Isu Semasa di Malaysia by Hawa Faizah

KES BAHARU COVID-19
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif yang diketemui di Malaysia adalah menurun di bawah 15,000 apabila sebanyak 13,336 kes telah dicatatkan yang menjadikan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 4,152,203 kes. Beliau juga berkata bahawa jumlah daripada kes baharu covid-19 sebanyak 13,225 kes atau 99.17 peratus dalam kategori satu dan dua.

Beliau berkata hanya dua negeri mencatatkan peratusan penggunaan katil kes yang kritikal atau unit rawatan rapi iaitu ICU melebihi 50 peratus  iaitu Selangor (55 peratus) dan Johor (52 peratus). Katanya lagi, ada empat negeri yang mencatatkan peratusan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya sebanyak 87 peratus, Selangor sebanyak 68 peratus, Kuala Lumpur sebanyak 53 peratus dan Melaka sebanyak 51 peratus. Kadar kebolehjangkitan COVID-19  yang dicatatkan di seluruh negara  ialah 0.92 dan negeri

Selangor sahaja yang mencatatkan kadar Rt melebihi satu iaitu 1.08 manakala Rt terendah direkodkan Sabah iaitu 0.65.

VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK
Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi pandemik Covid-19. Pada mulanya, hanya golongan dewasa yang dikehendaki mengambil vaksin. Tetapi dalam situasi yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, kanak-kanak juga dikehendaki untuk mengambil vaksin demi keselamatan dan kesihatan mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan perlu dilindungi daripada terkena wabak ini.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun adalah penting kerana golongan tersebut dianggap sebagai berisiko tinggi ketika ini yang mana banyak kelonggaran yang telah diberikan. Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, ini kerana terdapat pelbagai kelonggaran telah dibenarkan yang turut melibatkan golongan kanak-kanak ini terdedah dengan risiko jangkitan. Contohnya, diberi kelonggaran seperti entas negeri, aktiviti besar-besaran seperti membuat majlis perkahwinan dan sebagainya. Walaupun dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) tetapi ia boleh menyebabkan risiko untuk dijangkiti. Ini adalah kerana varian Covid-19 ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia dan ia boleh memudaratkan atau meragut nyawa seseorang. Perkara tersebut dikhuatiri kerana ada juga kes yang mana seseorang yang positif Covid-19 tidak mempunyai sebarang gejala.

KESAN NEGATIF JIKA RAKYAT TIDAK MENGUNDI
Sebagai rakyat di sesebuah negara, kita diharuskan untuk keluar mengundi kerana itu merupakan satu kewajiban kepada kita sebagai rakyat. Jika tidak kita yang mengundi, siapa lagi yang akan mengundi untuk memilih pemimpin negara.

Perkara ini dapat kita lihat dalam kalangan generasi muda kini yang mana tidak berminat untuk menceburi diri dalam bidang politik seperti mengundi. Tetapi bukan generasi muda sahaja yang bersikap sebegini malah ada lagi generasi yang lain.

Ada generasi muda yang berkata, mereka tidak mahu mendaftar untuk menjadi pemilih kerana beralasan tidak mahu terlibat dengan politik. Seterusnya, ada juga yang berpendapat mengatakan tidak mengundi juga merupakan satu undi iaitu “berkecuali” dan pendirian golput iaitu siapa yang menang itulah tuan. Ini juga satu bentuk pendirian dan satu bentuk pemilihan.

Hal ini,  sama seperti orang yang mengundi tetapi sengaja merosakkan undinya, sehingga ia tercatat sebagai undi rosak. Undi rosak bukan tiada nilainya, melainkan ia sebagai satu protes di peti undi, tanda tidak menyokong sesiapa. Menerusi Akademi Pilihan Raya, SPR telah mengajar dan mendidik golongan ini yang seolah-olah kecewa dengan sikap ahli politik atau pembawaan parti politik yang suka “bercakaran”, bahawa mengundi tidak berkaitan dengan politik semata-mata, tetapi penunaian tanggungjawab untuk memenuhi amalan demokrasi di Malaysia.

JOHOR
Setelah selesai pilihan raya yang diadakan di Johor baru-baru ini, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar. Istiadat ini telah berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene pada hari Sabtu.

Exco Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K. Raven Kumar (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).  Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama) turut mengangkat sumpah.

Pada 15 Mac lalu, ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19. Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan tahniah atas pelantikan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon dan ADUN Paloh, Lee Ting Han sebagai Exco negeri Johor.

MCA ada berjanji bahawa mereka akan terus bekerja keras untuk membalas sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu dan memastikan rakyat serta negeri Johor ini kekal stabil, makmur dan maju jaya di masa hadapan.

SELANGOR
SHAH ALAM: Usul penambahan bilangan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu dilihat kewajarannya agar dilaksana berdasarkan kepentingan rakyat dan bukannya hanya sebagai strategi politik pihak tertentu.

Penganalisis keselamatan dan politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata penambahan kerusi DUN itu juga tidak wajar untuk dijadikan 'alat' bagi menguntungkan mana-mana pihak dan alasan jumlah pengundi di sesuatu kawasan tidak boleh dijadikan sebagai sebab utama.

Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata kepentingan untuk penambahan DUN itu haruslah bagi memastikan fokus utama iaitu kebajikan rakyat dapat diberi dengan memahami keadaan, keperluan sesebuah kawasan demografi, golongan penduduk yang mendiami serta kewujudan institusi pendidikan (sosial) dan ekonomi.

Dr. Noor Nirwandy juga berkata kerajaan negeri perlu mewujudkan pelan penerangan kepada masyarakat bagaimana penambahan kerusi DUN itu membantu meningkatkan taraf hidup dan memudahkan pembangunan sesebuah DUN berdasarkan kepentingan sosial dan ekonomi.

Perkara ini memerlukan lebih banyak faktor seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), teknikal dan undang-undang yang perlu diperhalusi. Namun kita sedia maklum sebarang pertukaran atau elemen-elemen penambahan kerusi DUN selalunya berbentuk strategik dan akan menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, mengulas ringkas mengenai perkara itu, penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata kerajaan Johor juga mahu melakukan perkara yang sama ketika bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad menyuarakan pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor Datuk Mohd Imran Tamrin berkata beliau mengakui sudah tiba masanya DUN di negeri itu menambah bilangan kerusi baharu memandangkan jurang antara pengundi di setiap DUN kini amat berbeza khususnya dengan pelaksanaan Undi18 dan kelayakan undi automatik. Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang berkata pelaksanaan perkara itu perlu teratur dan tidak tergesa-gesa supaya tidak membebankan mana-mana pihak kerana hasil untuk kajian persempadanan semula akan digunakan bagi jangka masa panjang.

Mohd Imran yang juga pengamal undang-undang menjelaskan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan menggariskan dua cara bagi kajian persempadanan iaitu melibatkan kajian SPR bagi tempoh lapan tahun dan kedua ialah pindaan Perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri oleh badan perundangan sama ada Parlimen di peringkat Pusat atau DUN di peringkat negeri.

Ekoran itu, Mohd Imran berpendapat usul pindaan yang akan dibawa kerajaan Selangor akan menggunakan pilihan kedua iaitu pindaan Perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri.

Kerajaan Selangor bercadang untuk membawa usul menambah bilangan kerusi DUN pada persidangan yang akan datang susulan terdapat DUN yang mempunyai jumlah pengundi melebihi 75,000 hingga 100,000 bagi sesebuah kerusi. Ketika ucapan penangguhan di akhir persidangan DUN, Amirudin menyenaraikan DUN yang dijangka mengalami perubahan kerusi antaranya Batang Kali, Gombak Setia, Teratai, Semenyih, Kajang, Balakong, Sungai Ramal, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Lanjan, Kota Damansara, Kota Anggerik, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Sentosa, Sungai Kandis, Kota Kemuning dan Dengkil.

PERKUKUH HUBUNGAN
Semenjak penularan Covid-19 yang berleluasa di Malaysia, ekonomi Malaysia berada pada tahap yang agak membimbangkan penduduk tempatan. Ini adalah kerana banyak sektor pelancongan, sektor perindustrian dan sebagainya terpaksa ditutup bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Seterusnya, ada juga kerajaan Malaysia telah melaksanakan lockdown yang menyebabkan penduduk terpaksa menghentikan segala perniagaan dan sebagainya. Hal ini demikian telah menurunkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan bahawa Malaysia telah berada pada landasan yang betul untuk memulihkan semula ekonomi negara serta hubungan dengan negara luar yang selama ini ‘agak jauh’ akibat penularan COVID-19.

KERJASAMA EKONOMI
Hubungan dua hala serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Qatar dijangka diperkukuh menerusi lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar bermula 27 Mac hingga 29 Mac. Duta Besar Malaysia Ke Qatar iaitu Zamshari Shaharan berkata telah tersedia beberapa mekanisme bagi mencapai kedua-dua objektif itu, yang pertama dengan penubuhan kedutaan Malaysia di Doha pada 2004.

HARGA BARANGAN
Ramadan sudah menghampiri kita sebagai seorang insan yang beragama Islam.
Pada waktu Ramadan, dapat kita saksikan ramai pihak yang membuka jualan makanan untuk membuat juadah berbuka puasa atau iftar di tempat-tempat seperti bazaar, pasar, dan sebagainya. Malaysia pada masa ini tengah mengalami kenaikan harga barang. Isu kenaikan harga barangan terutama melibatkan bahan mentah seperti ayam dan sebagainya telah menjadi masalah utama yang dihadapi kalangan peniaga yang akan memulakan perniagaan di bazar Ramadan tahun ini.

PENIAGA PASAR TERKESAN
Kenaikan harga barang terutamanya keperluan makanan asas seperti ayam, ikan, daging dan sayur. Hal ini berkemungkinan melebarkan lagi pola kemiskinan bandar dalam negara termasuk golongan peniaga pasar malam yang turut terkesan. Perkara ini telah membimbangkan seluruh penduduk untuk mengalami tekanan kos sara hidup yang tinggi. Bagi golongan yang sudah berada keadaan mewah berkemungkinan tidak akan terasa beban ini, tetapi bagi golongan yang miskin dan sederhana mungkin terasa beban ini.

RAMPASAN ARAK - SERDANG
SERDANG: Sebuah kilang yang dijadikan stor penyimpanan dan pengedaran arak seludup di Taman Perindustrian Puchong, di sini diserbu sepasukan polis pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun pada jam 5 petang. "Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut merupakan pembantu stor berkenaan dan premis tersebut disyaki aktif sejak lima atau enam bulan lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Anbalagan berkata, pihaknya merampas 11,376 tin 600 botol arak seludup yang dianggarkan bernilai RM32,000 dengan anggaran nilai taksiran cukai adalah RM145,000. "Kita turut merampas satu telefon bimbit, serangkai kunci, alat kawalan jauh dan sebuah lori jenis Isuzu warna putih. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti saki baki ahli sindiket yang terlibat. "Hasil siasatan lanjut mendapati kilang dan van tersebut didaftarkan atas nama syarikat lain," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen. "Kita akan menjalankan operasi kontraban ini secara berterusan dan saya berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan kepada polis," katanya.

SINDIKET PENGEDARAN ARAK - CHERAS
CHERAS: Satu sindiket pengedaran arak seludup tumpas dengan tertangkapnya tiga lelaki Bangladesh dalam serbuan Op Kontraban di sebuah premis di Taman Perindustrian Alfa Impian, Balakong di sini pada Jumaat.

Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket tersebut bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan menggunakan premis di kawasan perindustrian sebagai stor. "Serbuan tersebut telah berjaya menahan tiga orang ahli sindiket yang merupakan lelaki warganegara Bangladesh berumur 30 tahun hingga 41 tahun.
"Polis turut merampas 460 kotak mengandungi 5,520 botol arak pelbagai jenama, dua buah van, sebuah kereta Honda Jazz, 224 setem kastam disyaki tiruan dan tiga buah telefon bimbit disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran arak tidak bercukai," katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM338,720.
"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran arak tidak bercukai di sekitar Lembah Klang," katanya.