan para pelajar. Ianya juga memberi penekanan terhadap para guru yang mengajar pelajar kerana guru merupakan insan yang rapat dan lebih arif dengan masalah dan juga tingkah laku dalam kalangan pelajar berbanding dengan guru-guru yang tidak mengajar. Para guru haruslah juga diterapkan dengan kemahiran asas dalam bimbingan dan juga penasihatan ini dengan melalui kursus-kursus atau bengkel khas yang diadakan.

Para guru juga haruslah melalui proses mengenali para pelajar di mana di tahap ini guru-guru akan menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk mengenal pasti masalah-masalah dan juga mengetahui pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Setelah mengetahui masalah dan juga mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan dari segi penasihatan ini, para guru haruslah bersedia untuk membimbing para pelajar dengan cara membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan dan akhir sekali melaksanakan tindakan. Selepas selesai membina hubungan dengan para pelajar, para guru haruslah melakukan analisis penilaian untuk melihat kepada keberkesanan perhubungan yang berlaku disebabkan oleh bimbingan dan juga penasihatan yang dilakukan oleh guru dan juga pelajar. Daripada analisis ini hasil yang akan dilihat terbahagi kepada dua iaitu sama ada berjaya dibimbing atau tidak.

Komponen pengurusan penasihatan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri antaranya:

·       Bimbingan

-       Proses dalam membantu pelajar secara individu atau berkumpulan dan bimbingan yang dilakukan diberikan untuk memecahkan masalah yang dihadapi.

·       Penasihatan

-       Menumpukan kepada individu bermasalah yang berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang lebih berautoriti kepada orang lain.

·       Mentoring

-       Menumpukan kepada proses mentor dan juga mentee.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, komponen yang disertakan ini dapat digunakan oleh para pendidik dalam aspek pengurusan penasihatan terhadap para pelajar. Para pelajar yang bermasalah haruslah sentiasa dibimbing dengan cara yang terbaik dan harus diberi peluang supaya mereka dapat menikmati pembelajaran mereka dengan baik dan sempurna.

Melihat kepada takrifan yang telah dinyatakan oleh Kamus Dewan edisi ke 4, di mana kepelbagaian dapat ditakrifkan sebagai perihal yang pelbagai jenis. Sementelahan itu, budaya pula dapat didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budaya di mana ianya menekankan kepada cara berfikir, kelakuan dan sebagainya. Bagaimana wujudnya kepelbagaian budaya ini?

Ø  Indidvidu yang berada di muka bumi ini telah dilahirkan daripada pelbagai jenis latar belakang yang berbeza dan ianya telah menjadikan satu perbezaan bagi setiap indidvidu.

Ø  Disebabkan oleh perbezaan latar belakang ini, ianya secara tidak langsung telah mempengaruhi kepelbagaian setiap pelajar dalam aspek institusi pendidikan. Pelbagai budaya dalam kalangan para pelajar merujuk kepada perbezaan agama, etnik, Bahasa dan juga budaya yang diamalkan masing-masing.

Ø  Aspek lain yang juga harus dipandang serius adalah seperti taraf keluarga, jantina dan juga melibatkan kepada golongan minoriti seperti orang kurang upaya.

Ø  Keadaan ini menyebabkan para pendidik untuk menguasai teknik dan juga kaedah pengajaran yang berbeza dan efektif bagi semua pelajar. Hal ini disebabkan oleh perbezaan latar belakang yang dimiliki oleh setiap para pelajar dan ianya haruslah diseimbangkan dalam aspek pengajaran supaya dapat diterima oleh semua pelajar.

Kepelbagaian budaya yang wujud dalam kalangan para pelajar ini telah menyebabkan setiap institusi pendidikan untuk melaksanakan satu pendekatan pendidikan bertujuan untuk memastikan struktur program di institusi tersebut memberi kesan kepada kepelbagaian para pelajar.

ü  Pendekatan yang dilaksanakan adalah pendekatan pendidikan inklusif di mana ianya merupakan satu model yang telah dirancang untuk dilaksanakan di setiap sekolah supaya dapat menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.

ü  Pendidikan inklusif ini juga merupakan satu usahan bertujuan untuk mengintegrasikan para pelajar secara individu.

-       Sebagai contoh: Murid-murid yang berkeperluan khas berpeluang untuk belajar di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid normal yang lain di mana mereka akan berpeluang untuk mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan yang sama rata oleh guru biasa yang turut juga dibantu oleh guru pendidikan khas.

ü  Pelaksanaan pendekatan pendidikan inklusif ini telah menyebabkan beberapa perubahan dalam konteks pendidikan terumatanya dari segi peranan sekolah.

Satu strategi juga telah dilaksanakan oleh para pendidik di mana ianya disebut sebagai strategi pembezaan yang bertujuan untuk memberi galakan kepada kejayaan pembelajaran dalam kalangan para pelajar dengan cara membantu para pelajar untuk membuktikan kebolehan masing-masing. Strategi ini mengutamakan tugasan yang diberi adalah mengikut kepada kesesuaian dan kebolehan para pelajar. Jenis-jenis pembezaan yang boleh dilaksanakan oleh para pendidik adalah mengikut:

v  Isi kandungan

v  Minat

v  Kadar

v  Tahap

v  Akses

v  Respon

v  Urutan

v  Struktur

v  Masa guru

v  Stail pengajaran

v  Pengumpulan

Strategi pembezaan ini dapat membantu keseluruhan para pelajar untuk fokus terhadap kebolehan masing-masing dengan lebih baik walaupun datang daripada peberzaan latar belakang. Ianya juga berfokuskan kepada semua jenis latar belakang yang dimiliki oleh para pelajar.

RUMUSAN
Pelaksanaan pengurusan pelbagai budaya ini merupakan satu hal yang harus diberi tumpuan oleh para pendidik. Hal ini disbebkan oleh kepelbagaian latar belakang yang wujud dalam setiap para pelajar telah menjadikan konsep pendidikan yang dilaksanakan di setiap institusi harus diberi perhatian. Ianya bertujuan untuk memastikan konsep pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan di setiap institusi ini memberi kesan yang efektif kepada semua jenis pelajar yang ada tanpa memberi kesan negatif yang lain disebabkan oleh kepelbagaian latar belakang yang dimiliki oleh setiap individu. Justeru, hal ini menjadikan guru sebagai satu insan yang penting dalam menjamin pembentukan pelajar yang pelbagai budaya dan insan pada masa akan datang. Oleh itu, para pendidik haruslah sentiasa berusaha untuk menangani hal yang disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini daripada pelbagai sudut dan juga aspek untuk menjamin insan yang berkualiti pada masa akan datang.

Topik ini menekankan kepada pengurusan pihak sekolah dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang kekurangan upaya atau boleh diringkaskan sebagai pendidikan khas. Murid-murid yang digelarkan sebagai kekurangan upaya ini merupakan murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran tidak kira sama ada secara fizikal atau mental. Pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih menumpukan kepada rancangan pendidikan khas yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ianya khusus bagi pelajar-pelajar yang kekurangan upaya ini. Pendidikan khas yang telah dirancang ini merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan juga teknik yang seharusnya dilaksanakan oleh para pendidik bagi mengajar murid-murid istimewa ini. Hal ini dilaksanakan khusus buat murid-murid yang berkeperluan khas ini adalah supaya dapat memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan juga sosial murid-murid ini. Justeru, pengurusan murid pelbagai upaya ini menekankan kepada empat topik utama iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan juga berkeperluan khas.

Dari segi pelajar pelbagai upaya ini, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka dan pemulihan ini bertujuan untuk memulihkan dan memperbetulkan hal-hal yang tidak kena pada setiap para pelajar itu. Pemulihan dari segi pengurusan murid pelbagai budaya ini adalah merupakan satu inisiatif khas yang dilaksanakan oleh para guru untuk membantu para murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka dengan cara membantu mereka menguasai kemahiran yang paling asas 3M iaiatu membaca, mengira dan juga menulis. Para guru haruslah segera memulihkan murid-murid yang telah dikesan oleh para guru mata pelajaran di mana mereka mengalami kesulitan dalam pembelajaran mereka. Para guru haruslah melaksanakn langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan para pelajar ini. Jadi pemulihan ini bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang dialami dalam diri pelajar dan sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada berasa tersisih dengan pelajar yang lain.

Aspek pengayaan pula menumpukan kepada beberapa aktiviti tambahan daripada aktiviti asas pembelajaran yang dilaksanakan oleh para guru sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Aktiviti ini juga berkemungkinan dilaksanakan oleh para guru sewaktu tamat waktu persekolahan dan ianya dilaksanakan kepada semua kategori pelajar. Dalam melaksanakan aktiviti tambahan ini prinsip yang diambil perhatian adalah seperti bersifat kreatif dan eksperimental, melaksanakan hasil kerja dengan usaha kendiri, sifat kepimpinan sosial, kaedah dan organisasi yang mudah serta melibatkan kepada pembacaan yang luas. Pengayaan ini merupakan aktiviti yang dapat membantu para pelajar untuk berkembang daripada pelbagai aspek.

Di samping itu, untuk menguruskan murid yang pelbagai upaya ini para guru haruslah juga menekankan aspek kecerdasan sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Howard Gardner kecerdasan ini membawa maksud kepada kebolehan individu untuk mneyelesaikan masalah yang dilalui dalam kehidupan yang sebenar dan kebolehan untuk mengenal dan mencipta masalah, justeru hal ini dapat membentuk keperluan terhadap pengetahuan yang baru. Kecerdasan ini merangkumi beberapa aspek di mana aspek ini dapat dilihat di setiap murid melalui tingkah laku sewaktu mereka dalam Pdpc. Para guru juga dapat memerhatikan kecerdasan murid-murid dengan cara memerhati segala jenis kegiatan yang dilaksanakan oleh murid sewaktu masa lapang ataupun apabila mereka berada di luar bilik darjah. Para guru juga dapat mengenal pasti tahap kecerdasan para pelajar dengan melihat kepada laporan prestasi murid. Oleh itu, teori kecerdasan ini merupakan satu aspek yang dilihat oleh para guru dalam diri pelajar untuk mengenal pasti masalah dan juga keupayaan yang dimiliki oleh setiap pelajar.

RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih menumpukan kepada program khas yang dilaksanakan oleh pihak sekolah iaitu pendidikan khas bagi para murid yang berkeperluan khasi dari segi mental dan juga fizikal mereka. Murid-murid yang pelbagai upaya ini semestinya memerlukan pengajaran dan juga kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan juga membuka peluang kepada mereka untuk meneroka dan juga mencapai prestasi yang diingini mereka. Murid yang pelbagai upaya ini juga dapat dikategorikan sebagai murid khas dan mereka tidak seharusnya diasingkan daripada pelajar lain yang normal kerana dengan cara ini mereka dapat berada dalam keadaan sosial yang baik dan membantu mereka untuk lebih fokus kepada pembelajaran mereka. Justeru pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan satu pengurusan yang seharusnya dipandang serius oleh para pendidik supaya dapat melahirkan modal insan yang terbaik pada masa akan datang.

Sekolah merupakan satu tempat pendidikan kerana ianya merupaka tempat di mana berlakunya sesi penyebaran maklumat dan juga ilmu pengetahuan kepada para generasi-generasi pada masa ini yang akan mendepani masa hadapan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sekolah ini merujuk kepada satu tempat untuk belajar, menagajar, tempat menerima dan juga tempat memberi pelajaran. Sekolah merupakan satu institusi sosial yang amat kompleks kerana sekolah tidak tertubuh secara sendirian. Disebabkan oleh hal ini sekolah bukanlah sekadar tempat untuk penyebaran ilmu berlaku malah ianya juga merupakan satu tempat di mana berlakunya penyemaian budaya bangsa dan memupuk bakat dan juga pembentukan satu rupa bangsa yang dapat bersedia untuk menerima dan menghadapi perubahan dan juga pembaharuan,

Kewujudan sekolah sangat berkait rapat dengan persekitaran di mana ianya melibatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan juga para masyarakat yang tidak dapat dipisahkan. Hubung kait antara tiga organisasi amatlah penting dan ianya sangat berakit rapat antara satu sama lain dan ianya memerlukan gabungan dan hubungan yang baik dan mantap untuk mencapai objektif dan juga matlamat yang sama. Ketiga-tiga pihak ini saling mempunyai satu hubungan strategik yang baik dan ianya mendatangkan faedah antara satu sama lain. Masyarakat merupakan satu organisasi yang memberi  pengaruh yang amat besar dan luas terhadap aspek ekonomi dan juga politik kepada negara. Jadinya di sini sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang amat penting di mana ianya bertujuan untuk memberi pengajaran yang dapat menggalakkan dan memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak mengikut kepada arah dan matlamat yang ingin dikecapi oleh masyarakat dalam diri anak-anak mereka pada masa akan datang. Keperluan yang dikehendaki oleh para masyrakat dalam diri anak-anak mereka akan disalurkan melalui sekolah berdasarkan kepada pandangan hidup, visi atau wawasan serta pegangan politik masyarakat tersebut. Justeru sekolah merupakan satu institusi penting yang bertanggungjawab dalam membentuk generasi pada ini untuk menjadi insan yang berasaskan kepada pendidikan dan juga ilmu yang berkualiti.

Penubuhan masyarakat juga amat penting dalam meningkatkan prestasi dan juga pencapaian sesebuah sekolah kerana dengan wujudnya pertubuhan masyarakat, mereka dapat membantu sekolah dari segi kewangan dengan pemberian sumbangan dan juga dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar. Ibu bapa juga merupaka insan yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan anak-anak dan juga pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa membantu sekolah dari segi pembentukan psikologi dan sosial para pelajar kerana aspek ini sering dikaitkan dengan pembentukan anak-anak sewaktu berada di rumah. Selain daripada pembentukan aspek sosial para pelajar ibu bapa juga memainkan peranan dalam melibatkan diri dengan pembentukan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di mana persatuan dibentuk bertujuan untuk menjaga dan juga melindungi kebajikan para pelajar dan juga membantu dari segi sumbangan kepada untuk perkembangan sekolah. Pertubuhan persatuan ini juga dapat mewujudkan satu hubungan yang akrab dan mesra antara para guru dan juga ibu bapa dan sekaligus menghalang sebarang prasangka buruk antara satu sama lain. Oleh itu, PIBG ini merupakan satu persatuan yang dapat membantu dalam pelaksanaan sekolah yang berkesan dan meningkatkan pencapaian sekolah dari masa ke masa.

RUMUSAN
Kesimpulannya, hubungan sekolah antara ibu bapa dan juga masyarakat amatlah penting dalam pembentukan modal insan yang sempurna dan seimbang dari pelbagai segi seperti emosi, rohani, jasmani dan juga fizikal. Justeru hubungan dan kerjasama yang baik antara sekolah dan persekitaran dapat mewujudkan satu permuafakatan yang harmoni dan dapat menjamin kecemerlangan sekolah dan melahirkan generasi masyarakat yang berkualiti pada masa akan datang.

Interaksi dapat ditakrifkan sebagai satu tindakan atau perhubungan yang aktif di mana ianya melibatkan antara satu sama lain iaitu tindak balas antara dua pihak atau lebih. Interaksi dalam pembelajaran ini menekankan kepada komunikasi yang berlaku antara kalangan guru dan juga murid dan ianya lebih menekankan kepada situasi yang berlaku di dalam bilik darjah. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah ini menekankan kepada peranan para guru kerana guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengawal suasana perhubungan yang berlaku di dalam bilik darjah. Peranan para guru dalam bilik darjah bagi mewujudkan satu suasana komunikasi yang baik antara guru dan murid sewaktu berada di dalam bilik darjah menyampaikan teknik komunikasi yang berkesan, meyakinkan, sentiasa berpandangan positif, praktikal dan munasabah dalam menyampaikan ucapan kepada para murid. Setiap penyampaian maklumat dan info daripada para guru ianya haruslah sentiasa berpusatkan kepada masyarakat supaya para pelajar dapat berasa seperti berada dalam situasi yang sebenar. Guru juga haruslah bekerja dengan kreatif dan progresif supaya dapat menghasilkan satu situasi komunikasi yang baik di dalam bilik darjah.

Guru bertindak sebagai ‘role model’ kepada para pelajar sewaktu di dalam bilik darjah dan juga berada di sekolah. Untuk menghasilkan interaksi yang berkesan sewaktu di dalam bilik darjah terdapat pelbagai jenis bentuk atau corak interaksi yang dapat dilaksanakan oleh para guru sewaktu berada di dalam bilik darjah dan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara bentuk interaksi yang dapat dilakukan oleh para guru adalah interaksi secara sehala, secara dua hala dan juga interaksi dua hala antara kumpulan. Interaksi secara sehala melibatkan kepada interaksi yang hanya melibatkan guru dan murid sahaja dan ianya juga dapat berlaku antara murid dan murid sahaja. Interaksi ini berfokuskan kepada aspek memberi arahan di mana ianya melibatkan guru memberi arahan kepada murid atau apabila berlaku dalam kalangan murid arahan diberikan oleh ketua kepada ahli kumpulan di dalam bilik darjah. Kuasa autokratik kebiasaanya digunakan oleh para guru dalam bentuk interaksi ini dan menyebabkan murid tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat.

Selain itu, interaksi dua hala ini menggalakkan para guru untuk menggunakan pedekatan yang berlainan selain daripada melaksanakan sesi Pdpc secara biasa sewaktu di dalam kelas. Pendekatan lain yang biasanya digunakan oleh para guru adalah seperti mengadakan sesi perbincangan atau kaedah induktif. Kaedah di mana sesi soal jawab antara para guru dan juga murid selepas atau semasa sesi Pdpc berlangsung juga merupakan sesi interaksi yang berlaku secara dua hala. Dalam kalangan pelajar pula interakasi ini dapat berlaku apabila berlaku interaksi antara ketua kumpulan bersama ahli-ahli Interaksi dua hala ini menggalakkan penglibatan para pelajar secara aktif sewaktu di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, interaksi dua hala antara kumpulan merupakan interaksi yang berlaku di dalam kelas dan ianya melibatkan interaksi antara kumpulan. Sebagai contoh, ketua kumpulan yang dilantik dalam sebuah kumpulan yang kecil akan berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulan mereka. Ketua kumpulan kecil ini juga akan berinteraksi dengan ketua kumpulan dan ahli-ahli kumpulan yang lain. Ini juga dapat berlaku interaksi antara ketua-ketua kumpulan bersama dengan para guru mereka. Justeru interaksi ini dapat merapatkan hubungan antara kalangan pelajar dan juga pelajar bersama guru mereka.

RUMUSAN
Secara konklusinya, pelaksanaan interaksi yang baik antara guru dan pelajar dan pelajar dengan pelajar amatlah penting supaya dapat melahirkan satu hubungan komunikasi yang baik di dalam bilik darjah dan sekaligus menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan efektif kepada para pelajar.

Melihat kepada aspek yang ditetapkan bagi pembelajaran abad ke-21 ini, para pendidik haruslah memainkan peranan yang penting untuk memastikan pembelajaran yang disampaikan memberi kesan dan impak kepada para pelajar. Peranan para guru terhadap para pelajar mereka adalah dengan menjadi pembimbing kepada pelajar, guru sebagai perancang pengajaran dan juga dapat mewujudkan satu sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri para pelajar. Justeru itu, para guru haruslah sentiasa memastikan untuk merancang pengurusan masa dengan baik untuk mengelakkan berlakunya kekurangan masa atau kekurangan masa dalam sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengurusan masa dan juga kaedah perancangan pengajaran yang baik dan sistematik dapat membantu para guru untuk mencapai objektif yang ingin dikecapi sewaktu Pdpc dalam kalangan pelajar.

Dalam aspek pengurusan pembelajaran ini terdapat tiga teori utama iaitu:

ü  Teori Fungsionalisme

-       Merupakan teori yang dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).

-       Teori ini mengkaji tentang perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.

-       Tokoh sosiologi Emile Durkheim pula menekankan terhadap keutamaan fungsi sosial dalam pendidikan di mana beliau meyakini bahawasanya pendidikan moral amat diperlukan untuk membangun dan menjaga perlakuan sosial dalam kalangan masyarakat

ü  Teori Konflik

-       Teori ini telah dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)

-       Beliau menganalisis konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

-       Menimbulkan persoalan tentang struktur-struktur para masyarakat seperti ekonomi, politik, sosial dan juga agama dapat membawa kepada kesejahteraan manusia atau hal sebaliknya berlaku.

ü  Teori Interaksionalisme Simbolik

-       Teori ini dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)

-       Dalam aspek pendidikan, ianya memberi fokus tehadap proses interaksi yang berlaku dalam sekolah yang melibatkan para guru dan juga murid dan ianya juga melihat kepada hasil yang berlaku daripada interaksi tersebut.

RUMUSAN
Melihat kepada teori yang ada ini, terdapat pelbagai perbezaan yang memberi fokus terhadap setiap teori yang telah dikeluarkan. Justeru di sini dapat saya simpulkan di mana pengurusan pembelajaran yang baik oleh para guru di mana melibatkan pelbagai aspek yang berbeza sewaktu di dalam bilik darjah mendatangkan kesan yang baik kepada para pelajar dan juga keberkesanan yang dapat dilihat dalam diri pelajar. Oleh itu, pengurusan pembelajaran yang baik dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek yang diingini pada masa akan datang.

Ø  https://pengurusandanpembelajaranwordpresscom.wordpress.com/

Ø  https://missanco.wordpress.com/

Ø  https://pengurusan-pembelajaran-uzafariza.blogspot.com/2018/12/bab-3-pengurusan-bilik-darjah-abad-ke-21.html

Ø  http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/interaksi-dan-pembelajaran.html

Ø  https://sitinrhumairah.blogspot.com/2020/04/pengurusan-murid.html

Ø  https://pengurusan-pembelajaran-uzafariza.blogspot.com/search/label/BAB%202%3APengurusan-murid

Ø  http://kps3014pengurusanpembelajaran10.blogspot.com/2018/10/topik-3-organisasi-dan-kepimpinan.html

Ø  https://kpsminime21.blogspot.com/2019/05/pengurusan-pembelajaran-kps3014.html

Ø  http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-7-pengurusan-sumber.html

Ø  http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/

Ø  https://sitinrhumairah.blogspot.com/

Ø  https://kpsblog2019.blogspot.com/p/bab-9-pengurusan-tingkah-laku-dan.html

Ø  http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-12-pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html

Ø  http://ffoliokps.blogspot.com/2018/11/topik-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_14.html

Ø  https://ainulshafiqah.blogspot.com/2019/05/tajuk-7-strategi-mengurus-bilik-darjah.html

Ø  https://kpsblog2019.blogspot.com/p/bab-8-pengurusan.html

Ø  http://kps3014pengurusanpembelajaran10.blogspot.com/

NAMA: NUR FAREHA BINTI MOHAMAD
NOMBOR MATRIK: D20201095314
KURSUS: ISMP BIOLOGI